Hari ini, hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei, hari dimana kita boleh luangkan masa untuk ibu tersayang. jika pada hari-hari yng lain kita terlampau sibuk sehingga terlupa akan kewujudannya, maka wajarlah hari ini kita berkumpul bersama-sama adik beradik yang lain dan luangkan masa untuk makan bersama-sama.
Kita panggil mereka dengan pelbagai pangilan..ada yang panggil ibu, ada yang panggil mummy, ada yang panggil mak, ada yang panggil mama dan pelbagai lagi panggilan mengikut bahasa kaum dan ethnic masing-masing. Yang pasti, kita tak akan panggil nama mereka kerana itu bukan budaya kita. Budaya kita tidak membenarkan kita memanggil ibu bapa kita dengan nama mereka..itu tidak sopan.
Walau apapun kita panggil mereka, ibu adalah seorang pendamping yang setia..terutama bila kita rasa keseorangan, tidak diperlukan dan tiap kali kita rasa sedih. Sebelum berumahtangga, ibu tempat kita berkongsi segala rahsia suka dan duka. Tetapi, apabila sudah berumahtangga, cerita gembira kita kongsikan dengan sang suami atau isteri. Bila kita ada masalah dengan pasangan, angkat beg kain baju dan lari ke rumah ibu. Tak pun, dial no ibu dan meluahkan perasaan dengan tangisan. Tatkala kita nak bercuti dengan suami, kita hantar anak untuk dijaga oleh ibu. Tatkala kita dapat gaji, bawa pasangan dan anak-anak makan di luar..tapi, tatkala gaji dah di hujung tanduk, angkut suami dan anak-anak makan free di rumah ibu.
Begitulah antara senarai pendek pengorbanan seorang ibu. Kalau hendak disenaraikan semua memang panjang berjela. Sementara masih ada ibu, hargailah ibu anda. Sayangi mereka dengan memberikan perhatian pada mereka. Bukan nya duit yang mereka minta, tetapi sedikit masa untuk diluangkan bersama mereka.
Selamat Hari Ibu..terutamanya pada mak saya LAYAN ANAK LEKA. Moga sentiasa sihat dan dapat melihat cucu-cucumu membesar.
No comments:
Post a Comment