Pages

Friday, March 3, 2017

Mengawal Bacaan Gula Dengan Vivix

Mengawal Bacaan Gula Dengan Vivix

Tiada yang lebih mengembirakan apabila pakcik sendiri mengakui yang bacaan gula menjadi cantik selepas minum Vivix. Malahan, bacaan gula tetap normal walaupun tidak lagi makan ubat diabetis dari hospital (atas nasihat doktor sebab bacaan gula dah cantik sangat). Dan, yang lebih penting kita boleh tolong ahli keluarga tentang kesedaran dari segi pemakanan yang sihat kerana mencegah itu adalah lebih baik daripada merawat.

Apa itu Vivix?
Vivix Shaklee merupakan vitamin dalam bentuk cecair berwarna purple pekat yang bersifat antioksidan yang sangat tinggi. Dibuat daripada campuran pekatan Muscadine Grape dan juga Purple Carrot yang eksklusif dan unik itu menjadikan ianya vitamin yang sangat fleksible di dalam membantu mereka yang menghidap penyakit kronik dan malahan juga boleh membantu proses penuaan secara sihat.

Bagaimana Vivix membantu mengawal bacaan gula?
Vivix yang berasaskan campuran ramuan botani yang kaya dengan polifenol dan resveratrol dapat membantu pesakit diabetis dengan memperlahankan atau mengurangkan sindrom Resistansi Insulin ("Metabolic Syndrome").

Sifat antioksidannya yang tinggi membolehkannya mampu untuk melindungi dan membaiki sel yang rosak. Oleh itu, pengambilan Vivix secara berterusan akan dapat memberi manfaat di dalam mengurangkan Metabolic Syndrome yang boleh menyebabkan penyakit cardiovascular dan kencing manis.

Mengawal kepekatan gula dalam darah.
Karbohidrat yang dicerna akan ditukarkan menjadi gula yang akan memberikan kita tenaga yang mencukupi. Oleh itu, pengambilan sumber karbohidrat yang tinggi seperti nasi akan menyebabkan kandungan gula dalam darah kita meningkat. Dengan Vivix, polifenol yang terkandung dalam anggur Muscadine akan melambatkan pencernaan dan penyerapan karbohidrat di dalam darah dan seterusnya boleh menyebabkan pengumpulan gula yang tinggi yang akan menyebabkan diabetis.

Mengelakkan Kerosakan Mata dan Menggalakkan Penyembuhan Luka dengan segera.
Polifenol Anthocyanins yang terkandung dalam Vivix membantu di dalam memperbaiki penglihatan dan menyembuhkan luka dengan segera. Seperti kita sedia maklum, antara komplikasi penyakit diabetis adalah risiko kehilangan penglihatan dan juga luka yang lambat sembuh sehingga boleh menyebabkan gangrene.

Mencegah Pembentukan Protein AGE.Protein AGE (Advance Glycation End product) terhasil daripada protein dan gula berlebihan dalam badan. Ia boleh menyebabkan atherosclerosis, sel mati dan komplikasi diabetis. Resveratrol di dalam Vivix boleh memperlahankan pembentukan protein AGE ini dan sekaligus memperlahankan penuaan.

Jom kita lihat sendiri testimony para pengguna Vivix.







Sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee boleh menghubungi saya terus melalui mana-mana cara di bawah:

HUBUNGI SAYA :

FB : EMY LEA
Fan Page : Tips Keluarga Sihat
Email : evanona75@yahoo.com
Call/Sms/Telegram/Wassap : 0194675097
ID Shaklee : 994434

No comments:

Post a Comment