nuffnang

Sunday, August 23, 2015

Hari Potensi Tabika Kemas Sri Aman

Pada hari Khamis lepas Evan telah menyertai perlawanan futsal yang diadakan sempena Hari Potensi Tabika Kemas Sri Aman.
Bersedia untuk memenangi perlawanan 
Pasukan anak saya telah menentang pasukan dari Sarikei. Dan, keputusan permainan kedua-dua pasukan gagal menjaringkan sebarang gol.
Aksi pembukaan perlawanan

Gaya pemain fitsal kidal
Setelah kesemua ahli pasukan gagal mendapatkan gol melalui sepakan penalti, akhirya keputusan telah dibuat melalui lambungan syiling. Dan hasilnya, pasukan anak saya telah kalah. Akhirnya, pasukan anak saya hanya bermain satu perlawanan sahaja. Untuk sepanjang hari itu, mereka hanya duduk di tepi padang sebagai penonton sahaja. Rasa kesian pula tengok muka mereka yang masih ada semangat untuk bermain futsal.
Bakal pemain futsal 2016
Penyokong kuat pasukan Evan
Takpelah anakku, mama bangga dengan semangat juangmu di dalam perlawanan futsal hari tu. Semoga berpeluang lagi untuk bermain pada tahun akan datang.

Jika anda memerlukan vitamin untuk anda dan keluarga boleh hubungi saya :
Pengedar Shaklee Sri  Aman
 FB Personal: Emy Lea
♥ www.emyhealthandbeautyshop.blogspot.com
 FB Page: https://www.facebook.com/HealthyEden
 Email : evanona75@yahoo.com
 Call/SMS/WhatsApp :019-4675097
 COD Area: Sri Aman/Lubok Antu

7 comments: