nuffnang

Thursday, July 23, 2015

Kencing Malam Kanak-kanak - 5 Cara Untuk Tidur Yang Lebih Nyenyak

Kanak-kanak yang kencing malam atau bed-wetting selalunya berlaku di kalangan kanak-kanak yang berumur 5 hingga 6 tahun. Pada peringkat umur sedemikian, tabiat kencing malam masih boleh diterima. Namun begitu, jika tabiat kencing malam ini berlaku pada mereka yang berumur 6 tahun ke atas, kanak-kanak terbabit mungkin akan berasa malu dan tidak selesa dengan situasi mereka tersebut. Walau bagaimanapun, selalunya situasi ini akan berakhir dengan sendirinya setelah kanak-kanak tersebut semakin meningkat dewasa. Sehingga itu, ibu-ibu akan menghadapi masalah-masalah lain seperti tidur malam yang terganggu, mencuci kain cadar dan pakaian yang berbau busuk serta memastikan tilam kembali bersih sebelum tibanya waktu malam.


 Di sini saya kongsikan 5 cara untuk menghadapi kencing malam kanak-kanak.

1. Bersikap Realistik.

"Don't praise and don't punish." Kanak-kanak yang kencing malam sebenarnya tidak sengaja berbuat demikian. Ia adalah berlaku diluar kawalan mereka. Oleh itu, jangan hukum atau puji jika mereka bangun pagi dalam keadaan basah atau kering.

2.  Permudahkan Persekitaran Untuk Menukar Pakaian.
Sebelum tidur, ibu hendaklah memastikan keadaan persekitaran bilik tidur memudahkan kanak-kanak menukar pakaian mereka sendiri jika terkencing malam. Sediakan alas cadar plastik untuk memudahkan mereka kembali tidur diatas tilam. Jangan lupa juga untuk menyediakan sepasang pijama jikalau mereka terkencing semasa tidur. Ini juga akan membuatkan mereka tidak berasa terlalu babyish.


3. Penggunaan Alarm
Pada zaman moden ni, ibu bapa boleh membeli alarm khas yang dijual di farmasi untuk diletakkan di atas cadar khas untuk mengesan jika kanak-kanak kencing malam. Malahan juga, seluar dalam yang mempunyai alarm juga ada dijual untuk hadapi masalah kanak-kanak kencing malam. Jika sekiranya kanak-kanak kencing malam, alarm ini akan berbunyi dan membangunkan kanak-kanak yang tidur supaya segera tersedar. Walau bagaimanapun, kelemahan menggunakan alarm ni adalah bunyi yang nya terlampau kuat juga boleh menbangukan seisi rumah dan boleh menyebabkan kanak-kanak terbabit berasa malu pada seluruh isi keluarga.  

4. Latihan Mengawal Otot Pundi Kencing
Pastikan anak-anak minum air yang banyak pada waktu siang dan latih mereka untuk menahan kencing untuk seberapa lama masa mereka boleh tahan. Walau bagaimanapun, kurangkan jumlah air yang mereka minum pada waktu terutamanya sebelum mereka masuk tidur.


5. Sabar Dan Sayang
Bersabar dan sayangi anak-anak anda yang kencing malam. Tiada kanak-kanak yang sengaja kencing dalam tidur. Apatah lagi jika kanak-kanak yang berumur 7 tahun ke atas. Kanak-kanak yang dalam umur sebegini sudah tahu erti malu. Bukan sahaja memalukan, malahan kencing semasa tidur amatlah tidak menyelesakan dan hanya bayi yang tidak boleh mengawal kencing..dan mereka bukanlah bayi.  Pastikan kanak-kanak kencing malam mendapat sokongan penuh daripada ibu bapa sehingga mereka mampu atasi masalah kencing malam. Tanpa sokongan padu daripada ibu bapa, sukar bagi kanak-kanak ini mengharungi salah satu fasa yang memalukan di dalam hidup mereka.

Jika anda mencari vitamin untuk diri dan keluarga..boleh hubungi saya di talian 019-4675097 (Pn. Emy). Saya adalah pengedar aktif Shaklee di bandar Sri Aman dan kawasan sekitarnya.

13 comments:

  1. Replies
    1. ya..saya pun baru tahu ada under pants yang siap ada alarm :)

      Delete
  2. Nice sharing, sangat bermanfaat ^-^

    ReplyDelete
  3. Zuyyin sejak dah potty train, pernah juga sekali dua terbabas, hehe.. Tapi nasib baik dah pakaikan cloth diapers sesiap, kalau tak pengsan ibu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe..hari tu..anak saya yang umur 6 tahun terbabas..rasanya first time dia terbabas sejak dah tak pakai diapers bila umur dia 3 tahun...dahlah hujan..nanges mama..huhuhu

      Delete
  4. Memang sedang melatih anak saya yang berumur 5 tahun.
    Thanks for the tips.

    ReplyDelete
  5. nasib baik anak perempuan saya yang berumur 4 tahun tiada hadapi kencing malam

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..bagus kan bila dorang dah independent dan boleh pergi tandas sendiri pada waktu malam

      Delete
  6. Ooo ada alarmnya yaa, saya baru tahu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..menarik kan pasal alarm underpant tu..

      Delete
    2. hehe..menarik kan pasal alarm underpant tu..

      Delete