nuffnang
Tuesday, October 24, 2017
ANXIETY DISORDERS - BAGAIMANA AKU MENGATASINYA?
Sunday, September 24, 2017
Vitamin Untuk Kanak-kanak
Anak saya pun lebih kurang sama juga dengan kanak-kanak lain. Keempat-empat anak saya semua nya picky eater. Yang sulung langsung menolak sayur. Dia cuma suka makan ikan atau ayam. Anak yang nombor dua pula boleh menerima sayur tetapi amatlah memilih jenis sayur..satu-satunya sayur yang dia nak makan adalah daun ubi. Anak yang ketiga pun sama, menolak semua jenis sayur dan suka makan ikan sahaja. Ayam pula dia hanya terima ikut mood dia saja. Anak yang bongsu, paling memilih di antara mereka berempat. Agaknya sebab itulah dia ni yang paling lemah sistem imunnya.
Jadi, untuk mereka berempat ni, saya memang sediakan set vitamin dorang sendiri. Sudah semestinya jenama pilihan saya adalah Shaklee. Ini antara vitamin yang saya wajibkan dorang ni makan setiap hari :
Wednesday, March 8, 2017
Set Kanak-kanak Sihat & Bijak
Adalah normal bagi seorang ibu jika dia inginkan seorang anak yang comel dan menawan. Bagi saya, semua bayi adalah comel dan yang paling comel di dunia ini sudah semestinya anak-anak saya sendiri. Rupa paras anak-anak saya yang comel lote itu adalah satu bonus, yang penting bagi saya anak-anak saya yang empat orang tu semuanya Sihat, Bijak dan Ceria! Sebab itu saya bagi mereka Set Kanak-kanak Sihat, Bijak dan Ceria yang mengandungi Omega Guard, Chewable Vita-C Plus dan Mealshake.
Omega Guard
Mengandungi satu rangkaian penuh 7 jenis asid lemak omega-3 semulajadi iaitu EPA, DHA, ALA dan lain-lain lagi. EPA berfungsi untuk menyihatkan jantung dan sendi manakala DHA pula amat penting untuk perkembangan dan fungsi-fungsi otak. Asid Docosahexaenoic(DHA) adalah asid lemak omega-3 yang penting untuk perkembangan sistem saraf dan keupayaan penglihatan visual untuk fungsi otak yang lebih baik samada di kalangan orang dewasa dan juga kanak-kanak. DHA adalah komponen struktur utama dan asid lemak omega-3 yang paling banyak dalam otak dan retina serta berperanan meningkatkan hubungan antara neuron dan transmisi maklumat untuk daya ingatan dan pembelajaran lebih baik. Apabila seorang kanak-kanak menerima tahap DHA yang mencukupi dan bersama-sama dengan nutrien otak lain yang tidak kurang penting serta stimulasi pemupukan perkembangan, ia boleh membantu dalam membentuk perkembangan empat ciri-ciri genius. Visual penglihatan lebih tajam membantu pembelajaran lebih cepat dan perkembangan intelektual lebih tinggi pula mendorong keupayaan lebih baik di dalam pembelajaran dan ingatan. Kemahiran penyelesaian masalah lebih baik berpunca daripada daya tumpuan, daya ingatan dan keupayaan untuk melaksanakan aplikasi. Kemahiran berbahasa lebih pantas pula merupakan salah satu asas penting untuk pendidikan masa depan.
Chewable Vita-C Plus
Vitamin C berperanan penting di dalam memelihara kandungan antioksidan semulajadi badan serta penting untuk pertumbuhan tulang, gigi dan gusi yang sihat sekaligus menyumbang kepada kesihatan yang baik secara keseluruhan. Chewable Vita-C memberikan khasiat Vitamin C yang setara dengan sebiji setengah buah oren yang berfungsi untuk menguatkan sistem imunisasi badan. Ia ideal untuk kanak-kanak yang belum dapat menelan tablet. Chewable Vita-C ini juga tidak mengandungi sebarang perasa atau pewarna tiruan.
Mealshake
Mengandungi 19 jenis vitamin dan mineral yang penting sebagai asas nutrien penting untuk tumbesaran kanak-kanak dan remaja agar kekal sihat dan kuat. Mealshake juga merupakan sumber serat dan protein yang bagus. Mealshake juga kaya dengan sumber kalsium dan mempunyai indeks glisemik yang rendah. Kanak-kanak yang lasak dan sentiasa berlari aktif tidak akan punya masa untuk duduk diam dan menikmati makanan yang seimbang. Sebab itu kanak-kanak memerlukan makanan segera yang baik untuk mereka iaitu makanan segera yang rendah lemak dan juga rendah glisemik.
Apabila anak-anak kita sihat, bijak dan ceria, kita sebagai ibu juga akan turut merasa gembira. Rupa paras mereka kita boleh touch-up kemudian, yang penting pembesaran mereka seiring dengan daya pemikiran yang bijak.
Jika ingin membeli Set Khas Untuk Kanak-kanak ini secara online, sila klik :
Jika ada sebarang pertanyaan atau ingin mendaftar keahlian, sila hubungi :
♥ FB Personal: Emy Lea
♥ FB Page: Tips Keluarga Sihat
♥ Email : evanona75@yahoo.com
♥ Call/SMS/WhatsApp : 019-4675097
♥ COD Area: Sri Aman/Lubok Antu
♥ Pengeposan ke seluruh negara juga disediakan.
Thursday, March 2, 2017
Impian Saya
Impian yang top dalam list saya adalah memastikan kesihatan anak-anak dan ahli keluarga yang lain dalam keadaan tip top. Sebab itulah saya tetap setia bersama Shaklee, sebab saya tahu saya boleh mempercayai kualiti yang Shaklee tawarkan. Dalam banyak-banyak vitamin yang Shaklee tawarkan pada kanak-kanak, saya paling suka Nutriferon. Impian saya adalah untuk memberikan mereka Nutriferon satu peket seorang setiap hari. Setakat ini saya jadikan Nutriferon sebagai stok untuk mereka makan jika hanya waktu mereka tak sihat sahaja. Dengan Nutriferon saya dapati sistem imun mereka menjadi bertambah kuat.
Impian saya yang kedua adalah hidup tanpa hutang. Ya, kehidupan bebas hutang adalah kehidupan yang sangat saya impikan. Bagi saya kemewahan itu tiada ertinya jika kita masih banyak berhutang. Segala perancangan hidup jadi tergendala selagi hutang-hutang itu tidak terlangsai. Tidur malam pun tidak nyenyak dibuatnya....huhuhu.
Sunday, February 19, 2017
Set Berpantang Shaklee
Disini saya ingin berkongsi kisah seorang ibu yang baru menimang cahayamata pertamanya dan berpantang dengan Set Berpantang Shaklee. Ikutilah kisah Puan Nadimah Muhammad yang berpantang menggunakan Set Berpantang Shaklee. Antara vitamin yang Puan Nadimah amalkan semasa berpantang adalah vitamin B Complex, Zinc Complex, Vitalea, Ostematrix, Vitamin C, Omega Guard dan Vivix.
=============================
[SIHAT, BERTENAGA DAN SUSU BANYAK DENGAN SHAKLEE MEMENUHI IMPIAN SEMUA IBU BERPANTANG]
Hai semua. Assalamualaikum!
Nadim nak share sikit pengalaman berpantang anak yang pertama ni dengan set berpantang Shaklee.
Sebenarnya set yang Nadim ada untuk berpantang ni adalah set vitamin yang memang Nadim dah makan sejak 3 tahun lepas lagi.
Tapi sebab baru first time mengandung kan, so lagi konsisten la Nadim ambik setiap vitamin tu. Tak nak la pulak jadi apa-apa kat anak.
Lagi-lagi sejarah keturunan keluarga belah arwah mak Nadim memang banyak and hampir semuanya GDM masa mengandung yang terus lekat diebetes sampai akhir hayat dan keguguran banyak-banyak kali. And Nadim BEBAS GDM!
Masa berpantang Nadim ada vitamin B complex, zinc complex, vitalea, oste, vitamin C dan Omega guard. Tambah 1 lagi vivix yang memang Nadim beli khas untuk berpantang. Masa ni belum lagi minda terbukak untuk minum ESP yang super famous tu.
Alhamdulillah berkat konsisten makan setiap hari vitamin-vitamin ni, hasilnya luka Nadim cepat baik. Cepat bercantum elok cumanya benang jahitan tu je lah rasa tak selesa.
Daripada dalam ward lepas bersalin lagi Nadim dah ada susu yang warnanya sangat kuning dan pekat. Zayyad dah menyusu daripada minit-minit pertama dia lahir lagi dan masa tu dia sangat bersih walaupon belum dimandikan. Menjadi ibu kepada anak yang pertama ni jadi igauan ramai ibu-ibu, TAKUT TAKDE SUSU!
Tapi alhamdulillah, sejak daripada awal lagi memang dah follow bab penyusuan susu ibu. Segala ilmu dah dikorek dan hanya tinggal apply je. Dan alhamdulillah juga, berkat kerajinan dapatlah 2 tong nasi besar bawak balik EBM frozen stock selepas 2 bulan berpantang kat kampung. Zayyad takde jaundis yer walaupon Nadim darah O.
Nadim berpantang dengan inlaw yang mana tak bagi makan buah pon masa pantang. Bayangkan nutrisi apa je yang ada. Karbohidrat dari nasi dan protein dari ikan, dan sayur yang dah dibuat tumis air. Sayur kompem takde nutrisi sebab dah layu gila lepas dimasak.
Kurang nutrisi menyebabkan luka lambat sembuh dan ibu kekurangan tenaga!
Tapi semua berjalan lancar. Sepanjang berpantang, semua orang cakap macam tak pantang pon. Bertenaga! Mandikan anak sendiri, mandi sendiri, drive sendiri ke klinik untuk checkup sebulan, makan memang la sendiri. Hihi.
Muka Nadim pon tak pucat. Rambut masa tu pon tak gugur. Darah nifas sangat lancar. Kalau darah yang tak lancar ni bahaya yang boleh sebabkan ibu rasa sakit gila dalam perut macam nak bersalin lagi!
Owh lupa! Lepas 2 minggu berat dah kembali 55kg dan habis pantang berat dah 54kg!
Tu lah pengalaman nadim dengan set berpantang shaklee. Sembelit pon takde bila konsisten makan ostematriks. Jangan tak taw, sembelit adalah salah satu mimpi ngeri yang amat bagi ibu berpantang.
Yang bestnya, set tu lah daripada dulu 3 tahun lepas hingga lah sekarang menyusukan anak yang dah berumur 10 bulan. Stretchmark Nadim yang macam harimau belang dah hilang masa Zayyad umur 6-7 bulan lagi!
Vitamin Shaklee memang awesome! InsyaAllah takkan cari set lain dah untuk seterusnya pon!
Cadangan Nadim, kalau korang takut nak makan jamu-jamu yang akan menyebabkan anak terkena jaundis dan dalam masa yang sama nak kembali sihat, langsing dan bertenaga serta susu banyak, Shaklee PILIHAN PERTAMA!
Terima kasih kerana sudi singgah ye. Salam sayang dan jumpa lagi.๐๐๐
Sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee boleh menghubungi saya terus melalui mana-mana cara di bawah:
Thursday, February 2, 2017
SUPPLEMEN TERBAIK UNTUK MENAIKKAN ANTIBODI ANAK YANG LEMAH
Seperti ibu-ibu yang lain, Pn. WAN ZAINAB BT WAN MUHAMAD juga sangat risau bilamana anak kecilnya kerap sangat jatuh sakit. Jom kita baca testimoni beliau yang memilih produk Shaklee untuk meningkatkan sistem imun badan anaknya.
[SUPPLEMEN TERBAIK UNTUK MENAIKKAN ANTIBODI ANAK YANG LEMAH]
Assalamualaikum.
Saya Wan Zainab Bt Wan Muhammad. Ibu kepada 2 orang anak lelaki yang sedang membesar.
Saya ingin ceritakan kisah shaklee effect anak saya Muhammad Hud. Hud berusia 1 tahun 4 bulan sekarang dan sistem pertahanan badan beliau agak lemah. Seawal usia 2 bulan Hud sudah demam. Bukan sahaja demam tapi diikuti dengan batuk juga selsema. Hud mudah terima jangkitan daripada orang lain.
Hud paling kerap demam berbanding anak pertama. Saya perasan bila demam, Hud akan selsema dan juga batuk. Batuk Hud pula berkahak dan menganggu tidur beliau. Kesian Hud bila batuk.
Umur Hud 7 bulan, saya mula berikan Hud Omega Guard, Nutriferon & Vitamin C. Alhamdulillah, nampak perubahan yang mana selsema dan batuk cepat pulih. Saya tidak risau bila keadaan ini berulang dan saya akan sediakan suplemen sahaja untuk Hud.
Kadangkala jika Hud batuk-batuk, saya juga bawanya jumpa doktor dan doktor akan check paru-paru beliau. Alhamdulillah paru-paru Hud sihat dan cuma batuk-batuk biasa sahaja. Saya risau juga. Maklumlah, masalah Pneumonia masa kini sangat berleluasa dalam kalangan bayi.
Baru-baru ini Hud selsema dan batuk. Seperti biasa saya cepat-cepat berikan Omega Guard, Vitamin C dan Nutriferon. Dalam masa 2 3 hari sudah nampak perubahannya.
Kesihatan Hud paling saya risau sebab badan beliau masih kecil dan dalam proses bina dan kuatkan antbodi untuk pertahanan penyakit. Jadi, tugas saya adalah berikan makanan yang terbaik untuk beliau.
Kini, ketiga-tiga suplemen ini adalah suplemen wajib untuk anak-anak saya. Hud sangat gemarkan ketiga-tiganya. Kalau makan vitamin C, memang tak cukup 1 biji. Sangat senang ajar dia makan suplemen.
Saranan saya buat ibu-ibu di luar sana, berilah anak-anak anda makanan tambahan supaya badan mereka terlindung daripada sebarang penyakit bawaan Virus. Makanan sekarang ini tak sama macam zaman nenek moyang kita dahulu.
Anak-anak kita perlukan suplemen untuk top up semula nutrisi yang hilang daripada makanan yang kita makan. Tambahan pula, kanak-kanak adalah insan yang suka memilih untuk makan.
Anak-anak kita adalah harta kita. Hargailah dan sayangilah mereka. ;)
Semoga perkongsian ini dapat membantu ibu-ibu lain di luar sana.
Terima kasih kerana sudi singgah ye. Salam sayang dan jumpa lagi.๐๐๐
Sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee boleh menghubungi saya terus melalui mana-mana cara di bawah:
Friday, February 19, 2016
Simptom-simptom Awal Pengidap Hypotiroid
- Keletihan
- Mudah berasa sejuk
- Berat badan mudah bertambah
- Depression
- Lemah daya ingatan
- Tidak dapat berfikir dengan jelas
- Kuat tidur
- Sakit kepala pada waktu pagi yang biasanya akan hilang sendiri apabila hari makin lewat
- Masalah sakit, bengkak dan kejang pada sendi dan otot.
- Bengkak pada muka terutamanya di sekitar mata.
- Bengkak pada lidah
- Suara bertambah garau, masalah pertuturan dan masalah pendengaran
- Mengalami pendarahan yang banyak semasa haid.
- Perubahan pada kulit seperti sejuk dan pucat, kering dan gatal, kasar serta bersisik, kedutan di muka (laugh lines)
- Hujung kuku mudah pecah dan lambat panjang
- Rambut menjadi rapuh, kasar serta mudah gugur
- Bulu kening menjadi nipis dan mudah gugur
- Denyutan jantung menjadi perlahan
- Mudah sesak nafas apabila bersenam
- Lemah tubuh badan
- Tekanan darah tinggi
- Bacaan kolesterol menjadi tinggi
- Masalah tumbesaran yang terhenti lebih awal (bantut)
- Lambat mengalami akil baligh
- Pendarahan yang teruk semasa haid
- Mengalami masalah pembelajaran kerana daya ingatan mereka yang lemah
- Mengalami keletihan yang melampau
- Vivix - perbaiki sebarang kekurangan pada sel.
- Alfalfa Complex - kaya dengan iodin yang merupakan bahan asas pada hormon tiroid
- Vitalea Iron Formula - Sumber lengkap vitamin dan mineral yang diperlukan oleh badan
- SR Vita C 500mg - Hanya dos yang diperlukan
- Ostematrix - mengurangkan PMS dan sakit otot
- Omega Guard - memperbaiki fungsi kalenjar tiroid
- B Complex - mengurangkan stress dan membekalkan tenaga
Thursday, February 18, 2016
Masalah Buasir dan Cadangan Supplement Untuk Atasi Masalah Buasir
Terdapat 2 jenis buasir...
1. Internal hemorrhoid (Buasir Dalaman) - terjadi apabila urat membengkak di dalam dubur.
2. External hemorrhoid (Buasir Luaran) - urat membengkak berhampiran dengan permukaan dubur.
Punca-punca Buasir
* Terlalu banyak tekanan di kawasan pelvis dan rektum (sewaktu membuang)
*Cirit-birit atau sembelit akan menyebabkan anda meneran terlalu kuat dan meningkatkan tekanan urat di dalam kawasan dubur.
* Wanita hamil berisiko mendapat buasir apabila usia kandungan mencecah 6 bulan ke atas.
* Meneran sewaktu bersalin juga boleh menyebabkan buasir menjadi lebih teruk.
* Berat badan berlebihan boleh membawa kepada buasir.
Simptom-simptom buasir
* Pendarahan semasa pergerakan usus
* Gatal-gatal
* Sakit di bahagian dubur (terasa sakit ketika ingin membersihkan)
Cadangan supplement yang boleh membantu mengurangkan masalah buasir.
Omega Guard
* Untuk membantu pengecutan otot dan urat yang bengkak.
* Baik untuk sendi dan otot.
Zinc Complex
* Membantu menyembuhkan luka di dlam bahagian dubur dengan lebih cepat.
Ostematrix
* Membantu mengurangkan sembelit
*Melancarkan pembuangan air besar
* Memberi keselesaan kepada anda apabila mengalami luka di bahagian dubur.
Jangan biarkan kesengsaraan anda berlarutan. Dapatkan suplement yang anda perlukan hari ini juga. Salam Sayang.
Wednesday, August 12, 2015
Cara Mengatasi Masalah Sakit Lutut
Punca sakit lutut pula berbeza mengikut golongan pengidap. Contohnya mereka yang aktif dalam sukan cenderung mendapat sakit lutut disebabkan oleh kecederaan lampau yang pernah mereka alami. Bagi mereka yang mengalami masalah berat badan pula disebabkan oleh lutut mereka yang terpaksa bekerja keras untuk menampung berat badan keterlaluan.
Saturday, May 9, 2015
MEGA MAY PROMOTION!!!!
Promosi Mega Mei!!!
2. Omega Guard - buy 6 free 1
3. Omega Guard - buy 2 get 5% discount
4. Phytocol - buy 6 free 1
5. Phytocol - buy 2 get 5%discount
5. Healthy prenatal set - 5 % discount
6. Healthy postnatal set - 5% discount
7. Healthy fitness set - 5% discount
8. Healthy young set - 5% discount
9. Free Vitalea for all new enrollees
Monday, December 8, 2014
Musim Cuti Datang Lagi!
Tips Percutian Bersama Anak Kecil
Setiap tahun, apabila tiba musim cuti persekolahan hujung tahun, ramai di antara kita yang akan pergi bercuti bersama keluarga. Destinasi percutian yang dipilih pula selalunya berdasarkan kemampuan seseorang. Bagi yang mampu, destinasi percutian yang dipilih adalah di luar negara. Antara destinasi pilihan adalah seperti, negara Korea, negara-negara Arab, Bali di Indonesia, Vietnam dan juga Thailand. Tak kurang juga yang ada lebih suka melancong di dalam negara. Negara kita juga punya banyak tempat-tempat menarik yang sedia untuk dilawati. Walau dimanapun destinasi pilihan kita, percutian itu akan lebih bermakna jika disertai semua ahli sekeluarga.Namun begitu, bagi yang mempunyai anak-anak kecil pula mungkin akan menghadapi masalah jika percutian tidak dirancang dengan teliti. Ini kerana anak-anak kecil ini terutamanya mudah berubah mood. Dan, jika mereka dalam keadaan moody, maka percutian yang sepatutnya menyeronokkan pula akan menjadi kelam kabut dan penuh dengan pergaduhan. Jangan jadikan hal ini menganggu keseronokkan percutian anda. Berikut ini saya kongsikan tips melancong bersama anak-anak kecil. Semoga memberi manfaat kepada semua.
BAWA BEKAL
Tanda Pengenalan
BERSIAP SEDIA
UBAT-UBATAN
RANCANGAN LIBUR
BAWA ‘TOYS’ DAN BUKU
♥ Pengeposan ke seluruh negara juga disediakan.
Monday, November 24, 2014
Keputusan Peperiksaan Anak Anda Tidak Memberangsangkan??
Keputusan peperiksaan anak sulung saya juga agak memberangsangkan walaupun bukan dalam kategori yang cemerlang. Sebagai ibu, saya berbangga dengan pencapaian beliau walaupun beliau tidak tersenarai sebagai penerima hadiah atas sebab kesilapan teknikal pihak sekolah itu sendiri. Walaupun begitu, pihak sekolah telah mengambil inisiatif dengan memberikan hadiah secara peribadi kepada beliau setelah memohon maaf di atas kesilapan yang telah pihak sekolah lakukan.
Tak apa anakku, bulan ini promosi Omega Guard. Nanti mama borong untuk anak kesayangan mama ni. Semoga tahun depan anak mama akan mendapat keputusan yang cemerlang.
Apakah khasiat Omega Guard?
Omega Guard mengandungi satu rangkaian penuh 7 jenis asid lemak omega-3 semulajadi iaitu EPA, DHA, ALA dan lain-lain lagi. EPA berfungsi untuk menyihatkan jantung dan sendi manakala DHA pula amat penting untuk perkembangan dan fungsi-fungsi otak. Asid Docosahexaenoic (DHA) adalah asid lemak omega-3 yang penting untuk perkembangan sistem saraf dan keupayaan penglihatan visual untuk fungsi otak yang lebih baik samada di kalangan orang dewasa dan juga kanak-kanak. DHA adalah komponen struktur utama dan asid lemak omega-3 yang paling banyak dalam otak dan retina serta berperanan meningkatkan hubungan antara neuron dan transmisi maklumat untuk daya ingatan dan pembelajaran lebih baik. Apabila seorang kanak-kanak menerima tahap DHA yang mencukupi dan bersama-sama dengan nutrien otak lain yang tidak kurang penting serta stimulasi pemupukan perkembangan, ia boleh membantu dalam membentuk perkembangan empat ciri-ciri genius. Visual penglihatan lebih tajam membantu pembelajaran lebih cepat dan perkembangan intelektual lebih tinggi pula mendorong keupayaan lebih baik di dalam pembelajaran dan ingatan. Kemahiran penyelesaian masalah lebih baik berpunca daripada daya tumpuan, daya ingatan dan keupayaan untuk melaksanakan aplikasi. Kemahiran berbahasa lebih pantas pula merupakan salah satu asas penting untuk pendidikan masa depan.
































