nuffnang

Showing posts with label Koleksi Testimoni. Show all posts
Showing posts with label Koleksi Testimoni. Show all posts

Saturday, March 11, 2017

Cara Hilangkan Ketumbuhan Pada Payudara.

Vivix adalah satu produk yang tinggi antioksida dan ini boleh membantu melawan radikal bebas dengan meneutralkan segala radikal bebas yang masuk ke dalam badan kita tanpa kita sedari.
Kita seringkali terdedah dengan radikal bebas sama ada, dari segi pemakanan, persekitaran dan sebagainya. Tambahan pula, gaya hidup kita masa kini membuatkan kita terdedah pada radikal bebas. 

Tidak dinafikan bahawa, pencemaran radikal bebas juga adalah punca kepada terjadinya kanser.

Radikal bebas dalam badan akan merosakkan sel dan membuatkan sel menjadi tidak normal. Ianya dipanggil Oxidative stress atau tekanan oksidatif. Puncanya ialah badan kita tidak mempunyai antioksidan yang cukup untuk meneutralkan radikal bebas. 

Fungsi antioksidan juga untuk mencegah kerosakan sel yang menyebabkan kanser, penuaan dan juga penyakit kronik yang lain seperti jantung, diabetis dan lain-lain.

Gaya hidup yang sihat seperti, menjaga pemakanan, mengawal stress dan bersenam serta bersukan dan dibantu oleh pengambilan suplemen yang tinggi antioksida seperti VIVIX membantu mengatasi masalah pencemaran radikal bebas dalam badan kita.  

Vivix sangat tinggi kandungan antioksidanya. Bahan utama vivix iaitu anggur muscadine, Eldeberry, Purple Carrot dan Japanese Knotweed mempunyai sumber resveratrol dan polifenol. Resveratrol dan polifenol pula sangat kaya dengan antioksidan. 

Anggur muscadine ialah anggur liar yang mempunyai 20 kromosom dan mempunyai fungsi imun yang lebih tinggi serta antioksidan yang lebih kukuh.

Bagaimana Vivix membantu melawan radikal bebas??

Vivix bekerja dengan 4 mekanisma Penuaan pada tahap selular iaitu 

1. Vivix membantu melindungi sel-sel DNA daripada serangan radikal bebas

2. Dalam satu ujian klinikal menunjukkan ramuan vivix mengaktifkan pengawalan genetik utama yang membantu melambatkan penuaan tahap selular

3. Vivix menggalakkan pembentukan sel tenaga baru (mitochondria) untuk meningkatkan tenaga dalam sel

4. Vivix membantu melambatkan protin AGE.  Protin AGE yang banyak dalam badan akan merosakkan sel. Pengambilan makanan bergula boleh memperbanyakkan protin Age. 

Berikut pula adalah testimoni pengguna Vivix yang telah disahkan oleh doktor mengalami dua ketulan ketumbuhan pada payudara beliau. Malahan doktor telahpun menetapkan tarikh pembedahan untuk membuang payudara tersebut. Dan, selepas tiga minggu  mengamalkan Vivix, iaitu sehari sehingga tarikh pembedahan tersebut, satu daripada ketulan tersebut telah disahkan hilang oleh doktor yang merawat beliau. Kita ikuti sendiri pengakuan Puan ZAMZAKIDAH ABDUL HAMID
[DOKTOR SAHKAN KETUMBUHAN DI PAYUDARA HILANG SETELAH 3 MINGGU AMALKAN SUPLEMEN SHAKLEE]

Assalamualaikum, Saya Zamzakidah Binti Abdul Hamid ingin berkongsi satu pengalaman yang tak pernah terjangka oleh fikiran saya pada suatu ketika dulu dan sebagai seorang wanita, sesiapa pun tidak inginkan apa yang pernah saya alami.

Pada Julai 2014, ya pada tahun 2014,sudah hampir 3 tahun perkara ini berlalu. Tapi tak pernah saya lupakan dalam lipatan sejarah kehidupan saya apabila saya telah menerima ujian hebat dengan mengalami simptom-simptom pengidap BARAH PAYUDARA. Allahuakhbar ,betapa dunia saya terasa gelap seketika waktu itu.

Bermula dengan lelehan cecair yang berwarna  merah kehitaman yang keluar dari ‘nipple’ payudara sebelah kanan adalah permulaan saya menyedari masalah yang saya hadapi. Bukan cecair biasa, tapi berdasarkan dari warna dan bau cecair tersebut confirm DARAH. Pada yang tak boleh bayangkan macam mana rupanya,saya lampirkan sekali untuk anda.Tanpa rasa sakit atau ada bonjolan disekitar payudara, tetiba boleh jadi macam ni. Boleh bayangkan tak perasaan saya masa tu. Memang sangat panik.

Keesokkan hari, saya terus mendapatkan pemeriksaan di hospital yang berhampiran untuk mengenalpasti masalah yang saya hadapi walaupun ada perasaan takut jugak sebenarnya. Hasil daripada pemeriksan dan imbasan ULTRASOUND & MAMMOGRAFI yang dijalankan oleh doktor pakar, terdapat 2 ketul ketumbuhan dikesan berada di ‘LOWER & UPPER OUTER  QUADRANT' di sebelah kanan payudara saya. Doktor terus menetapkan 1 lagi tarikh untuk saya menjalankan ujian BIOPSI  untuk mengambil sampel sebahagian tisu untuk  mengenalpasti jenis ketulan tersebut. Dan hasil ujian  itu, ketulan ketumbuhan pada payudara saya adalah SEL BUKAN DARI KUMPULAN KANSER. Alhamdulillah, tetapi doktor tetap mencadangkan kepada saya untuk menjalankan pembedahan untuk membuang 2 ketul ketumbuhan itu supaya ianya tidak menjadi potensi untuk terjadinya kanser payudara.

Atas pandangan dan nasihat sahabat merangkap upline saya, VIVIX adalah satu-satunya alternatif dan usaha saya untuk mengurangkan risiko menghadapi sebarang kemungkinan sebelum hari pembedahan. Dan setelah hampir 3 minggu konsisten mengamalkan Vivix, hari yang mendebarkan telah tiba. 21 Ogos 2014,sebelum ke dewan bedah saya di bawa sekali lagi untuk membuat pemeriksaan imbasan Ultrasound.

Allahuakhbar !!! Ketumbuhan yang 2 ketul  tu dah tinggal 1..puas doktor mencari mana hilangnya yang seketul lagi.Confirm tak ada!!! Dan yang tinggal 1 sahaja itu pun saiz nya dah kecil dari saiz asal haritu. (tak tau nak react macam mana..tapi nangis jugak la, sebab Allah permudahkan semuanya untuk saya). Jadi, pembedahan tetap di jalankan juga untuk membuang 1 sahaja ketumbuhan yang masih tinggal. Nasib baik la kan, kalau tak mesti kena tebuk 2 tempat. Alhamdulillah, saya selamat menjalani pembedahan yang tak sampai 1 jam pun operasinya .

Inilah Shaklee Story saya untuk tatapan semua. Untuk yang masih ragu-ragu dengan Vivix Si Tonik Ajaib, ini adalah kisah benar saya bersama Vivix. Bagaimana Vivik membantu saya menghadapi saat-saat kemurungan saya untuk seketika. Dan Vivix juga lah yang membuat saya kembali tersenyum gembira. Untuk membantu meningkatkan kesihatan kita secara menyeluruh, Vivix adalah pilihan yang terbaik.

Terima Kasih Vivix. Terima Kasih Shaklee.

Jika ada sebarang pertanyaan atau ingin mendaftar keahlian, sila klik  ðŸ‘‰ Daftar Ahli

pengedar shaklee sri aman



Pengedar Shaklee Sri  Aman
♥ FB Personal: Emy Lea
♥ FB Page: Tips Keluarga Sihat
♥ Email : evanona75@yahoo.com
♥ Call/SMS/WhatsApp : 019-4675097
♥ COD Area: Sri Aman/Lubok Antu
♥ Pengeposan ke seluruh negara juga disediakan. 

Friday, March 10, 2017

Kesan Pengambilan Vitamin Shaklee.

Hari ini saya nak tulis sedikit tentang Shaklee Effect yang saya alami sendiri. Saya kenal Shaklee kira-kira 3 tahun lepas. Saya cari supplement adalah untuk persediaan breastfeeding sebenarnya sebab saya dah berada di trimester ketiga kehamilan saya.

ESP adalah produk pertama yang saya cuba. Dan selepas bersalin saya mulai jatuh cinta dengan Shaklee dan mulai berani mencuba vitamin yang lain iaitu Alfalfa sebagai milkbooster.

Setelah beberapa bulan, saya terperasan yang tumit saya tidak lagi berasa sakit (saya ada masalah sakit pada tumit terutamanya pada waktu pagi). Jika dulu, sebaik saja saya bangun pagi dan memijak lantai tumit saya terasa sakit menyucuk-nyucuk. Tetapi selepas amalkan Alfalfa tumit saya tidak lagi sakit.

Saya juga perasan yang gatal-gatal pada buku lali saya pun sudah hilang. Dahulu doctor cakap yang gatal pada kaki saya tu adalah reaksi allergic. Dan, bila saya sapu ubat yang doctor berikan, gatal itu akan hilang tetapi akan timbul lagi setelah beberapa lama. Sehingga kini saya tak boleh nak fikir apa yang trigger allergic kat kaki saya tu.

Dan, yang paling nyata kesannya adalah gastric saya. Selama bertahun saya berhenti makan udang kerana jika saya termakan walaupun seekor udang, ia akan trigger masalah gastric saya. Maka saya berhenti makan makanan kegemaran saya tu sebab tak tahan nak tanggung kesakitan gastric saya tu. Dan, apabila saya sedar yang sakit tumit dan masalah allergic saya dah hilang, baru saya baca dengan teliti apakah khasiat Alfalfa. Dan, baru saya tahu yang alfalfa berupaya menyingkirkan toxic daripada badan. Saya percaya itulah sebab sakit tumit saya dan juga allergic saya tu boleh sembuh. Jadi saya beranikan diri cuba meratah seekor udang. Dan, jangkaan saya memang tepat masalah gastric pun dah hilang!

Sejak itu, saya tahu saya dah jumpa supplement yang boleh saya percayai. Daripada hanya 2 jenis vitamin yang saya makan dulu, sekarang saya rasa saya dah cuba hampir kesemua jenis vitamin Shaklee yang ada. Dan saya tahu yang saya takkan cari lagi vitamin lain selain Shaklee.

Jika ada sebarang pertanyaan atau ingin mendaftar keahlian, sila klik  ðŸ‘‰ Daftar Ahli

pengedar shaklee sri aman



Pengedar Shaklee Sri  Aman
♥ FB Personal: Emy Lea
♥ FB Page: Tips Keluarga Sihat
♥ Email : evanona75@yahoo.com
♥ Call/SMS/WhatsApp : 019-4675097
♥ COD Area: Sri Aman/Lubok Antu
♥ Pengeposan ke seluruh negara juga disediakan.

Tuesday, March 7, 2017

Seafood Restaurant Paling Best Di Lawas

Musim cuti sekolah December tahun lepas, sekali lagi kami sekeluarga buat roadtrip menjelajah utara Borneo iaitu Sabah. Dan, tahun lepas merupakan kali kedua kami buat road trip ke Sabah. Pertama kali kami buat road trip ke utara Borneo dan Sabah adalah pada tahun 2015.

Setelah 2 tahun berturut kami sekeluarga buat road trip tu, banyak tempat-tempat makan yang best yang telah kami jumpai di sepanjang perjalanan kami road trip ke Sabah. Tetapi, banyak-banyak tempat makan yang best tu, ada satu tempat yang kami rasa layak untuk dinobatkan sebagai tempat makan terbaik sepanjang road trip ke Sabah tersebut. Hao Wei Seafood Restaurant Lawas adalah sebuah restaurant yang terdapat di bandar Lawas, bahagian yang terletak paling hujung di negeri Sarawak dan bersebelahan dengan negeri Sabah.

Restaurant Hao Wei Seafood Lawas ini bertepatan dengan namanya, menyediakan pelbagai jenis makanan laut yang segar dengan harga yang sangat murah. Bayangkan, sekilo ketam segar yang sudah dimasak(resepi pilihan kita sendiri) dijual dengan harga hanya rm25 sekilo!

Selain menawarkan harga yang berpatutan, restaurant ini juga menawarkan service yang sangat cekap dan cepat. Walaupun dengan keadaan pelanggan yang memenuhi segenap ceruk restaurant, makanan yang kami pesan telah siap dimasak dan dihidangkan dalam jangkamasa kurang dari 10 minit. Restaurant ini juga sangat mesra kanak-kanak yang mana itu adalah salah satu kriteria pemilihan tempat makan yang sangat saya titikberatkan.

Jika dizinkan Tuhan dan dimurahkan rezeki, Lawas akan kami kunjungi sekali lagi pada tahun hadapan.

Terima kasih kerana sudi singgah ye. Salam sayang dan jumpa lagi.💓💓💓=============================
Sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee boleh menghubungi saya terus melalui mana-mana cara di bawah:

HUBUNGI SAYA :

FB : EMY LEA
Fan Page : Tips Keluarga Sihat
Email : evanona75@yahoo.com
Call/Sms/Wassap/Telegram : 019-4675097

Monday, March 6, 2017

SET MIGRAIN SHAKLEE

Sakit kepala migraine ini hanya yang pernah alaminya saja tahu seksanya bagaimana. Sampai terasa nak hantukkan kepala kat dinding jika sakit migraine tu dah menyerang. Tarik rambut sendiri tu dah jadi perkara biasa bilamana migraine tu dah datang bertandang. Saya mula-mula kena migraine ni bila umur saya 15 tahun. Saya masih ingat lagi saya dibekalkan pil Aspirin untuk migraine saya. Bila makin meningkat dewasa, serangan migraine jadi makin berkurangan hinggalah saya sudah beranak pinak migraine tu akan datang sekurang-kurangnya sebulan sekali iaitu sebelum saya period. Dan, sewaktu bersalin anak ke 4 saya amalkan set breastfeeding Shaklee, kemudian saya tersedar yang migraine saya dah tidak lagi datang bertandang. Itu adalah salah satu Shaklee effect saya.

Bagi saya, syukur sungguh saya bernasib baik berbanding Puan Mizan Adlia kerana serangan saya pandai berkurangan bila umur makin meningkat. Puan Mizan Adlia ni lagi hebat cabaran yang terpaksa beliau hadapi. Kita ikuti kisah beliau yang SAKIT KEPALA MELAMPAU BERKURANGAN SELEPAS AMALKAN SET MIGRAIN SHAKLEE.

Assalamualaikum W.B.T

Nama saya Mizan Adlia binti Mohd Shoib, berasal dari Selangor dan berusia 36 tahun. Saya merupakan seorang guru di salah sebuah sekolah di Labuan. Masalah migrain saya memang bermula semasa saya belajar lagi. Akan tetapi tidaklah sekerap mana. 
Setiap kali diserang migrain saya hanya makan 1-2 biji panadol sahaja untuk melegakan rasa sakit kepala. Saya juga tidak pernah merujuk kepada doktor berkaitan masalah migrain memandangkan setiap kali diserang sakit kepala, saya sedaya upaya menahan rasa sakit tersebut dan juga hanya bergantung kepada ubat tahan sakit.

Lama kelamaan saya dapati migrain saya semakin kerap menyerang. Saya tidak boleh terlalu sejuk, tidak boleh terlalu panas, keadaan yang terlalu bising juga akan menyebabkan 
migrain saya menyerang. Apatah lagi ketika lapar.

Keadaan semakin teruk apabila saya memasuki alam pekerjaan. Saya akan mengalami migrain sehingga berhari-hari walaupun 4-
5 biji panadol saya telan (2 biji sekali ambil dan kebiasaannya dalam tempoh 1 hari). Kadangkala sudah mengambil ubat tahan sakit, migrain saya tetap tidak hilang.

Menarik-narik rambut, tidur dalam gelap, tidur dengan air mata, muntah memang itulah situasi biasa yang akan dialami ketika diserang migrain apabila saya merujuk masalah saya kepada doktor, doktor memberikan saya ubat migrain yang dikenali sebagai Caffox dan juga ubat tahan sakit iaitu Ponstan. Saya perlu makan kedua-dua jenis ubat ini kerana jika makan salah satu, migrain saya tidak akan pulih.
Menurut doktor yang merawat saya perlukan Caffox kerana Caffox akan melancarkan aliran dari ke otak manakala Ponstan sebagai ubat tahan sakit. Tetapi akibat pengambilan Ponstan, saya di serang gastrik yang melampau. Saya perlu makan makanan berat 
secukupnya sebelum dan selepas saya mengambil Ponstan.

Setiap kali saya mengambil Caffox di klinik, saya perlu melalui ujian kehamilan terlebih dahulu kerana menurut doktor 
wanita hamil tidak boleh mengambil Caffox.Saya berbincang dengan doktor yang merawat saya supaya dos untuk ubat tahan sakit dikurangkan agar saya tidak terseksa dengan gastrik pula.

Doktor memberikan saya Paracetamol dos lebih rendah dari Ponstan. Akan tetapi lain pula jadinya. Dos yang diberi 
langsung tidak membantu mengurangkan sakit, akibatnya saya dengan sendirinya menambah dos supaya dapat meredakan migrain.

Pada tahun 2013 saya mula mencuba Set Migrain Shaklee iaitu Ostematrix dan B Complex. Dua minggu pertama, migrain saya bukan bertambah baik, malah bertambah teruk sakitnya. 
Sehinggakan terdetik difikiran untuk berhenti sahaja dari mengambilkan Set Migrain ni.

Pada saya seolah-olah set ini langsung tidak memberi kesan, malah membuatkan migrain saya semakin teruk. Tetapi saya kuatkan hati untuk teruskan set migrain Shaklee dan berazam
untuk menghabiskan sekurang-kurangnya set yang pertama ini.

Setelah beberapa minggu barulah saya rasa perubahan positif set migrain ini. Dalam tempoh tersebut saya tidak diserang migrain walaupun sekali. Kemudian saya teruskan set sehingga 
4 bulan (kandungan B Complex untuk 4 bulan) dan Alhamdullah migrain saya semakin berkurangan. Sekarang migrain hanya akan menyerang pada waktu-waktu tertentu sahaja contohnya beberapa hari sebelum period sahaja.

Kini saya boleh melakukan apa sahaja tugas tanpa risaukan faktor-faktor yang berkemungkinan akan menyebabkan migrain saya kembali. Sehingga kini saya masih mengamalkan Ostematrix setiap malam. Selain menyembuhkan migrain, Ostematrix juga 
membantu mengurangkan masalah kekejangan kaki saya (simpul biawak) akibat kekurangan magnesium.

Pada mereka yang mengalami masalah seperti saya, suka saya cadangkan agar mencuba Set Migrain Shaklee yang sangat hebat. Formula dari bahan semulajadi membuatkan saya amat yakin dengan Shaklee kerana dengan Shaklee saya mampu lebih cergas dan bebas melakukan tugas. Itulah Shaklee Effect saya!!

Terima kasih kerana sudi singgah ye. Salam sayang dan jumpa lagi.💓💓💓=============================
Sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee boleh menghubungi saya terus melalui mana-mana cara di bawah:

HUBUNGI SAYA :

FB : EMY LEA
Fan Page : Tips Keluarga Sihat
Email : evanona75@yahoo.com
Call/Sms/Wassap/Telegram : 019-4675097

Saturday, March 4, 2017

5 Sebab Kita Memerlukan Supplement

Mungkin ramai yang beranggapan bahawa yang diri mereka tidak memerlukan sebarang supplement atau makanan tambahan. Salah satu sebab anggapan begini timbul adalah sebab mereka sudah benar-benar menjaga pemakanan mereka dan mengamalkan gaya hidup yang sihat. Anggapan ini agak meleset dari realiti kerana realitinya setiap orang pasti memerlukan supplement, bukan hanya untuk orang yang tidak sihat malahan juga orang yang sihat pun memerlukan supplement untuk memastikan badan kekal sihat. Di sini saya senaraikan 5 sebab kita memerlukan supplement.

1. Sumber mentah makanan yang tidak lagi semulajadi.
Kita beranggapan yang kita mampu menjaga kesihatan kita dengan mengelakkan semua jenis processed foods. Umum sedia maklum yang processed foods memang tidak menyihatkan. Justeru kita memilih untuk makan hanya real foods sahaja. Tetapi, tahukah anda yang real foods itupun berasal daripada sebagai contohnya ayam yang disuntik dengan cecair hormon untuk mempercepatkan pembesarannya, disuntik dengan pelbagai jenis vaksin untuk mengelakkannya daripada jatuh sakit dan diberi makan baja yang penuh dengan bahan kimia untuk menggemukkannya? Sayur-sayuran segar pun tidak semestinya segar. Entah berapa banyak jenis racun dan baja yang digunakan untuk menjaga dan menyuburkan sayur-sayur tersebut. Ikan air tawar pula diberi baja dan vitamin untuk mempercepatkan tempoh matangnya. Manakala ikan laut pula diberi bahan pengawet supaya tahan dan kelihatan segar lebih lama. Pendek kata, sumber makanan kita sudah tidak lagi semulajadi. Dan, apabila kita makan sumber makanan tersebut, badan kita akan bekerja keras untuk menyingkirkan segala radikal bebas yang masuk ke badan kita melalui makanan tersebut tadi. Di sinilah makanan tambahan memainkan peranan. Ia menolong badan kita menyingkirkan radikal bebas dengan lebih cepat. Lagi cepat radikal bebas disingkirkan dari badan kita lagi bagus. Supplement yang tinggi kandungan antioksidan nya sangat-sangat kita perlukan pada zaman ini.

2. Membantu kesihatan badan.
Zaman sekarang ini sangat banyak jenis penyakit yang ada. Dan, semua itu mungkin merupakan kesan daripada sumber mentah makanan kita. Kanser contohnya adalah kesan daripada badan kita yang terdedah pada radikal bebas untuk jangka masa yang lama. Gaya hidup yang tidak sihat seperti merokok juga menyebabkan badan kita benar-benar memerlukan makanan tambahan. Kehadiran virus-virus yang baru seperti HFMD juga menyebabkan anak-anak kita pun memerlukan makanan tambahan. Malahan, anak-anaklah golongan yang paling memerlukan supplement.

3. Gaya hidup yang kurang aktif.
Zaman sekarang adalah zaman IT. Zaman di mana kebanyakan individu lebih suka duduk melayan handphone daripada melakukan aktiviti yang mengeluarkan peluh. Gaya hidup seperti ini amat memerlukan makanan tambahan untuk memastikan badan kekal sihat walaupun menjalani hidup kurang aktif. Dan, jika kita ubah gaya hidup yang kita yang pasif itu kepada yang aktif sedikit, pasti hidup kita lebih sihat dengan bantuan supplement yang berkualiti.

4. Tekanan hidup.
Keadaan hidup yang serba menekan pada masa kini menyebabkan kita mudah stress. Living cost yang sentiasa meningkat salah satu punca kita jadi stress. Dan tahukah anda, apabila kita stress nutrient yang ada dalam badan kita akan cepat hilang? Terutamanya vitamin seperti vitamin B dan Vitamin C akan hilang daripada badan kita setiap kali kita berasa tertekan.

5. Cuaca yang tidak menentu.
Keadaan cuaca yang sangat tidak menentu pada masa sekarang menjadikan imun sistem badan kita jadi ikut sama tidak menentu. Cuaca yang panas akan menjadi terlampau panas menyebabkan badan kita mudah dehydrate dan nutrient pun cepat hilang dari badan. Nutrient yang hilang pun mesti diganti dengan segera jika tidak nanti badan akan jatuh sakit. Apabila cuaca sejuk pula akan menjadi terlalu sejuk dan ini boleh menyebabkan serangan asma dan selsema pada kanak-kanak mahupun dewasa. Jadi, tidak dinafikan setiap golongan memang memerlukan makanan tambahan.

Kesimpulannya, makanan tambahan adalah satu keperluan pada masa ini. Dan ini dibuktikan dengab lambakan produk makanan tambahan yang ada dipasaran. Jadi, isu yang timbul sekarang adalah bagaimana hendak memilih supplement yang sesuai dan berkualiti? 

Tips memilih supplement.
Memang sukar untuk memilih vitamin yang sesuai untuk diri dan keluarga kerana ada banyak pilihan vitamin di luar sana. Ada yang harganya murah dan tak kurang juga menawarkan harga yang amat mahal. 

Tips memilih supplement yang sesuai untuk diri dan keluarga adalah kita kena lihat dari kualitinya. Kena selidik betul-betul sejarah pembuatan produk dan yang paling selamat adalah anda perlu memilih supplement yang ada Landmark Study. Landmark Study ini hanya boleh dilakukan ke atas vitamin yang sudah wujud selama 20 tahun ke atas. Cari jurnal saintifik yang berkaitan produk yang anda pilih. Ini sangat penting untuk memastikan produk yang anda pilih tidak mengandungi bahan merbahaya pada diri dan keluarga.
Bagi saya pula, saya memilih vitamin Shaklee sebagai makanan tambahan kami keluarga kerana Shaklee adalah satu-satunya vitamin yang ada Landmark Study. Kualitinya sudah terbukti dan tak perlu dipertikaikan lagi.

Terima kasih kerana sudi singgah ye. Salam sayang dan jumpa lagi.
Sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee boleh menghubungi saya terus melalui mana-mana cara di bawah:

HUBUNGI SAYA :

FB : EMY LEA
Fan Page : Tips Keluarga Sihat
Email : evanona75@yahoo.com
Call/Sms/Telegram/Wassap : 0194675097
ID Shaklee : 994434

Saturday, January 28, 2017

5 Sebab Saya Pilih Shaklee

Hi...salam semua. Telah agak sekian lama saya tidak menulis di sini, syukur keinginan menulis itu kembali datang di kala mercun berdentam dentum memecah kesunyian malam sambutan Tahun Baru Cina 2017.

Tahun 2017 melakarkan tahun keempat saya amalkan vitamin Shaklee. Bukan hanya saya, malahan semua ahli keluarga saya berkongsi vitamin yang sama. Setelah empat tahun saya masih setia pada jenama yang sama. Jadi, tulisan kali ini saya nak senaraikan 5 Sebab Saya Pilih Shaklee.

1. Saya Pilih Shaklee Kerana Kualitinya.
Selalunya bila saya berbicara tentang Shaklee, akan ada yang menyampuk bahawa vitamin yang sama berlambak dijual difarmasi dengan harga yang lebih murah. Bagi saya, kualiti vitamin Shaklee amat tinggi kerana dibuat daripada sumber asli yang berkualiti tinggi serta tidak dicemari oleh sebarang bahan kimia. Yang pasti, vitamin Shaklee bukan daripada bahan sintetik. Ini dibuktikan lagi daripada landmark study yang pihak Shaklee keluarkan. Lagi satu, setiap produk yang Shaklee keluarkan ada menjalani ujian klinikal. Jadi, tidak ragu lagi vitamin Shaklee sangat tinggi kualitinya serta selamat dan tiada kesan sampingan yang negatif.

2. Saya Pilih Shaklee Kerana Ianya Vitamin Untuk Keluarga.
Shaklee menawarkan pelbagai jenis vitamin yang sesuai untuk semua peringkat umur, dari bayi sehingga la warga emas boleh mengamalkan vitamin Shaklee ni. Contohnya, sebotol vitamin C tu saya berkongsi bukan sahaja dengan suami malahan dengan ibu dan bapa saya juga. Untuk anak-anak saya pun ada vitamin c yang khas untuk mereka juga iaitu Chewable Vitamin C.

3. Saya Pilih Shaklee Kerana Ianya Sentiasa Selamat, Semulajadi Dan Berkesan. Saya memang 100% percaya bahawa SHAKLEE memang selamat, semulajadi dan berkesan. Contohnya, cecair pencuci serbaguna Basic H. Walaupun namanya cecair pencuci serbaguna, kadang-kadang saya guna untuk berkumur jika mulut saya mengalami ulser dan juga jika saya ada tanda awal jangkitan tonsil. Akibatnya, rasanya sudah hampir 2 tahun saya mampu mengelakkan diri daripada menelan antibiotik. Maklumlah, saya ni jenis yang senang sangat alami kembang tonsil. Malahan, anak-anak saya yang dijangkiti virus HFMD baru-baru ini pun saya mandikan mereka dan berkumur dengan Basic H. Haaa...sampai tahap tu saya letakkan kepercayaan saya pada Shaklee.

4. Saya Pilih Shaklee Kerana Senang Nak Order. Sistem online nya yang mesra pengguna sangat memudahkan saya untuk membuat pembelian online. Dan pembayaran juga boleh dibuat menggunakan samada debit kad ataupun kredit kad. Penghantaran barang pula Shaklee guna khidmat kurier service GDEX. Jadi amat senang bagi orang seperti saya, tidak perlu pergi ke stokis untuk angkut sendiri stok. Oh ya, Shaklee juga tidak guna sistem stokis. Shaklee hanya ada beberapa cawangan sahaja di beberapa buah negeri di Malaysia ni. Semua yang bekerja di cawangan tersebut juga adalah staff yang dibayar gaji oleh Shaklee Malaysia. Mereka bukan stokis. Pendek kata, semua di hujung jari saja, order secara online dan barang akan dihantar ke depan pintu rumah. Senangkan?

5. Saya Pilih Shaklee Kerana Peluang Buat Side Income. Sistem yang digunakan didalam MLM Shaklee bagi saya sangat adil dan menguntungkan. Selain untung runcit daripada jualan vitamin, Shaklee juga membayar bonus kepada semua ahli yang layak berdasarkan jumlah jualan pada bulan tersebut. Dan, bonus itu tiada had, lagi banyak jualan lagi banyak la bonus yang kita akan dapat. Selain bonus jualan, ada juga bonus kereta dan juga tajaan percutian lima bintang di dalam dan juga luar negara. Meskipun saya belum ada rezeki untuk pergi melancong bersama Shaklee, saya yakin dan pasti satu hari nanti percutian lima bintang itu akan menjadi milik saya dan keluarga. Malahan, semua ahli keluarga saya termasuk ibu bapa saya akan pergi melancong dibawah tajaan Shaklee.

Sebenarnya saya boleh senaraikan lebih daripada 5 sebab. Tetapi takut nanti terlalu panjang pula untuk dibaca. Lain kali la saya sambung lagi cerita pasal Shaklee ni ye. Salam subuh.


Sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee boleh menghubungi saya terus melalui mana-mana cara di bawah:

HUBUNGI SAYA :

FB : EMY LEA
Fan Page : Tips Keluarga Sihat
Email : evanona75@yahoo.com
Call/Sms/Wassap/Telegram : 019-4675097
ID Shaklee : 994434

Sunday, March 15, 2015

Atasi Masalah Jeragat Tanpa Menggunakan Bahan Kimia.

Saya bersyukur kerana tidaklah menghadapi masalah kulit sejak dari zaman anak dara lagi. Cuma akan tumbuhlah jerawat sekali-sekala pada setiap hujung bulan. Jerawat ni saya panggil jerawat bermusim. Walau bagaimanapun, bukan semua orang bernasib baik. Contohnya, saudari Nor Farizan dari Kuala Terengganu ni, beliau telah mendapat jerawat teruk dan apabila jerawat sembuh, meninggalkan kesan parut yang hodoh sehingga beliau menjadi malu untuk keluar rumah an berjumpa orang ramai. Jom kita tonton bersama kisah saudari Nor Farizan ni.

Cara Elakkan Jerawat Di Muka Dengan Cepat Lepas 7 Tahun Terseksa! from iReach HD on Vimeo.
Walaupun saya tidak menghadapi masalah jerawat, saya mulai menghadapi masalah jeragat selepas melahirkan anak pertama, saya dapati bintik-bintik hitam mulai tumbuh dan kawasan yang ditumbuhi bintik hitam tu pun mulai bertambah luas. Jom kita tengok apa penyebab masalah jeragat ni timbul.




Apa Penyebab Masalah Jeragat Berlaku?

Ada beberapa penyebab biasa yang mengakibat masalah jeragat termasuklah pendedahan secara berlebihan kulit terhadap cahaya matahari, masalah genetik dan juga ketidakseimbangan hormon dalam tubuh. Walaupun jeragat ini boleh muncul pada mana-mana bahagian tubuh, namun kebiasaannya ia akan menyerang pada sekitar kawasan kulit yang sering terdedah kepada cahaya matahari.

Ketahui Cara Semulajadi Mengatasi Masalah Jeragat

Memang ada rawatan kosmetik yang khas untuk membuang jeragat, tetapi ianya boleh menjadi sangat mahal hingga mencecah kos ribuan ringgit. Anda boleh menyingkirkannya dengan mudah dengan mencuba beberapa rawatan semulajadi berikut di rumah. 

1. Jus Lemon
Jus lemon adalah bahan yang amat berkesan untuk merawat tompokan jeragat. Jus lemon mempunyai ciri pencerahan kulit yang baik yang akan bertindak sebagai peluntur kepada bintik-bintik jeragat.
  • Sapukan jus lemon segar pada kulit yang terjejas dan perlahan-lahan urut bahagian itu. Biarkan selama 10 hingga 15 minit dan kemudian bilas dengan air suam. Ulang aktiviti ini dua kali sehari. 
  • Pilihan lain adalah dengan menggunakan skrub lemon. Potong lemon separuh dan taburkan setengah sudu teh gula di atasnya. Perlahan-lahan gosok kulit anda dengan ia selama beberapa minit dan kemudian basuh kulit anda dengan air. Anda boleh amalkan petua ini sekali atau dua kali seminggu secara tetap.
2. Krim Yoghurt 
Asid laktik dalam yoghurt boleh membantu untuk menghilangkan jeragat. Ia amat berguna untuk mereka yang mempunyai kulit sensitif.
  • Sapukan sedikit krim masam pada kulit yang terjejas dan biarkan ia kering selama beberapa minit. Selepas membilasnya dengan air, perlahan-lahan lap dengan tisu lembut atau tuala. Kemudian letakkan pelembap. Petua ini tidak akan menyebabkan kerengsaan kulit atau kekeringan. Ulang sekurang-kurangnya sekali sehari sehingga jeragat hilang dan pudar. 
  • Secara alternatif, anda boleh basuh dan bilas kulit yang terjejas dengan yoghurt setiap hari.
3. Madu 
Madu sangat baik untuk memudarkan jeragat kerana ia mengandungi enzim yang membantu meringankan pigmentasi kulit. Sebagai tambahan, sebagai pelembap semulajadi, ia bagus untuk melempapkan kulit muka anda.
  • Campurkan madu dan air panas. Panaskan sebentar dengan ketuhar gelombang mikro. Sapukan pada kawasan yang terjejas dan biarkan ia selama beberapa minit. Akhir sekali, bilas bahagian tersebut sehingga bersih dengan air suam. Ulang ini setiap hari untuk beberapa minggu. 
  • Anda juga boleh membuat masker herba dengan mencampurkan gandum dengan madu suam. Pakai masker ini dan biarkan selama kira-kira 10 minit. Bilas kawasan tersebut dengan air suam dan kemudian basuh sekali lagi dengan air sejuk. Ulangi dua hingga tiga kali seminggu untuk beberapa bulan. Ini adalah salah satu remedi yang paling berkesan untuk jeragat. 
  • Satu lagi pilihan adalah untuk membuat campuran madu dan yogurt, dan sapukan pada kawasan bermasalah dan biarkan selama 30 minit setiap hari sehingga anda mendapat hasil yang diharapkan.
4. Betik 
Jus betik adalah satu lagi ramuan berkesan untuk menghilangkan jeragat. Betik mengandungi papain, sejenis enzim yang boleh membantu menghilangkan jeragat.
  • Sapukan jus betik segar ke atas jeragat menggunakan bola kapas dan urut perlahan-lahan kawasan tersebut. Selepas 10 minit, bilas kulit dengan air sejuk. Ulang petua ini sekali setiap hari untuk sekurang-kurangnya untuk beberapa minggu atau sehingga anda berpuas hati dengan hasilnya.
5. Bawang
Bawang juga boleh digunakan untuk menghilangkan jeragat kerana kandungan sulfur yang bersifat ‘exfoliative’. Untuk hasil terbaik, gunakan bawang merah.
  • Potong satu bawang merah menjadi kepingan tebal dan sapukan hirisan perlahan-lahan ke atas jeragat dua kali sehari. Teruskan sehingga jeragat pudar. 
  • Satu lagi pilihan adalah untuk memarut satu bawang merah, ekstrak jusnya dan sapukan jus pada kulit yang terjejas dua kali sehari. Untuk hasil yang terbaik, tambah satu sudu teh cuka. Ulangi petua ini setiap hari untuk satu atau dua minggu. 
6. Dadih
Dadih juga mengandungi sifat peluntur yang boleh membantu menghilangkan jeragat. Di samping itu, ia akan menjadikan kulit anda licin dan lembut.
  • Hanya sapukan dadih ke atas kawasan jeragat dan biarkan selama 10 minit. Kemudian bilas dengan air suam. Ulang dua kali setiap hari untuk beberapa minggu. 
  • Satu lagi pilihan adalah untuk membuat sebatian likat dengan mencampurkan serbuk oat dan dadih. Sapukan sebatian ini di kawasan yang terjejas dan biarkan selama kira-kira 30 minit. Kemudian cuci dengan air sejuk. Ulangi sehari sekali sehingga anda mendapat hasil yang positif. 
  • Secara alternatif, campurkan satu sudu makan dadih dengan satu sudu teh jus lemon. Sapukan pada kulit anda dan biarkan selama 10 minit dan kemudian bilas dengan air.

Kaedah Paling Berkesan Dan Bersifat Jangka Panjang

Anda pasti tidak suka sekiranya masalah jeragat ini sentiasa berulang-ulang bukan? Anda boleh mencuba Set Jeragat Shaklee untuk penyelesaian yang berkesan dan kekal lama dalam jangka masa panjang. 
Set Jeragat Shaklee seperti berikut:
1.Biasakan menggunakan krim SPF untuk lindungi kulit dari sinar uv sebelum keluar rumah waktu siang hari. Shaklee mempunyai krim Nutriwhite SPF 15 [ Ultimate Protection Whitening Lotion SPF 15].
2. Amalkan penggunaan Nutriwhite Spot Whitening Treatment untuk memudarkan warna jeragat.Nutriwhite Spot Whitening Treatment
3. Boleh mengamalkan pengambilan ESP, Carotomax, GLA Complex, Vitamin E, B complex atau Kolagen Shaklee bagi mengatasi jeragat agar kulit kekal cantik.






Sebarang pertanyaan boleh hubungi saya :
Pengedar Shaklee Sri  Aman
♥ FB Personal: Emy Lea
♥ FB Page:Healthy Eden
♥ Email : evanona75@yahoo.com
♥ Call/SMS/WhatsApp :019-4675097
♥ COD Area: Sri Aman/Lubok Antu

Saturday, March 14, 2015

Kisah Cinta ESP : Saya Dituduh Ambil Baby Orang Lain!!!!

Sambungan Sequel kisah cinta ESP saya.

Saya dituduh ambil baby orang lain!

Selepas anak bongsu saya lahir, saya memang perasan yang kulit dia nampak lebih cerah berbanding abang dan kakak2nya. Semakin dia membesar, semakin ketara perbezaan warna kulitnya berbanding kakak2 dan abangnya.
Bulan lepas kami sekeluarga mengambil gambar family. Selepas gambar tersebut digantung di ruang tamu, anak no.2 saya bertanya pada saya, "Mama, orang salah bagi baby ka?" Saya tanya dia balik, "Baby apa?" Dia jawab balik, " Etun tu la...." (Kami panggil si Ethan tu Etunn). Saya tanya lagi, " Kenapa pula dengan Etunn?" Dia jawab pula, "Yalah, dia putih sangat, macam orang putih!" Saya terkedu sekejap dan pandang gambar family tu. Baru saya perasan yang si bongsu tu nampak lebih cerah daripada abang dan kakak2nya!
Rasa bersalah pula saya sebab tidak kenal Shaklee apabila mula pregnant pada tahun 2007 dulu. Saya memang ada minum soya semasa mengandung anak sulung, kedua dan ketiga tetapi bukan dari jenama Shaklee. Kalaulah saya minum dari awal, tak lah anak2 saya perasan warna kulit dorang tu berbeza.

Ni pula kisah Puan Nur Hidayah. Beliau telah dijangkiti oleh Chicken Pox daripada anak beliau sendiri. Bahagian muka beliau terkena agak teruk sehingga beliau berasa rendah diri. Namun begitu, beliau telah sembuh..malahan kulit beliau menjadi lebih cantik daripada sebelumnya..Salah satu produk Shaklee yang beliau amalkan adalah ESP.


Ubat Chicken Pox Dewasa Sampai Dia Jadi Miss Universe Semula from iReach HD on Vimeo.


Sebarang pertanyaan boleh hubungi saya :
Pengedar Shaklee Sri  Aman
♥ FB Personal: Emy Lea
♥ FB Page:Healthy Eden
♥ Email : evanona75@yahoo.com
♥ Call/SMS/WhatsApp :019-4675097
♥ COD Area: Sri Aman/Lubok Antu

Kisah Cinta ESP Saya : ESP, Pregnancy Dan Breastfeeding

Oleh kerana bulan ni promosi ESP, saya ingin berkongsi tentang kisah cinta saya dengan ESP ni. Tetapi sebelum tu, saya nak kongsikan video ni. Ni kisah tentang Puan Farahana dari Shah Alam yang mengidap gastrik tegar selama 10 tahun. Dan gastrik beliau telah sembuh tanpa beliau sedari. Jom..tonton..

 
Sengsara Gastrik Kronik 10 Tahun Terubat Secara Tak Sengaja? Biar Betul... from iReach HD on Vimeo.

Okay..saya kongsikan pula kisah cinta saya dengan ESP ni.

Jatuh cinta canister ESP pertama.

Masa pregnant anak no.4 a.k.a anak bongsu, saya plan untuk breastfeeding. Anak no.3 terpaksa stop breastfeeding takat umur dia 4 bulan ja gara2 bekalan susu tak cukup. Jadi, bila kandungan no.4 tu dah masuk 8 bulan, saya mula surf tenet produk utk bykkan susu badan. Masa tu la jumpa ESP. Saya memang suka minum fresh soya bean dan yang instant tu saya memang ada beli dari jenama xyz. Masalah nya..dalam masa mengandung 9 bulan tu..satu tin yang saya beli tu tak pandai habis sehinggalah sampai abis masa berpantang. Sebab tu saya mula-mula cuak juga nak beli ESP. Takut nanti beli mahal2 tapi nanti tak habis pula. Setelah banyak soalan2 maut saya tanya kat SID yang berada di Semporna, Sabah, si Khadijah Bt Abdullah..akhirnya saya beli juga satu canister ESP. Itupun saya demand lagi harga dan free gift..sehinggakan wrapper pun saya demand.

Dipendekkan cerita, ESP pun sampai...saya pun terus cuba minum. Eh..okey juga rasanya. Setiap hari saya minum tanpa miss, akhirnya pun habis satu canister dalam masa sebulan....oder canister yang kedua adalah sebab saya sudah mulai sukakan rasanya.. Lepas canister kedua sampai..baru lah saya sign up membership. Itupun saya tak oder barang lain. Selepas bersalin..saya oder lagi satu canister dan seterusnya sehinggalah hari ini saya masih tak pernah miss minum ESP. Hasilnya..saya tak mudah hilang energy walaupun kdg2 lambat makan. Lama2 minum ESP saya mulai perasan  yang saya dah tak mudah kena migrain atau gastrik. Dan, kerana ESP la saya mulai mencuba satu persatu produk Shaklee dan saya jatuh cinta pada semuanya!

*Bila dah jatuh cinta dengan qualitinya, harga bukan lagi jadi isu.

Tak cuba maka tak cinta ya 

‪#‎1hari1kisahesp‬

Oh ya..suka saya ingatkan disini yang bulan ni promosi ESP ya.. BELI 6 TIN PERCUMA 1 TIN ATAU BELI 2 TIN ESP BOLEH DAPAT DISKAUN HARGA SEBANYAK 5%!!


Sebarang pertanyaan boleh hubungi saya :
Pengedar Shaklee Sri  Aman
♥ FB Personal: Emy Lea
♥ http://www.emyhealthandbeautyshop.blogspot.com
♥ FB Page:Healthy Eden
♥ Email : evanona75@yahoo.com
♥ Call/SMS/WhatsApp :019-4675097
♥ COD Area: Sri Aman/Lubok Antu


Posted via Blogaway

Wednesday, October 1, 2014

Koleksi Testimoni ESP! 
Sila baca ya! 







Jika anda ingin mendapatkan produk ESP ini, boleh hubungi saya melalui Facebook Emy Lea atau sms / wassap ke 019-4675097. Saya sedia membantu anda.

Tuesday, September 30, 2014

KOLEKSI TESTIMONI : HERBAL BLEND

Herbal Blend adalah multipurpose cream yang sangat sesuai untuk semua masalah kulit dikalangan dewasa mahupun kanak-kanak. Boleh digunakan untuk melegakan gatal-gatal akibat gigitan serangga ataupun allergic. Boleh digunakan untuk melegakan kembung perut. Juga boleh digunakan untuk mengurut seluruh badan. 

Berikut adalah testimoni-testimoni pengguna herbal blend cream.







Jika anda ingin mendapatkan produk ini, boleh hubungi saya melalui Facebook Emy Lea atau sms / wassap ke 019-4675097. Saya sedia membantu anda.