nuffnang
Tuesday, August 11, 2015
10 Makanan Yang Boleh Menyebabkan Migraine.
Okay, saya terangkan sedikit tentang apa itu migrain. Migrain adalah satu keadaaan yang merujuk kepada sakit kepala yang amat teruk. Bukan setakat sakit kepala biasa malahan boleh menyebabkan orang yang terkena migrain ni berasa pening serta mual dan kadang-kadang sehingga muntah. Sakit kepala migrain tidak mudah hilang sekalipun kita telah menelan ubat sakit kepala. Kadang-kadang migrain ini boleh menyebabkan kita akan menderita menahan sakit kepala sehingga 12 jam! Dan dalam tempoh berkenaan, pesakit akan berasa sensitif terhadap cahaya yang terang dan bunyi yang bising. Ini adalah sesuatu yang amat menyeksakan dan menganggu perjalanan kehidupan seharian kita. Bayangkan bagi yang ada anak-anak kecil, mana boleh lari daripada suasana yang bising...huhu.
Walau bagaimanapun, serangan migrain boleh kita hindarkan. Selain kita amalkan pemakanan yang sihat, kita juga perlu amalkan gaya hidup yang sihat. Jauhi daripada berasa stress dan juga jauhi beberapa jenis makanan yang boleh mencetuskan migrain. Bagi saya pula, sejak saya amalkan vitamin Shaklee, migrain jadi semakin jauh daripada hidup saya. Dalam tahun ni adalah sekali saya kena migrain. Itupun gara-gara saya minum minuman coklat sebagai breakfast.Ya, coklat adalah salah satu jenis minuman yang boleh mencetuskan migrain. Dan minuman coklat yang sedap itu sangat sukar untuk kita hindari..kan..huhuhu...
Di sini saya senaraikan makanan dan minuman yang boleh mencetuskan migrain.
1. Makanan yang mengandungi MSG
2. Keju
3. Makanan yang dijeruk atau ditapai.
4. Minuman yang mengandungi alkohol.
5. Minuman dan makanan yang mengandungi kafein.
6. Manisan
7. Makanan yang diawet.
8. Ragi.
9. Coklat
10. Kekacang
Wahh...banyak kan yang makanan yang perlu kita elakkan untuk hindari migrain ni. Walau bagaimanapun, kesan makanan dan minuman yang tersenarai adalah bergantung pada individu. Ada yang sensitif pada sesetengah makanan atau minuaman yang tersenarai, ada yang tidak. Bagi saya pula, minuman coklat memang akan mencetuskan migrain pada saya tetapi tidak minuman berkafein. Anda boleh mulai kenali mana satu makanan atau minuman yang boleh mencetuskan migrain pada anda ya dengan melihat sendiri kesan makanan tersebut pada anda sendiri. Sebaik anda kenalpasti, cuba hindari ya...
Jika anda mencari vitamin untuk diri dan keluarga..boleh hubungi saya di talian 019-4675097 (Pn. Emy). Saya adalah pengedar aktif Shaklee di bandar Sri Aman dan kawasan sekitarnya.
Friday, July 3, 2015
5 Tips Mencegah Angin Dalam Badan.
1. Kurangkan makanan bergoreng dan berlemak. Angin atau kembung terjadi apabila mengambil terlalu banyak makanan berlemak. Lemak juga melambatkan proses pencernaan.
2. Kurangkan mengambil makanan tinggi serat seperti sayuran. Sekiranya mengambil supplemen serat, kurangkan jumlah pengambilan dan ambil semula dengan keadaan beransur-ansur. Pastikan supplemen serat diambil bersama sekurang-kurangnya 8 aun air dan minum air lebih sepanjang hari.
3. Kurangkan pengambilan dairy milk atau mungkin boleh mengambil produk tenusu berlaktosa rendah seperti yogurt.
4. Cubalah meminum secawan teh pudina. Minyak pudina mengandungi menthol yang mempunyai antispasmodic. Anda akan dapati rasa panas secawan teh pudina memberikan kelegaan kepada kesakitan akibat daripada gas. Dalam hal lain, pudina boleh menyebabkan pedih ulu hati dan tindak balas asid. Oleh itu, berhati-hatilah dalam pengambilannya.
5. Peppermint Ginger Shaklee juga amat berkesan untuk mengatasi masalah angin dalam badan. Dengan menelan 3 biji Peppermint Ginger Shaklee, anda akan merasakan kelegaan terutamanya jika perut berasa senak dan berangin. Tablet Peppermint Ginger ini juga boleh dimasukkan ke dalam secawan air panas dan minum seperti anda nikmati teh. Selain rasanya yang sedap, rasa peppermint boleh memberikan mood santai dan melegakan. Ini adalah cara saya untuk mengatasi masalah angin dalam badan.
Jika anda mencari vitamin untuk diri anda dan keluarga, boleh hubungi saya, Pn. Emy di talian 019-4675097. Saya adalah pengedar Shaklee yang sah di bandar Sri Aman dan kawasan sekitarnya.
Saturday, May 2, 2015
Atasi Masalah Sakit Perut Akibat Salah Makan
Itulah yang saya alami petang tadi. Dipendekkan cerita, tengahari tadi kami sekeluarga makan tengahari berlaukkan udang galah masak tomyam putih. Saya memang suka makan udang dan udang galah masak tomyam putih adalah pertama kali saya rasa. Saya makan lebih kurang 4 ekor udang yang bersaiz sederhana dan kuah tomyam tu pula saya hirup sampai hampir kering. Memang sedaplah udang galah masak tomyam putih. Balik dari makan tengahari tu saya terlelap seketika. Sebaik terbangun dari tidur, saya rasa perut mula memulas-mulas. Saya masuk tandas tiga kali, muntah angin entah berapa kali dan perut saya berasa amat sakit.
Saya fikir kalau saya dihantar ke klinik sekalipun mungkin saya akan terpengsan di dalam perjalanan. Jadi, saya gagahkan diri untuk menelan 3 biji Peppermint-Ginger Plus. Dalam lima minit macam tu, saya sudah mula berasakan sakit perut sudah mulai berkurangan. Mual pun tidak ada lagi, sebaliknya saya sendawa dua tiga kali. Tetapi saya mula merasakan sakit di hulu hati. Ikut pengalaman saya yang biasa kena gastrik dulu-dulu tu, sakit pada hulu hati adalah petanda awal gastrik menyerang. Jadi, saya gagahkan diri untuk bancuh ESP dan terus minum. Saya berbaring seketika dan merasa lega kerana sakit perut yang saya alami tadi sudah mulai beransur hilang. Cuma saya masih terasa sedikit lemah kerana cirit-birit tadi kot. Takpe, nanti saya minum Perfomance Drink pula untuk dapatkan balik cecair yang hilang dari badan saya.
Jika anda ada sebarang pertanyaan sila hubungi saya, Pn. Emy.
Saturday, March 14, 2015
Kisah Cinta ESP : Saya Dituduh Ambil Baby Orang Lain!!!!
Sambungan Sequel kisah cinta ESP saya.
Saya dituduh ambil baby orang lain!
Ni pula kisah Puan Nur Hidayah. Beliau telah dijangkiti oleh Chicken Pox daripada anak beliau sendiri. Bahagian muka beliau terkena agak teruk sehingga beliau berasa rendah diri. Namun begitu, beliau telah sembuh..malahan kulit beliau menjadi lebih cantik daripada sebelumnya..Salah satu produk Shaklee yang beliau amalkan adalah ESP.
Ubat Chicken Pox Dewasa Sampai Dia Jadi Miss Universe Semula from iReach HD on Vimeo.
Kisah Cinta ESP Saya : ESP, Pregnancy Dan Breastfeeding
Oleh kerana bulan ni promosi ESP, saya ingin berkongsi tentang kisah cinta saya dengan ESP ni. Tetapi sebelum tu, saya nak kongsikan video ni. Ni kisah tentang Puan Farahana dari Shah Alam yang mengidap gastrik tegar selama 10 tahun. Dan gastrik beliau telah sembuh tanpa beliau sedari. Jom..tonton..
Sengsara Gastrik Kronik 10 Tahun Terubat Secara Tak Sengaja? Biar Betul... from iReach HD on Vimeo.
Okay..saya kongsikan pula kisah cinta saya dengan ESP ni.
Jatuh cinta canister ESP pertama.
Masa pregnant anak no.4 a.k.a anak bongsu, saya plan untuk breastfeeding. Anak no.3 terpaksa stop breastfeeding takat umur dia 4 bulan ja gara2 bekalan susu tak cukup. Jadi, bila kandungan no.4 tu dah masuk 8 bulan, saya mula surf tenet produk utk bykkan susu badan. Masa tu la jumpa ESP. Saya memang suka minum fresh soya bean dan yang instant tu saya memang ada beli dari jenama xyz. Masalah nya..dalam masa mengandung 9 bulan tu..satu tin yang saya beli tu tak pandai habis sehinggalah sampai abis masa berpantang. Sebab tu saya mula-mula cuak juga nak beli ESP. Takut nanti beli mahal2 tapi nanti tak habis pula. Setelah banyak soalan2 maut saya tanya kat SID yang berada di Semporna, Sabah, si Khadijah Bt Abdullah..akhirnya saya beli juga satu canister ESP. Itupun saya demand lagi harga dan free gift..sehinggakan wrapper pun saya demand.
Dipendekkan cerita, ESP pun sampai...saya pun terus cuba minum. Eh..okey juga rasanya. Setiap hari saya minum tanpa miss, akhirnya pun habis satu canister dalam masa sebulan....oder canister yang kedua adalah sebab saya sudah mulai sukakan rasanya.. Lepas canister kedua sampai..baru lah saya sign up membership. Itupun saya tak oder barang lain. Selepas bersalin..saya oder lagi satu canister dan seterusnya sehinggalah hari ini saya masih tak pernah miss minum ESP. Hasilnya..saya tak mudah hilang energy walaupun kdg2 lambat makan. Lama2 minum ESP saya mulai perasan yang saya dah tak mudah kena migrain atau gastrik. Dan, kerana ESP la saya mulai mencuba satu persatu produk Shaklee dan saya jatuh cinta pada semuanya!
*Bila dah jatuh cinta dengan qualitinya, harga bukan lagi jadi isu.
Tak cuba maka tak cinta ya
Oh ya..suka saya ingatkan disini yang bulan ni promosi ESP ya.. BELI 6 TIN PERCUMA 1 TIN ATAU BELI 2 TIN ESP BOLEH DAPAT DISKAUN HARGA SEBANYAK 5%!!
Sebarang pertanyaan boleh hubungi saya :
Pengedar Shaklee Sri Aman
♥ FB Personal: Emy Lea
♥ http://www.emyhealthandbeautyshop.blogspot.com
♥ FB Page:Healthy Eden
♥ Email : evanona75@yahoo.com
♥ Call/SMS/WhatsApp :019-4675097
♥ COD Area: Sri Aman/Lubok Antu
Posted via Blogaway
Friday, March 13, 2015
Salah Faham Mengenai Susu Soya ESP Shaklee
Puasa Semasa Hamil Tak Semestinya Lembik Lunyai. Tengok Betapa Cergas Makcik ni... from iReach HD on Vimeo.
Disini saya ingin menerangkan seringkas mungkin mengenai susu Soya ESP tetapi padat dengan maklumat yang perlu anda ketahui sebelum anda terus Salah Faham Mengenai Susu Soya ESP Shaklee. Selepas itu anda boleh cari BUKTI dimana bahaya nya susu Soya ESP ini.
PENYEDIAAN 9 asid amino yang SANGATTTT PENTING yang TIDAK DAPAT
dihasilkan oleh tubuh manusia
�� 2 X GANDA DAGING
�� 4 X GANDA TELUR
�� 12 X GANDA SUSU
�� Rendah Lemak
�� Tiada Kolestrol
�� Tiada Asid Uric
�� Sangat Mudah DISERAP oleh tubuh manusia
Jelas tentang maklumat diatas, saya ringkas kan lagi manfaat UTAMA ESP yang anda tidak akan dapat dalam produk susu soya lain di dipasaran.
�� Awet Muda
membina otot, kuku, rambut, darah, organ, kulit dan dll. Pengambilan kerap kunci kepada awet
muda.
�� Baik Untuk Hormon
membantu rendahkan paras kolestrol, cegah risiko osteoporisis dan sakit jantung.
�� Baik Untuk Prostat
mengekang pertumbuhan dan merebaknya sel kanser, pemulihan uterus, ovari, menopaus dan
pembesaran prostat.
�� Kulit Lebih Remaja
meransang pembentukan semula kulit dan otot, mengurangkan kedutan, agen anti-penuaan,
kembalikan radian kulit dan kepejalan otot, mencepatkan sembuh luka dan kurangkan kesan
parut.
�� Pembekal Tenaga
bekal tenaga dengan segera dan tingkatkan sistem imun, serta baik cegah migrain, imsomnia
dan tekanan.
�� Membaiki Pigmentasi
perbaiki masalah rambut contoh beruban dan rambut gugur, membaiki masalah pigmentasi,
kedutan dan kesan tua
�� Membaiki Memori
meningkatkan kualiti memori, vitaliti, dorongan seksual dan rangsangan
ANDA juga perlu tahu Shaklee menggunakan proses pensijilan tersendiri yang dikenali Identity Preserved Program (IPP) iaitu bagi memastikan KACANG SOYA BEBAS daripada pendedahan perubahan GENETIK daripada BENIH sehingga kepada PENGELUARANNYA. Kalau nak tahu, Shaklee adalah syarikat pertama yang menggunakan kaedah IPP ni.
PILIH LAH ENERGIZING SOY PROTEIN (ESP) SEKARANG SEMENTARA PROMOSI.
Untuk tips, konsultasi produk dan ingin menjadi ahli sila
Sunday, March 1, 2015
Gastrik : Simptom dan Cara Atasi
Gastrik antara masalah sangat lazim berlaku pada manusia tak kira jantina lelaki atau wanita. Secara umumnya ia boleh dibahagikan kepada 2 jenis iaitu gastritis (keradangan lapisan mukosa yang melapik dinding perut) dan ulser perut atau peptik pada lapisan sel yang lebih dalam (lebih teruk berbanding gastritis).
Secara semula jadi, sel perut kita menghasilkan asid hidroklorik (dengan pH 1 hingga pH 2) yang berfungsi mencerna makanan. Asid ini kuat dan jika terkena tangan, kulit akan terkakis. Sel perut menghasilkan lapisan mukosa (lapisan pertahanan) sebagai pelindung daripada kesan asid hidroklorik.
Pengeluaran atau rembesan asid hidroklorik berlaku apabila ada makanan untuk memulakan proses pencernaan dan gastrik berlaku apabila tiada keseimbangan antara kuantiti rembesan asid hidroklorik (terlalu banyak) dengan kekuatan lapisan pertahanan (menjadi lemah). Jika lapisan pertahanan ini menjadi lemah, ulser berlaku kerana asid hidroklorik boleh sampai ke sel dan menyebabkan keradangan.
Jika orang mengadu sakit perut ketika lapar, ia menandakan asid hidroklorik terlalu banyak dalam perut dan sebaliknya jika sakit perut selepas makan, ia mungkin menandakan masalah ulser perut kerana lapisan mukosa yang sudah lemah.
TANDA GASTRIK
Tanda gastrik mudah dikesan kerana ia menyebabkan ketidakselesaan pada perut. Antara tandanya ialah :
* Sakit perut (pada bahagian atas perut atau abdomen)
* Rasa senak, berangin atau pedih
* Rasa tidak selesa
* Kembung, sendawa berulang kali dan kerap kentut selepas makan
* Rasa mual (loya) dan muntah
* Hilang selera makan
* Berat badan turun (pada peringkat teruk)
Jika sampai peringkat teruk, ulser perut menyebabkan pendarahan dan ia boleh dilihat dalam 2 bentuk iaitu :
* Najis menjadi hitam seperti tar
* Muntah mengandungi darah atau berwarna gelap seperti kopi
SIAPA YANG BERISIKO?
Gastrik adalah masalah sangat lazim dan boleh berlaku pada sesiapa saja. Secara umumnya lebih ramai lelaki mengalami masalah gastrik dengan nisbah 1.5 hingga 2 kali ganda berbanding wanita. Ia biasanya disebabkan gaya hidup dan faktor risiko seperti :
# Individu yang kerap mengambil ubat tahan sakit dalam tempoh lama seperti ubat anti keradangan bukan steroid (NSAID). Ini termasuk aspirin (yang diambil pesakit jantung untuk mencairkan darah)
Tempoh pengambilan ubat yang membolehkan seseorang mengalami gastrik berbeza antara individu kerana bagi orang yang sensitif, pengambilan selama beberapa minggu boleh menyebabkan masalah ini
# Merokok dan banyak minum minuman keras. Asap rokok dan alkohol boleh memberi kesan negatif dan mencederakan lapisan pertahanan (lapisan mukosa)
# Jangkitan bakteria Helikobakter pilori (H pilori). Bakteria ini berupaya melemahkan lapisan mukosa melalui 2 cara iaitu :
i) Bakteria H pilori menghasilkan enzim urase yang memecah atau menguraikan urea kepada ammonia. Ammonia ini bahan toksik yang boleh menjejaskan lapisan mukosa. Kehadiran banyak ammonia melemahkan lapisan pertahanan yang menyebabkan asid hidroklorik boleh sampai ke sel dan mengakibatkan keradangan
ii) Bakteria H pilori mempunyai bentuk berpilin (berlingkar). Jadi ia boleh membuat lubang pada lapisan mukosa (seperti lubang cacing) yang akhirnya melemahkan lapisan pertahanan ini
# Individu yang banyak mengalami tekanan sama ada tekanan kerja, peribadi, sosial atau mendapat jangkitan kuman yang teruk juga lebih berisiko diserang masalah gastrik. Malah masalah gastrik juga kerap dikesan pada pesakit yang baru menjalani pembedahan besar kerana pembedahan juga adalah satu bentuk tekanan kepada badan.
# Individu yang suka mengambil ubat tradisional, terutama yang mengandungi akar kayu. Ia termasuk ubat tradisional Cina dan Melayu kerana kebanyakan ubat tradisional dicampur steroid supaya ia lebih berkesan dan mujarab.
RAWATAN :JAGA PEMAKANAN, UBAH GAYA HIDUP
Selain pengambilan ubat, pesakit perlu menjaga pemakanan dan mengubah gaya hidup bagi mengelak serangan gastrik berulang. Antara perubahan yang perlu dilakukan ialah :
* Berhenti merokok dan minum minuman beralkohol
* Hentikan pengambilan ubat tahan sakit
* Amalkan pemakanan sihat dan makan secara teratur (sarapan, makan tengah hari dan malam). Pada bulan puasa, kena bangun sahur dan sebaiknya melewat-lewatkan bersahur
* Makan sedikit-sedikit tetapi kerap
* Kurangkan makanan berempah, bercili, masam
* Kurangkan minuman mengandungi kafein (kopi, teh dan minuman berkarbonat)
* Ambil susu kerana sifat susu yang beralkali boleh mengurangkan keasidan perut
* Kurangkan pengambilan makanan yang disifatkan berangin. Jenis makanan ini berbeza antara individu dan ubah suai mengikut keperluan masing-masing
RAWATAN DENGAN SUPPLIMENT
Kami selalunya akan rekomen suppliment untuk pesakit gastrik...ini kerana berdasarkan pengalaman saya sendiri yang pernah ada masalah gastrik. Selepas mengamalkan supplement ini..saya tidak lagi bergantung pada ubat gastrik.
Suppliment yang boleh di amalkan :
- ESP
- B complex
- Ostermatrik
-Peppermint Ginger
Sebarang pertanyaan boleh hubungi saya :
Pengedar Shaklee Sri Aman
♥ FB Personal: Emy Lea
♥ http://www.emyhealthandbeautyshop.blogspot.com
♥ FB Page: https://www.facebook.com/
♥ Email : evanona75@yahoo.com
♥ Call/SMS/WhatsApp :019-4675097
♥ COD Area: Sri Aman/Lubok Antu
♥ Pengeposan ke seluruh negara juga disediakan.














