nuffnang

Tuesday, April 28, 2015

Shaklee Produk Cap Ayam?!

Sebab utama saya memilih Shaklee adalah disebabkan kualiti produk yang ditawarkan adalah amat tinggi. Beza Shaklee dengan produk makanan lain yang tumbuh bak cendawan di luar sana adalah semua Produk Shaklee perlu melalui ujian klinikal untuk memastikan hanya yang terbaik dari Shaklee. Dan tahukah anda, makanan tambahan yang dikeluarkan oleh syarikat tempatan di Malaysia tidak diwajibkan melalui ujian klinikal. Hanya ubat sahaja yang wajib melalui ujian klinikal.


Oleh itu, bagi saya penting bagi kita sebagai pengguna untuk mengkaji dulu latar belakang produk yang kita beli untuk diri kita dan juga keluarga. Jangan hanya kerana testimoni yang mendapat kesan segera, kita terus percaya. Kita belum lagi melihat kesan jangka panjang daripada pengambilan produk tersebut. Tetapi dengan Shaklee, saya berani memberi jaminan. Kerana sudah terbukti pengguna yang sudah lebih 20 tahun menggunakan Shaklee, bukan sahaja mereka kekal sihat, malahan juga kekal muda! Ini kerana Shaklee bukanlah produk cap ayam.


Bertindaklah sebagai pengguna yang bijak!


Jika anda memerlukan produk kesihatan untuk diri sendiri dan keluarga, boleh hubungi saya :

Pengedar Shaklee Sri  Aman
 FB Personal: Emy Lea
 FB Page:Healthy Eden
 Email : evanona75@yahoo.com
 Call/SMS/WhatsApp :019-4675097
 COD Area: Sri Aman/Lubok Antu

Wednesday, April 22, 2015

Vitalea : Vitamin Cepat Larut

Satu eksperimen ringkas telah dijalankan oleh rakan-rakan bisnes saya untuk membandingkan sifat mudah larut Vitalea berbanding jenama multivitamin yang lain. Sifat mudah larut vitamin adalah menunjukkan kualiti vitamin yang kita ambil. Lagi pendek tempoh masa yang diambil untuk larut sepenuhnya, makin berkualiti vitamin tersebut. 
Penerangan gambar.

Gambar 1 :
Vitalea dan vitamin jenama X diletakkan di dalam bekas yang disi air yang sama banyak. Sebaik di masukkan ke dalam air, Vitalea terus mengeluarkan buih-buih halus yang menunjukkan Vitalea terus bertindakbalas terhadap air.

Gambar 2 :
Setengah jam kemudian, Vitalea terus bertindakbalas dengan air dimana warna air sudah berubah kehijauan seperti warna Vitalea manakala jenama X masih takde perubahan.

Gambar 3 :
Vitalea sudah larut sepenuhnya manakala vitamin Jenama X  masih kelihatan berketul.
Jika anda ingin melihat sendiri eksperimen ini dijalankan, boleh hubungi saya Pengedar Shaklee Sri Aman.

Pengedar Shaklee Sri  Aman
 FB Personal: Emy Lea
 FB Page:Healthy Eden
 Email : evanona75@yahoo.com
 Call/SMS/WhatsApp :019-4675097
 COD Area: Sri Aman/Lubok Antu

Tuesday, April 21, 2015

Pesta Benak Sri Aman

Pesta Benak baru saja melabuhkan tirainya. Setelah penuh sesak selama 3 hari 2 malam, bandar Sri Aman kembali sunyi seperti sediakala.

Pesta Benak merupakan acara tahunan yang dilangsungkan di bandar Sri Aman. Perkataan Benak sebenarnya merujuk kepada fenomena air pasang atau tidal bore yang amat unik yang hanya berlaku di sungai Batang Rajang. Ketika berlaku air pasang, arus sungai akan beralun dan berombak besar serta deras dari arah hilir sungai menuju ke hulu sungai. Dan paras ombak boleh mencapai ketinggian sehingga 6.4 meter! Dan kini, Pesta Benak juga telah menarik perhatian para surfer dari luar negara!
Orang ramai menyaksikan acara  lumba perahu
Pencarian Mr. Benak sedang berlangsung
Pencarian Miss Benak Tourism sedang berlangsung
Surfer dari luar negara
Orang ramai  yang menyaksikan acara lumba perahu
Menyaksikan pertunjukkan bunga api

Acara Lumba Perahu
Orang  ramai menyaksikan acara Lumba Perahu
Surfer tempatan
Surfer dari luar negara  
Semoga berjumpa lagi di Pesta Benak 2016!

*Credit picture by Liew Chaw Phee


Anda mencari-cari peluang untuk menjana pendapatan sampingan?

Pengedar Shaklee Sri  Aman
 FB Personal: Emy Lea
 FB Page:Healthy Eden
 Email : evanona75@yahoo.com
 Call/SMS/WhatsApp :019-4675097
 COD Area: Sri Aman/Lubok Antu

Friday, April 17, 2015

Kisah Di Sebalik Founder Shaklee

Kisah Shaklee ni bermula apabila seorang doktor yang mengidap kanser telah dinasihatkan untuk memotong kaki beliau jika ingin mengawal kansernya daripada merebak. Setelah menerima rawatan dan telah mencuba pelbagai jenis ubat yang diberikan kepada beliau, doktor tersebut menolak saranan untuk memotong kaki beliau. Beliau bertegas mengatakan bahawa beliau percaya yang segala jenis penyakit di dunia ini...alam semulajadi adalah penawarnya.


Jadi, beliau mengambil keputusan meninggalkan hospital dan meninggalkan rawatan yang sedang beliau ikuti. Beliau balik ke kampung halaman nya dan mula membuat penyelidikan dengan bahan-bahan semulajadi yang beliau ada. Setelah beberapa tahun membuat kajian..maka terhasil lah Vitalize Mineral. Dan, Vitalize Mineral merupakan vitamin yang pertama di dunia. Malahan perkataan vitamin itu sendiri wujud daripada singkatan Vitalize Mineral. Setelah doktor tersebut mengamalkan vitamin tersebut, beliau akhirnya sembuh daripada kanser yang beliau hidapi.
Hari ini, Vitalize Mineral ini dikenali sebagai Vitalea.

Pengedar Shaklee Sri  Aman
 FB Personal: Emy Lea
 FB Page:Healthy Eden
 Email : evanona75@yahoo.com
 Call/SMS/WhatsApp :019-4675097
 COD Area: Sri Aman/Lubok Antu

Thursday, April 16, 2015

Kulit Kepala Kering: Punca-punca Dan Rawatan

Kulit kepala yang kering merupakan masalah yang biasa dihadapi oleh sebilangan besar rakyat Malaysia amnya. Salah satu sebabnya adalah faktor cuaca yang panas di negara kita menyebabkan kulit kepala menjadi kering. Kulit kepala yang kering juga adalah disebabkan kekurangan pelincir oleh kelenjar minyak pada kulit kepala.


Tanda-tanda kulit kepala kering :
- gatal-gatal
- flaking
- keguguran rambut.

Punca-punca kulit kepala kering

1) Penggunaan produk rambut yang mengandungi bahan kimia yang kuat
- Penggunaan syampu yang mengandungi bahan kimia yang kuat boleh menyebabkan kulit kepala kering. Bahan kimia yang kuat di dalam syampu menghilangkan minyak semulajadi pada kulit kepala dan seterusnya menyebabkan kulit kepala kering, gatal dan flaking. Tukar syampu anda kepada produk rambut yang bebas bahan kimia berbahaya. Gunakan produk rambt yang berasaskan alam semulajadi.

2) Penggunaan air yang mungkin mengandungi bahan kimia yang kuat.
Air yang mungkin mengandungi bahan kimia yang kuat seperti klorin akan meningkatkan kandungan mineral dan boleh menyebabkan kulit kepala kering. Walaupun anda mungkin menggunakan produk penjagaan rambut yang tidak mengandungi bahan kimia kuat, air yang tinggi kandungan klorin boleh semata-mata bertanggungjawab menyebabkan kulit kepala kering.

3) Makanan Seimbang
Badan kita memerlukan jumlah pemakanan yang seimbang untuk berfungsi dengan berkesan. Kulit kepala juga adalah sama. Kekurangan nutrien yang diperlukan akan menyebabkan kulit kepala menjadi kering dan gatal. Pengambilan makanan tambahan juga menolong memastikan rambut kita menjadi sihat dan cantik. Siapa yang tak mahu rambut yang cantik kan?

4) Sebab-sebab perubatan
Terdapat beberapa keadaan perubatan tertentu yang boleh mempengaruhi individu mengalami masalah kulit kepala kering. Mereka yang mengalami masalah kulit kepala selalunya mereka yang menghidapi masalah-masalah kesihatan seperti Seborrheic dermatitis, Psoriasis dan Malassezia. Masalah hormon yang tidak stabil juga boleh menyebabkan kulit kepala kering.

Dengan rawatan yang sesuai masalah kulit kepala kering akan dapat diselesaikan.

Rawatan untuk kulit kepala kering
a) Kenal pasti punca  kulit kepala anda yang kering. Anda tidak boleh merawat masalah kecuali anda kenalpasti penyebabnya. Mencuba rawatan secara rawak untuk kulit kepala kering mungkin tidak akan berhasil kerana ia akan menjadi seperti menembak dalam gelap. Anda perlu tahu perkara terperinci yang menyebabkan kulit kepala anda kering dan senanglah anda mencari asas rawatan yang anda perlukan.
b) Jangan gunakan syampu atau produk rambut yang tinggi kandungan bahan kimianya. Seboleh-bolehnya gunakan produk atau syamu yang bebas bahan kimia.
c) Elakkan daripada membasuh rambut anda terlalu kerap.
d) Gunakan topi untuk mengelakkan rambut anda terlalu terdedah kepada persekitaran yang tercemar.
e) Makan diet yang seimbang boleh membantu untuk memastikan rambut dan kulit kepala anda kekal sihat.
f) Penggunaan minyak seperti minyak kelapa dan minyak zaitun boleh membantu mengelakkan kulit kepala anda menjadi kering. Gunakan minyak ini sebelum mencuci rambut membantu untuk menghilangkan kulit kepala kering.
g) Berjumpa doktor jika langkah-langkah di atas tidak menghilangkan masalah kulit kepala anda kering.

Bagi saya, menggunakan Set Penjagaan Rambut Prosante Shaklee sangat membantu. Ini kerana dahulu saya menghadapi masalah rambut gugur dan kulit kepala yang gatal. Selain itu, saya rasa pengambilan vitamin juga sangat-sangat membantu untuk mengekalkan rambut yang sihat dan cantik. Ini kerana, apabila badan kita dapat membekalkan nutrient yang cukup, maka rambut akan tumbuh dengan sihat. Boleh hubungi saya Pengedar Shaklee Sri Aman untuk medapatkan set penjagaan rambut Prosante hari ini.


Pengedar Shaklee Sri  Aman
 FB Personal: Emy Lea
 FB Page:Healthy Eden
 Email : evanona75@yahoo.com
 Call/SMS/WhatsApp :019-4675097
 COD Area: Sri Aman/Lubok Antu

Wednesday, April 15, 2015

Tips Atasi Masalah Rambut

Jika anda mempunyai masalah rambut seperti rambut anda sentiasa kering, kasar, kusam dan tumbuh jarang-jarang, Vitamin E mempunyai penyelesaian untuk itu! Jika selama ini kita kenali Vitamin E hanya sebagai antioksidan, sekarang, kita akan tahu bahawa banyak kesan baik Vitamin E kepada badan kita termasuk rambut. Kekurangan vitamin E boleh menyebabkan banyak masalah rambut seperti penipisan rambut, rambut jatuh, kerapuhan, uban pramasa, dan lain-lain lagi. Rambut merupakan mahkota terutamanya bagi seorang wanita, maka kita perlu pastikan rambut kita mendapat nutrien yang betul dan rawatan yang diperlukan.
Apakah khasiat vitamin E lakukan pada rambut anda?
Untuk mengetahui bagaimana vitamin E menjaga rambut kita, pemahaman yang baik mengenai bagaimana rambut tumbuh dan apa yang diperlukan untuk menjaga rambut yang sihat adalah amat diperlukan. Pada asasnya, rambut yang ditemui sama ada di kepala atau pada lengan, sudah mati apabila ia berada di permukaan kulit. Sebab itulah mengapa ia tidak menyakitkan apabila rambut dipotong. Rambut hanya hidup apabila ia masih di dalam kulit, di mana ia tumbuh dan berkembang.

Setiap helai rambut bermula dari akar rambut yang terdapat di bawah kulit dan sel-sel kulit tertentu yang menghasilkan keratin. Keratin ialah protein yang membentuk rambut. Akar rambut juga yang tertanam di dalam bahan-bahan seperti tiub kecil yang dipanggil folikel rambut. Pada asas folikel setiap salur darah kecil di mana rambut akan mendapat khasiat yang diperlukan untuk pertumbuhan. Apabila sebagai rambut tumbuh dan keluar ari kulit kulit, ia terlepas dari sumber khasiat yang ada. Ini adalah sebab mengapa rambut yang berada di permukaan kulit sudah dianggap sel-sel mati.

Satu lagi perkara penting yang perlu kita tahu mengenai rambut adalah bahawa terdapat kelenjar sebum di asas setiap folikel rambut. Kelenjar sebum, yang juga dikenali sebagai kelenjar minyak, menghasilkan minyak yang menjadikan rambut yang berkilat. Kadang-kadang, seperti semasa akil baligh apabila hormon mengamuk, kelenjar menghasilkan terlalu banyak minyak. Ini membuatkan rambut terlampau berminyak, lantas menjadikan rambut perlu selalu dicuci.

Bagaimana Vitamin E membantu pertumbuhan rambut?
Keguguran rambut serta penipisan rambut dan semua yang berkaitan dengan pertumbuhan rambut yang lemah, adalah berkemungkinan timbul daripada peredaran darah yang lemah didalam kulit kepala. Urutan kulit kepala boleh membantu dalam situasi ini, begitu juga dengan vitamin E

Anda mungkin sudah tahu bahawa vitamin E adalah antioksidan yang baik. Sebagai satu antioksidan, ia membantu melindungi sel-sel tubuh  termasuk sel-sel di kepala. Dengan memiliki kulit kepala yang sihat, peredaran darah akan menjadi lebih baik. Dengan peredaran darah yang lebih baik, folikel rambut akan mendapat khasiat yang cukup dari darah, yang membawa kepada rambut yang sihat, berkilau dan lebat.

Adakah itu bermakna bahawa kehilangan rambut boleh diatasi dengan Vitamin E? Walaupun tiada kajian yang menunjukkan bukti yang kukuh untuk menyokong fakta ini tetapi perkara yang baik adalah bahawa vitamin E memang mempunyai kesan yang berharga untuk pertumbuhan rambut yang sihat serta melindungi rambut daripada sebarang masalah. Sebab itu, ramai diluar sana yang mengambil Vitamin E dalam bentuk makanan tambahan dan tak kurang juga ada produk Vitamin E yang boleh disapu terus ke kulit kepala.
Adakah vitamin E baik untuk masalah rambut?
Keadaan rambut yang lemah boleh disebabkan daripada banyak faktor. Apabila rambut tidak betul dipelihara, ia akan cenderung kepada kerosakan. Juga, rambut boleh menjadi rosak apabila terlampau terdedah kepada cuaca yang panas, dan penggunaan pengering rambut dan pelurus rambut yang terlalu kerap. Hasilnya, rambut menjadi mudah putus, kelihatan kusam dan akan pecah di hujung rambut.

Vitamin E boleh memastikan pertumbuhan rambut yang sihat. Ia bermakna rambut yang kuat dan tidak mudah putus serta lembap dan tidak berminyak.

Rambut yang sihat ini boleh boleh kita miliki jika mengambil vitamin E yang cukup dan dengan menggunakan produk-produk yang boleh memberi vitamin E terus ke rambut. Mengambil vitamin E, sebagai makanan tambahan serta makan makanan yang kaya dengan vitamin E  pastinya cara yang terbaik membekalkan tubuh dengan jumlah vitamin E yang diperlukan.

Produk vitamin E yang boleh digunakan terus pada rambut juga perlu diambilkira. Sebagai contoh, syampu dan perapi rambut yang mengandungi vitamin E membantu didalam menjaga rambut yang sihat. Minyak vitamin E dari kapsul boleh disapu terus pada rambut, biarkan selama beberapa minit dan kemudiannya dicuci. Ini akan memberikan kesan 'masking' yang baik untuk mempunyai rambut yang lebat, serta mudah diurus.

Kesimpulannya, vitamin E memberi manfaat kepada rambut dalam banyak cara. Vitamin E membantu mengekalkan rambut sihat dan dipelihara dari dalam dan luar.Kami yakin bahawa dengan mengambil vitamin E yang cukup, kami boleh membantu mencegah keadaan rambut yang tidak diingini yang sering menjejaskan penampilan dan dan seterusnya membuatkn merasa rendah diri.


Pengedar Shaklee Sri  Aman
 FB Personal: Emy Lea
 FB Page:Healthy Eden
 Email : evanona75@yahoo.com
 Call/SMS/WhatsApp :019-4675097
 COD Area: Sri Aman/Lubok Antu

Monday, April 13, 2015

Sehari Bersama Tn. Hj. Roslan Ghazali

Saya berasa sangat gembira dan bersyukur kerana berpeluang untuk menghadiri kelas Advance Business Building yang dikendalikan oleh Master Tn. Hj. Roslan Ghazali di Kuching pada 11 April yang lepas. Beliau telah mengajar kami perkara asas untuk memulakan bisnes MLM. Segala tips tentang sharing dan sponsorship juga telah beliau dedahkan kepada kami.
Beliau datang dari jauh tanpa dibayar oleh kami untuk berkongsi ilmu yang beliau ada selama 25 tahun beliau bersama Shaklee. Bagi saya beliau adalah 'legend' di dalam dunia Shaklee. Dan, rata-rata kami yang hadir pada hari itu tidak mengenali antara satu sama lain. Di sinilah keunikan kami dalam keluarga Shaklee, tiada sebarang perasaan prejudis di antara satu sama lain. Malahan kami percaya, jika kami bergerak secara beramai-ramai, kejayaan akan lebih mudah untuk dimiliki. Terima kasih Tn. Hj. Roslan Ghazali.


Jika anda mencari-cari peluang untuk menjana side income, anda sangat dialu-alukan untuk bersama kami. Jangan risau, anda berada di dalam group yang betul jika anda memilih untuk mendaftar bersama saya.

Pengedar Shaklee Sri  Aman
 FB Personal: Emy Lea
 FB Page:Healthy Eden
 Email : evanona75@yahoo.com
 Call/SMS/WhatsApp :019-4675097
 COD Area: Sri Aman/Lubok Antu

Saturday, April 11, 2015

A Smile Is The Prettiest Thing You Can Wear

Have a nice day!

Pengedar Shaklee Sri  Aman
 FB Personal: Emy Lea
 FB Page:Healthy Eden
 Email : evanona75@yahoo.com
 Call/SMS/WhatsApp :019-4675097
 COD Area: Sri Aman/Lubok Antu

Friday, April 10, 2015

BAIK SEBELUM VS GUNAKAN SEBELUM

Sumpah...! Selama ini saya tak tahu pun ada perbezaan di antara "BAIK SEBELUM" dan "GUNAKAN SEBELUM". Saya ingat dua frasa tu membawa maksud yang sama. Rupa-rupanya, ada perbezaan di antara kedua-dua frasa tersebut.


"BAIK SEBELUM" berkaitan dengan kualiti makanan. Makanan dalam tin, makanan beku dan coklat selalunya dilabelkan dengan "BAIK SEBELUM" yang bermakna secara umumnya selamat dimakan walaupun selepas tarikh tertera pada produk - selagi ia tak berbau pelik atau nampak semacam (gunakan judgement sendiri lah ya). Namun begitu, pilihan adalah ditangan kita pengguna juga ya.

"GUNAKAN SEBELUM" pula adalah berkaitan dengan keselamatan produk dan selalunya dilabelkan pada daging dan produk tenusu. Makanan sebegini memang perlu dibuang mengikut tarikh yang tertera kerana ianya boleh membahayakan kesihatan kita.

Selamat menjadi pengguna yang bijak!

Sebarang pertanyaan boleh hubungi saya :
Pengedar Shaklee Sri  Aman
 FB Personal: Emy Lea
 FB Page:Healthy Eden
 Email : evanona75@yahoo.com
 Call/SMS/WhatsApp :019-4675097
 COD Area: Sri Aman/Lubok Antu


Thursday, April 9, 2015

5 SEBAB ORANG YANG NAK KURUS PERLUKAN LECITHIN

Bila kita konsisten makan 6 biji Lecithin setiap hari, bukan saja ianya akan  membuat badan kita makin ramping tapi juga kulit, kuku, rambut pun jadi bersinar-sinar tau.. Sel-sel otak pun makin berhubung tau !!

Jika anda nak kurus? Anda patut pertimbangkan Lecithin dalam diet harian anda.
1. Lecithin bertindak sebagai "pembersih" salur darah.
2. Lecithin mampu menghalang obesiti serta mempercepatkan pembakaran lemak.
3. Lecithin mengaktifkan metabolisma sel.
4. Lecithin juga boleh menghalang tekanan darah tinggi & menggalakkan peredaran darah.
5. Lecithin membantu mengelakkan sembelit.


Sebarang pertanyaan boleh hubungi saya :
Pengedar Shaklee Sri  Aman
 FB Personal: Emy Lea
 FB Page:Healthy Eden
 Email : evanona75@yahoo.com
 Call/SMS/WhatsApp :019-4675097

 COD Area: Sri Aman/Lubok Antu

Wednesday, April 8, 2015

12 KELEBIHAN LECITHIN YANG PATUT ANDA TAHU!!!

12 KELEBIHAN LECITHIN YANG PATUT ANDA TAHU!!!

Sempena promosi Lecithin pada bulan ini, suka saya nak kongsikan di sini tentang 12 kelebihan Lecithin yang kita semua patut tahu. Berharga hanya RM52.50 sebotol yang mengandungi 180 biji, Lecithin Shaklee ini wajar ada di dalam rumah anda kerana mempunyai banyak khasiat.
Lecithin tidak boleh dihasilkan oleh badan secara semulajadi namun ianya sangat-sangat diperlukan oleh badan kita. Lecithin hanya boleh diperolehi melalui kuning telur, jagung, dan soybeans. Tahukah anda bahawa Soybean Lecithin adalah sumber cholesterol-free Lecithin dan yang menariknya Lecithin Shaklee adalah berasaskan soybean.
Lecithin juga bertindak sebagai pelarut untuk kolestrol, triglycerides dan juga lemak-lemak yang lain. Sebab itu ianya boleh membantu mencegah penyakit seperti tekanan darah tinggi, strok, penyakit jantung dan arteri yang mengeras. Malah sesetengah pakar juga mengesyorkan pengambilan  Lecithin sehingga 6000 - 7000mg sehari jika berhadapan dengan masalah kesihatan yang sebegini.
Kenapa orang yang nak kurus suka Lecithin? Sebab ianya bertindak mengemulsikan lemak atau memecahkan lemak. Tahukah anda Lecithin mampu membakar lemak lebih cepat jika disertakan dengan senaman yang bersesuaian?
Pengambilan Lecitin sebanyak 4000mg sehari pasti membuahkan hasil yang diidamkan.
1) Lecithin memainkan peranan utama dalam penyerapan zat-zat penting daripada saluran darah ke dalam sel-sel badan..Tanpa Lecithin yang mencukupi membran sel akan mengeras dan seterusnya menyukarkan proses penyerapan. Banyak lagi faktor seperti bahan-bahan kimia dari persekitaran yang tercemar, bahan-bahan metal, dadah, food additives, pesticides, etc. Semua ini boleh menyebabkan membran sel mengeras yang mana pastinya akan menyukarkan proses penyerapan zat-zat. 
2) Lecithin membantu di dalam mengurangkan atau mencegah penyakit berkaitan hati.
3) Lecithin juga merupakan sebahagian daripada unsur yang mengelilingi fiber saraf. Tanpanya,fungsi saraf akan menjadi kurang efisien. Sebab tu mereka yang menderita akibat multiple sclerosis, fibromyalgia, tekanan dan juga PMS akan dapat merasakan kesan yang positif apabila mengambil Lecithin.
4) Lecithin juga membantu sistem imunisasi dengan membalut sel-sel darah merah kita dan seterusnya memberikannya perlindungan daripada serangan virus, kuman dan juga bakteria.
5) Disamping itu, struktur Lecithin itu sendiri mampu melindungi sel daripada teroksida.
6) Lecithin juga dikenali sebagai makanan otak dan saraf. Ia membantu sel-sel otak berkembang dan juga penting didalam transmisi saraf impuls didalam otak. Lecithin juga memainkan peranan dalam neuro transmitter(berkait rapat dengan short term memory). Lecithin malahan dipercayai mampu mengurangkan atau mencegah senility (nyanyuk) atau Alzheimer’s disease. Malah, sesetengah pakar menyarankan pengambilan 7000mg sehari untuk memulihkan sistem ingatan.
7) Lecithin juga dikatakan sumber hormon neurotransmitter dimana ia menggalakkan proses tidur. Kekurangan hormon ini dikatakan menjadi punca insomnia.
8) Lecithin adalah asid lemak perlu yang penting dalam penjagaan paru-paru kerana kebolehannya mencairkan mukus dan mencegah iritasi .Dan sebab itulah ianya berguna bagi mereka yang ada alergi, hay fever,asma, bronkitis dan emphysema.
9) Lecithin juga bertindak sebagai pelincir bagi joint (sendisendi) dan juga membantu di dalam penjagaan tisu buah pinggang dan juga sistem penghadaman.
10) Lecithin adalah zat untuk kecantikan. Ianya adalah amat perlu didalam menghasilkan rambut yang sihat, cantik dan berkilat, kulit yang lembut, gebu dan juga boleh mencegah eczema.
11) Lecithin diperlukan didalam penghasilan pelbagai hormon seperti epinephrine. Sebab tu ianya amat berguna didalam mengurangkan atau mencegah PMS dan juga gejala-gejala menopause.
12) Lecithin, bersama unsur-unsur lain digunakan untuk membuat BILE. BILE ini fungsinya adalah untuk mencairkan lemak. Pengemulsian ini memudahkan penyerapan zat-zat seperti vitamin A, D, E dan K ke dalam badan.
*Sebiji lecithin Shaklee mengandungi 530mg of Lecithin.


Sebarang pertanyaan boleh hubungi saya :
Pengedar Shaklee Sri  Aman
 FB Personal: Emy Lea
 FB Page:Healthy Eden
 Email : evanona75@yahoo.com
 Call/SMS/WhatsApp :019-4675097
 COD Area: Sri Aman/Lubok Antu

Tuesday, April 7, 2015

Kelebihan Mendaftar Sebagai Ahli Shaklee.

Sedar tak sedar dah dekat 2 tahun saya melibatkan diri jual Shaklee ni. Dan hari ni tadi saya tergerak hati untuk mengira semua jumlah bonus yang Shaklee dah bayar saya untuk sepanjang tahun 2014. Hasilnya, sungguh saya tak duga bahawa banyak sudah yang Shaklee bagi saya selain daripada kesihatan yang lebih baik. Walaupun hakikatnya angka itu sangat jauh kecil berbanding otai-otai Shaklee yang lain, saya berasa sangat bersyukur. Siapa yang nak bagi free Rm17k setahun tu tanpa kena cukai dikemudian hari kan..? Jadi, kalau saya boleh dapat RM17k setahun...anda pun boleh juga. Dan, jangan hairan jika anda mendapat lebih banyak daripada saya.
bonus setahun
Jika anda berminat untuk menjadi sebahagian daripada keluarga besar Shaklee..luangkan masa seminit untuk mengetahui keistimewaan seorang Shaklee Independent Distributor (SID)
KELEBIHAN MENJADI AHLI SHAKLEE
­čÉ×Dapat membeli barangan Shaklee dengan potongan harga antara 15-20%.
­čÉ×Dapat membeli sendiri secara online di web khas untuk pengedar Shaklee.
­čÉ×Sekiranya pembelian mencapai had uv (point) minima sekurang-kurangnya 150 uv bersamaan +- RM450 dalam bulan yang sama, anda layak menerima bonus sebanyak 5%. Peratus bonus akan meningkat mengikut jumlah uv @ belian yang dibuat walaupun membeli hanya untuk makan sendiri sahaja.
­čÉ×Pemberian bonus sekiranya ada akan dimasukkan ke akaun anda selewat-lewatnya 15hb setiap bulan.
­čÉ×Sekiranya anda mendaftar keahlian dengan saya, anda akan dimasukkan ke dalam support group yg mempunyai pelbagai info, tak kira sama ada anda ingin makan sendiri sahaja @ untuk serius berbisnes.
­čÉ×Sekiranya anda terfikir untuk menjana pendapatan dengan Shaklee, anda akan diberi tunjuk ajar untuk berjaya, yang penting ada semangat dan keinginan.
­čÉ×Keahlian Shaklee adalah untuk seumur hidup. Tetapi sekiranya dalam tempoh setahun setengah hingga ke dua tahun anda tidak pernah membuat apa2 pembelian, keahlian anda mungkin akan ditamatkan.
­čÉ×Yuran keahlian adalah RM79 utk semenanjung dan RM90.10 untuk Sabah Sarawak
­čÉ×Sekiranya pembelian kali pertama anda mencapai minima 200uv bersamaan lebih kurang RM650, anda layak mendapat KEAHLIAN PERCUMA seumur hidup dan terus layak mendapat bonus pertama sebanyak 5%.
­čÉ×Sekiranya anda berminat dan mula serius untuk berbisnes, anda juga mempunyai peluang untuk mendapat bonus-bonus lain lagi seperti cash insentif, bonus kereta, bonus melancong di dalam dan luar negara dan lain-lain lagi.
­čÉ×Terdapat pelbagai lagi kelebihan dengan menyertai Shaklee..sertailah hari ini.


Sekiranya anda berminat untuk mendaftar keahlian Shaklee, sila berikan maklumat berikut;
­čÉŁNama penuh dan no ic anda dan pasangan (jika ada).
­čÉŁAlamat surat menyurat dan no hp.
­čÉŁAlamat emel.
­čÉŁNo akaun bank anda.
Terima kasih atas minat dan perhatian anda

Sebarang pertanyaan boleh hubungi saya :
Pengedar Shaklee Sri  Aman
 FB Personal: Emy Lea
♥ http://www.emyhealthandbeautyshop.blogspot.com
 FB Page:Healthy Eden
 Email : evanona75@yahoo.com
 Call/SMS/WhatsApp :019-4675097
 COD Area: Sri Aman/Lubok Antu

Monday, April 6, 2015

Set Kulit Cantik Bebas Jeragat

Jeragat dan parut hitam adalah masalah yang sering dialami oleh kebanyakan wanita Asia. Masalah ini  nampak remeh, namun jika tidak dirawat, boleh menyebabkan kawasan tompok-tompok hitam ini akan menjadi semakin bertambah luas. Punca jeragat ialah daripada sel melanosit yang terlampau aktif dan mengeluarkan melanin yang berlebihan  serta menyebabkan kulit bertompok-tompok hitam.



Antara sebab berlakunya tompok-tompok hitam ini adalah:

1) Radang kulit semasa mengalami masalah jerawat. Dan, apabila jerawat ini kering, ia akan meninggalkan kesan hitam yang  juga dikenali sebagai "post-inflammatory hyperpigmentation" (PIH)

2) Perubahan hormon semasa mengandung dan menyusukan anak juga boleh menyebabkan tompok-tompok hitam yang dikenali sebagai "melasma". Addison's disease yang disebabkan oleh kalenjar adrenal yang tidak berfungsi (mengeluarkan hormon steroid dalam badan) juga akan mengakibatkan jeragat. Selain itu, penggunaan pil perancang dan tabiat merokok juga boleh menjadi punca jeragat.

3) Pendedahan kulit kepada cahaya matahari untuk jangkamasa yang lama akan memberi kesan tompok-tompok hitam dan akan bertambah yang dikenali sebagai "age spots", "freckles" dan"lentigenes".  Perbezaan antara age-spots, freckles dan lentigenes ialah saiznya.
punca jeragat

Jeragat terbahagi kepada 2 jenis:
  • Epidermal : jeragat berada pada lapisan atas kulit (epidermis)
  • Dermal :  jeragat berada pada lapisan dalam kulit (dermis)

Kebiasaannya, PIH dan melasma berada pada paras dermal dan lebih sukar dirawat. Age spots, freckles dan lentigenes pula berada pada paras epidermal dan lebih senang dirawat.

4) Reaksi alahan kepada ubat-ubatan tertentu.
Reaksi alahan kepada ubat-ubatan tertentu merupakan punca utama hyperpigmentation. Antibiotik tertentu seperti minocycline, tetracycline dan doxycycline digunakan secara meluas oleh ramai orang. Malah, minocycline biasanya digunakan untuk merawat jerawat. Tetapi senarai bahan-bahan yang menyumbang kepada melasme tidak berhenti di situ. Terdapat beberapa antidepresan yang juga boleh menyebabkan pigmentasi muka. Imipramine adalah salah salah satu daripadanya. Chlorpromazine adalah dadah, biasanya digunakan sebagai anti-psikotik. Ia juga bleh menyebabkan jeragat, selepas digunakan dalam jangka masa yang lama. Phenytoin (yang digunakan untuk merawat epilepsi) merupakan satu lagi contoh bahan yang mendorong kepada terjadi jeragat dalam jangka masa panjang. Ia adalah ciri-ciri dadah-induced.
Oleh itu di dalam memilih produk kecantikan dan ubat-ubat antibiotik dan sebagainya hendaklah berbalik kepada asas kejadian alam. Oleh itu, penggunaan ubat homeopati,biochemic dan cream yang bebas bahan kimia telah menjadi trend dan serta satu  perkembangan sihat di Barat. Mereka sekarang ini terus menghindari ubat-ubat kimia yang akan menyebabkan kesan sampingan dalam jangka masa panjang.
CARA UNTUK HILANGKAN JERAGAT

1. Melalui Penjagaan Kulit Wajah - Salah satu rahsia kulit yang cantik ialah dari amalan membasuh muka yang kerap, paling minimum 2 kali sehari. Juga pastikan memakai toner dan pelembap sejurus selepas mencuci muka. Namun perlu dipastikan pembersih wajah, toner dan pelembap yang digunakan haruslah sesuai dengan kulit. Elakkan daripada menggunakan produk yang boleh menyebabkan kulit wajah menjadi kering. Juga pastikan produk penjagaan wajah anda juga bebas daripada bahan kimia berbahaya seperti Hydroquinone dan Mercury. Pemakaian krim pelindung kulit yang mempunyai SPF yang tinggi amatlah perlu sekiranya selalu terdedah dengan matahari. Di sini saya cadangkan Set Penjagaan Wajah Nutriwhite. Bukan sahaja berkesan, malahan sangat menjimatkan wang anda..


set nutriwhite shaklee

2. Melalui Pemakanan Harian - Kulit yang sihat memerlukan pemakanan sihat. Banyakkan mengambil sayur dan buah-buahan segar setiap hari bagi memastikan kulit mendapatkan vitamin C dari sumber yang segar walau sedikit. Selain itu, pengambilan air kosong sekurang-kurangnya 2-3 liter sehari juga penting kerana membantu melancarkan darah dan menyingkirkan toksin dari tubuh.


3. Melalui Suplemen/Vitamin. Pilihlah yang berasas kejadian alam seperti tumbuhan. Kerana supplemen begini tidak mengandungi bahan kimia yang boleh menyebabkan alahan bertambah teruk dan mudarat. Jauhi ubat-ubat kimia yang akan menyebabkan kesan sampingan dalam jangka masa panjang.
esp untuk masalah jeragat


Untuk mendapatkan kesan yang terbaik, pengambilan supplemen yang KONSISTEN selama 90-120hari adalah sangat penting. Ini untuk memastikan sel lama yang dah mati akan digantikan dengan sel baru yang lebih sihat dan bermaya. Kulit dan tona warna kulit juga akan kelihatan lebih sekata. 

Sekiranya anda berminat dan ingin dapatkan konsultasi percuma, bolehlah hubungi saya dengan menghantar email ke evanona75@yahoo.com ...terima kasih. Harga istimewa akan menanti anda dan semestinya  FREE DELIVERY!!!!!





Sebarang pertanyaan boleh hubungi saya :
Pengedar Shaklee Sri  Aman
 FB Personal: Emy Lea
 FB Page:Healthy Eden
 Email : evanona75@yahoo.com
 Call/SMS/WhatsApp :019-4675097
 COD Area: Sri Aman/Lubok Antu