nuffnang

Tuesday, August 11, 2015

10 Makanan Yang Boleh Menyebabkan Migraine.

Saya dahulu memang selalu kena migrain. Malahan sejak dari umur saya belasan tahun lagi. Daripada kekerapan hampir setiap hari kena migrain, kekerapan itu semakin berkurangan apabila umur saya meningkat dewasa. Dan apabila saya mula mengamalkan vitamin Shaklee sejak Julai 2013, saya seakan sudah mulai lupa akan seksanya rasa apabila migrain datang menyerang. Namun begitu, migrain pula memang tidak pernah melupakan saya..sebab baru-baru ini saya telah diserang migrain sekali lagi....huhuhu...

Okay, saya terangkan sedikit tentang apa itu migrain. Migrain adalah satu keadaaan yang merujuk kepada sakit kepala yang amat teruk. Bukan setakat sakit kepala biasa malahan boleh menyebabkan orang yang terkena migrain ni berasa pening serta mual dan kadang-kadang sehingga muntah. Sakit kepala migrain tidak mudah hilang sekalipun kita telah menelan ubat sakit kepala. Kadang-kadang migrain ini boleh menyebabkan kita akan menderita menahan sakit kepala sehingga 12 jam! Dan dalam tempoh berkenaan, pesakit akan berasa sensitif terhadap cahaya yang terang dan bunyi yang bising. Ini adalah sesuatu yang amat menyeksakan dan menganggu perjalanan kehidupan seharian kita. Bayangkan bagi yang ada anak-anak kecil, mana boleh lari daripada suasana yang bising...huhu.

Walau bagaimanapun, serangan migrain boleh kita hindarkan. Selain kita amalkan pemakanan yang sihat, kita juga perlu amalkan gaya hidup yang sihat. Jauhi daripada berasa stress dan juga jauhi beberapa jenis makanan yang boleh mencetuskan migrain. Bagi saya pula, sejak saya amalkan vitamin Shaklee, migrain jadi semakin jauh daripada hidup saya. Dalam tahun ni adalah sekali saya kena migrain. Itupun gara-gara saya minum minuman coklat sebagai breakfast.Ya, coklat adalah salah satu jenis minuman yang boleh mencetuskan migrain. Dan minuman coklat yang sedap itu sangat sukar untuk kita hindari..kan..huhuhu...

Di sini saya senaraikan makanan dan minuman yang boleh mencetuskan migrain.

1. Makanan yang mengandungi MSG
2. Keju
3. Makanan yang dijeruk atau ditapai.
4. Minuman yang mengandungi alkohol.
5. Minuman dan makanan yang mengandungi kafein.
6. Manisan
7. Makanan yang diawet.
8. Ragi.
9. Coklat
10. Kekacang

Wahh...banyak kan yang makanan yang perlu kita elakkan untuk hindari migrain ni. Walau bagaimanapun, kesan makanan dan minuman yang tersenarai adalah bergantung pada individu. Ada yang sensitif pada sesetengah makanan atau minuaman yang tersenarai, ada yang tidak. Bagi saya pula, minuman coklat memang akan mencetuskan migrain pada saya tetapi tidak minuman berkafein. Anda boleh mulai kenali mana satu makanan atau minuman yang boleh mencetuskan migrain pada anda ya dengan melihat sendiri kesan makanan tersebut pada anda sendiri. Sebaik anda kenalpasti, cuba hindari ya...

Jika anda mencari vitamin untuk diri dan keluarga..boleh hubungi saya di talian 019-4675097 (Pn. Emy). Saya adalah pengedar aktif Shaklee di bandar Sri Aman dan kawasan sekitarnya.

6 comments:

  1. assalam...mesti elakan makanan yg menyebabkan migrain ni...

    ReplyDelete
  2. betul tu sis...kenalpasti dan elakkan makanan yang boleh cetuskan migrain

    ReplyDelete
  3. CP pernah rasa sekali, tu pun masa tengah praktikal, tu pun sebab terlalu stress...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hanya yg pernah merasa saja tahu seksanya kena migraine ni sis

      Delete
  4. kacang dan coklat pon penyebab jugak ye. baru tahu ni :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye..kalo saya..mkn kacang ok jer..coklat tu yg tak boleh sangat

      Delete