nuffnang

Showing posts with label Menguatkan Sistem Imun Badan. Show all posts
Showing posts with label Menguatkan Sistem Imun Badan. Show all posts

Wednesday, March 8, 2017

Set Kanak-kanak Sihat & Bijak

Adalah normal bagi seorang ibu jika dia inginkan seorang anak yang comel dan menawan. Bagi saya, semua bayi adalah comel dan yang paling comel di dunia ini sudah semestinya anak-anak saya sendiri. Rupa paras anak-anak saya yang comel lote itu adalah satu bonus, yang penting bagi saya anak-anak saya yang empat orang tu semuanya Sihat, Bijak dan Ceria! Sebab itu saya bagi mereka Set Kanak-kanak Sihat, Bijak dan Ceria yang mengandungi Omega Guard, Chewable Vita-C Plus dan Mealshake.


pengedar shaklee sri aman


Omega Guard

Mengandungi satu rangkaian penuh 7 jenis asid lemak omega-3 semulajadi iaitu EPA, DHA, ALA dan lain-lain lagi. EPA berfungsi untuk menyihatkan jantung dan sendi manakala DHA pula amat penting untuk perkembangan dan fungsi-fungsi otak. Asid Docosahexaenoic(DHA) adalah asid lemak omega-3 yang penting untuk perkembangan sistem saraf dan keupayaan penglihatan visual untuk fungsi otak yang lebih baik samada di kalangan orang dewasa dan juga kanak-kanak. DHA adalah komponen struktur utama dan asid lemak omega-3 yang paling banyak dalam otak dan retina serta berperanan meningkatkan hubungan antara neuron dan transmisi maklumat untuk daya ingatan dan pembelajaran lebih baik. Apabila seorang kanak-kanak menerima tahap DHA yang mencukupi dan bersama-sama dengan nutrien otak lain yang tidak kurang penting serta stimulasi pemupukan perkembangan, ia boleh membantu dalam membentuk perkembangan empat ciri-ciri genius. Visual penglihatan lebih tajam membantu pembelajaran lebih cepat dan perkembangan intelektual lebih tinggi pula mendorong keupayaan lebih baik di dalam pembelajaran dan ingatan. Kemahiran penyelesaian masalah lebih baik berpunca daripada daya tumpuan, daya ingatan dan keupayaan untuk melaksanakan aplikasi. Kemahiran berbahasa lebih pantas pula merupakan salah satu asas penting untuk pendidikan masa depan.


pengedar shaklee sri aman


Chewable Vita-C Plus

Vitamin C berperanan penting di dalam memelihara kandungan antioksidan semulajadi badan serta penting untuk pertumbuhan tulang, gigi dan gusi yang sihat sekaligus menyumbang kepada kesihatan yang baik secara keseluruhan. Chewable Vita-C memberikan khasiat Vitamin C yang setara dengan sebiji setengah buah oren yang berfungsi untuk menguatkan sistem imunisasi badan. Ia ideal untuk kanak-kanak yang belum dapat menelan tablet. Chewable Vita-C ini juga tidak mengandungi sebarang perasa atau pewarna tiruan.

pengedar shaklee sri aman


Mealshake

Mengandungi 19 jenis vitamin dan mineral yang penting sebagai asas nutrien penting untuk tumbesaran kanak-kanak dan remaja agar kekal sihat dan kuat. Mealshake juga merupakan sumber serat dan protein yang bagus. Mealshake juga kaya dengan sumber kalsium dan mempunyai indeks glisemik yang rendah. Kanak-kanak yang lasak dan sentiasa berlari aktif tidak akan punya masa untuk duduk diam dan menikmati makanan yang seimbang. Sebab itu kanak-kanak memerlukan makanan segera yang baik untuk mereka iaitu makanan segera yang rendah lemak dan juga rendah glisemik.


Apabila anak-anak kita sihat, bijak dan ceria, kita sebagai ibu juga akan turut merasa gembira. Rupa paras mereka kita boleh touch-up kemudian, yang penting pembesaran mereka seiring dengan daya pemikiran yang bijak.


Jika ingin membeli Set Khas Untuk Kanak-kanak ini secara online, sila klik :



Jika ada sebarang pertanyaan atau ingin mendaftar keahlian, sila hubungi :

pengedar shaklee sri aman


Pengedar Shaklee Sri  Aman

 FB Personal: Emy Lea

 FB Page: Tips Keluarga Sihat

 Email : evanona75@yahoo.com

 Call/SMS/WhatsApp : 019-4675097

 COD Area: Sri Aman/Lubok Antu

 Pengeposan ke seluruh negara juga disediakan.

Thursday, March 2, 2017

Impian Saya

Bila bercakap tentang impian, sudah semestinya impian saya akan berkait rapat dengan keluarga. Ada banyak sebenarnya impian saya ni. 

Impian yang top dalam list saya adalah memastikan kesihatan anak-anak dan ahli keluarga yang lain dalam keadaan tip top. Sebab itulah saya tetap setia bersama Shaklee, sebab saya tahu saya boleh mempercayai kualiti yang Shaklee tawarkan. Dalam banyak-banyak vitamin yang Shaklee tawarkan pada kanak-kanak, saya paling suka Nutriferon. Impian saya adalah untuk memberikan mereka Nutriferon satu peket seorang setiap hari. Setakat ini saya jadikan Nutriferon sebagai stok untuk mereka makan jika hanya waktu mereka tak sihat sahaja. Dengan Nutriferon saya dapati sistem imun mereka menjadi bertambah kuat.

Impian saya yang kedua adalah hidup tanpa hutang. Ya, kehidupan bebas hutang adalah kehidupan yang sangat saya impikan. Bagi saya kemewahan itu tiada ertinya jika kita masih banyak berhutang. Segala perancangan hidup jadi tergendala selagi hutang-hutang itu tidak terlangsai. Tidur malam pun tidak nyenyak dibuatnya....huhuhu.

Impian saya yang seterusnya adalah impian saya selepas melangsaikan hutang-hutang saya. Selepas bebas hutang, saya nak bawa anak-anak melancong ke luar negara sekurang-kurangnya sekali setahun. Tak lupa juga saya nak bawak ahli keluarga yang lain untuk melancong bersama iaitu adik beradik serta kedua ibu bapa saya. Juga saya nak berikan ibu bapa saya duit belanja bulanan sekurang-kurangnya rm1000 seorang. Dan yang terakhir, menyediakan kehidupan yang bebas hutang pada anak-anak saya sehingga mereka beranak pinak nanti.

Terima kasih kerana sudi singgah ye. Salam sayang dan jumpa lagi.💓💓💓=============================
Sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee boleh menghubungi saya terus melalui mana-mana cara di bawah:

HUBUNGI SAYA :

FB : EMY LEA
Email : evanona75@yahoo.com
Call/Sms/Wassap/Telegram : 019-4675097

Thursday, February 2, 2017

SUPPLEMEN TERBAIK UNTUK MENAIKKAN ANTIBODI ANAK YANG LEMAH

Sebagai seorang ibu, tiada yang lebih penting daripada memastikan anak-anak sentiasa sihat. Malahan, kita sebagai ibu sanggup menghabiskan wang ratusan ringgit untuk memastikan anak-anak mendapat rawatan terbaik andaikata anak-anak syurga kita itu jatuh sakit.

Seperti ibu-ibu yang lain, Pn. WAN ZAINAB BT WAN MUHAMAD juga sangat risau bilamana anak kecilnya kerap sangat jatuh sakit. Jom kita baca testimoni beliau yang memilih produk Shaklee untuk meningkatkan sistem imun badan anaknya.

[SUPPLEMEN TERBAIK UNTUK MENAIKKAN ANTIBODI ANAK YANG LEMAH]

Assalamualaikum.

Saya Wan Zainab Bt Wan Muhammad. Ibu kepada 2 orang anak lelaki yang sedang membesar.

Saya ingin ceritakan kisah shaklee effect anak saya Muhammad Hud. Hud berusia 1 tahun 4 bulan sekarang dan sistem pertahanan badan beliau agak lemah. Seawal usia 2 bulan Hud sudah demam. Bukan sahaja demam tapi diikuti dengan batuk juga selsema. Hud mudah terima jangkitan daripada orang lain.

Hud paling kerap demam berbanding anak pertama. Saya perasan bila demam, Hud akan selsema dan juga batuk. Batuk Hud pula berkahak dan menganggu tidur beliau. Kesian Hud bila batuk.

Umur Hud 7 bulan, saya mula berikan Hud Omega Guard, Nutriferon & Vitamin C. Alhamdulillah, nampak perubahan yang mana selsema dan batuk cepat pulih. Saya tidak risau bila keadaan ini berulang dan saya akan sediakan suplemen sahaja untuk Hud.

Kadangkala jika Hud batuk-batuk, saya juga bawanya jumpa doktor dan doktor akan check paru-paru beliau. Alhamdulillah paru-paru Hud sihat dan cuma batuk-batuk biasa sahaja. Saya risau juga. Maklumlah, masalah Pneumonia masa kini sangat berleluasa dalam kalangan bayi.

Baru-baru ini Hud selsema dan batuk. Seperti biasa saya cepat-cepat berikan Omega Guard, Vitamin C dan Nutriferon. Dalam masa 2 3 hari sudah nampak perubahannya.

Kesihatan Hud paling saya risau sebab badan beliau masih kecil dan dalam proses bina dan kuatkan antbodi untuk pertahanan penyakit. Jadi, tugas saya adalah berikan makanan yang terbaik untuk beliau.

Kini, ketiga-tiga suplemen ini adalah suplemen wajib untuk anak-anak saya. Hud sangat gemarkan ketiga-tiganya. Kalau makan vitamin C, memang tak cukup 1 biji. Sangat senang ajar dia makan suplemen.

Saranan saya buat ibu-ibu di luar sana, berilah anak-anak anda makanan tambahan supaya badan mereka terlindung daripada sebarang penyakit bawaan Virus. Makanan sekarang ini tak sama macam zaman nenek moyang kita dahulu.

Anak-anak kita perlukan suplemen untuk top up semula nutrisi yang hilang daripada makanan yang kita makan. Tambahan pula, kanak-kanak adalah insan yang suka memilih untuk makan.

Anak-anak kita adalah harta kita. Hargailah dan sayangilah mereka. ;)

Semoga perkongsian ini dapat membantu ibu-ibu lain di luar sana.

Terima kasih kerana sudi singgah ye. Salam sayang dan jumpa lagi.💓💓💓
=============================
Sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee boleh menghubungi saya terus melalui mana-mana cara di bawah:

HUBUNGI SAYA :

FB : EMY LEA
Fan Page : Tips Keluarga Sihat
Email : evanona75@yahoo.com
Call/Sms/Wassap/Telegram : 019-4675097
ID Shaklee : 994434


Sunday, January 29, 2017

5 Kepentingan Detox

Terima kasih kerana sudi singgah di blog saya hari ini dan semalam. Hari ini saya ingin kongsikan sedikit ilmu yang saya dapat tentang Detox.

Apa itu Detox? Detox adalah proses penyahtoksik badan iaitu proses membersihkan serta menyingkirkan toksik dari dalam badan manusia atau lebih senang diistilahkan sebagai 'buang toksin'.

Apa pula toksin ya? Toksin pula dalam bahasa mudahnya bermaksud benda- benda kotor yang masuk dalam badan kita melalui makanan yang kita makan, minuman kita setiap hari, udara yang kita sedut, bahan kimia yang kita sapu atau gosok pada badan kita setiap hari. Pendek kata, memang kehidupan seharian kita tidak boleh mengelak daripada benda-benda yang bertoksin ni daripada memasuki badan kita. Apatah lagi jika kita memang jenis yang dapurnya di kedai..hehehe. Oleh kerana kita tidak dapat mengelak daripada benda-benda toksin ni, sekurang-kurangnya kita boleh mengurangkan kadar toksin yang ada dalam badan kita. Memang badan kita boleh menyingkirkan toksin secara semulajadi dengan syarat kita minum cukup air setiap hari. Proses penyingkiran toksin inilah juga dikenali sebagai Detox. Kebiasaanya, proses detox berlaku secara semulajadi melalui proses perkumuhan, pembuangan air besar dan perpeluhan. Namun begitu, kemungkinan toksin tu masih lekat kat badan kita sangat tinggi. Contohnya tertinggal kat dinding usus kita, itu yang perlu pertolongan untuk disingkirkan habis dari badan kita.

Jadi kenapa kita perlu Detox? Di sini saya senaraikan kepentingan Detox pada badan kita ya.

1. Beri tenaga dan fokus
Badan yang bebas toksin akan sentiasa sihat dan bertenaga. Apabila tenaga kita tip top, maka makin senang otak dan badan kita fokus pada kerja-kerja yang kita lakukan seharian. Tak lah kita rasa letih lemau memanjang.

2. Berat badan yang sihat
Yep, badan yang sihat adalah badan yang bebas toksin. Bukan sahaja rasa sihat dan cergas, malahan juga berat badan pun kita boleh jaga dengan senang.

3. Kulit yang sihat dan nampak lebih segar.
Ramai yang tidak tahu bahawa masalah kulit muka adalah disebabkan badan yang sangat bertoksin. Jadi, kalau nak kulit muka yang cantik melecun mulus bagai, kena la rajin-rajin detox ya. Beli set jagaan muka yang ribu riban pun tak guna jika toksin tu penuh satu badan.

4, Meningkatkan keadaan emosi kita.
Of course la bila badan bertoksin badan kita jadi lemah dan rasa tidak sihat. Apabila tidak sihat tubuh badan, minda sekali akan jatuh sakit. Waktu inilah kita jadi moody semacam. Apatah lagi jika balik dari kerja kena urus rumahtangga lagi. Jadi, sebagai surirumah memang badan kita perlu sentiasa sihat.

5. Kesihatan bertambah baik.
Detox boleh menolong memperbaiki tahap kesihatan kita. Macamana pula tu ya? Apabila toksin-toksin berjaya disingkirkan dari badan, maka badan boleh menyerap nutrient dengan lebih berkesan dan cepat kerana toksin tidak lagi menjadi halangan. Apabila badan kita mendapat nutrient yang sepatutnya, maka kesihatan kita berada dalam keadaan tip top. Sebab tu kadang-kadang kita lihat ada kawan-kawan kita yang jatuh sakit setiap bulan (macam saya sebelum 3 tahun yang lepas) dan ada yang dalam setahun tu mungkin sekali jatuh sakit. Jadi. Tidak dapat dinafikan bahawa kekerapan Detox boleh menolong meningkatkan sistem imun badan.

Saya DETOX cara Shaklee dengan mengamalkan 5 Jenis produk ni  :

Vivix - Detox Sel & Kulit
Alfalfa Complex - Detox Darah Kotor
Herblax - Detox Usus
DTX Complex - Detox Hati
Peppermint Ginger - Melegakan perut kembung dan senak sepanjang program detox dijalankan (buang angin)

Set Detox yang ini boleh membantu proses Detox secara menyeluruh dari mental hingga fizikal.

Jadi, sama-samalah kita jaga kesihatan kita dengan bukan saja amalkan pemakanan yang sihat, malahan juga kita boleh mula berdetox hari ini.

Salam sayang dan jumpa lagi.💓💓💓
=============================
Sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee boleh menghubungi saya terus melalui mana-mana cara di bawah:

HUBUNGI SAYA :

FB : EMY LEA
Fan Page : Tips Keluarga Sihat
Email : evanona75@yahoo.com
Call/Sms/Wassap/Telegram : 019-4675097
ID Shaklee : 994434

Saturday, January 28, 2017

5 Sebab Saya Pilih Shaklee

Hi...salam semua. Telah agak sekian lama saya tidak menulis di sini, syukur keinginan menulis itu kembali datang di kala mercun berdentam dentum memecah kesunyian malam sambutan Tahun Baru Cina 2017.

Tahun 2017 melakarkan tahun keempat saya amalkan vitamin Shaklee. Bukan hanya saya, malahan semua ahli keluarga saya berkongsi vitamin yang sama. Setelah empat tahun saya masih setia pada jenama yang sama. Jadi, tulisan kali ini saya nak senaraikan 5 Sebab Saya Pilih Shaklee.

1. Saya Pilih Shaklee Kerana Kualitinya.
Selalunya bila saya berbicara tentang Shaklee, akan ada yang menyampuk bahawa vitamin yang sama berlambak dijual difarmasi dengan harga yang lebih murah. Bagi saya, kualiti vitamin Shaklee amat tinggi kerana dibuat daripada sumber asli yang berkualiti tinggi serta tidak dicemari oleh sebarang bahan kimia. Yang pasti, vitamin Shaklee bukan daripada bahan sintetik. Ini dibuktikan lagi daripada landmark study yang pihak Shaklee keluarkan. Lagi satu, setiap produk yang Shaklee keluarkan ada menjalani ujian klinikal. Jadi, tidak ragu lagi vitamin Shaklee sangat tinggi kualitinya serta selamat dan tiada kesan sampingan yang negatif.

2. Saya Pilih Shaklee Kerana Ianya Vitamin Untuk Keluarga.
Shaklee menawarkan pelbagai jenis vitamin yang sesuai untuk semua peringkat umur, dari bayi sehingga la warga emas boleh mengamalkan vitamin Shaklee ni. Contohnya, sebotol vitamin C tu saya berkongsi bukan sahaja dengan suami malahan dengan ibu dan bapa saya juga. Untuk anak-anak saya pun ada vitamin c yang khas untuk mereka juga iaitu Chewable Vitamin C.

3. Saya Pilih Shaklee Kerana Ianya Sentiasa Selamat, Semulajadi Dan Berkesan. Saya memang 100% percaya bahawa SHAKLEE memang selamat, semulajadi dan berkesan. Contohnya, cecair pencuci serbaguna Basic H. Walaupun namanya cecair pencuci serbaguna, kadang-kadang saya guna untuk berkumur jika mulut saya mengalami ulser dan juga jika saya ada tanda awal jangkitan tonsil. Akibatnya, rasanya sudah hampir 2 tahun saya mampu mengelakkan diri daripada menelan antibiotik. Maklumlah, saya ni jenis yang senang sangat alami kembang tonsil. Malahan, anak-anak saya yang dijangkiti virus HFMD baru-baru ini pun saya mandikan mereka dan berkumur dengan Basic H. Haaa...sampai tahap tu saya letakkan kepercayaan saya pada Shaklee.

4. Saya Pilih Shaklee Kerana Senang Nak Order. Sistem online nya yang mesra pengguna sangat memudahkan saya untuk membuat pembelian online. Dan pembayaran juga boleh dibuat menggunakan samada debit kad ataupun kredit kad. Penghantaran barang pula Shaklee guna khidmat kurier service GDEX. Jadi amat senang bagi orang seperti saya, tidak perlu pergi ke stokis untuk angkut sendiri stok. Oh ya, Shaklee juga tidak guna sistem stokis. Shaklee hanya ada beberapa cawangan sahaja di beberapa buah negeri di Malaysia ni. Semua yang bekerja di cawangan tersebut juga adalah staff yang dibayar gaji oleh Shaklee Malaysia. Mereka bukan stokis. Pendek kata, semua di hujung jari saja, order secara online dan barang akan dihantar ke depan pintu rumah. Senangkan?

5. Saya Pilih Shaklee Kerana Peluang Buat Side Income. Sistem yang digunakan didalam MLM Shaklee bagi saya sangat adil dan menguntungkan. Selain untung runcit daripada jualan vitamin, Shaklee juga membayar bonus kepada semua ahli yang layak berdasarkan jumlah jualan pada bulan tersebut. Dan, bonus itu tiada had, lagi banyak jualan lagi banyak la bonus yang kita akan dapat. Selain bonus jualan, ada juga bonus kereta dan juga tajaan percutian lima bintang di dalam dan juga luar negara. Meskipun saya belum ada rezeki untuk pergi melancong bersama Shaklee, saya yakin dan pasti satu hari nanti percutian lima bintang itu akan menjadi milik saya dan keluarga. Malahan, semua ahli keluarga saya termasuk ibu bapa saya akan pergi melancong dibawah tajaan Shaklee.

Sebenarnya saya boleh senaraikan lebih daripada 5 sebab. Tetapi takut nanti terlalu panjang pula untuk dibaca. Lain kali la saya sambung lagi cerita pasal Shaklee ni ye. Salam subuh.


Sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee boleh menghubungi saya terus melalui mana-mana cara di bawah:

HUBUNGI SAYA :

FB : EMY LEA
Fan Page : Tips Keluarga Sihat
Email : evanona75@yahoo.com
Call/Sms/Wassap/Telegram : 019-4675097
ID Shaklee : 994434

Wednesday, July 15, 2015

13 Kebaikan Bawang Putih

Biasanya kita kenal bawang putih hanya sebagai salah satu bahan untuk memasak sahaja. Saya pula menjadikan bawang putih sebagai salah satu bahan wajib ketika memasak. Tak kira la untuk menumis sayur ataupun masak sup. Saya sangat suka menggunakan bawang putih ketika memasak sup ayam. Biasanya bawang putih tu saya tak kupas, cuci dan masukkan terus ke dalam sup ayam.


Tetapi, kali ini saya bukan nak berkongsi resepi ayam masak sup. Nanti lain kali saya kongsikan di sini resepi Sup Ayam favourite anak-anak saya. Kali ini saya nak kongsi tentang kebaikan bawang putih selain fungsinya sbagai menambah perassa masakan.

Tahukah anda bawang putih ada banyak kebaikan untuk kesihatan? Jom kita lihat satu persatu ya..

1. Antibakteria
Bawang putih terkenal dengan sifat antibakteria nya. Ia boleh membantu mencegah penyakit berjangkit seperti jangkitan kulat, jangkitan bakteria dan malahan jangkitan cacing. Bawang putih juga dipercayai mampu mengelakkan keracunan makanan yang disebabkan oleh E Coli dan Salmonella Enteritidis.

2. Merawat Jangkitan Kulit
Bahan kimia yang terdapat pada bawang putih juga berupaya merawat jangkitan kulit sperti ringworm.

3. Mencairkan Darah
Bawang putih juga mempunyai ciri anti gumpalan menjadikannya satu medium sesuai untuk mengelakkan terhasilnya gumpalan darah di dalam badan. Walau bagaimanapun, risiko yang dihadapi penggemar bawang putih adalah pendarahan ketika bersalin ataupun pembedahan.

4. Mengurangkan Tekanan Darah
Allicin, sejenis bahan yang terdapat di dalam bawang putih boleh membantu merendahkan tekanan darah. Polysulphides yang terdapat di dalam bawang putih akan ditukarkan kepada hydrogen sulphide oleh sel darah merah. Hydrogen Sulphide ini pula membantu membesarkan salur darah dan menolong mengawal tekanan darah.

5.  Melindungi Jantung
Bawang putih juga boleh melindungi jantng dari masalah kardiovaskular seperti serangan jantung dan atherosclerosis. Sulfur yang terdapat di dalam bawang putih juga menolong mampu mengelakkan saluran darah daripada tersumbat dan melambatkan proses atherosclerosis (arteri mengeras). Ciri-ciri anti gumpal yang terdapat pada bawang putih mengelakkan gumpalan daripada terjadi di dalam salur darah.

6. Merendahkan Paras Kolesterol.
Bawang putih boleh merendahkan paras triglycerides darah dan kolesterol dan mengurangkan pembentukan plak arteri.

7. Melawan Allergi
Bawang putih dikenali dengan ciri anti-radang. Diallyl sulphide dan thiacremonone yang terdapat pada bawang putih membantu badan melawan allergi. Jus bawang putih mentah pula boleh menghilangkan gatal pada kulit akibat gigitan serangga.

8. Petua Untuk Masalah Pernafasan
Penggunaan bawang putih secara konsisten boleh mengurangkan risiko jangkitan demam dan selsema. Bawang putih juga berupaya mengurangkan pada bahagian atas saluran pernafasan. Bawang putih juga boleh membantu mengurangkan masalah asma dan masalah pada pernafasan.


9. Diabetes
Bawang putih meningkatkan penghasilan insulin dan mengawal paras gula di dalam badan pesakit diabetes.

10. Berkesan Ke Atas Ketuat
Sapu ekstrak bawang putih ke atas ketuat untuk mengurangkan kesan ketuat.

11. Mengurangkan Risiko Barah
Allyl sulphide yang terdapat pada bawang putih adalah bersifat anti barah Jadi, pengambilan bawang putih setiap hari boleh mengurangkan risiko penyakit barah.

12. Meningkatkan Fungsi Iron
Ferroportin dalam badan sangat membantu penyerapan dan pembebasan iron. Diallyl sulphide pada bawang putih pula membantu penghasilan ferroportin.


13. Sakit Gigi
Letakkan bawang putih yang telah dihancurkan pada gigi yang sakit boleh membantu menghilangkan sakit gigi.

Rupa-rupanya bawang putih ni sangat banyak kebaikkannya. Selama ini saya hanya tahu guna bawang putih di dalam masakan saya sahaja

Saya adalah pengedar Shaklee yang aktif di kawasan Sri Aman (COD) dan seluruh Malaysian (melalui pos).
SMS dan WASSAP ke 019-4675097
FB : Emy Lea


Tuesday, July 7, 2015

Khasiat Bawang Putih - Garlic Complex Shaklee

Bawang putih bukan hanya untuk menyedapkan masakan sahaja. Bawang putih juga sangat penting untuk kesihatan kita. Sejak dahulu lagi bawang putih digunakan sebagai antibiotik semulajadi. Datuk nenek kita dahulu memakan bawang putih segar untuk mengelakkan penyakit berjangkit dan juga selsema. Kekuatan bawang putih terletak pada bau nya. Bawang putih mengandungi pelbagai jenis komposit fisiologi yang terdiri daripada bahan sulfat untuk menentang antioksidan dan juga penting sebagai anti kanser. Sebab itu bawang putih mempunyai bau yang sangat kuat.


Apa istimewanya GarlicComplex Shaklee?

Garlic Complex Shaklee dibuat daripada bawang putih premium, bebas daripada racun perosak dan ditanam secara organik di California, USA semasa musim panas. Proses penghasilan Garlic Complex Shaklee pula dijalankan secara eksklusif pada suhu bilik tanpa haba untuk mengekalkan Alicin aktif secara seratus peratus. Perisa herbanya juga terdiri daripada dua ekstrak herba iaitu Rosemary dan Spearmint. Garlic Complex Shaklee juga mengandungi Vitamin E untuk meningkatkan sebatian aktif garlic dan keberkesanannya kepada badan kita. Dua tablet Garic Complex Shaklee membekalkan 1000mg ekstrak garlic tulin iaitu bersamaan dengan dua ulas garlic segar.

Khasiat Garlic Complex Shaklee

1. Mengandungi Spearmint yang menolong meningkatkan fungsi jantung dan sistem penghadaman.
2. Sumber antibiotik yang selamat dan semulajadi menjadikan ianya selamat untuk digunakan dalam jangkamasa yang panjang untuk meningkatkan sistem imun bagi mengelakkan jangkitan penyakit berjangkit seperti selsema, kulat, virus, yis dan candida.
3. Menghalang elergi dengan meningkatkan sistem imun untuk mengelakkan penyakit yang berkaitan sistem imun badan seperti sinus, hidung sensitif, asthma, elergi, hepatitis dan juga selsema.
4. Meningkatkan fungsi sistem penghadaman untuk mengatasi masalah seperti kembung perut, gastrik dan juga ketidakhadaman. 
5. Menolong menstabilkan tekanan darah. Hasil kajian menunjukkan pengambilan Garlic tablet sebanyak dua hingga empat biji sehari mampu menurunkan tekanan darah tinggi dengan 8 point.
6. Menolong proses detoksifikasi. Garlic mampu mengeluarkan raksa daripada badan dengan pantas. Raksa, plumbum dan kadmium merupakan logam toksik yang akan menaikkan tekanan darah. Garlic juga mampu melindungi sel-sel darah daripada kemusnahan dan menghalang kerosakan hati oleh bahan kimia.
7. Menolong enurunkan kolesterol, LDL, trigliserid dan kelikatan darah, mengelakkan darah beku, meningkatkan HDL, melindungi jantung, menghalang strok dan penyakit koronari.
8. Menolong mengurangkan risiko kanser dan mengelakkkan pertumbuhan sel kanser.
9. Membantu menstabilkan glukos di dalam badan.

Cadangan pengambilan
Kesihatan biasa : 2 biji sehari selepas makan
Untuk radang dan elergi : 2 biji untuk 2 kali sehari selepas makan
Untuk kanser, darah tinggi dan hyperlipidemia 2 biji untuk 2 hingga 3 kali sehari selepas makan.

Jika anda mencari vitamin untuk diri dan keluarga, boleh hubungi saya Pn. Emy di talian 019-4675097. Saya adalah pengedar Shaklee yang aktif di bandar Sri Aman an kawasan sekitarnya.

Friday, November 21, 2014

Cara Semulajadi Untuk Mengatasi Selsema Dan Batuk Bayi

Sekarang ni musim demam, selsema dan batuk. Di mana-mana saya dengar ibu-ibu mengadu anak-anak mereka batuk dan selsema...termasuklah anak-anak saya. Yang paling merisaukan kita sebagai ibu adalah apabila anak kita yang masih bayi ikut sama jatuh sakit. Sebagai ibu kita dilemma samada hendak memberikan ubat kepada anak-anak terutamanya yang masih bayi tu ataupun mencari alternatif lain untuk merawat batuk dan selsema anak-anak. Di sini saya berikan beberapa tips untuk mengatasi masalah bayi dan anak-anak batuk dan selsema secara semulajadi. Rawatan secara semulajadi ini walaupun lambat menunjukkan kesan tetapi tiada kesan sampingan dan sememangnya selamat untuk bayi dan anak-anak kita. Semoga memberi manfaat kepada ibu-ibu di luar sana.
pengedar shaklee sri aman

1) Kawal pemakanan anak-anak dan bayi.
Kita sebagai ibu perlu tahu beberapa jenis makanan yang perlu dielakkan oleh anak-anak dan bayi kita apabila mereka selsema dan batuk. Kalau boleh elakkan semua jenis makanan yang berminyak, berlemak dan manis. Lebihkan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran. Banyakkan makan protein especially bahagian tengah ayam ataupun buatkan sup kaki ayam dan sup tulang ayam yang dicampur sedikit halia dan direnihkan selama 18 jam...

pengedar shaklee sri aman

2) Petua tradisional
Emak kita zaman dulu-dulu menggunakan petua tradisional. Pilihan utama mereka adalah menggunakan bawang putih kerana bawang putih mempunyai fungsi antibiotik semulajadi. Saya masih ingat lagi sewaktu saya masih kanak-kanak, jika saya mengalami sakit perut, mak saya akan menumbuk sedikit bawang putih, dicampur dengan minyak masak dan dilumur serta diurut lembut pada perut dan belakang saya. Di sini saya kongsikan apa lagi yang kita boleh buat dengan bawang putih

a) Petua Garlic socks
Pakaikan bayi anda dengan stokin yang jenis berlubang-lubang .Kemudian pakai lagi sehelai stokin dengan memasukkan bawang putih yang telah ditumbuk lumat. Gunakan separuh je bawang putih tu pun ok. Jangan lupa buat test dulu takut bayi tak tahan panas. Jika bayi tak selesa boleh gunakan sahaja minyak bawang putih. Bagi anak-anak yang dah besar sikit kita boleh lekatkan bawang putih yang sudah ditumbuk pada tapak kaki dia dengan menggunakan handyplast. Jangan hairan jika nafas mereka akan berbau sedikit bawang putih. Ini kerana bawang putih telah diserap ke dalam tubuh badan mereka dan bertindak sebagai antibiotik.

b) Minyak bawang putih
Bakar beberapa ulas bawang putih sehingga kulitnya berubah menjadi warna hitam terbakar. Kemudian lenyekkan di dalam mangkuk kecil dengan campuran minyak zaitun atau minyak kelapa. Sapukan minyak ini di dada ataupun di kaki anak-anak atau ketika batuk dan selsema.

pengedar shaklee sri aman
Credit picture : jomhealthywithme.blogspot.com

c) Petua bawang merah
Potongkan bawang merah kepada 2 bahagian dan letakkan di tepi bantal anak-anak atau bayi semasa mereka tidur malam. Buat selama 3 malam berturut-turut. Dipercayai bawang merah ini akan menyerap semua virus yang ada di udara. Sebab itu jangan gunakan bawang yang sudah terdedah ini untuk memasak ye..

3) Pengambilan supplemen.
Semasa anak-anak saya selsema dan batuk hari tu, saya memberikan mereka sebiji omega guard sehari. Antara fungsi omega guard ini adalah :
  • Meningkatkan sistem imunisasi kanak-kanak dan dapat merawat demam selsema dan batuk kerana Omega 3 ini bersifat panas jadi apabila dimakan automatik memberi kesan panas dalam badan.
  • Omega 3 ini mempunyai sifat anti radang dan anti inflamasi jadi ianya amat berkesan untuk mengurangkan serangan asma pada kanak-kanak dan mengurangkan penggunaan inhaler
pengedar shaklee sri aman

Bukan menjadi rahsia laggi bahawa omega 3 ini sangat bagus untuk perkembangan otak anak-anak kita agar lebih cerdas. Bagi anak-anak yang belum pandai menelan atau mengunyah, boleh pecahkan omega guard ini untuk dicampurkan di dalam susu atau sup yang mereka minum.

Jika anda ingin mencari supplemen yang sesuai untuk seisi keluarga, sila hubungi saya,

pengedar shaklee sri aman

Pengedar Shaklee Sri  Aman
 FB Personal: Emy Lea
 FB Page: https://www.facebook.com/HealthyEden
 Email : evanona75@yahoo.com
 Call/SMS/WhatsApp :019-4675097
 COD Area: Sri Aman/Lubok Antu




Friday, September 26, 2014

Tips Diet

Di dalam merancng diet anda, pastikan anda sentiasa menyemak diet plan anda dengan yang pakar. Ini kerana, anda akan cenderung melakukan kesilapan di dalam merancang diet anda. Jika ini berlaku, maka diet plan anda tidak berkesan malahan menjadikan berat anda akan bertambah!

Antara Kesilapan yang sering dilakukan semasa diet :
1. Skip hidangan. Jangan skip mana-mana hidangan. Lagi-lagi sarapan pagi. Rugi! Sarapan tu penting untuk mencetus metabolism harian anda. Jangan tunggu sampai di ofis baru nak makan. Makan sarapan first thing in the morning. 

2. Cuma makan 3 hidangan sehari. Ini kesilapan paling besar.  3 Hidangan TAK cukup untuk  mengawal nafsu makan dan untuk tingkatkan metabolism. Paling kurang makanlah 5x sehari. Ini tak kira samada anda ingin kurang, maintain or tambah berat badan. Makan malam pun boleh as long as you budget dalam keperluan kalori seharian anda dan asalkan tiak makan terlalu lewat malam.


3. Makan tak cukup. Jangan jangan jangan tak makan. Nanti metabolism anda jatuh dan anda bukan sahaja melapar diri dan rugi pembakaran kalori. Kalau DCR anda 2,000 kalori sehari, paling kurang makan dalam 1,200 kalori. Yang penting makan kerap untuk kawal nafsu.Makan kerap dengan kuantiti yang sedikit.

4. Elak nasi.  Nasi adalah sumber karbohidrat yang baik. YES memang boleh menggemukkan kalau berlebihan tapi oats, buah atau roti pun boleh menggemukkan kalau berlebihan. Nak makan nasi, jangan lebih segenggam tangan untuk satu hidangan. 

5. Ikut diet membuta. Ramai yang suka ikut trend-trend diet terkini seperti blood type diet, aktins, high protein dan lain-lain. Bagi saya, tiada masalah mencuba tapi jangan ikut membuta. Pastikan anda faham dan mempersoalkan fakta sains di sebalik setiap diet. Macam dalam agama juga. Kita tidak ikut membuta, setiap seruan ada hikmahnya. Itu yang aya katakan awal tadi..pastikan anda sentiasa merujuk kepada yang pakar.

6. Harapkan makanan tambahan. Tiada masalah jika mengambil supplement untuk diet, TAPI jangan bergantung kepada produk-produk tersebut untuk menjadi pembela kesihatan anda. Pastikan diet keseluruhan dah baik, kehidupan yang cergas (tak semestinya bersenam) dan gabungkan dengan makanan tambahan. Barulah berkesan. 

Selamat mencuba!!

Jika anda mencari supplement untuk diet, boleh hubungi saya melalui Facebook Emy Lea atau sms/wassap ke 019-4675097

Tuesday, August 5, 2014

PENGEDAR SAH SHAKLEE SRI AMAN : SAFFLOWER FLOWER DAN NUTRIFFERON

Safflower flower


KHASIAT BUNGA SAFFLOWER
  • menuatkan imun sistem badan
  • sangat berkesan untuk melegakan simtoms demam panas dan digunakan untuk merawat demam campak
  • menolong menurunkan paras kolesterol di dalam darah
  • digunakan untuk merawat masalah jerawat dan melembabkan kulit secara semulajadi
  • boleh digunakn untuk merawat masalah kulit kepala yang kering dan berkelemumur dan menjadikan rambut lebih sihat dan cantik
  • jika disapu pada kulit boleh melegakan radang atau ruam pada kulit
Safflower Extract

  • juga boleh digunakan untuk merawat sembelit
  • digunakan untuk merawat masalah mati pucuk dan memperbaiki keinginan seks dan boleh memekatkan air mani pada kaum lelaki
  • jika digabungkan dengan madu, boleh digunakan untuk merawat penyakit asma
  • bertindak sebagai expectorant dan boleh melegakan batuk berkahak.
  • digunakan untuk menguatkan rahim bagi mengelakkan keguguran di kalangan kaum ibu dan meningkatkan kesuburan wanita
  • juga digunakan untuk mengurangkan kesakitan, demam panas dan boleh membesarkan payudara
AWAS!

Penggunaan oleh wanita hamil dan pesakit ulser peptic mungkin menyebabkan pendarahan.


Safflower flower ini terdapat di dalam NUTRIFERON SHAKLEE. Sebab itu, NUTRIFERON Shaklee ni punya 1001 kebaikan. Bahan-bahan semulajadi di dalam nya membolehkan anda menggunakannnya tanpa was-was.

Nutriferon ShakleeNutriferon
                                                     Klik Di Sini Untuk Membeli Nutriferon Online

Atau, boleh hubungi saya jika anda berminat :
# untuk menjadi ahli
# untuk penerangan  lebih lanjut tentang product
# untuk membeli
****boleh hubungi saya EMELIA ANAK JUMOI ( SID : 994434 )
****CALL/SMS/WASSAP : 019-467 5097
****COD : SRI AMAN DAN SEKITARNYA
****POS KE SELURUH MALAYSIA, INDONESIA, BRUNEI DAN SINGAPORE

Monday, August 4, 2014

PENGEDAR SAH SHAKLEE SRI AMAN : PUMPKIN SEEDS DAN NUTRIFERON


Pumpkin Seed


10 Khasiat Pumpkin Seed

Jika selama ini anda membuang biji-biji buah labu merah ( pumpkin ) setiap kali anda memasak, anda boleh mula menyimpan pumpkin seed selepas membaca artikel ini.


1.  Pumpkin seed mengandungi sleep-enhancing amina asid tryptophan yang bertukar menjadi  serotonin di dalam badan dan
membolehkan anda tidur dengan nyenyak.


2. Pumpkin seed juga mengandungi mineral magnesium yang tinggi  yang juga dikenali sebagai Nature's natural relaxant.

3. Mengandungi protein yang senang dihadam yang boleh menolong menstabilkan paras gula di dalam badan apabila dimakan sebagai snack. Paras gua yang stabil bermakna anda boleh menurunkan berat badan!
4. Sangat tinggi kandungan Omega 3 nya. Kajian menunjukkan pumpkin seed oil mampu mengecilkan benign prostatic hypertropy (BPH) - keadaan di mana prostate gland membengkak.
5. Mengandungi mineral zinc yang amat tinggi. Zinc amat dikenali sebagai pelindung kesihatan prostate kaum Adam dan menyebabkannya sangat sesuai untuk dimakan oleh kaum lelaki.
6.  Sumber pembentukan darah dan energy-boosting iron yang bagus.
7. Sebagai anti-inflammatory yang lebih berkesan berbanding ubat-ubatan - malahan tanpa kesan sampingan.
8. Mengandungi phytosterol compound yang dipercayai boleh menurunkan paras kolesterol. Pumpkin seed mengandungi kedua paling tinggi strerol berbanding kekacang yang lain (biji matahari dan kacang pistachio berkongsi di tempat yang pertama)
9. Mengandungi serat yang tinggi yang boleh membantu anda lawas.
10. Mengalkalikan pH badan anda. Kebanyakan snack food membentuk asid di dalam badan, tetapi tidak pumpkin seed. Asidity yang tinggi di dalam badan dikaitkan dengan pelbagai jenis penyakit malahan kanser juga dikaitkan dengan kandungan asid di dalam badan.
Untuk pengetahuan pembaca semua, pumpkin seed ini terdapat dalam bentuk ekstrak di dalam Nutriferon Shaklee. Cara yang mudah dn selamat untuk mendapatkan 10 khasiat pumpkin seed. Hassle free!! Sebab itu, NURIFERON ni wajib ada di rumah saya. Untuk menguatkan imun sistem dan juga untuk awet muda.
Nutriferon Shaklee

Sila Klik Untuk Membeli Nutriferon

Atau, anda juga boleh  hubungi saya jika anda berminat :
# #untuk menjadi ahli
# untuk penerangan produk lebih lanjut
# untuk membeli
****boleh hubungi saya EMELIA ANAK JUMOI ( SID : 994434 )
****CALL/SMS/WASSAP : 019-467 5097
****COD : SRI AMAN DAN SEKITARNYA
****POS KE SELURUH MALAYSIA, INDONESIA, BRUNEI DAN SINGAPORE

Sunday, August 3, 2014

PENGEDAR SAH SHAKLEE SRI AMAN : PLANTAGO SEED DAN NUTRIFERON


Plantago Seed
 KHASIAT PLANTAGO SEED
  • menolong badan menyingkirkan toxin dalam badan. 
  • mengandungi mucilage yang mana melicinkan dinding usus besar
  • melegakan sembelit
  • pengaliran kumuhan yang sihat. 
  • melegakan kesakitan ketika membuang air besar bagi pengidap buasir
  • juga boleh digunakan untuk merawat penyakit berak berdarah atau dysentery
  • hasil kajian terkini menunjukkan asid linoleic yang terdapat di dalam plntago seed menolong mencegah atheroscelorisis dan menurunkan paras kolesterol.
  • tabib Cina menggunakan plantago seed untuk merawat jangkitan pada pundi kencing ( untuk melawaskan pembuangan ar kencing )
  • juga digunakan untuk membuang mukus dari paru-paru khusus bagi jangkitan paru-paru.

Dari mana kita boleh dapatkan plantago seed ini? Plantago seed ini terdapat di dalam Nutriferon Shaklee. Pilihan pertama saya untuk merawat demam, selsema, demam panas dan batuk. Dalam keadaan cuaca yang sangat panas dan kering seperti sekarang, kita sangat terdedah kepada masalah kesihatan seperti batuk, demam dan selsema. Bagi saya, lebih baik kita mencegah daripada merawat. Selain kita perlu minum banyak air, kita juga perlukan supplement untuk kekal sihat. Dan, NUTRIFERON sangat berkesan untuk kita tingkatkan sisitem imun badan.

Nutriferon

Sila Klik Untuk Membeli Nutriferon 

Atau, anda juga boleh hubungi saya jika :

# untuk menjadi ahli
# untuk penerangan lebih lanjut
# untuk membeli
****boleh hubungi saya EMELIA ANAK JUMOI ( SID : 994434 )
****CALL/SMS/WASSAP : 019-467 5097
****COD : SRI AMAN DAN SEKITARNYA
****POS KE SELURUH MALAYSIA, INDONESIA, BRUNEI DAN SINGAPORE