nuffnang

Tuesday, November 11, 2014

Awas! 10 Tanda-tanda Awal Penyakit Kencing Manis.

1 daripada 6 rakyat Malaysia menghidap kencing manis. Ini merupakan angka yang sangat tinggi. Bilangan penghidap kencing manis ini rupanya lebih ramai daripada bilangan SID di Malaysia! Ini baru je angka yang direkodkan, maksudnya bilangan penghidap yang sudah mula mendapatkan rawatan di hospital samada di hospital kerajaan mahupun hospital swasta. Bilangan penghidap kencing manis yang sebenarnya mungkin lebih ramai daripada itu. Ini kerana, ramai di antara penghidap kencing manis yang tidak sedar yang diri mereka tu menghidap kencing manis. Mereka hanya sedar yang diri mereka tu menghidap kencing manis apabila penyakit itu sudah sampai ke tahap serius. Ini adalah disebabkan tanda-tanda awal atau simptom kencing manis ni sukar untuk dikesan. Oleh itu, sangat penting untuk kita mengenalpasti tanda-tanda awal tersebut dan terus mendapatkan rawatan utuk mengelakkan diri daripada menjadi mangsa kencing manis.

pengedar shaklee sri aman

10 Tanda Awal Penyakit Kencing Manis
1. Bacaan paras gula dalam darah tinggi
Cara terbaik untuk memeriksa paras gula di dalam darah adalah dengan menjalani ujian yang dibuat oleh doktor. Bacaan gula di dalam darah selalunya akan meningkat setiap kali selepas kita makan. Walau bagaimanapun, paras gula yang tinggi secara berterusan di sepanjang hari adalah tidak normal.
2. Kerap berasa dahaga dan kerap kencing pada waktu malam.
Jika anda kerap berasa dahaga dan kerap ke bilik air pada waktu malam, anda wajar mendapatkan pemeriksaan lanjut di hospital. Ini mungkin disebabkan kadar glukosa yang tinggi di dalam darah telah menyebabkan buah pinggang terpaksa bekerja keras untuk menyingkirkan lebihan gula tersebut. Ini akan menyebabkan anda kerap berkencing pada waktu malam. Dan, apabila badan telah kehilangan banyak air, ia akan mendorong kita berasa dahaga. 
3. Penurunan Berat Badan  Secara Mengejut
Paras gula yang tinggi di dalam darah boleh menyebabkan seseorang itu kehilangan berat badan dengan cepat iaitu di sekitar 2-3 kg dalam dua atau tiga bulan. Sesetengah orang mungkin akan berasa gembira dengan penurunan berat baan ini tetapi awas, ini mungkin bukan kehilangan berat badan yang sihat. 
4. Sentiasa berasa lapar
Penghidap kencing manis selalunya sentiasa berasa lapar keranan insulin mereka tidak bertindakbalas dengan glukosa seperti yang sepatutnya akan menyebabkan tahap gula di dalam darah akan turun dengan mendadak. Apabila tahap gula ini turun, badan akan mentafsirkan bahawa anda sedang kelaparan dan memerlukan lebih glukosa untuk berfungsi.
5. Luka lambat sembuh
Ini merupakan tanda awal paling jelas bagi penghidap penyakit kencing manis. Keadaan ini berlaku kerana saluran darah telah dirosakkan oleh glukosa yang berlebihan yang bergerak di dalam urat dan arteri. Ini menyukarkan darah yang diperlukan untuk membantu penyembuhan, untuk sampai ke anggota-anggota badan.

pengedar shaklee sri aman

6. Keletihan dan panas baran
Keletihan adalah disebabkan oleh usaha tambahan badan untuk mengimbangi kekurangan glukosa. Kerap pergi ke bilik air pada waktu malam juga boleh membuat anda letih kerana tidur yang tidak mencukupi pada waktu malam. Dan, sememangnya, keletihan dan tidak cukup tidur akan mempengaruhi mood seseorang.

7. Mengalami jangkitan kulat.

Diabetes melemahkan imunisasi pesakit. Justeru, amat mudah untuk pesakit diabetis(wanita) untuk mendapat jangkitan terutamanya jangkitan yis (candida) pada faraj atau jangkitan kulat yang lain.

8. Penglihatan menjadi kabur.
Kadar glukosa yang tinggi di dalam darah boleh mengubah bentuk kanta dan mata sehinga menyebabkan penglihatan menjadi kabur. Walau bagaimanapun, masalah penglihatan  ini hanya sementara sahaja. Ia akan kembali normal apabila tahap gula dalam darah juga telah kembali normal. Tetapi, jika dibiarkan dalam tempoh yan panjang, ia boleh mendatangkan kerosakan kekal dan mungkin juga buta.

9. Rasa kebas pada tangan dan kaki
Rasa kebas, kesemutan, kesakitan dan bengkak pada kaki dan tangan mungkin juga menandakan bahawa anda menghidap kencing manis. Ini kerana, mungkin saraf-saraf anda telah dirosakkan oleh kencing manis. Jika dibiarkan berlarutan, kerosakkan saraf yang kekal akan berlaku.

10. Masalah kulit
Masalah kulit seperti acanthosis nigricans mungkin menunjukkan tanda bahawa anda menghidap kencing manis. Kulit di sekitar leher atau bahagian ketiak menjadi gelap adalah satu keadaan yang menandakan bahawa seseorang itu sudah mula mengalami proses penentangan insulin walaupun gula di dalam mungkin tidak begitu tinggi.

Jika anda perhatikan bahawa anda mengalami satu atau lebih daripada tanda-tanda tersebut di atas, adalah lebih baik anda terus mendapatkan pemeriksaan dari doktor. Ingatlah, mencegah adalah lebih baik daripada merawat.

Ingin mengawal paras gula di dalam darah? Sila baca...

Jika ada sebarang pertanyaan berkenaan produk atau keahlian, sila hubungi;


pengedar shaklee sri aman

Pengedar Shaklee Sri  Aman
♥ FB Personal: Emy Lea
♥ FB Page: https://www.facebook.com/HealthyEden
♥ Email : evanona75@yahoo.com
♥ Call/SMS/WhatsApp :019-4675097
♥ COD Area: Sri Aman/Lubok Antu
♥ Pengeposan ke seluruh negara juga disediakan





Monday, November 10, 2014

Kanak-kanak Sihat, Bijak dan Ceria Bersama Shaklee!!!

Heboh satu Malaysia apabila Che Ta selamat melahirkan seorang bayi perempuan yang sangat comel. Bagi saya, semua bayi adalah comel dan yang paling comel di dunia ini sudah tentulah anak-anak saya sendiri. Rupa paras anak-anak saya yang comel lote itu adalah satu bonus, yang penting bagi saya anak-anak saya yang empat orang tu semuanya Sihat, Bijak dan Ceria! Untuk itu saya bagi mereka Set Kanak-kanak Sihat, Bijak dan Ceria yang mengandungi Omega Guard, Chewable Vita-C Plus dan Mealshake.

pengedar shaklee sri aman

Omega Guard
Mengandungi satu rangkaian penuh 7 jenis asid lemak omega-3 semulajadi iaitu EPA, DHA, ALA dan lain-lain lagi. EPA berfungsi untuk menyihatkan jantung dan sendi manakala DHA pula amat penting untuk perkembangan dan fungsi-fungsi otak. Asid Docosahexaenoic (DHA) adalah asid lemak omega-3 yang penting untuk perkembangan sistem saraf dan keupayaan penglihatan visual untuk fungsi otak yang lebih baik samada di kalangan orang dewasa dan juga kanak-kanak. DHA adalah komponen struktur utama dan asid lemak omega-3 yang paling banyak dalam otak dan retina serta berperanan meningkatkan hubungan antara neuron dan transmisi maklumat untuk daya ingatan dan pembelajaran lebih baik. Apabila seorang kanak-kanak menerima tahap DHA yang mencukupi dan bersama-sama dengan nutrien otak lain yang tidak kurang penting serta stimulasi pemupukan perkembangan, ia boleh membantu dalam membentuk perkembangan empat ciri-ciri genius. Visual penglihatan lebih tajam membantu pembelajaran lebih cepat dan perkembangan intelektual lebih tinggi pula mendorong keupayaan lebih baik di dalam pembelajaran dan ingatan. Kemahiran penyelesaian masalah lebih baik berpunca daripada daya tumpuan, daya ingatan dan keupayaan untuk melaksanakan aplikasi. Kemahiran berbahasa lebih pantas pula merupakan salah satu asas penting untuk pendidikan masa depan.

pengedar shaklee sri aman

Chewable Vita-C Plus
Vitamin C berperanan penting di dalam memelihara kandungan antioksidan semulajadi badan serta penting untuk pertumbuhan tulang, gigi dan gusi yang sihat sekaligus menyumbang kepada kesihatan yang baik secara keseluruhan. Chewable Vita-C memberikan khasiat Vitamin C yang setara dengan sebiji setengah buah oren yang berfungsi untuk menguatkan sistem imunisasi badan. Ia ideal untuk kanak-kanak yang belum dapat menelan tablet. Chewable Vita-C ini juga tidak mengandungi sebarang perasa atau pewarna tiruan.
pengedar shaklee sri aman

Mealshake
Mengandungi 19 jenis vitamin dan mineral yang penting sebagai asas nutrien penting untuk tumbesaran kanak-kanak dan remaja agar kekal sihat dan kuat. Mealshake juga merupakan sumber serat dan protein yang bagus. Mealshake juga kaya dengan sumber kalsium dan mempunyai indeks glisemik yang rendah. Kanak-kanak yang lasak dan sentiasa berlari aktif tidak akan punya masa untuk duduk diam dan menikmati makanan yang seimbang. Sebab itu kanak-kanak memerlukan makanan segera yang baik untuk mereka iaitu makanan segera yang rendah lemak dan juga rendah glisemik.

Apabila anak-anak kita sihat, bijak dan ceria, kita sebagai ibu juga akan turut merasa gembira. Rupa paras mereka kita boleh touch-up kemudian, yang penting pembesaran mereka seiring dengan daya pemikiran yang bijak.

Jika ingin membeli Set Khas Untuk Kanak-kanak ini secara online, sila klik :


Jika ada sebarang pertanyaan atau ingin mendaftar keahlian, sila hubungi :

pengedar shaklee sri aman


Pengedar Shaklee Sri  Aman
♥ FB Personal: Emy Lea
♥ FB Page: https://www.facebook.com/HealthyEden
♥ Email : evanona75@yahoo.com
♥ Call/SMS/WhatsApp :019-4675097
♥ COD Area: Sri Aman/Lubok Antu
♥ Pengeposan ke seluruh negara juga disediakan.

Sunday, November 9, 2014

6 Tips Untuk Banyakkan Susu Badan

Tips Untuk Banyakkan Susu Ibu.
Saya percaya ibu-ibu yang menyusu badan sentiasa mencari tips untuk memeriahkan susu badan. Ini kerana, semakin bayi membesar, bekalan susu badan akan semakin menyusut. Ini adalah dipengaruhi oleh beberapa faktor. Antara faktor yang mempengaruhi pengeluaran susu badan adalah apabila si manja sudah mulai mengambil solid food. Jadi, kekerapan penyusuannya akan menjadi semakin kurang. Walau apapun cara yang dipilih oleh ibu-ibu di luar sana, satu yang pasti, jangan lupa kepentingan konsep demand and supply.

pengedar shaklee sri aman

Berikut adalah 6 tips memeriahkan susu badan:

1. Susukan bayi bila-bila masa dia lapar. Lebih kerap dia menyusu, lebih banyak air susu akan terhasil. 

2. Susukan bayi pada kedua-dua belah payudara pada setiap sesi penyusuan. Biarkan bayi menyusu sehingga bayi itu sendiri melepaskan puting (setelah dia kekenyangan). Ini akan merangsang penghasilan susu yang sama rata pada kedua-dua belah payudara.

3. Pastikan jarak setiap sesi penyusuan tidak melebihi 2 jam. Berikan juga peluang pada bayi anda untuk menghisap terus dari payudara untuk merangsang penghasilan susu.

4. Sentiasa berasa tenang ketika menyusukan bayi. Emosi yang tertekan atau terganggu boleh menyebabkan penghasilan susu badan  berkurangan. Dapatkan rehat yang secukupnya untuk membolehkan anda menyusukan bayi selama mana anda mahu.

5. Jangan berikan bayi anda makanan lain selain daripada susu ibu jika bayi anda berumur bawah 6 bulan. Selain daripada faktor usus bayi yang masih belum bersedia untuk menerima solid food, ia juga boleh menyebabkan bayi kurang menyusu kerana tempoh kekenyangan yang lama akibat mengambil solid food. Jika bayi anda berumur atas dari 6 bulan, hadkan kuantiti solid food yang anda bagi pada bayi anda.

6. Pemakanan juga mempengaruhi penghasilan susu ibu. Pemakanan yang tidak seimbang akan menyebabkan penghasilan susu badan akan terjejas. Jadi, ibu yang menyusukan bayi hendaklah memastikan pemakanan mereka sentiasa sihat dan seimbang. Antaranya:

  • mengikut garis panduan piramid makanan
  • banyak minum air kosong
  • mengamalkan supplement

Shaklee ada menyediakan rangkaian produk khas untuk ibu-ibu yang menyusukan bayi. Read more..

Saya berharap artikel ini dapat memberi manfaat kepada ibu-ibu yang menyusukan bayi di luar sana. Bagi saya, perasaan ketika menyusukan bayi adalah pengalaman yang ternilai harganya.
pengedar shaklee sri aman


Jika ada sebarang pertanyaan produk Shaklee atau keahlian sila hubungi :
Pengedar Shaklee Sri  Aman
♥ FB Personal: Emy Lea
♥ FB Page: https://www.facebook.com/HealthyEden
♥ Email : evanona75@yahoo.com
♥ Call/SMS/WhatsApp :019-4675097
♥ COD Area: Sri Aman/Lubok Antu
♥ Pengeposan ke seluruh negara juga disediakan.

Saturday, November 8, 2014

Shaklee Collagen Powder Sumber Kolagen Terbaik Dunia?

Kulit yang cantik lagi halus dan anjal menjadi idaman setiap wanita. Dan untuk mendapatkan kulit yang cantik ini adalah tidak cukup jika bergantung kepada skin care semata-mata. Kecantikan kulit hanya akan terserlah dengan pengambilan suplemen yang sesuai.
pengedar shaklee sri aman

Shaklee Collagen Powder merupakan suplemen kolagen hebat yang mengandungi 4,000mg proprietary RSS (Red Snapper Scale) Collagen, kolagen yang berkualiti tinggi dan tulen yang diekstrak daripada sisik ikan merah. Ia juga turut dicampurkan demgan tujuh bahan utama seperti ekstrak biji benih Camellia Japonica, ekstrak Pfaffia, kolagen ikan, ekstrak kerang-kerangan, Lactobacillus Acidophilus, vitamin C dan vitamin B yang memberikan pelbagai khasiat seperti berikut :
  • menyokong produksi collagen untuk meningkatkan ketegangan, keanjalan dan kelembutan kulit.
  • mengecilkan liang pori-pori, kedutan dan garis-garis halus yang kelihatan.
  • kulit lebih putih dan licin.
  • menggalakkan kuku yang kuat, rambut yang tebal dan bersinar.
  • membantu menegangkan dan menganjalkan payudara.
  • membaiki tumit merekah
  • Mengembalikan seri wajah
  • Menghilangkan kedut-kedut wajah
  • Kesihatan dalaman wanita

pengedar shaklee sri amanpengedar shaklee sri aman


Apa bezanya Shaklee Collagen Powder dengan jenama kolagen yang lain?
Bahan asas collagen powder shaklee ni adalah daripada sisik ikan merah laut dalam. Red Snapper antara ikan yang termahal di pasaran. Saya tahu sebab saya penggemar ikan. Ikan merah laut dalam ini hidup bebas di lautan hingga sedalam 5000 meter di mana ikan lain tidak dapat hidup di bawah tekanan tinggi ini. Ikan merah laut dalam ini sangat lasak dan ia mampu hidup bebas dan bertelur di bawah tekanan sehingga 20 paun. Justeru, ia sumber kolagen yang sangat lasak. Sisik ikan merah ini juga mempunyai kapasiti yang tinggi untuk mengekalkan kelembapannya. Jisim molekul yang sangat rendah menjadikan sisik ikan merah ini menjadi sumber kolagen yang sangat istimewa.

pengedar shaklee sri aman

Collagen Powder Shaklee (SCP) mempunyai molekul yang sangat ringan iaitu kira-kira 1000mg Dalton dan ini menjadikannya bersifat mudah diserap oleh badan serta membantu meningkatkan sintesis kolagen pada lapisan dermis(kulit). Kolagen jenama lain selalunya mempunyai molekul yang biasa iaitu 300,000 dalton yang mana molekul ini sangat besar dan sukar diserap oleh badan. Maksudnya disini, tidak semua molekul kolagen yang dimakan diserap oleh badan. SCP satu-satunya collagen powder yang mempunyai bilangan asid amino cuma 3 (1000 Dalton) sangat mudah diserap ke dalam sistem badan dan akan menunjukkan kesan dengan lebih cepat. Itulah sebab SCP berbeza daripada kolagen daripada jenama lain.


pengedar shaklee sri aman

Hasil kajian juga menunjukkan bahawa penggunaan SCP untuk selama 8 minggu berturut-turut akan menunjukkan perubahan yang ketara dari segi kecantikan kulit dan juga kesihatan dalaman yang lain. 

Jika anda ingin membeli SCP secara online, sila klik


Sebarang pertanyaan, sila hubungi :

pengedar shaklee sri aman

Pengedar Shaklee Sri  Aman
♥ FB Personal: Emy Lea
♥ FB Page: https://www.facebook.com/HealthyEden
♥ Email : evanona75@yahoo.com
♥ Call/SMS/WhatsApp :019-4675097
♥ COD Area: Sri Aman/Lubok Antu
♥ Pengeposan ke seluruh negara juga disediakan.

Set Kehamilan Shaklee @ Set Mengandung Shaklee

Kali ini saya nak kongsikan pula tentang Set Kehamilan Shaklee atau Set Mengandung Shaklee. Tetapi sebelum itu, saya ingin mengucapkan tahniah terlebih dahulu kerana anda telah dipilih olehNya untuk menerima anugerah yang tidak ternilai harganya di muka bumi ini. Saya tahu saat yang paling membahagiakan suami isteri adalah apabila berjaya mendapat cahaya mata. Semoga kehadiran cahaya mata ini akan menambahkan lagi kebahagiaan rumah tangga anda.

pengedar shaklee sri aman

Saya tahu, seorang wanita apabila mengetahui diri telah hamil akan mempunyai banyak persoalan yang berkisar di dalam pemikiran mereka. Antara persoalan-persoalan tersebut adalah :

1. Apakah tanda atau simptom wanita hamil?
2. Apakah makanan yang mengandungi nutrien penting untuk perkembangan bayi secara fizikal dan mental serta untuk kesihatan ibu?
3. Apakah jenis makanan yang sepatutnya diamalkan oleh ibu hamil?
4. Apakah makanan yang wanita hamil perlu elakkan?
5. Apakah sebab doktor membekalkan ibu hamil dengan beberapa jenis vitamin?
6. Bagaimana ibu hamil yang bekerja mendapatkan nuritisi perlu semasa hamil?
7. Apakah jenis supplement yang selamat untuk ibu hamil?

Saya berharap agar artikel ini nanti akan dapat menolong anda menjawab persoalan-persoalan tersebut.

Apakah tanda atau simptom wanita hamil?

1. Morning Sickness - rasa mual, loya dan pening yang selalunya berlaku pada waktu pagi.
2. Allergik(gatal)  pada bahagian-bahagian tertentu badan.
3. Selera makan makin berkurangan daripada biasa.
4. Muntah atau loya yang berlanjutan akan menyebabkan badan menjadi tidak bermaya.
5. Kekurangan sel darah merah atau lebih dikenli sebagai anemia.
6. Pucat dan sentiasa hilang selera makan.
7. Cepat berasa letih dan malas.
8. Sensitif dan mudah menangis.


Apakah makanan yang mengandungi nutrien penting untuk perkembangan bayi secara fizikal dan mental serta untuk kesihatan ibu?

pengedar shaklee sri aman

Secara amnya, keperluan nutrisi wanita hamil adalah berbeza dengan wanita yng tidak hamil. Kenapa? Kerana wanita hamil perlu makan untuk dua orang. Keperluan ini juga akan berbeza-beza mengikut pekerjaan ibu hamil tersebut dan juga mengikut bilangan bayi yang berada di dalam kandungannya. Memenuhi keperluan nutrisi penting ini sangat penting untuk wanita-wanita yang hamil kerana ia boleh memastikan kesihatan dan mood ceria di sepanjang masa kehamilan.

Suami yang penyayang seperti anda yang sedang membaca artikel ini juga juga wajib memastikan si isteri yang dikasihi untuk mendapatkan nutrisi yang sepatutnyaa supaya si dia yang sedang mengadungkan zuriat anda akan sentiasa berasa sihat dan ceria. Berikut adalah piramid makanan yang boleh anda jadikan panduan.

pengedar shaklee sri aman


Apakah jenis makanan yang sepatutnya diamalkan oleh ibu hamil?

pengedar shaklee sri aman


Apakah makanan yang perlu dielakkan semasa hamil?

pengedar shaklee sri aman

 Apakah sebab doktor membekalkan ibu hamil dengan beberapa jenis vitamin?
Selepas anda menjalani pemeriksaan buat pertama kalinya di klinik-klinik kerajaan ataupun swasta, doktor akan membekalkan anda dengan beberapa jenis vitamin. Ini adalah untuk memastikan anda mendapat vitamin yang cukup di sepanjang masa kehamilan. Wanita yang hamil cenderung kehilangan selera makan kerana berlaku perubahan mood akibat ketidakseimbangan hormon. Keadaan akan menjadi lebih teruk jika kerap muntah dan loya. Oleh sebab itu, dokor akan bekalkan wanita hamil ini dengan beberapa jenis vitamin yang perlu sahaja. Ibu hamil yang bekerja juga akan menghadapi kesukaran untuk makan makanan berkhasiat dengan sempurna dengan kesibukan yang ada di tempat kerja.

Bagaimana ibu hamil yang bekerja mendapatkan nuritisi perlu semasa hamil?
Zaman sekarang, amat sukar untuk kita makan makanan yang benar-benar berkhasiat dan selamat untuk ibu dan bayi. Ini kerana, kebanyakan sumber makanan yang kita ada dicemari oleh bahan kimia seperti baja-baja kimia dan pesticide pada sayur-sayuran. Gaya hidup yang sibuk juga menyebabkan kita cenderng untuk memilih fast food. Jadi, cara yang paling selamat untuk mendapatkan nutrisi lengkap harian yang diperlukan oleh badan adalah dengan mengamalkan supplement. Walau bagaimanapun, ibu hamil perlu bijak memilih supplement yang selamat dan sesuai untuk si ibu dan juga bayi.


Apakah jenis supplement yang selamat untuk ibu hamil?
Ada beberapa perkara yang perlu anda perhatikan sebelum membeli sebarang produk supplement:
1. Tidak memberi kesan sampingan kepada si ibu dan juga bayi.
2. Harga yang berpatutan dengan kualitinya.
3. Boleh juga dikongsi untuk seluruh seisi keluarga.
4. Bebas daripada bahan kimia.
5. Boleh juga digunakan selepas bersalin iaitu semasa berpantang dan juga sepanjang tempoh menyusukan bayi.
6. Ada sijil halal daripada pihak berwajib.

Kenapa anda perlu memilih Shaklee?
1. Tidak memberi kesan sampingan kepada si ibu dan juga bayi - Produk Shaklee adalah selamat untuk si ibu dan juga bayi yang di dalam kandungan.
2. Harga yang berpatutan dengan kualitinya - Contohnya sebotol Vitalea yang berharga RM88.75 mengandungi 120 biji tablet dan cukup untuk bekalan selama 4 bulan. Vitalea yang merupakan multivitamin juga lengkap dengan iron formula dan anda tidak perlu tablet tambahan iron untuk mengekalkan bacaan hb yang cantik.
3. Boleh juga dikongsi untuk seluruh seisi keluarga - Supplement Shaklee juga boleh dikongsi bersama seisi keluarga. Contohnya, Vitalea sebagai multivitamin juga boleh diambil oleh si suami untuk memastikan kesihatan sentiasa dalam tip top.
4. Bebas daripada bahan kimia - Supplement Shaklee sentiasa mengamalkan konsep mesra dengan alam semulajadi. Shaklee sentiasa memastikan setiap produknya bebas dari bahan kimia. Setiap produk Shaklee adalah berasasan bahan semuajadi.
5. Boleh juga digunakan selepas bersalin iaitu semasa berpantang dan juga sepanjang tempoh menyusukan bayi - Produk Shaklee boleh digunakan dari awal kehamilan sehinggalah selepas bersalin, dalam masa berpantang dan juga sepanjang masa meyusukan bayi.
6. Ada sijil halal daripada pihak berwajib - Oleh kerana produk Shaklee adalah produk USA, ia mendapat sijil halal daripada ISA (Islamic Service of America). Badan antarabangsa ini mendapat pengikitirafan oleh negara-negara Islam lain di dunia termasuk Malaysia. Baca lagi...

Set Kehamilan Shaklee @ Set Mengandung Shaklee.

pengedar shaklee sri aman

Ostematrix - membekalkan kalsium yang cukup kepada wanita hamil.
Omega Guard - membekalkan EPA dan DHA yang penting untuk perkembangan otak bayi.
B Complex - mengandungi juga folik asid yang penting untuk perkembangan bayi yang sempurna.
Vita C Plus - membekalkan vitamin C yang diperlukan oleh badan sepanjang hari.
ESP - menjadi sumber protein sihat kepada ibu dan bayi serta memberikan tenaga harian kepada ibu hamil.
Vitalea - multivitamin yang lengkap dengan iron formula. Iron penting di dalam membina sel-sel darah merah kepada ibu hamil.

Jika anda ingin membeli Set Kehamilan Shaklee secara online, sila klik


Atau jika ada sebarang pertanyaan, sila hubungi :

pengedar shaklee sri aman

Pengedar Shaklee Sri  Aman
♥ FB Personal: Emy Lea
♥ FB Page: https://www.facebook.com/HealthyEden
♥ Email : evanona75@yahoo.com
♥ Call/SMS/WhatsApp :019-4675097
♥ COD Area: Sri Aman/Lubok Antu
♥ Pengeposan ke seluruh negara juga disediakan.

Friday, November 7, 2014

4 Jenis Gemuk Yang Wajib Anda Tahu

4 Jenis Kegemukan Yang Wajib Anda Tahu.

 by  Leave a Comment


Gemuk???
Apa yang anda tahu tentang gemuk?
Apabila berat badan kita melebihi 20 peratus daripada ideal weight, kita akan dikategorikan dalam keadaaan gemuk. Contohnya, jika ideal weight kita sepatutnya adalah 60kg, tetapi berat badan sebenar kita adalah 75kg. Maka, kita sudah termasuk di dalam kategori orang yang gemuk. Label yang boleh membuatkan kita jadi stress. Dan, mulalah kita pasang niat untuk kuruskan badan. Tetapi, sebelum anda bertindak mengambil langkah untuk menguruskan badan, kita mesti kenali terlebih dahulu jenis-jenis kegemukan yang mungkin kita hadapi. Bila dah tahu jenis gemuk yang mana satu, baru senang kita merangka untuk menguruskan badan. Jika tidak, segala perancangan dan usaha kita untuk kuruskan badan mungkin sia-sia sahaja.

Secara umumnya, gemuk terbahagi kepada 4 jenis.
1- Gemuk Air
Punca : Disebabkan badan menyimpan sejumlah kapasiti air yang tidak diperlukan oleh badan.
Ciri- ciri fizikal : Badan menjadi menggelembir dan lembik. Jika dipicit akan kulit akan terasa lembik umpama kita memicit belon yang berisi air.
Cepat berasa letih dan mengah apabila melakukan aktiviti harian. Terdapat perbezaan ketara(perubahan 1-2 kg kurang atau lebih) jika menimbang berat badan pada waktu pagi dan malam.
Biasanya berlaku di kalangan anak-anak gadis yang baru berkahwin ataupun ibu-ibu yang baru lepas bersalin. Gemuk jenis ini selalunya tidak susah untuk disingirkan.

2- Gemuk Angin

Punca : Banyak angin dalam badan.
Ciri-ciri fizikal : Lebih kurang sama macam gemuk air, badan terasa lembik bila dipicit. Selalu sendawa, perut selalu terasa sebu, mudah berasa pening, loya dan kerap berkentut.
Gemk jenis ini juga tidak susah untuk disingkirkan.


3- Gemuk Lemak
Punca : Banyak lemak di dalam badan.
Ciri-ciri fizikal : Badan terasa agak pejal, umpama kita masukkan bancuhan tepung dengan sedikit air ke dalam belon dan picit belon tersebut. Orang yang menghadapi gemuk jenis ini selalunya memiliki bentuk badan jenis bentuk epal.
Gemuk jenis ini hanya boleh disingkirkan jika kita boleh menyingkirkan lemak berlebihan dari dalam badan.

Bentuk Epal vs. Bentuk Pear
Bentuk Epal vs. Bentuk Pear

4- Gemuk Daging

Punca : Diet yang tidak seimbang, lebih suka makan daging. Gemuk daging juga boleh terjadi sebab masalah kegemukan yang telah terlalu lama dibiarkan contohnya dari kecil lagi sudah tembam.
Ciri-ciri fizikal : Badan terasa berat dan pejal. Jika anda genggam lengan, akan erasa solid dan pejal serta tidak menggeleber.
Gemuk jenis ini agak sukar untuk dipulihkan kerana lemak sudah bergumpal dengan daging.

Setelah anda ketahui jenis kegemukan yang anda hadapi, maka lebih mudah anda untuk merancang langkah yang perlu untuk menguruskan badan.

Dapatkan tips diet dan tips untuk kurus anda di sini!

Apa juga jenis gemuk yang anda hadapi, saya percaya dengan semangat dan usaha anda pasti boleh menurukan berat badan anda. Semoga berjaya!

pengedar shaklee sri aman
Jika ada sebarang pertanyaan produk Shaklee atau keahlian sila hubungi :
Pengedar Shaklee Sri  Aman
♥ FB Personal: Emy Lea
♥ FB Page: https://www.facebook.com/HealthyEden
♥ Email : evanona75@yahoo.com
♥ Call/SMS/WhatsApp :019-4675097
♥ COD Area: Sri Aman/Lubok Antu
♥ Pengeposan ke seluruh negara juga disediakan.

Wednesday, November 5, 2014

Kekurangan Nutrien Semasa Hamil : Kesan Dan Risiko

Risiko kesihatan yang berkait rapat dengan kekurangan mikronutrien semasa hamil.

Terdapat beberapa risiko kesihatan semasa hamil dan terhadap bayi yang berkaitan dengan kekurangan mikronutrien semasa hamil. Ini terutamanya yang berkaitan dengan kekurangan mikronutrien seperti folate dan vitamin B12.

Risiko kesihatan terhadap si ibu.


kekurangan nutrient semasa hamil

Risiko kesihatan semasa hamil yang timbul akibat kekurangan nutrien mengikut jenis.
  • Vitamin B12 : kekurangan Vitamin B boleh menyebabkan anemia dan komplikasi neurological.
  • Vitamin K : kekurangan Vitamin K boleh menyebabkan darah beku. Ia juga boleh meningkatkan jarak masa pembekuan darah semasa bersalin. Ini merbahaya kerana boleh menyebabkan pendarahan yang banyak semasa bersalin. 
  • Iron : Kekurangan iron semasa hamil juga boleh menyebabkan anemia.
  • Iodine : Kekurangan iodin semasa hamil boleh menyebabkan keguguran dan kelahiran bayi pra-matang. 
  • Zinc : Kekurangan Zinc pula berkait rapat dengan pre-eklampsia dan kelahiran pra-matang.
  • Magnesium : Kekurangan magnesium pula meningkatkan risiko pre-eklampsia dan kelahiran pra-matang.
Risiko terhadap kesihatan bayi.
Wanita hamil yang kekurangan mikronutrien akan memberikan kesan terhadap perkembangan bayi yang didalam kandungan.



kekurangan nutrient semasa hamil

Feotus akan berhadapan dengan beberapa risiko kesihatan jika kekurangan mikronutrien berikut :
  • Vitamin D : Kekurangan Vitamin D berkait rapat dengan rikets ( keadaan di mana tulang-tulang bayi menjadi lembut ) 
  • Folate : Kekurangan folate meningkatkan risiko kecacatan pada tiub neural bayi. 
  • Iodine : Kekurangan iodine dikaitkan dengan beberapa jenis komplikasi berikut pada bayi.
    • Congenital abnormalities;
    • Risiko kematian bayi.
    • Neurological cretinism (mempengaruhi perkembangan kognitif)
    • Mental deficiency;
    • Spastic diplegia (spastic paralysis ) dan squint;
    • Myxoedymateous cretinism (mempengaruhi perkembangan fizikal) dan dwarfism ( kerdil )
    • Psychomotor. (mempengaruhi kemahiran pergerakan)
  • Zinc : Kekurangan Zinc boleh menyebabkan perkembangan fetos terbantut dan kecacatan kongenital boleh berlaku. 
Kesimpulan
Wanita yang hamil wajib memastikan yang diri mereka mengambil nutrien-nutrien yang cukup di sepanjang masa kehamilan. Ini sangat penting untuk menjaga kesihatan semasa hamil sehingga bersalin dan juga perkembangan bayi yang di dalam kandungan. Oleh itu, wanita yang hamil harus berhati-hati dengan makanan yang mereka ambil dan adalah lebih baik jika mereka mengambil supplemen semasa hamil.

Shaklee ada menawarkan set kehamilan yang sesuai untuk semua golongan umur wanita-wanita yang hamil di luar sana.

Set Kehamilan Shaklee



Pengedar Shaklee Sri Aman

Jika ada sebarang pertanyaan produk Shaklee atau keahlian sila hubungi :
Pengedar Shaklee Sri  Aman
♥ FB Personal: Emy Lea
♥ FB Page: https://www.facebook.com/HealthyEden
♥ Email : evanona75@yahoo.com
♥ Call/SMS/WhatsApp :019-4675097
♥ COD Area: Sri Aman/Lubok Antu
♥ Pengeposan ke seluruh negara juga disediakan.

Monday, November 3, 2014

Shaklee Branch

Visit One Of Our Branch Today!!!

Headquarters

Level 9, The Pinnacle, Persiaran Lagoon, Bandar Sunway,
47500 Subang Jaya, Selangor Darul Ehsan.
Tel: 603-5622 3188
Fax: 603-5622 3099

Kuala Lumpur

No. 32, Jalan Rampai Maju 3,
Taman Sri Rampai, 53300 Kuala Lumpur.
Tel: 603-4142 1067
Fax: 603-4142 1027

Sabah

Lot 4.1, Neutron Point, Lorong Poin Neutron,
Jalan Lintas Khidmat, 88300 Kota Kinabalu.
Tel: 6088-393 848
Fax: 6088-393 851

Perak

32, Medan Istana 1, Bandar Ipoh Raya,
30000 Ipoh.
Tel: 605-241 8260
Fax: 605-241 8263


Johor

14, Jalan Molek 1/10, Taman Molek,
81100 Johor Bahru.
Tel: 607-352 5188
Fax: 607-352 4188

Penang

No. 81, 83 & 85, Jalan Todak 6, Pusat Komersial Sunway Perdana,
13700 Seberang Jaya, Pulau Pinang.
Tel: 604-383 8261
Fax: 604-383 8560

Kelantan

319, Section 25, Bandar Kota Bharu, Jalan Sultan Yahya Petra,
15200 Kota Bharu.
Tel: 609-747 8688
Fax: 609-747 7711


Any questions regarding products or membership, feel free to contact me at :
Pengedar Shaklee Sri  Aman
♥ FB Personal: Emy Lea
♥ FB Page: https://www.facebook.com/HealthyEden
♥ Email : evanona75@yahoo.com
♥ Call/SMS/WhatsApp :019-4675097
♥ COD Area: Sri Aman/Lubok Antu
♥ Pengeposan ke seluruh negara juga disediakan.


6 Langkah Mudah Membuat Pesanan Secara Online : Esell

Shaklee telah maju setapak lagi dengan memperkenalkan sistem order secara online yang lebih dikenali sebagai ESELL untuk kegunaan orang yang bukan ahli untuk membuat pesanan terus ke cawangan Shaklee. Maksudnya di sini bahawa pelanggan tidak perlu menjadikan pengedar sebagai orang tengah jika ingin membeli produk-produk Shaklee. Manakala pembayaran pula boleh dibuat dengan menggunakan KAD KREDIT ataupun KAD DEBIT. Hebat bukan??? 

Di sini saya ingin memberitahu cara-cara membuat pesanan dengan menggunakan Esell.

1. Sila klik pada button 'Buy Now'.



2. Anda akan lihat page seperti yang pada gambar di bawah. Sila ikuti arahan dengan teliti untuk membolehkan urusan pembelian anda berjaya.


Langkah 1 : Pilih Bahasa jika perlu.  Klik pada option Agree ( yang dibulatkan)


Langkah 2 : Semak kuantiti produk dan juga harga produk. Kuantiti  produk  boleh  ditambah  jika perlu. Kemudian, klik 'checkout'.  


Langkah 3 : Isikan data anda seperti pada gambar di atas. Pastikan nama dan alamat anda adalah betul untuk tujuan rekod. Kemudian klik 'continue'.


Langkah 4 : Isikan maklumat penghantaran dengan betul. Ini penting untuk memastikan barang pesanan anda selamat sampai. Kemudian klik pada 'Proceed to Payment' (Dalam Bulatan).  


Langkah 5 : Isikan  maklumat  pembayaran  dengan  teliti untuk  memastikan  urusniaga anda berjaya. Kemudian  Klik 'Confirm Payment'.


Langkah 6 : Tahniah..urusniaga anda berjaya. Sila print penyata pesanan untuk simpanan. 

Pengedar  Shaklee  Sri  Aman

Jika ada sebarang pertanyaan produk Shaklee atau keahlian sila hubungi :
Pengedar Shaklee Sri  Aman
♥ FB Personal: Emy Lea
♥ FB Page: https://www.facebook.com/HealthyEden
♥ Email : evanona75@yahoo.com
♥ Call/SMS/WhatsApp :019-4675097
♥ COD Area: Sri Aman/Lubok Antu
♥ Pengeposan ke seluruh negara juga disediakan.