nuffnang

Showing posts with label Cabaran 30 Entry. Show all posts
Showing posts with label Cabaran 30 Entry. Show all posts

Friday, March 3, 2017

Mengawal Bacaan Gula Dengan Vivix

Mengawal Bacaan Gula Dengan Vivix

Tiada yang lebih mengembirakan apabila pakcik sendiri mengakui yang bacaan gula menjadi cantik selepas minum Vivix. Malahan, bacaan gula tetap normal walaupun tidak lagi makan ubat diabetis dari hospital (atas nasihat doktor sebab bacaan gula dah cantik sangat). Dan, yang lebih penting kita boleh tolong ahli keluarga tentang kesedaran dari segi pemakanan yang sihat kerana mencegah itu adalah lebih baik daripada merawat.

Apa itu Vivix?
Vivix Shaklee merupakan vitamin dalam bentuk cecair berwarna purple pekat yang bersifat antioksidan yang sangat tinggi. Dibuat daripada campuran pekatan Muscadine Grape dan juga Purple Carrot yang eksklusif dan unik itu menjadikan ianya vitamin yang sangat fleksible di dalam membantu mereka yang menghidap penyakit kronik dan malahan juga boleh membantu proses penuaan secara sihat.

Bagaimana Vivix membantu mengawal bacaan gula?
Vivix yang berasaskan campuran ramuan botani yang kaya dengan polifenol dan resveratrol dapat membantu pesakit diabetis dengan memperlahankan atau mengurangkan sindrom Resistansi Insulin ("Metabolic Syndrome").

Sifat antioksidannya yang tinggi membolehkannya mampu untuk melindungi dan membaiki sel yang rosak. Oleh itu, pengambilan Vivix secara berterusan akan dapat memberi manfaat di dalam mengurangkan Metabolic Syndrome yang boleh menyebabkan penyakit cardiovascular dan kencing manis.

Mengawal kepekatan gula dalam darah.
Karbohidrat yang dicerna akan ditukarkan menjadi gula yang akan memberikan kita tenaga yang mencukupi. Oleh itu, pengambilan sumber karbohidrat yang tinggi seperti nasi akan menyebabkan kandungan gula dalam darah kita meningkat. Dengan Vivix, polifenol yang terkandung dalam anggur Muscadine akan melambatkan pencernaan dan penyerapan karbohidrat di dalam darah dan seterusnya boleh menyebabkan pengumpulan gula yang tinggi yang akan menyebabkan diabetis.

Mengelakkan Kerosakan Mata dan Menggalakkan Penyembuhan Luka dengan segera.
Polifenol Anthocyanins yang terkandung dalam Vivix membantu di dalam memperbaiki penglihatan dan menyembuhkan luka dengan segera. Seperti kita sedia maklum, antara komplikasi penyakit diabetis adalah risiko kehilangan penglihatan dan juga luka yang lambat sembuh sehingga boleh menyebabkan gangrene.

Mencegah Pembentukan Protein AGE.Protein AGE (Advance Glycation End product) terhasil daripada protein dan gula berlebihan dalam badan. Ia boleh menyebabkan atherosclerosis, sel mati dan komplikasi diabetis. Resveratrol di dalam Vivix boleh memperlahankan pembentukan protein AGE ini dan sekaligus memperlahankan penuaan.

Jom kita lihat sendiri testimony para pengguna Vivix.







Sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee boleh menghubungi saya terus melalui mana-mana cara di bawah:

HUBUNGI SAYA :

FB : EMY LEA
Fan Page : Tips Keluarga Sihat
Email : evanona75@yahoo.com
Call/Sms/Telegram/Wassap : 0194675097
ID Shaklee : 994434

Wednesday, January 8, 2014

Day 30 - My next 30 days goal.

Dalam 30 hari daripada sekarang..

1.saya boleh menulis 30 entry tentang produk shaklee.
2. saya boleh closing dengan melahirkan seorang lagi leader.
3. permulaan Tahun Baru saya akan ditamatkan dengan kenangan manis.
4. anak-anak saya dan ahli keluarga saya yang lain dalam keadaan sihat sejahtera.
5. saya dapat menggembirakan lebih ramai orang.

Day 29 - 10 ways to win my heart

Nak menangi hati saya..? Senang jer...

1. bersikap jujurlah dengan saya
2. berterus-terang dan ikhlas bila berkawan
3. tak suka lah dengan orang yang suka menikam dari belakang
4. bergurau senda dengan saya..melawak semua tu..
5. bawa saya makan..heheh

Day 28 - The most important person in the world

Orang yang paling penting dalam hidup saya. Sudah tentu keluarga saya..iaitu..suami, anak-anak, ibu bapa dan adik-beradik saya. Tiada yang lebih penting dalam hidup saya selain mereka.

Day 27 - My bad habits

Tabiat buruk saya...

1. suka menangguhkan kerja
2. tidak teratur..meja dan sistem fail berterabur
3. skeptical..sukar mempercayai org lain
4. mudah lupa

Day 26 - My obsessions

Obsession saya..Tentulah Shaklee..selain daripada keluarga saya..saya obses tentang Shaklee sekarang ni..Produk Shaklee..dan bisnes nya

Day 25 - My bestfriend

Suami saya..dia lah bestfriend saya masa ni..susah senang saya kongsikan bersamanya.. semoga Tuhan memberkati jodoh kami sehingga ke akhirnya.

Day 24 - A picture and my feeling towards it

Dia ni lah yang menyebabkan saya mengenali Shaklee.. Inilah Ethan Wyner Ancheh..anak bongsu saya...berumur 6 bulan lebih. Perasaan saya..? Saya sangat gembira dan bersyukur kerana dikurniakan 4 orang cahaya mata..dua lelaki dan dua perempuan.. Mereka berumur 7 tahun, 5 tahun, 3 tahun dan 6 bulan lebih. Sayangnya saya pada mereka ni..hanya Tuhan yang tahu..jika perlu..sanggup ku gantikan nyawaku untuk mereka..

Day 23 - A letter to myself in 30 years

Dear Emy,

sekarang ni umur dah 69 tahun. Errk..tak terasa dah tua benar dah. Saya rasa gembira dan syukur kerana Tuhan menganugerahkan saya umur yang panjang serta badan yang sihat. Saya amat bersyukur kerana mengenali Shaklee 30 tahun yang lalu. Shaklee telah membawa rahmat dalam hidup saya..kerana pemgambilan supplement Shaklee yang berterusan..dengan izin Tuhan..saya masih berasa sihat sehingga sekarang. Selain itu juga, Shaklee telah mengubah kehidupan kewangan saya.. Sebagai penjawat awam, saya telah memilih untuk berpencen pada umur 60 tahun.. Syukur, kerana Shaklee..saya tak perlu bekerja sehingga berumur 60 tahun.. Oleh kerana keadaan kewangan yang saya boleh katakan kukuh..saya telah memilih untuk bersara awal... Lima tahun tahun saya bersama Shaklee..saya mengambil untuk menjadi surirumah sepenuh masa atau WAHM. Jadi saya fokuskan masa saya untuk bersama anak-anak dan kedai online saya.. Tidak perlu menghadapi karenah Kementerian Pendidikan yang terlalu kerap berubah tanpa mengira kesesuaian keadaan di setiap sekolah..yang mana cabaran guru masa sekarang bukan lagi mengajar di kelas..tetapi terlalu banyak tugasan sampingan yang lain.
Dengan kesempatan ini..saya berterimakasih pada diri sendiri kerana sanggup keluar dari zon selesa...terima kasih kepada rakan-rakan bisnes saya..Khadijah, Azrin, Najihah, Mai, Buk CT dan lain-lain lagi kerana memperkenalkan Shaklee kepada saya.

yang Ikhlas,
Emy

Day 22 - Apa yang saya nak cakap pada 5 orang yang berlainan..?

Lima orang tersebut adalah

1. suami
2. anak-anak
3.ibu
4.bapa
5.adik-beradik

saya nak cakap pada mereka ini bahawa merekalah yang kekuatan saya dalam menghadapi cabaran hidup. Saya sangat sayangkan mereka dan bersama mereka sampai bila-bila.

Tuesday, January 7, 2014

Day 21 - Apa yang saya mahu jadi..?

Zaman kanak-kanak

saya sentiasa berangan-angan nak jadi doktor. Nak rawat orang sakit.

Zaman remaja

saya nak jadi jururawat pulak.

Sekarang ni

saya dah jadi cikgu..tetapi nak WAHM pulak!!!

Friday, December 27, 2013

Day 20 - If You Could Turn Into An Animal For A Day, Which One Would You Pick?


Thursday, December 26, 2013

Day 19 - If You Could Change One Thing About The World, What Would You Change And Why?

Jika saya ada kuasa di dunia ini, perkara pertama yang akan saya lakukan adalah menggantikan pemimpin-pemimpin negara yang suka sangat berperang. Seperti yang saya tulis di entry sebelum ini..peperangan adlah satu perkara yang amat saya takuti. Tanpa pemimpin-pemimpin yang mementingkan diri sendiri dan gila kuasa seperti ini, dunia akan menjadi lebih aman. Maka, jangka hayat bumi akan menjadi lebih panjang.

Wednesday, December 25, 2013

Day 18 - Things That Make You Scared

Filem peperangan!!! Itu yang buat saya takut. Idea tentang peperangan di mana manusia saling berbunuhan hanya kerana tidak sefahaman atau sependapat. Hanya kerana dua orang pemimpin ingin berebut kuasa rakyat yang jadi mangsa. Bagi saya, dalam peperangan tiada pihak yang menang..tetapi ramai pihak yang kalah. Oleh itu, walaupun tidak sama fahaman politik..elakkan daripada melakukan kekerasan..kerana penghujung nya akan menjadi sesuatu yang buruk..dan yang menjadi mangsa nanti adalah rakyat jelata.

Tuesday, December 24, 2013

Day 17 - 3 Things You are Proud of About Your Personality

1) Mudah berkawan
- bagi saya, saya seeorang yang mudah berkawan. Saya cepat menyesuaikan diri di tempat baru. Sebab itu saya punya ramai kenalan. Walau bagaimanapun, senarai orang yang saya anggap sahabat adalah pendek kerana saya betul-betul menapis orang yang saya anggap sahabat.

2) Periang
- tidak mudah bagi orang lain untuk merosakkan mood saya. Selalunya saya ambil sikap tidak ambil peduli pada orang-orang yang cuba membuatkan saya rasa down. Bagi saya, selagi apa yang mereka buat itu tidak mendatangkan bahaya kepada saya dan family..saya tidak ambil peduli langsung apa yang mereka sedang atau rancang hendak buat.

3) Cerewet
- cerewet dalam memilih makanan!! Saya suka makan ikan dan tidak mudah hendak mencuba makanan yang pelik-pelik. Saya tidak suka makan daging kecuali ayam. Paling saya suka adalah ikan dan seafood. Saya rasa disebabkan saya ni cerewet dalam memilih makanan menyebabkan saya mampu mengekalkan saiz badan saya walaupun sudah beranak empat!!

Monday, December 23, 2013

Day 16 - The Best Things To Happen To You This Week

Perkara baik yang sudah terjadi minggu ini adalah apabila anak-anak dan suami telah selamat pergi dan selamat kembali dari Kuching. Ini adalah pertama kali saya berpisah dengan suami dan anak-anak secara serentak. Mereka telah pergi melawat rumah kakak saya di Kuching dan bermalam satu malam sahaja di sana. Dalam sehari tu saya telah beberapa kali menelefon untuk memastikan semuanya okey bagi mereka tanpa saya ada di sana bersama mereka. Justeru, bila mereka selamat sampai semula di rumah petang tadi...ianya telah menjadikan hari ini merupakan hari yang yang paling best sekali buat saya. Tiada yang lebih membahagiakan saya apabila semua ahli keluarga saya berkumpul bersama-sama saya.

Saturday, December 21, 2013

Day 15 - Something you Miss

Tiada apa yang saya rindui buat masa ini...semua ahli keluarga saya bersama saya buat masa sekarang.. Saya menyintai dan menghargai apa yang saya dan ahli keluarga punyai buat masa ini. Kehidupan kami walaupun tidak mewah tetapi kami sentiasa berusaha untuk membuatkannya sesempurna mungkin. Dan saya, berusaha melalui Shaklee menyediakan masa depan yang lebih baik untuk anak-anak saya.

Day 14 - Favourite Place To Eat

Tempat makan kegemaran saya adalah satu kedai atau lebih sesuai saya panggil gerai di tengah-tengah bandar Sri Aman. Kedai lama yang sudah beroperasi entah sudah berapa lama. Saya masih ingat waktu kecil-kecil bapa bawa pergi makan kat kedai tu.. Dahulu kedai tu bapa dia orang yang kendalikan. Tetapi sekarang ni dikendalikan oleh anak dia. Menu yang paling saya suka adalah mi kolok..fuhh.. siapa orang Sarawak yang tak suka mi kolok oiii!!!

Day 13 - A cause, Belief or Something You are Passionate About

Hello..sekali lagi kita bertemu di 30 Days of Entry Challenge. Dalam hidup saya..saya percaya pada satu prinsip. Prinsip yang saya pegang ketika menjalankan tugas saya sebagai seorang guru.. Saya percaya bahawa seburuk-buruk manusia...pasti ada sifat baiknya...begitu juga...sebaik-baik manusia..pasti ada sifat buruknya. Manusia itu sendiri memang tidak sempurna, jadi belajar lah menerima ketidaksempurnaan itu dengan sebaik-baiknya.

Wednesday, December 18, 2013

Day 12 - Jika berkesempatan mengulang semula, apakah yang ingin saya buat semula?

July 2013, saya register Shaklee untuk kegunaan sendiri sahaja..jadinya sepanjang bulan tu saya tidur. Kalau saya tau begini habuan dari Shaklee..Bulan July tu juga saya kejar rank supervisor!!