nuffnang

Showing posts with label Vitamin E. Show all posts
Showing posts with label Vitamin E. Show all posts

Friday, August 21, 2015

6 Langkah Mudah Atasi Masalah Jerawat

Jerawat

Jerawat..??? Arrgghhhh...! Itu adalah reaksi normal seorang wanita apabila menjumpai sebutir dua jerawat yang tumbuh di kulit muka apabila bangun pagi-pagi tengok cermin. Itu baru sebutir dua, bagaimana pula perasaan mereka yang mengalami masalah jerawat pada keseluruhan kulit muka..? Huhuhu...saya bersyukur kerana tidak mengalami masalah jerawat yang teruk. Walau bagaimanapun, tidak kira banyak atau sedikit, jerawat adalah perkara yang amat tidak disukai oleh golongan wanita khasnya.

Masalah Jerawat Teruk

Masalah Jerawat Sederhana
Kulit mempunyai pora-pora kecil dan boleh tersumbat. Pora-pora yang tersumbat ini selalunya disebabkan oleh minyak, bakteria dan debu. Jerawat akan brlaku berlaku jika sekiranya pora-pora ini tersumbat.


Punca

Kulit muka mempunyai kelenjar minyak dan pengeluarannya dikawal oleh hormon seks yang dikenali sebagai androgen. Saluran kelenjar minyak yang tersumbat boleh menyebabkan “blackheads” atau “whiteheads”. Bilangan bakteria akan meningkat di kawasan yang tersumbat dan boleh masuk ke dalam kulit. Keradangan pula akan berlaku sekiranya bakteria mula mengeluarkan enzim untuk memecahkan minyak kulit.


Cara Mengatasi:

1. Jaga kebersihan muka

2. Lap muka menggunakan kain atau tisu yang bersih

3. Elakkan menyentuh muka kerana bakteria selalu melekat di tangan

4. Cuci muka dengan cara yang lembut

5. Gunakan “facial scrub” 2 atau 3 kali seminggu untuk membuang sel kulit mati

6. Guna produk muka yang tidak mempunyai minyak atau “oil-free”.

Atasi Masalah Jerawat Dengan Menggunakan  Supplement Shaklee
Untuk mengatasi masalah jerawat, saya cadangkan anda memilih supplement selain menukar skincare produk yang sedia ada. Penting nya supplement ini adalah kerana selalu nya masalah jerawat adalah bermula dari dalam. Menukar product penjagaan kulit wajah sahaja tidak akan mengatasi masalah jerawat yang dialami.

Berikut adalah supplement cadangan saya untuk mengatasi masalah jerawat :

✅ Zinc
✅ Vitamin C
✅ Vitamin E
✅ ESP



Sebarang pertanyaan boleh hubungi saya :
Pengedar Shaklee Sri  Aman
 FB Personal: Emy Lea
♥ www.emyhealthandbeautyshop.blogspot.com
 FB Page: https://www.facebook.com/HealthyEden
 Email : evanona75@yahoo.com
 Call/SMS/WhatsApp :019-4675097
 COD Area: Sri Aman/Lubok Antu

Wednesday, April 15, 2015

Tips Atasi Masalah Rambut

Jika anda mempunyai masalah rambut seperti rambut anda sentiasa kering, kasar, kusam dan tumbuh jarang-jarang, Vitamin E mempunyai penyelesaian untuk itu! Jika selama ini kita kenali Vitamin E hanya sebagai antioksidan, sekarang, kita akan tahu bahawa banyak kesan baik Vitamin E kepada badan kita termasuk rambut. Kekurangan vitamin E boleh menyebabkan banyak masalah rambut seperti penipisan rambut, rambut jatuh, kerapuhan, uban pramasa, dan lain-lain lagi. Rambut merupakan mahkota terutamanya bagi seorang wanita, maka kita perlu pastikan rambut kita mendapat nutrien yang betul dan rawatan yang diperlukan.
Apakah khasiat vitamin E lakukan pada rambut anda?
Untuk mengetahui bagaimana vitamin E menjaga rambut kita, pemahaman yang baik mengenai bagaimana rambut tumbuh dan apa yang diperlukan untuk menjaga rambut yang sihat adalah amat diperlukan. Pada asasnya, rambut yang ditemui sama ada di kepala atau pada lengan, sudah mati apabila ia berada di permukaan kulit. Sebab itulah mengapa ia tidak menyakitkan apabila rambut dipotong. Rambut hanya hidup apabila ia masih di dalam kulit, di mana ia tumbuh dan berkembang.

Setiap helai rambut bermula dari akar rambut yang terdapat di bawah kulit dan sel-sel kulit tertentu yang menghasilkan keratin. Keratin ialah protein yang membentuk rambut. Akar rambut juga yang tertanam di dalam bahan-bahan seperti tiub kecil yang dipanggil folikel rambut. Pada asas folikel setiap salur darah kecil di mana rambut akan mendapat khasiat yang diperlukan untuk pertumbuhan. Apabila sebagai rambut tumbuh dan keluar ari kulit kulit, ia terlepas dari sumber khasiat yang ada. Ini adalah sebab mengapa rambut yang berada di permukaan kulit sudah dianggap sel-sel mati.

Satu lagi perkara penting yang perlu kita tahu mengenai rambut adalah bahawa terdapat kelenjar sebum di asas setiap folikel rambut. Kelenjar sebum, yang juga dikenali sebagai kelenjar minyak, menghasilkan minyak yang menjadikan rambut yang berkilat. Kadang-kadang, seperti semasa akil baligh apabila hormon mengamuk, kelenjar menghasilkan terlalu banyak minyak. Ini membuatkan rambut terlampau berminyak, lantas menjadikan rambut perlu selalu dicuci.

Bagaimana Vitamin E membantu pertumbuhan rambut?
Keguguran rambut serta penipisan rambut dan semua yang berkaitan dengan pertumbuhan rambut yang lemah, adalah berkemungkinan timbul daripada peredaran darah yang lemah didalam kulit kepala. Urutan kulit kepala boleh membantu dalam situasi ini, begitu juga dengan vitamin E

Anda mungkin sudah tahu bahawa vitamin E adalah antioksidan yang baik. Sebagai satu antioksidan, ia membantu melindungi sel-sel tubuh  termasuk sel-sel di kepala. Dengan memiliki kulit kepala yang sihat, peredaran darah akan menjadi lebih baik. Dengan peredaran darah yang lebih baik, folikel rambut akan mendapat khasiat yang cukup dari darah, yang membawa kepada rambut yang sihat, berkilau dan lebat.

Adakah itu bermakna bahawa kehilangan rambut boleh diatasi dengan Vitamin E? Walaupun tiada kajian yang menunjukkan bukti yang kukuh untuk menyokong fakta ini tetapi perkara yang baik adalah bahawa vitamin E memang mempunyai kesan yang berharga untuk pertumbuhan rambut yang sihat serta melindungi rambut daripada sebarang masalah. Sebab itu, ramai diluar sana yang mengambil Vitamin E dalam bentuk makanan tambahan dan tak kurang juga ada produk Vitamin E yang boleh disapu terus ke kulit kepala.
Adakah vitamin E baik untuk masalah rambut?
Keadaan rambut yang lemah boleh disebabkan daripada banyak faktor. Apabila rambut tidak betul dipelihara, ia akan cenderung kepada kerosakan. Juga, rambut boleh menjadi rosak apabila terlampau terdedah kepada cuaca yang panas, dan penggunaan pengering rambut dan pelurus rambut yang terlalu kerap. Hasilnya, rambut menjadi mudah putus, kelihatan kusam dan akan pecah di hujung rambut.

Vitamin E boleh memastikan pertumbuhan rambut yang sihat. Ia bermakna rambut yang kuat dan tidak mudah putus serta lembap dan tidak berminyak.

Rambut yang sihat ini boleh boleh kita miliki jika mengambil vitamin E yang cukup dan dengan menggunakan produk-produk yang boleh memberi vitamin E terus ke rambut. Mengambil vitamin E, sebagai makanan tambahan serta makan makanan yang kaya dengan vitamin E  pastinya cara yang terbaik membekalkan tubuh dengan jumlah vitamin E yang diperlukan.

Produk vitamin E yang boleh digunakan terus pada rambut juga perlu diambilkira. Sebagai contoh, syampu dan perapi rambut yang mengandungi vitamin E membantu didalam menjaga rambut yang sihat. Minyak vitamin E dari kapsul boleh disapu terus pada rambut, biarkan selama beberapa minit dan kemudiannya dicuci. Ini akan memberikan kesan 'masking' yang baik untuk mempunyai rambut yang lebat, serta mudah diurus.

Kesimpulannya, vitamin E memberi manfaat kepada rambut dalam banyak cara. Vitamin E membantu mengekalkan rambut sihat dan dipelihara dari dalam dan luar.Kami yakin bahawa dengan mengambil vitamin E yang cukup, kami boleh membantu mencegah keadaan rambut yang tidak diingini yang sering menjejaskan penampilan dan dan seterusnya membuatkn merasa rendah diri.


Pengedar Shaklee Sri  Aman
 FB Personal: Emy Lea
 FB Page:Healthy Eden
 Email : evanona75@yahoo.com
 Call/SMS/WhatsApp :019-4675097
 COD Area: Sri Aman/Lubok Antu

Monday, April 6, 2015

Set Kulit Cantik Bebas Jeragat

Jeragat dan parut hitam adalah masalah yang sering dialami oleh kebanyakan wanita Asia. Masalah ini  nampak remeh, namun jika tidak dirawat, boleh menyebabkan kawasan tompok-tompok hitam ini akan menjadi semakin bertambah luas. Punca jeragat ialah daripada sel melanosit yang terlampau aktif dan mengeluarkan melanin yang berlebihan  serta menyebabkan kulit bertompok-tompok hitam.



Antara sebab berlakunya tompok-tompok hitam ini adalah:

1) Radang kulit semasa mengalami masalah jerawat. Dan, apabila jerawat ini kering, ia akan meninggalkan kesan hitam yang  juga dikenali sebagai "post-inflammatory hyperpigmentation" (PIH)

2) Perubahan hormon semasa mengandung dan menyusukan anak juga boleh menyebabkan tompok-tompok hitam yang dikenali sebagai "melasma". Addison's disease yang disebabkan oleh kalenjar adrenal yang tidak berfungsi (mengeluarkan hormon steroid dalam badan) juga akan mengakibatkan jeragat. Selain itu, penggunaan pil perancang dan tabiat merokok juga boleh menjadi punca jeragat.

3) Pendedahan kulit kepada cahaya matahari untuk jangkamasa yang lama akan memberi kesan tompok-tompok hitam dan akan bertambah yang dikenali sebagai "age spots", "freckles" dan"lentigenes".  Perbezaan antara age-spots, freckles dan lentigenes ialah saiznya.
punca jeragat

Jeragat terbahagi kepada 2 jenis:
  • Epidermal : jeragat berada pada lapisan atas kulit (epidermis)
  • Dermal :  jeragat berada pada lapisan dalam kulit (dermis)

Kebiasaannya, PIH dan melasma berada pada paras dermal dan lebih sukar dirawat. Age spots, freckles dan lentigenes pula berada pada paras epidermal dan lebih senang dirawat.

4) Reaksi alahan kepada ubat-ubatan tertentu.
Reaksi alahan kepada ubat-ubatan tertentu merupakan punca utama hyperpigmentation. Antibiotik tertentu seperti minocycline, tetracycline dan doxycycline digunakan secara meluas oleh ramai orang. Malah, minocycline biasanya digunakan untuk merawat jerawat. Tetapi senarai bahan-bahan yang menyumbang kepada melasme tidak berhenti di situ. Terdapat beberapa antidepresan yang juga boleh menyebabkan pigmentasi muka. Imipramine adalah salah salah satu daripadanya. Chlorpromazine adalah dadah, biasanya digunakan sebagai anti-psikotik. Ia juga bleh menyebabkan jeragat, selepas digunakan dalam jangka masa yang lama. Phenytoin (yang digunakan untuk merawat epilepsi) merupakan satu lagi contoh bahan yang mendorong kepada terjadi jeragat dalam jangka masa panjang. Ia adalah ciri-ciri dadah-induced.
Oleh itu di dalam memilih produk kecantikan dan ubat-ubat antibiotik dan sebagainya hendaklah berbalik kepada asas kejadian alam. Oleh itu, penggunaan ubat homeopati,biochemic dan cream yang bebas bahan kimia telah menjadi trend dan serta satu  perkembangan sihat di Barat. Mereka sekarang ini terus menghindari ubat-ubat kimia yang akan menyebabkan kesan sampingan dalam jangka masa panjang.
CARA UNTUK HILANGKAN JERAGAT

1. Melalui Penjagaan Kulit Wajah - Salah satu rahsia kulit yang cantik ialah dari amalan membasuh muka yang kerap, paling minimum 2 kali sehari. Juga pastikan memakai toner dan pelembap sejurus selepas mencuci muka. Namun perlu dipastikan pembersih wajah, toner dan pelembap yang digunakan haruslah sesuai dengan kulit. Elakkan daripada menggunakan produk yang boleh menyebabkan kulit wajah menjadi kering. Juga pastikan produk penjagaan wajah anda juga bebas daripada bahan kimia berbahaya seperti Hydroquinone dan Mercury. Pemakaian krim pelindung kulit yang mempunyai SPF yang tinggi amatlah perlu sekiranya selalu terdedah dengan matahari. Di sini saya cadangkan Set Penjagaan Wajah Nutriwhite. Bukan sahaja berkesan, malahan sangat menjimatkan wang anda..


set nutriwhite shaklee

2. Melalui Pemakanan Harian - Kulit yang sihat memerlukan pemakanan sihat. Banyakkan mengambil sayur dan buah-buahan segar setiap hari bagi memastikan kulit mendapatkan vitamin C dari sumber yang segar walau sedikit. Selain itu, pengambilan air kosong sekurang-kurangnya 2-3 liter sehari juga penting kerana membantu melancarkan darah dan menyingkirkan toksin dari tubuh.


3. Melalui Suplemen/Vitamin. Pilihlah yang berasas kejadian alam seperti tumbuhan. Kerana supplemen begini tidak mengandungi bahan kimia yang boleh menyebabkan alahan bertambah teruk dan mudarat. Jauhi ubat-ubat kimia yang akan menyebabkan kesan sampingan dalam jangka masa panjang.
esp untuk masalah jeragat


Untuk mendapatkan kesan yang terbaik, pengambilan supplemen yang KONSISTEN selama 90-120hari adalah sangat penting. Ini untuk memastikan sel lama yang dah mati akan digantikan dengan sel baru yang lebih sihat dan bermaya. Kulit dan tona warna kulit juga akan kelihatan lebih sekata. 

Sekiranya anda berminat dan ingin dapatkan konsultasi percuma, bolehlah hubungi saya dengan menghantar email ke evanona75@yahoo.com ...terima kasih. Harga istimewa akan menanti anda dan semestinya  FREE DELIVERY!!!!!





Sebarang pertanyaan boleh hubungi saya :
Pengedar Shaklee Sri  Aman
 FB Personal: Emy Lea
 FB Page:Healthy Eden
 Email : evanona75@yahoo.com
 Call/SMS/WhatsApp :019-4675097
 COD Area: Sri Aman/Lubok Antu

Monday, February 23, 2015

Berapa Banyak Vitamin E Badan Kita Perlukan Setiap Hari?

Vitamin E adalah penting untuk kesihatan mata dan juga kulit. Ia juga dikenali sebagai anti-oksidan dan ia melindungi sel-sel daripada kerosakan.
Untuk mendapatkan 400IU vitamin E yang mencukupi setiap hari, seseorang perlu mengambil makanan berikut:

1 KG biji Gandum
500ML Minyak Sunflower
8KG Bayam
500G Badam.

Boleh ke kita nak makan sebanyak itu setiap hari untuk mendapatkan bekalan Vitamin E yang mencukupi dalam badan? Sebab tu saya suggestkan Vitamin E Complex Shaklee dimana sebiji kapsul Vitamin E Shaklee mengandungi 400IU Vitamin E yang cukup untuk badan anda setiap hari.

Kebaikan Vitamin E untuk Tubuh Badan:

1. Salah satu bahan antioksidan yang penting didalam pencegahan kanser dan penyakit kardiovaskular.
2. Ia juga memperbaiki peredaran darah, yang mana perlu untuk memperbaiki tisu, dan sangat berguna dalam rawatan "premenstrual syndrome" dan penyakit fibrocystic buah dada.
3. Ia juga mampu untuk memelihara pembekuan darah yang normal yang penting di dalam proses penyembuhan.
4. Mengurangkan parut yang diakibatkan oleh sesetengah kecederaan.
5. Membantu mengurangkan tekanan darah.
6. Membantu dalam pencegahan penyakit katarak.
7. Meningkatkan prestasi atlit, dan mengendurkan otot kaki dari kekejangan.
8. Vitamin E juga boleh meningkatkan pengeluaran air mani pada sesetengah lelaki.
9. Ia juga mengekalkan kesihatan saraf dan otot dan di masa yang sama menguatkan dinding kapilari.
10. Vitamin E menggalakkan kulit dan rambut menjadi sihat.
11. Membantu mencegah anemia dan "retrolental fibroplasia", sejenis gejala mata yang boleh menjangkiti bayi pramatang. 

Satu kajian yang dijalankan oleh National Cancer Institute pada tahun 1998 mendapati bahawa pengambilan vitamin E dalam jangka masa panjang dapat mengurangkan risiko kanser prostat di kalangan penghisap rokok. Lain-lain kajian megesyorkan bahawa vitamin ini dapat memperlahankan perkembangan penyakit Alzheimer. Sepanjang ini diketahui bahawa vitamin E telah menunjukkan kesan pencegahan kepada lebih kurang 80 jenis penyakit.

Kesan Kekurangan Vitamin E
  • Kekurangan Darah ( mild anemia )
  • Masalah kesuburan
  • Nafsu seks yang menurun
  • Penuaan
  • Kekurangan fungsi otot , tulang sum-sum dan otak
  • Katarak
  • Kemandulan

Tanda awal untuk kenalpasti badan kita kekurangan Vitamin E:
  • Rambut gugur dan kering
  • Lemah otot
  • Luka lambat baik
  • Kulit kusam
  • Masalah penghadaman
  • Otot Kejang

Sebarang pertanyaan boleh hubungi saya :
Pengedar Shaklee Sri  Aman
 FB Personal: Emy Lea
 FB Page:Healthy Eden
 Email : evanona75@yahoo.com

 Call/SMS/WhatsApp :019-4675097
 COD Area: Sri Aman/Lubok Antu

Saturday, February 21, 2015

5 Akibat Kekurangan Vitamin E

Nak tahu apa kesannya kekurangan Vitamin E?

Kekurangan Vitamin E boleh mengakibatkan kerosakan pada sel darah merah dan kemerosotan fungsi saraf.

5 Kesan Jika Kita Kekurangan Vitamin E:

punca suami tidak subur

1) Masalah kesuburan bagi lelaki dan perempuan
2) Masalah menstruasi tidak normal
3) Memendekkan jangka hayat sel darah merah
4) Kemerosotan fungsi saraf
5) Masalah keguguran dan Degenerasi Rahim

Tahap Vitamin E yang rendah di dalam badan juga boleh menjadi punca Kanser Usus dan Kanser Payudara.

Anda perlu ambil perhatian lebih sekiranya anda mengalami tanda-tanda seperti di atas. Ataupun perlu ambil langkah pencegahan awal.

Tips Pengambilan Vitamin E yang optimum

1) Badan memerlukan Zinc untuk memastikan kandungan Vitamin E yang sesuai dalam darah.
2) Sekiranya anda juga mengambil pil IRON, pastikan ambil di masa yang berlainan kerana Iron akan memusnahkan Vitamin E.


Ambil PERHATIAN!!


1) Sekiranya anda ada mengambil anticoagulant medication (ubat cairkan darah), JANGAN AMBIL lebih dari 1200UI Vitamin E sehari.
2) Sekiranya anda penghidap diabetes, sakit jantung reumatik, overactive tirioid, guna dos yang bersesuaian.
3)  Untuk yang mempunyai tekanan darah tinggi, mulakan dengan dose yang kecil iaitu 200UI dahulu.





Sebarang pertanyaan boleh hubungi saya :
Pengedar Shaklee Sri  Aman
 FB Personal: Emy Lea
 FB Page:Healthy Eden
 Email : evanona75@yahoo.com
 Call/SMS/WhatsApp :019-4675097
 COD Area: Sri Aman/Lubok Antu

Wednesday, February 18, 2015

Testimoni Vitamin E





Koleksi Testimoni Vitamin E



 





Sebarang pertanyaan boleh hubungi saya :
Pengedar Shaklee Sri  Aman
 FB Personal: Emy Lea
 FB Page:Healthy Eden
 Email : evanona75@yahoo.com
 Call/SMS/WhatsApp :019-4675097
 COD Area: Sri Aman/Lubok Antu

Tuesday, February 17, 2015

Vitamin E Dan Selenium

Pengedar Shaklee Sri Aman : Vitamin E

 Vita-E Complex®

Vita-E Complex® mengandungi vitamin E (d-alfatokoferol) asli daripada minyak sayuran serta selenium yang berperanan melengkapi aktiviti vitamin E.
Setiap kapsul sofgel menyediakan:
  • 400IU vitamin E semula jadi dan 65mcg selenium.
  • Membantu mengekalkan kesihatan yang baik
Tidak mengandungi perisa atau pewarna tiruan, pemanis atau pengawet.
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.





Sebarang pertanyaan boleh hubungi saya :
Pengedar Shaklee Sri  Aman
 FB Personal: Emy Lea
 FB Page:Healthy Eden
 Email : evanona75@yahoo.com
 Call/SMS/WhatsApp :019-4675097
 COD Area: Sri Aman/Lubok Antu


Monday, December 22, 2014

Vitamin E Bukan Sekadar Untuk Kesihatan

Meh..kita kenalan dulu dengan Vitamin E. Apa itu Vitamin  E...

Vitamin E adalah vitamin larut lemak yang disimpan di dalam organ tubuh seperti hati, jantung, kelenjar pituitari, testis, uterus, darah dan otot. Namun, yang menariknya vitamin E ini ialah, 60-70% darinya akan disingkirkan dari tubuh setiap hari (tidak semua disimpan dalam badan) dan ia tidak menjadi toksik seperti vitamin A.

Ni pula antara khasiat Vitamin  E  dalam badan:
  • -Menjadikan anda tampak lebih muda dengan membantutkan penuaan sel-sel badan yang disebabkan oleh radikal bebas.
  • -Mencantikkan dan menampakkan wajah lebih muda dari usia. pengambilan yang berterusan akan mampu menghilangkan kedut, parut dan jeragat.
  • -Melindungi paru2 dari pencemaran udara.
  • -Meningkatkan kuasa sel-T untuk melawan penyakit.
  • -Bersifat anti oksidan.
  • -Membekalkan oksigen ke sel-sel badan.
  • -Mengurangkan risiko Alzheimer (nyanyuk).
  • -Mengurangkan risiko keguguran bagi wanita hamil.
  • -Menyelesaikan masalah kelesuan.
  • -Mengurangkan risiko parut yang besar.
  • -Merendahkan kadar kolesterol.
  • -Membantu mencegah kanser.
  • -Merendahkan risiko katarak.
-Vitamin E juga dikenali sebagai ‘vitamin cinta’ kerana ia boleh membantu dalam perhubungan suami isteri. Malah wanita hamil, menyusukan anak, mengambil sebarang pil hormon dan melalui fasa menopous memerlukan vitamin E.

Bagi saya pula..Vitamin  E  ini bukan sahaja untuk ditelan..malahan lebih dari itu. Pengalaman  saya baru-baru  ini..pergi bercuti bersama keluarga di kawasan pantai. Saya dapati bibir anak-anak  saya kering dan merekah akibat cuaca yang panas dan juga  kurang minum air. Apa yang saya buat, saya pecahkan vitamin E  itu dan sapu pada bibir anak-anak  saya. Keesokan  harinya, bibir mereka tidak lagi kering dan merekah. 

Sebab  itu, saya sentiasa  memastikan sebotol Vitamin  E  saya bawa bersama setiap hari.


Friday, December 19, 2014

Now Everyone Can Be Pretty : Promosi Bulan Disember 2014!

Promosi akan berakhir pada 31 Disember ini! Dapatkan set cantik  hari ini!





Sunday, December 14, 2014

Antioksida Dan Manfaatnya Untuk Kesihatan Kita

Apakah itu antioksida?

Antioksida adalah bahan yang menolong mengurangkan, meneutralkan serta melindungi sel badan daripada kerosakan akibat radikal bebas dan ia juga boleh dianggap sebagai barisan pertahanan daripada risiko mendapat sesetengah penyakit.
Pengedar  Shaklee  Sri  Aman
Radikal bebas pula adalah terhasil daripada proses kimia yang berlaku dalam badan. Bahan ini boleh memudaratkan serta merosakkan sel dan tisu badan. Ia juga dianggap sebagai penyebab utama kanser, penyakit jantung dan lain-lain penyakit. Terdapat banyak faktor luaran yang boleh mempengaruhi jumlah radikal bebas di dalam badan seperti pendedahan kepada cahaya matahari, pencemaran asap, bakteria berbahaya, asap rokok dan pemakanan yang kurang sihat.
Lazimnya, badan kita boleh mengendalikan sendiri radikal bebas, tetapi jika jumlahnya adalah berlebihan, ia mungkin boleh merosakkan sel dan tisu badan. 

Di manakah antioksida boleh ditemui?

Badan kita berupaya untuk menghasilkan sendiri antioksida. Tetapi apabila usia kita semakin meningkat, kebolehan badan untuk menghasilkan antioksida akan berkurangan. Oleh yang demikian, kita tetap memerlukan antioksida daripada sumber luaran. 
Antioksida terdapat secara semula jadi dalam buah-buahan, sayur-sayuran dan juga makanan-makanan lain termasuklah kekacang, bijirin, ayam, sesetengah daging dan ikan. Bahan antioksida adalah seperti beta karotena, lutein, likopena (lycopene). selenium, vitamin C dan vitamin E. 
Sumber antioksida yang selalu ditemui adalah:
  1. Beta karotena
    Beta karotena adalah prekursor bagi vitamin A (retinol). Selalu terdapat dalam kebanyakan makanan yang berwarna oren atau jingga seperti aprikot, lobak merah, labu, mangga, ubi keledek, dan buah pic. Ia juga terdapat dalam sayur-sayuran berdaun hijau termasuklah bayam dan brokoli.
  2. Lutein
    Lutein pula sering kali dikaitkan dengan kesihatan mata. Ia terdapat dalam kuantiti yang banyak dalam sayur-sayuran berdaun hijau seperti bayam, kubis dan kailan. Kombinasi lutein dengan zeaxantin dan buah bilberi boleh memberi kesan antioksida yang signifikan. Dengan tambahan vitamin C, kombinasi antioksida ini telah menunjukkan hasil yang signifikan dalam mengurangkan risiko mendapat penyakit katarak.
  3. Likopena (Lycopene)
    Likopena pula adalah antioksida yang efektif yang ditemui dalam betik, jambu batu, tembikai, tomato, aprikot, limau gedang, dan buah oren.
  4. Selenium
    Selenium adalah mineral dan merupakan komponen bagi enzim antioksida. Ia bukanlah nutrient antioksida. Selenium yang digabung dengan glutathione boleh menghentikan tumbesaran tumor dan melindungi hati. Sesetengah kacang seperti kacang Brazil mengandungi kandungan selenium yang tinggi.
  5. Vitamin C
    Vitamin C, yang juga dikenali sebagai asid askorbik, merupakan vitamin larut air. Vitamin C adalah antioksida yang ditemui dalam buah-buahan citrus, bayam, brokoli, kiwi, strawberi, kranberi, kubis dan lada hijau. Ia juga terdapat dalam bijirin, daging, ayam, dan ikan. Para penyelidik telah mendapati bahawa jus kranberi boleh meningkatkan tahap antioksida serta tahap kolesterol baik dalam darah, maka ia boleh membantu untuk mengurangkan risiko mendapat penyakit jantung.
  6. Vitamin E
    Vitamin E yang juga dikenali sebagai alfa-tokoferol (alpha-tocopherol) dan terdapat dalam pelbagai jenis minyak termasuklah minyak germa gandum, minyak jagung dan minyak kacang soya. Ia juga ditemui dalam apricot, brokoli, kekacang, mangga dan makanan-makanan lain. Peningkatan pengambilan vitamin E boleh membantu untuk mengurangkan risiko mengalami penyakit Parkinson. Selain itu, kombinasi vitamin A, vitamin E dan karotenoid boleh menambah baik pertahanan oksida dan sistem imunisasi. Vitamin E (untuk kumpulan tocotrienol sahaja) juga menunjukkan aktiviti antikanser yang signifikan.

Apakah faedah serta kebaikan antioksida?

Penyelidikan yang lebih mendalam perlu dijalankan untuk mengenal pasti faedah antioksida kepada kesihatan manusia. Masih belum terdapat bukti yang betul-betul kukuh bagi faedahnya, dan bukti-bukti penggunaan vitamin antioksida untuk mengurangkan penyakit kronik juga masih dalam peringkat awal penyelidikan.

Kesimpulan

Antioksida digunakan secara meluas sebagai bahan dalam pemakanan tambahan kesihatan dengan harapan untuk mengekalkan kesihatan dan mencegah penyakit seperti kanser dan penyakit jantung koronari. Kajian awal yang telah dijalankan mencadangkan bahawa pemakanan tambahan antioksida mungkin boleh menggalakkan kesihatan yang baik, walaupun kajian percubaan klinikal yang lebih besar tidak dapat mengesan sebarang faedah. Walau bagaimanapun, diet yang kaya dengan sayur-sayuran dan buah-buahan boleh menambah baik kesihatan serta meningkatkan kesejahteraan secara umumnya. 
Pengedar  Shaklee  Sri  Aman
Oleh yang demikian:
  • Makanlah pelbagai jenis bijirin, buah-buahan dan sayur-sayuran dalam kuantiti yang berpatutan daripada bergantung kepada pemakanan tambahan dengan beberapa antioksida.
  • Lakukan senaman bersesuaian dan makan diet yang seimbang melalui lima hidangan buah-buahan dan sayur-sayuran setiap hari untuk membekalkan komponen yang diperlukan serta membantu badan kita untuk membina sistem antioksida secara semula jadi. Cara ini merupakan cara yang terbaik untuk memastikan pengambilan nutrien antioksida yang mencukupi.
  • Bahan-bahan lain yang terdapat dalam sumber antioksida semula jadi memainkan peranan penting dalam mengekalkan kesihatan yang baik.
  • Sebelum mengambil sebarang pemakanan tambahan antioksida, pastikan risiko serta faedah yang bakal diperolehi.
  • Bagi sesetengah antioksida, kepekatan yang tinggi boleh memberikan kesan toksik, maka elakkan mengambil suplemen secara berlebihan. 
Pengedar  Shaklee  Sri  Aman

Shaklee juga menawarkan pelbagai produk makanan tambahan yang tinggi kandungan antioksida nya. Antara yang paling popular adalah Vitamin  E Complex. Vitamin  E Complex  Shaklee  juga mengandungi selenium. Vitamin  E  Complex juga boleh  disapu untuk merawat kulit yang bermasalah.



Pengedar  Shaklee  Sri  Aman