nuffnang

Saturday, January 28, 2017

5 Sebab Saya Pilih Shaklee

Hi...salam semua. Telah agak sekian lama saya tidak menulis di sini, syukur keinginan menulis itu kembali datang di kala mercun berdentam dentum memecah kesunyian malam sambutan Tahun Baru Cina 2017.

Tahun 2017 melakarkan tahun keempat saya amalkan vitamin Shaklee. Bukan hanya saya, malahan semua ahli keluarga saya berkongsi vitamin yang sama. Setelah empat tahun saya masih setia pada jenama yang sama. Jadi, tulisan kali ini saya nak senaraikan 5 Sebab Saya Pilih Shaklee.

1. Saya Pilih Shaklee Kerana Kualitinya.
Selalunya bila saya berbicara tentang Shaklee, akan ada yang menyampuk bahawa vitamin yang sama berlambak dijual difarmasi dengan harga yang lebih murah. Bagi saya, kualiti vitamin Shaklee amat tinggi kerana dibuat daripada sumber asli yang berkualiti tinggi serta tidak dicemari oleh sebarang bahan kimia. Yang pasti, vitamin Shaklee bukan daripada bahan sintetik. Ini dibuktikan lagi daripada landmark study yang pihak Shaklee keluarkan. Lagi satu, setiap produk yang Shaklee keluarkan ada menjalani ujian klinikal. Jadi, tidak ragu lagi vitamin Shaklee sangat tinggi kualitinya serta selamat dan tiada kesan sampingan yang negatif.

2. Saya Pilih Shaklee Kerana Ianya Vitamin Untuk Keluarga.
Shaklee menawarkan pelbagai jenis vitamin yang sesuai untuk semua peringkat umur, dari bayi sehingga la warga emas boleh mengamalkan vitamin Shaklee ni. Contohnya, sebotol vitamin C tu saya berkongsi bukan sahaja dengan suami malahan dengan ibu dan bapa saya juga. Untuk anak-anak saya pun ada vitamin c yang khas untuk mereka juga iaitu Chewable Vitamin C.

3. Saya Pilih Shaklee Kerana Ianya Sentiasa Selamat, Semulajadi Dan Berkesan. Saya memang 100% percaya bahawa SHAKLEE memang selamat, semulajadi dan berkesan. Contohnya, cecair pencuci serbaguna Basic H. Walaupun namanya cecair pencuci serbaguna, kadang-kadang saya guna untuk berkumur jika mulut saya mengalami ulser dan juga jika saya ada tanda awal jangkitan tonsil. Akibatnya, rasanya sudah hampir 2 tahun saya mampu mengelakkan diri daripada menelan antibiotik. Maklumlah, saya ni jenis yang senang sangat alami kembang tonsil. Malahan, anak-anak saya yang dijangkiti virus HFMD baru-baru ini pun saya mandikan mereka dan berkumur dengan Basic H. Haaa...sampai tahap tu saya letakkan kepercayaan saya pada Shaklee.

4. Saya Pilih Shaklee Kerana Senang Nak Order. Sistem online nya yang mesra pengguna sangat memudahkan saya untuk membuat pembelian online. Dan pembayaran juga boleh dibuat menggunakan samada debit kad ataupun kredit kad. Penghantaran barang pula Shaklee guna khidmat kurier service GDEX. Jadi amat senang bagi orang seperti saya, tidak perlu pergi ke stokis untuk angkut sendiri stok. Oh ya, Shaklee juga tidak guna sistem stokis. Shaklee hanya ada beberapa cawangan sahaja di beberapa buah negeri di Malaysia ni. Semua yang bekerja di cawangan tersebut juga adalah staff yang dibayar gaji oleh Shaklee Malaysia. Mereka bukan stokis. Pendek kata, semua di hujung jari saja, order secara online dan barang akan dihantar ke depan pintu rumah. Senangkan?

5. Saya Pilih Shaklee Kerana Peluang Buat Side Income. Sistem yang digunakan didalam MLM Shaklee bagi saya sangat adil dan menguntungkan. Selain untung runcit daripada jualan vitamin, Shaklee juga membayar bonus kepada semua ahli yang layak berdasarkan jumlah jualan pada bulan tersebut. Dan, bonus itu tiada had, lagi banyak jualan lagi banyak la bonus yang kita akan dapat. Selain bonus jualan, ada juga bonus kereta dan juga tajaan percutian lima bintang di dalam dan juga luar negara. Meskipun saya belum ada rezeki untuk pergi melancong bersama Shaklee, saya yakin dan pasti satu hari nanti percutian lima bintang itu akan menjadi milik saya dan keluarga. Malahan, semua ahli keluarga saya termasuk ibu bapa saya akan pergi melancong dibawah tajaan Shaklee.

Sebenarnya saya boleh senaraikan lebih daripada 5 sebab. Tetapi takut nanti terlalu panjang pula untuk dibaca. Lain kali la saya sambung lagi cerita pasal Shaklee ni ye. Salam subuh.


Sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee boleh menghubungi saya terus melalui mana-mana cara di bawah:

HUBUNGI SAYA :

FB : EMY LEA
Fan Page : Tips Keluarga Sihat
Email : evanona75@yahoo.com
Call/Sms/Wassap/Telegram : 019-4675097
ID Shaklee : 994434

No comments:

Post a Comment