nuffnang

Tuesday, July 31, 2018

Kepentingan pengambilan makanan kesihatan

Mengapa makanan kesihatan penting kepada kita?

Pemakanan ialah faktor utama untuk mengekalkan kesihatan tubuh manusia. Pengambilan pemakanan yang mencukupi dan seimbang membuat seseorang kelihatan sihat dan bertenaga. Sebaliknya kekurangannya akan menyebabkan badan berasa lemah dan tidak bermaya.

 Dari mana datangnya pemakanan tersebut?

Jawapannya ialah makanan semulajadi. Pakar-pakar pemakanan berpendapat bahawa makanan yang seimbang boleh diperolehi daripada makanan harian yang seimbang. Makanan yang seimbang itu termasuklah susu,telur, ikan, daging, mentega, bijirin,sayur-sayuran, buah-buahan, air dan segala jenis tanaman yang boleh dimakan.

 Apakah masalah makanan semulajadi ini?

Masalahnya ialah semua pemakanan ini hanyanya dapat diperolehi daripada makanan semulajadi yang berlainan. Tambahan lagi, pemakanan ini mudah hilang zatnya jika disimpan terlalu lama, dimasak dan diproses. Selain daripada itu, kerana kesibukan kerja harian, kebanyakan orang mempunyai masa yang terhad untuk menyediakan makanan yang seimbang untuk seisi keluarga. Oleh itu, ramai yang terpaksa makan diluar dan lumrahnya masakan luar adalah kurang bermutu dari segi khasiat. Disamping itu, udara yang tercemar, tidur tak lena, tekanan, merokok, pengambilan arak dan sebagainya juga akan menyebabkan kehilangan zat pemakanan yang diserap oleh badan. Jelas kelihatan, keinginan untuk memperolehi makan yang seimbang adalah amat sukar untuk dilaksanakan. Begitu juga dengan usaha memperolehi zat makanan  yang mencukupi. Justeru itu, manusia telah menghasilkan pelbagai jenis pemakanan kesihatan yang bekhasiat kepada tubuh badan .  

Saya sendiri sangat sukar untuk mengamalkan pemakanan yang sihat sebab selalunya makan.nak cepat siap sahaja.

 Apakah kelebihan makanan kesihatan?

Murah - Pemakanan yang ada dalam makanan harian dengan kuantiti atau khasiat yang sama adalah 10 kali ganda lebih mahal.

Mudah - Tidak perlu dimasak dan senang dibawa.

Pengambilan - Sama ada dalam bentuk tablet, serbuk atau cecair, arahan pengambilan telah tercetak pada label pembungkusan.

Kesimpulannya..pemilihan serta pengetahuan tentang pengambilan makanan yang berkhasiat adalah amat penting dalam kehidupan harian kita demi hidup yang lebih sihat, selesa dan bahagia


Anda mengalami masalah tiroid? Sila dapatkan SET HYPERTIROID anda di sini.