nuffnang

Showing posts with label PERFORMANCE DRINK. Show all posts
Showing posts with label PERFORMANCE DRINK. Show all posts

Sunday, August 16, 2015

Tips Memilih Kasut Futsal

Pada minggu depan, anak lelaki sulung saya akan menghadapi perlawanan futsal pertama beliau. Perlawanan tersebut diadakan bersempena dengan hari potensi sekolah TABIKA Kemas di Sri Aman. Jadi, minggu lepas anak saya ni telah membuat permintaan untuk membelikan beliau sepasang kasut futsal. Untuk mendapatkan kasut futsal di Sri Aman adalah agak sukar kerana hanya pilihan yang terhad saja ada. Jadi, petang Jumaat lepas, sebaik habis waktu sekolah, kami sekeluarga pun memulakan perjalanan ke Bandaraya Kuching. Dan, semalam, sebaik berjaya mendapat sepasang kasut futsal, kami kembali semula ke Sri Aman.

Okay, apa yang saya nak kongsikan di sini adalah cara-cara untuk memilih kasut futsal yang sesuai. Bukan jenama yang kita perlu kejar, tetapi keselesaan si pemakai semasa bermain nanti itu yang paling utama. Walau jenama apa yang kita pilih, yang pentingnya mesti STYLO..ngeh..ngeh..ngeh..


1. Keselesaan
Perkara paling utama yang perlu dititikberatkan ketika memilih kasut adalah keselesaan. Tak kira berapa pun harga dan apapun jenama kasut yang anda pilih, yang penting mesti rasa selesa ketika dipakai. Sebab kasut tersebut dipakai untuk bermain bola dan bukannya untuk buat fesyen show. Jadi, untuk memastikan kasut yang anda pilih benar-benar selesa dipakai, jangan malu-malu untuk mencuba kasut berkenaan. Cuba sepasang terus, jangan hanya mencuba sebelah kaki sahaja. Berjalan di sekitar dalam kedai kasut jika perlu. Malahan boleh cuba untuk berlari anak dengan kasut berkenaan. Jadi, pandai-pandailah cari kedai yang owner nya sporting la yer...hehehe.

2. Jenis padang
Perkara seterusnya yang perlu diambilkira ketika memilih kasut adalah jenis padang untuk bermain. Jika anda bermain di padang turf sintetik grass (padang tiruan yang berwarna hijau), maka lebih baik memilih kasut yang tapaknya ada spike. Ini kerana padang sintetik grass tu agak licin dan tidak sesuai untuk kasut yang bertapak getah. Kebarangkalian anda jatuh tergolek di tengah padang adalah agak tinggi kerana tapak kasut getah adalah licin untuk digunakan di atas padang sintetik grass. Jika anda bermain di atas flat field, atau padang yang tidak berumput, maka tapak kasut bergetah pula yang paling sesuai untuk anda. Jangan pakai kasut yang ada tapak spike untuk bermain di atas padang yang jenis ini kerana spike pada tapak akan menyebabkan anda tidak dapat bergerak dengan pantas.

3. Harga
Bagi saya, pilihan harga kasut adalah terpulang kepada kemampuan anda sendiri. Jika anda mampu, tidak salah untuk memilih kasut futsal yang berjenama seperti PUMA, NIKE dan ADIDAS. Jika tidak, pilihlah jenama apapun yang ada...yang penting keselesaan kasut yang anda pilih itu akan membawa kemenangan pada pasukan anda!


So, kesimpulannya di sini, walau apapun jenama kasut atau harga yang anda pilih, pastikan keselesaan dan kemahiran itu ada. Tak guna juga kalau ada kasut stylo warna merah menyala tetapi rembat bola pun sampai..ngeh..ngeh...ngeh..

Perlukan minuman tenaga? Sila klik di sini

Jika anda tercari-cari Vitamin yang sesuai untuk anda dan keluarga, boleh hubungi saya :
Pengedar Shaklee Sri  Aman
 FB Personal: Emy Lea
 FB Page: https://www.facebook.com/HealthyEden
 Email : evanona75@yahoo.com
 Call/SMS/WhatsApp :019-4675097
 COD Area: Sri Aman/Lubok Antu
 Pengeposan ke seluruh negara juga disediakan.


Tuesday, October 21, 2014

FAQ TENTANG SHAKLEE

Pengedar Shaklee Sri Aman

FAQ tentang Shaklee.

1. Shaklee tu company apa yerrr? Jual ubat ka...?
Shaklee adalah satu company yang menjual rangkaian produk makanan tambahan atau supplement secara jualan langsung atau MLM. Produk Shaklee bukan dalam kategori ubat kerana bahan asasnya tiada mengandungi dadah atau bahan kimia yang lain. Semua produk Shaklee adalah berasaskan sumber alam semulajadi.

2. Company baru ka? Tak pernah dengar pun...
Shaklee sudah bertapak di Malaysia pada tahun 1988 yang lalu, iaitu kira-kira 26 tahun yang lalu. Shaklee Malaysia menjalankan operasi perniagaannya mengikut garis panduan Akta Jualan Langsung 1993 dengan Lesen Jualan Langsungnya yang bernombor AJL93747.

3. Apa maksud Shaklee? Saya cari-cari di dalam kamus tak jumpa pun perkataan Shaklee?
Shaklee diambil daripada nama seorang doktor iaitu Dr. Forrest C Shaklee. Beliau merupakan orang yang pertama di dunia yang mencipta Vitalize Mineral pada tahun 1915 yang kemudiannya dikenali sebagai Vitamin. Dan, vitamin pertama tersebut akhirnya dikenali sebagai Vita-lea. Sr. Dr. Forrest C Shaklee lahir pada tahun 1894 di sebuah ladang di Carlisle, Iowa, Amerika Syarikat. Beliau telah mengasaskan produk Shaklee dalam tahun 1956 bersama anak lelaki beliau Forrest Jr. dan Raleigh bagi mengeluarkan dan menjual pemakanan tambahan atau supplement.

Pengedar Shaklee Sri Aman

4. Shaklee ni produk dari mana?
Syarikat Shaklee adalah syarikat makanan kesihatan NO. 1 di Amerika Syarikat. Syarikat ini ditubuhkan di Amerika Syarikat pada tahun 1956. Sebelum itu, keluarga Dr. Forrest C Shaklee menjual produk ciptaan dan keluaran mereka ini secara kecil-kecilan. Pada tahun 2004, Roger Barnett (pemilik Syarikat Burberry) telah menjadi Chairman dan CEO syarikat ini dan telah membelanjakan kira--kira USD$20 juta untuk membuat kajian sebelum mengambil alih syarikat. Ibu pejabat dan kilang syarikat ini terletak di Pleasanton, USA. Read more...

5. Kalau ini produk Amerika Syarikat, produk ini halal kah?
Rangkaian produk Shaklee adalah berasaskan alam sekitar dan secara semulajadi. Tiada bahan kimia atau dadah yang digunakan untuk membuat produk-produk Shaklee. Shaklee mendapat pengiktirafan dan sijil halal oleh ISA (Islamic Certificate America). Setiap tahun Shaklee akan memohon sijil halal daripada ISA yang diiktiraf oleh negara-negara Islam yang lain di seluruh dunia termasuklah JAKIM di Malaysia. Read more...

6. Macamana pula cerita Shaklee di Malaysia?
Shaklee Products (Malaysia) Sdn. Bhd merupakan anak syarikat kepada Shaklee Corporation. Shaklee Malaysia memulakan operasinya semenjak bulan Ogos 1995 yang berpengkalan di Subang Jaya, Selangor serta mempunyai 6 buah cawangan yang terletak di Pulau Pinang, Ipoh, Kuala Lumpur, Johor Bahru, Kota Bharu an Kota Kinabalu.

7. Apakah sejarah pencapaian Syarikat Shaklee?

  • 1960 - Shaklee memperkenalkan Basic-H concentrated organic cleaner iaitu salah satu pencuci biodegradable dan tidak bertoksik yang pertama di dunia.
  • 1961 - Shaklee mencipta proetin segera iaitu salah satu rumusan suplement soya yang pertama di dunia (ESP)
  • 1972 - Shaklee memperkenalkan salah satu serbuk pencuci pakaian biodegradasi tanpa fosfat nitrat atau borat yang pertama di dunia.
  • 1977 - Shaklee disenaraikan di dalam bursa saham New York.
  • 1981 - Shaklee memperkenalkan sistem pembebasan terkawal berasaskan tumbuhan yang pertama di dunia bagi Vitamin C.
  • 1982 - Shaklee menjadi salah sebuah syarikat Fortune 500
  • 1993 - Shaklee mencipta dan membekalkan NASA dengan minuman rehidrasi untuk shuttle angkasawan yang diberi nama Astro Aide.
  • 1996 - Shaklee membantu ahli sukan bertaraf dunia memenangi 8 pingat emas di sukan Olimpik Atlanta, Georgia.
  • 2000 - Shaklee menjadi syarikat pertama di dunia yang memperolehi pensijilan Climate Neutral dan mengimbangi sepenuhnya pembebasan karbon dioksida dimana ia menghasilkan impak sifar bersih kepada alam persekitaran.
  • 2004 - Shaklee sekali lagi membekalkn tenaga kepada atlit-atlit bertaraf dunia bagi memenangi 15 pingat emas di sukan Olimpik Athen, Greece.
  • 2005 - Shaklee memperkenalkan satu formula penggalak keimunan interferon yang pertama di dunia yang dinamakan Nutriferon.
  • 2006 - Pasukan Ski dan luncur salji US yang terdiri daripada atlit-atlit yang dibekalkan tenaga oleh Shaklee memenangi 10 pingat di Itali.
  • 2008 - Shaklee memperkenalkan Vivix penemuan revolusi terbaru di dalam anti penuaan sel.
8. Apa pula keistimewaannya jika menjadi ahli Shaklee ni?
Shaklee menawarkan pelbagai keistimewaan kepada ahli-ahlinya. Read more...

9. Wahhh....hebatnya company Shaklee ni..! Macamana nak beli dan menjadi ahli Shaklee pula?
Jika anda ingin membeli atau mengetahui lebih lanjut lagi tentang Shaklee dan produk, sila hubungi saya :
Pengedar Shaklee Sri  Aman
 FB Personal: Emy Lea
 FB Page: https://www.facebook.com/HealthyEden
 Email : evanona75@yahoo.com
 Call/SMS/WhatsApp :019-4675097
 COD Area: Sri Aman/Lubok Antu
 Pengeposan ke seluruh negara juga disediakan.

Pengedar Shaklee Sri Aman





Saturday, October 11, 2014

RESEPI ESP : ICE BLENDED ESP MINI ABC

RESEPI MINUMAN KESUKAAN SAYA

Sejak saya mula kenal ESP kira-kira setahun yang lepas, saya terus jatuh cinta dengan rasanya. Lama kemudian baru saya menyedari khasiatnya. Sejak itu, ESP menjadi minuman yang wajib saya ambil setiap hari. Selain dari ESP, saya juga menyukai Cinch Energy Tea Mix, Performance Drink dan Mealshake.

Pengedar Shaklee Sri Aman

Kebiasaanya, saya campurkan ESP dan Mealshake dan juga Collagen Powder untuk saya minum sebagai breakfast awal pagi. Kerjaya sebagai seorang guru memerlukan saya minum awal pagi kerana selalunya saya hanya ada masa free selepas jam 8.30 pagi.

Bagi Performance Drink dan Cinch Energy Tea Mix saya suka bancuh pada waktu petang dan masukkan ke dalam freezer dan minum selepas makan malam. Ini menolong saya berasa cergas untuk berjaga sehingga jam 2 hingga 3 pagi. Dan, yang paling bestnya, walaupun bangun awal pada keesokan harinya, saya tidak berasa mengantuk di tempat kerja..jangankan mengantuk, menguap pun tidak!
Pengedar Shaklee Sri Aman

Jadi, hari ini saya teringin nak campur kesemua minuman kegemaran saya tu di dalam satu cawan. Dan, saya namakan resepi ni sebagai Ice Blended ESP Mini ABC. OK..bahan-bahan yang kita perlukan adalah :
  • 1 scoop ESP
  • 1 scoop Mealshake
  • 2 scoop Performance Drink
  • 1 sachet Cinch Energy Tea Mix
Cara-cara membuatnya :
  1. Bancuh Performance Drink bersama dengan Cinch Tea Mix dengan air suhu biasa di dalam satu bekas. Tuangkan ke dalam bekas ice cube maker. Masukkan ke dalam freezer dan biarkan semalaman.
  2. Bancuh ESP dengan Mealshake di dalam shaker dengan kira 3oz air suam kuku. Goncang hinga sebati.
Pengedar Shaklee Sri Aman

3.  Masukkan ke dalam blender. Masukkan ice cube yang dibuat daripada bancuhan Performance Drink dan Cinch Enegry Tea Mix. Blender hingga sebati. 
Pengedar Shaklee Sri Aman

4. Minuman Ice Blended ESP Mini ABC siap sedia untuk di minum.
Pengedar Shaklee Sri Aman

Walaupun baru pertama kali mencuba, rasanya memang cukup sedap dan sangat sesuai untuk diminum ketika cuaca panas.
Pengedar Shaklee Sri Aman

Kalau nak pelbagaikan rasanya, boleh campurkan cincau dan kacang merah. Jadi ala-ala ABC gitu..hehe. OK..selamat mencuba ya..! Rugi tak cuba resepi yang simple lagi sedap macam ni tahu..
 KLIK DI SINI UNTUK MEMBELI
Sebarang pertanyaan boleh hubungi saya :
Pengedar Shaklee Sri  Aman
 FB Personal: Emy Lea
♥ http://www.emyhealthandbeautyshop.blogspot.com
 FB Page: https://www.facebook.com/HealthyEden
 Email : evanona75@yahoo.com
 Call/SMS/WhatsApp :019-4675097
 COD Area: Sri Aman/Lubok Antu

Saturday, September 20, 2014

Performance Drink vs Kanser


Performance drink adalah minuman hidration. Badan manusia memerlukan air yang secukupnya. Malahan, walau 1% pun badan orang yang sihat kekurangan air, ia akan mempengaruhi keupayaan mental dan tahap keletihan. Bayangkan jika pesakit yang sudah sedia sakit ini kekurangan air.

Apabila sedang mendapat rawatan, badan mestilah berada dalam keadaan hidrated. Jika di hospital, pesakit akan diberi drip dengan air yang purified. Dan, jika minum performance drink, badan akan dibekalkan juga dengan minerals yang mana sangat penting di dalam proses penyembuhan.

Sebab itu, jika anda jatuh sakit dan pergi ke wad kecemasan, antara perkara pertama yang doktor akan buat adalah dengan memberi anda drip.
Jika anda ingin mendapatkan produk ini, boleh hubungi saya melalui fb Emy Lea atau sms / wassap ke 019-4675097. Saya sedia membantu anda.

Sunday, September 14, 2014

Pengedar Sah Shaklee : Tekanan Darah Rendah

Apa itu Penyakit Tekanan Darah Rendah (Hipotensi)?

Jika selama ini kita dengar tentang penyakit tekanan darah tinggi, kita bagaikan lupa tentang penyakit tekanan darah rendah. Ini kerana tidak ramai yang mengidap penyakit ini. Tekanan darah rendah (hipotensi) adalah keadaan tekanan darah yang lebih rendah dari tekanan yang diperlukan oleh tubuh, sehingga setiap organ dari badan tidak mendapat aliran darah yang cukup dan menyebabkan timbulnya gejala hipotensi. Tekanan darah seseorang adalah berbeza. Ini kerana ia membabitkan kawalan utama otak, jantung, buah pinggang dan ransangan di dalam salur darah.

Punca tekanan darah rendah tidak sentiasa jelas. Ia boleh dikaitkan dengan yang berikut:

1. Kehamilan
2. Masalah hormon seperti tiroid yang begitu aktif (hypothyroidism), tiroid yang terlalu aktif (hipertiroidisme), kencing manis, atau gula darah yang rendah (hipoglisemia)
3. Ubat over-the-counter
4. Terlebih dos dari ubat tekanan darah tinggi
5. Kegagalan jantung
6. Jantung aritmia (irama jantung yang tidak normal)
7..Pelebaran atau pengembangan, saluran darah
8. Keletihan haba atau strok haba
9. Penyakit hati

Penyebab Tekanan Darah Rendah

Tekanan darah ditentukan oleh dua pekara, iaitu jumlah darah yang dipompakan oleh jantung dan tahanan (resistensi) pembuluh darah yang kecil-kecil pada tubuh.

Terdapat beberapa penyebab yang boleh tekanan darah rendah terjadi iaitu:
1. kekurangan volum darah – cecair mengalir dalam saluran darah seperti pendarahan yang tidak boleh terkawal
2.dehidrasi – dehidrasi yang mengurangkan kandungan cecair dalam badan seperti kes muntah yang teruk dan cirit-birit
3. masalah jantung – deyutan jantung yang agak cepat mahupun sebaliknya yang terlalu lambat dan keadaan otot yang lemah

Vitamin yang dicadangkan untuk penghidap penyakit Tekanan Darah Rendah :

Produk
Kuantiti
Kali
Catatan
Vitalea
2
2
Lengkap dengan imbangan vitamin & mineral
B Complex
2
2
Mengurangkan stress,penghasilan tenaga
E.Soy Protein
2
3
Meningkatkan tenaga
Meal Shakes
2
3
Lengkap dengan imbangan vitamin & mineral
Performance Drink
1
3
Mengelakkan dr hidrasi
Ostematrix
4
2
Kalsium penting untuk mengawal selia tekanan darah


Ramai dikalangan orang yang mengalami tekanan darah rendah boleh menjalani kehidupan yang normal dan sihat.Jika anda mengalami tekanan darah rendah perlu melakukan perkara-perkara berikut:

·         Bangun dari duduk atau berbaring secara perlahan
·         Jangan berdiri terlalu lama
·         Jangan terlalu lama berdiri di bawah sinaran matahari
·         Diet rendah karbohidrat
·         Banyakkan minum air putih
·         Hindarkan diri dari pengambilan alcohol
·         Jika perlu tambahkan sedikit pengambilan garam
·         Melakukan aktiviti senaman secara teratur.

Jika anda ingin mendapatkan produk Shakee, boleh hubungi saya melalui Facebook Emy Lea atau sms / wassap ke 019-4675097. 

Monday, January 27, 2014

Kelebihan performance drink Shaklee - minuman elektrolit terunggul



Salam sayang buat semua pembaca blog My Vita Health Shop. Moga perkongsian hari ini bermanfaat buat semua..kerana cerita hari ini mengenai minuman hangat pemberi tenaga. Bukan air milo atau horlicks tapi minuman tenaga Performance Drink Shaklee. Ia dijual dalam bentuk serbuk ala ala just tang. Lazat.  Kalau dulu dulu saya tak pandang sangat apa istimewanya kelebihan performance drink shaklee ni...Memang ada sentiasa setin kat rumah tapi jarang berusik, hanya bila demam atau cuaca panas terik baru saya minum, tu yang sampai keras2 serbuk tu.. Dan hanya minum ketika mengerjakan umrah tapi tak tahu terperinci pentingnya minuman tu. Tapi selepas baca serba sedikit tentang pentingnya minuman elektrolit dan diberi penjelasan ketika produk workshop, barulah datang kesedaran untuk rajin minum.hihi
Sedikit info tentang elektrolit. Antara elektrolit yang utama dalam badan adalah Sodium ion, Chloride Ion, Magnesium ion Calcium Ion, Potassium ion.. 
Fungsi elektrolit adalah untuk mengawal keseimbangan air dalam badan dan menghasilkan impuls elektrik yg digunakan oleh saraf saraf dan otot otot badan. 

Jadi jika anda sedang mencari minuman elektrolit, pastikan pilihan anda adalah yang terbaik untuk diri sendiri dan keluarga anda. Pilihan saya semestinya Performance Drink Shaklee. Kenapa? kerana ia berbeza dengan jenama yang lain..bukan sahaja rasanya yang lazat, yg penting ia tak bergas dan atas sebab sebab dibawah .... Kelebihan Performance Drink Shaklee:
  1. Ia terbukti secara klinikal  dapat menyokong tahap hidrasi lebih cepat berbanding air. 
  2. Performance Drink juga mempunyai lebih banyak elektrolit dan menyalurkan lebih banyak tenaga berbanding jenama minuman hidrasi lain.
  3. Campuran Elektrolit OPTI-LTYE™ proprietari dengan campuran unik karbohidrat dapat memberikan tenaga segera dan berkekalan bagi menyokong hidrasi optimum.
  4. Terbukti secara klinikal:Ujian makmal terhadap atlet dengan pencapaian cemerlang menunjukkan yang Performance Shaklee dapat mengurangkan kehilangan bendalir bagi meningkatkan hidrasi, memelihara tahap gula dalam darah bagi mengekalkan keupayaan tenaga dalam meningkatkan stamina
  5. Tidak mengandungi perasa tiruan, pemanis atau sebarang bahan pengawet tambahan.

RM 82.50 (EM)
RM 87.50 (WM)

Antara produk terbaik Shaklee... beza? memang berbeza
   Jadi wahai kawan kawan, jangan pandang remeh kepentingan minuman elektrolit kerana jika kandungan elektrolit tak seimbang dalam badan atau terganggu, ia boleh membawa maut. Dan oh ya satu lagi, kalau anda mengalami haus terlampau, kulit bibir mengelupas atau rasa mual itu juga tanda2 badan sedang menghadapi tahap dehidrasi yang terlampau. jadi sila lah bancuh segelas Performance Drink hari ini. Ia memberi tahap hidrasi lebih baik berbanding air biasa. Pasti berbaloi... pastikan setin Performance Drink ada dirumah anda..


Puan Emy Shaklee Independent Distributor [ID No : 994434]
019-4675097/evanona75@yahoo.com