nuffnang

Showing posts with label masalah sembelit. Show all posts
Showing posts with label masalah sembelit. Show all posts

Sunday, January 29, 2017

5 Kepentingan Detox

Terima kasih kerana sudi singgah di blog saya hari ini dan semalam. Hari ini saya ingin kongsikan sedikit ilmu yang saya dapat tentang Detox.

Apa itu Detox? Detox adalah proses penyahtoksik badan iaitu proses membersihkan serta menyingkirkan toksik dari dalam badan manusia atau lebih senang diistilahkan sebagai 'buang toksin'.

Apa pula toksin ya? Toksin pula dalam bahasa mudahnya bermaksud benda- benda kotor yang masuk dalam badan kita melalui makanan yang kita makan, minuman kita setiap hari, udara yang kita sedut, bahan kimia yang kita sapu atau gosok pada badan kita setiap hari. Pendek kata, memang kehidupan seharian kita tidak boleh mengelak daripada benda-benda yang bertoksin ni daripada memasuki badan kita. Apatah lagi jika kita memang jenis yang dapurnya di kedai..hehehe. Oleh kerana kita tidak dapat mengelak daripada benda-benda toksin ni, sekurang-kurangnya kita boleh mengurangkan kadar toksin yang ada dalam badan kita. Memang badan kita boleh menyingkirkan toksin secara semulajadi dengan syarat kita minum cukup air setiap hari. Proses penyingkiran toksin inilah juga dikenali sebagai Detox. Kebiasaanya, proses detox berlaku secara semulajadi melalui proses perkumuhan, pembuangan air besar dan perpeluhan. Namun begitu, kemungkinan toksin tu masih lekat kat badan kita sangat tinggi. Contohnya tertinggal kat dinding usus kita, itu yang perlu pertolongan untuk disingkirkan habis dari badan kita.

Jadi kenapa kita perlu Detox? Di sini saya senaraikan kepentingan Detox pada badan kita ya.

1. Beri tenaga dan fokus
Badan yang bebas toksin akan sentiasa sihat dan bertenaga. Apabila tenaga kita tip top, maka makin senang otak dan badan kita fokus pada kerja-kerja yang kita lakukan seharian. Tak lah kita rasa letih lemau memanjang.

2. Berat badan yang sihat
Yep, badan yang sihat adalah badan yang bebas toksin. Bukan sahaja rasa sihat dan cergas, malahan juga berat badan pun kita boleh jaga dengan senang.

3. Kulit yang sihat dan nampak lebih segar.
Ramai yang tidak tahu bahawa masalah kulit muka adalah disebabkan badan yang sangat bertoksin. Jadi, kalau nak kulit muka yang cantik melecun mulus bagai, kena la rajin-rajin detox ya. Beli set jagaan muka yang ribu riban pun tak guna jika toksin tu penuh satu badan.

4, Meningkatkan keadaan emosi kita.
Of course la bila badan bertoksin badan kita jadi lemah dan rasa tidak sihat. Apabila tidak sihat tubuh badan, minda sekali akan jatuh sakit. Waktu inilah kita jadi moody semacam. Apatah lagi jika balik dari kerja kena urus rumahtangga lagi. Jadi, sebagai surirumah memang badan kita perlu sentiasa sihat.

5. Kesihatan bertambah baik.
Detox boleh menolong memperbaiki tahap kesihatan kita. Macamana pula tu ya? Apabila toksin-toksin berjaya disingkirkan dari badan, maka badan boleh menyerap nutrient dengan lebih berkesan dan cepat kerana toksin tidak lagi menjadi halangan. Apabila badan kita mendapat nutrient yang sepatutnya, maka kesihatan kita berada dalam keadaan tip top. Sebab tu kadang-kadang kita lihat ada kawan-kawan kita yang jatuh sakit setiap bulan (macam saya sebelum 3 tahun yang lepas) dan ada yang dalam setahun tu mungkin sekali jatuh sakit. Jadi. Tidak dapat dinafikan bahawa kekerapan Detox boleh menolong meningkatkan sistem imun badan.

Saya DETOX cara Shaklee dengan mengamalkan 5 Jenis produk ni  :

Vivix - Detox Sel & Kulit
Alfalfa Complex - Detox Darah Kotor
Herblax - Detox Usus
DTX Complex - Detox Hati
Peppermint Ginger - Melegakan perut kembung dan senak sepanjang program detox dijalankan (buang angin)

Set Detox yang ini boleh membantu proses Detox secara menyeluruh dari mental hingga fizikal.

Jadi, sama-samalah kita jaga kesihatan kita dengan bukan saja amalkan pemakanan yang sihat, malahan juga kita boleh mula berdetox hari ini.

Salam sayang dan jumpa lagi.💓💓💓
=============================
Sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee boleh menghubungi saya terus melalui mana-mana cara di bawah:

HUBUNGI SAYA :

FB : EMY LEA
Fan Page : Tips Keluarga Sihat
Email : evanona75@yahoo.com
Call/Sms/Wassap/Telegram : 019-4675097
ID Shaklee : 994434

Monday, August 10, 2015

Herblax - Manfaat Daun Senna


Daun Senna yang juga dikenali sebagai daun gelanggang adalah sejenis herba tumbuhan pokok renek yang digunakan secara tradisi untuk mengatasi sembelit. Bahan aktif yang terdapat pada daun Senna adalah sennoside. Secara tradisionalnya, daun Senna ini dijadikan sebagai bahan laksatif (julap). Bahan laksatif ini berfungsi untuk melancarkan pembuangan air besar bagi yang menghadapi sembelit. Bahan sennoside ini bertindak di dalam usus manusia dengan meningkatkan pergerakan peristalsis kolon dengan merangsang pengeluaran mukosa kolon. Dengan itu, sembelit dapat dikurangkan.

Daun Senna merupakan bahan utama yang digunakan di dalam Herblax. Dalam satu tablet Herblax ada juga pelbagai bahan lain sebagai campuran tetapi daun Senna merupakan bahan utama. Oleh itu saya sangat mencadangkan Herblax jika anda mengalami sembelit dan juga jika anda ingin mencuci usus anda.



Jika anda mencari vitamin untuk diri dan keluarga..boleh hubungi saya di talian 019-4675097 (Pn. Emy). Saya adalah pengedar aktif Shaklee di bandar Sri Aman dan kawasan sekitarnya.

Thursday, February 5, 2015

Atasi Masalah Sembelit

Jika anda mengalami masalah sembelit, usah dibiarkan. Ia mungkin penunjuk kepada sesuatu yang lebih serius tentang keadaan kesihatan anda. 

Antara Punca-punca Sembelit

Polyp dan kanser

Usus kecil/besar yang mengalami keradangan atau halangan contohnya berpunca dari kewujudan polyp bersifat malignan (kanser) juga boleh menyebabkan sembelit.

Najis mungkin akan didapati berbeza daripada satu sesi pembuangan air besar ke sesi lain dengan sifat keras, lembut atau cair.

Sila dapatkan pemeriksaan doktor jika anda sering mengalami sembelit jenis ini.

Ketahuilah terdapat kanser yang dihidapi seseorang pada tempoh yang lama contohnya selama 20 tahun tetapi tidak menerbitkan simptom yang menggusarkan hati penghidapnya.

Contohnya, sakit perut dan sembelit dianggap sakit biasa. Mereka tidak tahu mereka menghidap kanser sehingga mereka mendapatkan pemeriksaan doktor pakar kanser.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi saya :
Pengedar Shaklee Sri  Aman
 FB Personal: Emy Lea
 FB Page:Healthy Eden
 Email : evanona75@yahoo.com
 Call/SMS/WhatsApp :019-4675097
 COD Area: Sri Aman/Lubok Antu

Saturday, September 27, 2014

Mealshake Untuk Anak-anak Saya.

Hello semua... Hari ini saya nak kongsikan tentang masalah sembelit yang pernah anak-anak saya alami dulu.

Anak-anak saya selalu nya akan mengalami masalah sembelit apabila umur mereka menginjak dua ke tiga tahun. Dan, inilah juga masa critical untuk mereka toilet training. Apabila ada masalah sembelit ni memang sukar buat toilet training untuk mereka. Mana tidaknya, bila time membuang tu sudah jadi waktu yang menakutkan buat mereka. Seolah-olah mereka fobia bila tiba waktu membuang air besar.

Pada awal nya saya tak fikir yang anak-anak orang lain menghadapi masalah yang sama. Tetapi apabila berborak dengan ibu-ibu yang lain, rupanya anak-anak mereka juga menghadapi masalah yang sama. Malahan, ada yang lebih teruk sehingga terpaksa menerima rawatan di klinik. Ada juga ibu bapa yang menukar jenama susu formula anak-anak mereka berulang kali kerana antara sebab sembelit ini adalah jenama susu formula yang tidak sesuai untuk si manja.

Saya bernasib baik kerana masalah sembelit anak-anak saya tidak sampai ke tahap itu. Yang menjadi masalah saya adalah apabila masalah sembelit ini menyebabkan toilet training anak-anak saya tidak menjadi.

Ada beberapa perkara yang saya buat untuk mengatasi masalah sembelit anak-anak saya tanpa bantuan sebarang ubat.

1. Berikan mereka air kosong dengan jumlah yang lebih daripada biasa.

2. Berikan mereka lebih makanan serat daripada biasa. Saya selalu nya memilih jagung sebagai sumber serat utama mereka.  Untuk mengelakkan mereka daripada tercekik, saya pilih jagung-jagung muda yang masih lembut untuk mereka.

3. Kurangkan sukatan susu formula. Contohnya, jika selalu nya untuk 4oz campuran susu perlukan 2 scoop tepung susu formula, saya akan kurangkan kepada satu scoop setengah untuk sukatan 4oz air. Apabila keadaan sembelit mereka sudah mulai pulih..saya akan bancuh susu ikut sukatan yang biasa.

4. Berikan mereka Mealshake. Saya campurkan sesudu teh Mealshake ke dalam susu formula anak-anak saya. Tetapi terlebih dahulu saya akan kurangkan sukatan tepung susu formula daripada biasa. Hanya sekali sehari sudah mencukupi.

Saya hanya kenal Mealshake bila saya dah ada anak keempat. Dan sejak saya amalkan Mealshake untuk anak-anak saya, sembelit tidak lagi menjadi masalah di kalangan anak-anak saya. Dan Mealshake juga berfungsi sebagai multivitamin untuk anak-anak saya. Justeru, anak-anak saya tidak mudah mendapat jangkitan selsema, batuk atau demam. Lagi satu, anak-anak saya tidak pernah menghadapi masalah eczema.

Saya tahu ibu-ibu di luar sana yang runsing bila anak-anak mereka hadapi masalah sembelit ini.  Saya harap apa yang saya kongsikan ini dapat membantu ibu-ibu yang lain juga. Terima kasih kerana sudi singgah di blog saya.


Jika anda ingin mendapatkan produk Mealshake ini, boleh hubungi saya melalui Facebook Emy Lea atau sms / wassap ke 019-4675097. Saya sedia membantu anda.

Saturday, September 13, 2014

Pengedar Shaklee Sri Aman : Tips Atasi Masalah Sembelit di Kalangan Kanak-kanak

Tips Mencegah dan Mengatasi Masalah Sembelit

Bagi ibu bapa yang ingin mengelakkan pemberian ubat-ubatan, anda boleh cuba tips berikut:
  • Banyakkan serat dalam makanan anak-anak seperti buah-buahan segar dan sayur-sayuran.
  • Berikan anak minum air yang mencukupi. Boleh juga berikan jus buah-buahan seperti tembikai dan betik.
  • Baringkan anak dan lakukan senaman kayuhan basikal untuk merangsang pergerakan najis di dalam usus.
Kadang-kadang tabiat pemakanan anak-anak yang terlalu cerewet dan memilih merumitkan lagi keadaan. Jika ibu bapa dah cuba pelbagai tips di atas, tapi masih tidak berjaya, anda boleh cuba berikan Mealshakes pada anak-anak. 

Jika anda ingin mendapatkan produk ini, boleh hubungi saya melalui fb Emy Lea atau sms / wassap ke 019-4675097. 

Pengedar Shaklee Sri Aman : Punca Sembelit di Kalangan Kanak-kanak

Sebab-sebab berlakunya sembelit di kalangan kanak-kanak

Banyak faktor yang menyebabkan kanak-kanak mengalami sembelit. Mungkin ibu boleh semak beberapa senarai di bawah untuk mengenalpasti punca berlakunya sembelit.
  • Kurang serat dalam diet.
  • Kurang aktiviti fizikal
  • Ubat-ubatan
  • Susu
  • Sindrom gangguan semasa pembuangan air besar (Irritable bowel syndrome).
  • Menahan untuk membuang air besar.
  • Kekurangan air (Kanak-kanak yang demam dan tidak sihat mungkin tiada selera makan atau kurang minum susu)
  • Masalah dengan kolon dan rektum.
  • Masalah dengan fungsi usus (sembelit kronik yang secara tiba-tiba dan tanpa sebab)
Mengenali punca akan lebih memudahkan usaha mengatasi masalah sembelit. Dan jika masalah kesihatan yang menjadi punca, dapatkan rawatan kesihatan dengan segera. 


Saya memilih untuk memberi anak-anak saya Mealshake bagi mengatasi masalah sembelit. Mealshake juga menolong menambah selera makan anak-anak saya. 

Jika anda ingin mendapatkan Mealshake ini, boleh hubungi saya melalui fb Emy Lea atau sms / wassap ke 019-4675097.