nuffnang

Showing posts with label #cabaran21hari. Show all posts
Showing posts with label #cabaran21hari. Show all posts

Tuesday, March 7, 2017

Seafood Restaurant Paling Best Di Lawas

Musim cuti sekolah December tahun lepas, sekali lagi kami sekeluarga buat roadtrip menjelajah utara Borneo iaitu Sabah. Dan, tahun lepas merupakan kali kedua kami buat road trip ke Sabah. Pertama kali kami buat road trip ke utara Borneo dan Sabah adalah pada tahun 2015.

Setelah 2 tahun berturut kami sekeluarga buat road trip tu, banyak tempat-tempat makan yang best yang telah kami jumpai di sepanjang perjalanan kami road trip ke Sabah. Tetapi, banyak-banyak tempat makan yang best tu, ada satu tempat yang kami rasa layak untuk dinobatkan sebagai tempat makan terbaik sepanjang road trip ke Sabah tersebut. Hao Wei Seafood Restaurant Lawas adalah sebuah restaurant yang terdapat di bandar Lawas, bahagian yang terletak paling hujung di negeri Sarawak dan bersebelahan dengan negeri Sabah.

Restaurant Hao Wei Seafood Lawas ini bertepatan dengan namanya, menyediakan pelbagai jenis makanan laut yang segar dengan harga yang sangat murah. Bayangkan, sekilo ketam segar yang sudah dimasak(resepi pilihan kita sendiri) dijual dengan harga hanya rm25 sekilo!

Selain menawarkan harga yang berpatutan, restaurant ini juga menawarkan service yang sangat cekap dan cepat. Walaupun dengan keadaan pelanggan yang memenuhi segenap ceruk restaurant, makanan yang kami pesan telah siap dimasak dan dihidangkan dalam jangkamasa kurang dari 10 minit. Restaurant ini juga sangat mesra kanak-kanak yang mana itu adalah salah satu kriteria pemilihan tempat makan yang sangat saya titikberatkan.

Jika dizinkan Tuhan dan dimurahkan rezeki, Lawas akan kami kunjungi sekali lagi pada tahun hadapan.

Terima kasih kerana sudi singgah ye. Salam sayang dan jumpa lagi.💓💓💓=============================
Sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee boleh menghubungi saya terus melalui mana-mana cara di bawah:

HUBUNGI SAYA :

FB : EMY LEA
Fan Page : Tips Keluarga Sihat
Email : evanona75@yahoo.com
Call/Sms/Wassap/Telegram : 019-4675097

Saturday, August 15, 2015

3 Langkah Mudah Untuk Kurus

pengeddar shaklee sri aman

Bentuk badan yang cantik dan langsing menjadi impian setiap wanita. Dan, sebagai wanita, bentuk badan akan mudah berubah terutamanya selepas kahwin dan melahirkan anak.  Berat badan yang bertambah berkilo-kilo semasa hamil biasanya sangat susah untuk diturunkan angkanya walaupun selepas melahirkan anak. Ini akan menyebabkan wanita mudah merasa rendah diri dan hilang keyakinan. Mana tidaknya, sewaktu anak dara, pakai baju jenis apapun akan nampak cantik. Bila dah kahwin dan beranak-pinak, fesyen pakaian akan mula terhad. Pakai ini salah, pakai itu nampak pelik.

pengedar shaklee sri aman

Saya bernasib baik kerana mempunyai kadar metabolisme yang sangat tinggi. Jadi, berat badan yang naik berkilo-kilo semasa hamil akan dapat turun dengan cepat selepas bersalin.  Walau bagaimanapun, tidak semua wanita di luar sana yang bernasib baik macam saya. Justeru, saya inginkan kongsikan di sini satu product yang terbukti berkesan ke atas kawan-kawan saya yang lain yang punya masalah berat badan.

pengeddar shaklee sri aman

Bagi saya, tiada produk diet di luar sana yang lebih selamat daripada produk Shaklee. Produk ini sudah berada di pasaran selama lebih 50 tahun. Jadi, oleh kerana yakin dengan kualiti dan keselamatan produk ini, saya ingin memperkenalkan Set Diet Shaklee. Set Diet Shaklee bertindak dalam 3 langkah mudah iaitu, bakar, buang dan bina.

pengedar shaklee sri aman

Langkah 1 : Bakar
Langkah yang pertama untuk kurus pula adalah membakar atau memecah lemak yang sedia ada di dalam badan. Untuk membakar atau memecah lemak ini pula saya cadangkan anda memilih di antara Lecitin atau pun Omega Guard. Lecitin ini juga dikenali sebagai pengemulsi semulajadi kerana sifatnya yang melekat pada lemak. Dalam erti kata lain, ia menyebabkan lemak terapung pada darah dan seterusnya mencegah lemak daripada melekat pada dinding membrane. Lecitin tidak boleh dihasilkan secara semulajadi oleh badan  tetapi ianya sangat diperlukan oleh badan.

pengeddar shaklee sri amanpengedar shaklee sri aman
 Langkah 2 : Buang
Pada asasnya, setiap  orang perlu detoks. Kenapa detoks? Detoks adalah proses membersihkan usus di mana segala toksin, lemak dan lendir yang melekat di dinding usus dikeluarkan melalui pembuangan air besar. Selepas dinding usus kita bersih, baru badan kita dapat menyerap nutrient pada tahap yang optimum. Dinding usus yang bersih mengurangkan risiko kanser usus. Dan, untuk pengetahuan anda, kunci asas untuk kurus adalah detoks terlebih dahulu. Jadi, selain kelihatan langsing, hidup anda juga akan menjadi lebih sihat. Untuk detoks, saya cadangkan anda memilih samada untuk mengambil Alfalfa atau pun Herblax.

 pengedar shaklee ri aman
 pengedar shaklee sri aman
Langkah 3 : Bina
Seterusnya pula adalah, bina semula otot dengan protein. Ini penting supaya badan yang sudah mulai turun beratnya supaya tidak menggeleber. Lagi satu, protein ini akan buatkan anda rasa kenyang dan meningkatkan kadar metabolisme. Untuk ini saya cadangkan anda memilih di antara Energising Soy Protein atau pun Cinch Shake. Pengambilan salah satu daripada dua ini akan menyebabkan anda berasa kenyang untuk jangkamasa yang lama. Malahan, ia juga boleh anda ambil untuk gantikan makan malam anda.

pengedar shaklee sri aman
pengedar shaklee sri aman


pengedar shaklee sri aman

Produk tambahan yang saya cadangkan untuk anda ambil untuk diet adalah Cinch Tea Mix. Cinch Tea Mix adalah campuran beberapa jenis daun teh yang sangat berkualiti dan menjadikannya minuman yang mengandungi antioksidan yang sangat tinggi. Justeru, minuman ini boleh anda minum jika anda lapar dan mengelakkan anda daripada mengantuk. Cinch Tea Mix juga boleh meningkatkan kadar metabolisme anda dan sangat sesuai dijadikan minuman di pejabat kerana ia boleh menjadikan kita kembali bertenaga dan segar. Secara tidak langsung anda tidak akan berasa ingin mengunyah makanan.
pengedar shaklee sri aman

pengedar shaklee sri aman

Jika anda ingin membeli secara online, sila klik


Sebarang pertanyaan boleh hubungi 

pengedar shaklee sri aman

Pengedar Shaklee Sri  Aman
 FB Personal: Emy Lea
 FB Page: https://www.facebook.com/HealthyEden
 Email : evanona75@yahoo.com
 Call/SMS/WhatsApp :019-4675097
 COD Area: Sri Aman/Lubok Antu
 Pengeposan ke seluruh negara juga disediakan.


Sunday, March 1, 2015

Gastrik : Simptom dan Cara Atasi



Gastrik antara masalah sangat lazim berlaku pada manusia tak kira jantina lelaki atau wanita. Secara umumnya ia boleh dibahagikan kepada 2 jenis iaitu gastritis (keradangan lapisan mukosa yang melapik dinding perut) dan ulser perut atau peptik pada lapisan sel yang lebih dalam (lebih teruk berbanding gastritis).
Biasanya apabila orang berkata mereka ada masalah gastrik, ia merujuk kepada keadaan pertama (gastritis).Tetapi, jika masalah gastrik dibiarkan dan tidak dirawat, itu yang akan membawa kepada ulser perut yang lebih berbahaya. 

Secara semula jadi, sel perut kita menghasilkan asid hidroklorik (dengan pH 1 hingga pH 2) yang berfungsi mencerna makanan. Asid ini kuat dan jika terkena tangan, kulit akan terkakis. Sel perut menghasilkan lapisan mukosa (lapisan pertahanan) sebagai pelindung daripada kesan asid hidroklorik.

Pengeluaran atau rembesan asid hidroklorik berlaku apabila ada makanan untuk memulakan proses pencernaan dan gastrik berlaku apabila tiada keseimbangan antara kuantiti rembesan asid hidroklorik (terlalu banyak) dengan kekuatan lapisan pertahanan (menjadi lemah). Jika lapisan pertahanan ini menjadi lemah, ulser berlaku kerana asid hidroklorik boleh sampai ke sel dan menyebabkan keradangan.

Jika orang mengadu sakit perut ketika lapar, ia menandakan asid hidroklorik terlalu banyak dalam perut dan sebaliknya jika sakit perut selepas makan, ia mungkin menandakan masalah ulser perut kerana lapisan mukosa yang sudah lemah.

TANDA GASTRIK

Tanda gastrik mudah dikesan kerana ia menyebabkan ketidakselesaan pada perut. Antara tandanya ialah :

* Sakit perut (pada bahagian atas perut atau abdomen)
* Rasa senak, berangin atau pedih
* Rasa tidak selesa
* Kembung, sendawa berulang kali dan kerap kentut selepas makan
* Rasa mual (loya) dan muntah
* Hilang selera makan
* Berat badan turun (pada peringkat teruk)


Jika sampai peringkat teruk, ulser perut menyebabkan pendarahan dan ia boleh dilihat dalam 2 bentuk iaitu :

* Najis menjadi hitam seperti tar
* Muntah mengandungi darah atau berwarna gelap seperti kopi


SIAPA YANG BERISIKO?

Gastrik adalah masalah sangat lazim dan boleh berlaku pada sesiapa saja. Secara umumnya lebih ramai lelaki mengalami masalah gastrik dengan nisbah 1.5 hingga 2 kali ganda berbanding wanita. Ia biasanya disebabkan gaya hidup dan faktor risiko seperti :

# Individu yang kerap mengambil ubat tahan sakit dalam tempoh lama seperti ubat anti keradangan bukan steroid (NSAID). Ini termasuk aspirin (yang diambil pesakit jantung untuk mencairkan darah)

Tempoh pengambilan ubat yang membolehkan seseorang mengalami gastrik berbeza antara individu kerana bagi orang yang sensitif, pengambilan selama beberapa minggu boleh menyebabkan masalah ini

# Merokok dan banyak minum minuman keras. Asap rokok dan alkohol boleh memberi kesan negatif dan mencederakan lapisan pertahanan (lapisan mukosa)

# Jangkitan bakteria Helikobakter pilori (H pilori). Bakteria ini berupaya melemahkan lapisan mukosa melalui 2 cara iaitu :

i) Bakteria H pilori menghasilkan enzim urase yang memecah atau menguraikan urea kepada ammonia. Ammonia ini bahan toksik yang boleh menjejaskan lapisan mukosa. Kehadiran banyak ammonia melemahkan lapisan pertahanan yang menyebabkan asid hidroklorik boleh sampai ke sel dan mengakibatkan keradangan

ii) Bakteria H pilori mempunyai bentuk berpilin (berlingkar). Jadi ia boleh membuat lubang pada lapisan mukosa (seperti lubang cacing) yang akhirnya melemahkan lapisan pertahanan ini

# Individu yang banyak mengalami tekanan sama ada tekanan kerja, peribadi, sosial atau mendapat jangkitan kuman yang teruk juga lebih berisiko diserang masalah gastrik. Malah masalah gastrik juga kerap dikesan pada pesakit yang baru menjalani pembedahan besar kerana pembedahan juga adalah satu bentuk tekanan kepada badan.

# Individu yang suka mengambil ubat tradisional, terutama yang mengandungi akar kayu. Ia termasuk ubat tradisional Cina dan Melayu kerana kebanyakan ubat tradisional dicampur steroid supaya ia lebih berkesan dan mujarab.

RAWATAN :JAGA PEMAKANAN, UBAH GAYA HIDUP

Selain pengambilan ubat, pesakit perlu menjaga pemakanan dan mengubah gaya hidup bagi mengelak serangan gastrik berulang. Antara perubahan yang perlu dilakukan ialah :

* Berhenti merokok dan minum minuman beralkohol

* Hentikan pengambilan ubat tahan sakit

* Amalkan pemakanan sihat dan makan secara teratur (sarapan, makan tengah hari dan malam). Pada bulan puasa, kena bangun sahur dan sebaiknya melewat-lewatkan bersahur

* Makan sedikit-sedikit tetapi kerap

* Kurangkan makanan berempah, bercili, masam

* Kurangkan minuman mengandungi kafein (kopi, teh dan minuman berkarbonat)

* Ambil susu kerana sifat susu yang beralkali boleh mengurangkan keasidan perut

* Kurangkan pengambilan makanan yang disifatkan berangin. Jenis makanan ini berbeza antara individu dan ubah suai mengikut keperluan masing-masing

RAWATAN DENGAN SUPPLIMENT

Kami selalunya akan rekomen suppliment untuk pesakit gastrik...ini kerana berdasarkan pengalaman saya sendiri yang pernah ada masalah gastrik. Selepas mengamalkan supplement ini..saya tidak lagi bergantung pada ubat gastrik. 

Suppliment yang boleh di amalkan :

- ESP
- B complex
- Ostermatrik
-Peppermint Ginger



Sebarang pertanyaan boleh hubungi saya :
Pengedar Shaklee Sri  Aman
 FB Personal: Emy Lea
♥ http://www.emyhealthandbeautyshop.blogspot.com
 FB Page: https://www.facebook.com/HealthyEden
 Email : evanona75@yahoo.com
 Call/SMS/WhatsApp :019-4675097
 COD Area: Sri Aman/Lubok Antu
♥ Pengeposan ke seluruh negara juga disediakan. 

Friday, October 10, 2014

Impian Seorang Ibu

Selamat petang semua...terima kasih sekali lagi kerana sudi singgah di blog kesayanganku ini. Hari ini, saya nak kongsikan impian saya bersama anda semua. Semua orang ada impian hidup masing-masing. Dan, impian hidup ini berbeza mengikut status dan keadaan hidup seseorang itu. Impian juga boleh berubah-ubah mengikut situasi. Jika pada zaman kanak-kanak, impian saya nak kumpul sebanyak mana mainan yang boleh, impian hidup saya berubah bila berada di alam persekolahan iaitu untuk cemerlang dalam akademik. Hari ini, sebagai seorang isteri dan ibu, impian saya lebih berkisar tentang anak-anak  dan keluarga saya.
Pengedar Shaklee Sri Aman

Kesihatan Anak-anak dan Keluarga
Rasanya setiap ibu mengimpikan perkara yang sama...kesihatan anak-anak. Di dalam doa setiap insan yang bergelar ibu, rasanya mereka tidak akan lupa memohon daripada Tuhan agar anak-anak kesayangan mereka sentiasa dalam keadaan yang sihat. Tiada yang lebih merisaukan hati seorang ibu jika anak mereka jatuh sakit. Malahan, seorang ibu sanggup mengeluarkan belanja lebih apabila hal-hal yang berkaitan dengan kesihatan anak-anak. Saya juga tidak banyak bezanya. Saya  mengimpikan anak-anak saya membesar dengan sempurna tanpa gangguan kesihatan. Untuk memastikan impian saya tu menjadi kenyataan, saya membekalkan anak-anak saya dengan supplement terbaik yang ada di pasaran. Sudah semestinya Shaklee yang menjadi pilihan saya. Untuk kesihatan anak-anak, saya berikan mereka Set Kanak-kanak Sihat dan Pintar iaitu terdiri daripada Chewable Vitamin C, Mealshake dan Omega Guard. Manakala untuk kesihatan kami suami isteri, saya pastikan Set Keishatan Optimum sentiasa ada di sisi kami walaupun di waktu bekerja. Set Kesihatan Optimum ini terdiri daripada Vitalea, Vitamin B Complex dan Sustained Release Vita C Plus.


Produk supplement yang kami sekeluarga amalkan


Kewangan Keluarga
Saya dan suami mempunyai pendapatan tetap sebagai kakitangan kerajaan. Namun begitu, desakan kos sara hidup yang semakin meningkat setiap hari menjadikan gaji bulanan kami berdua yang berjumlah lebih kurang RM8000 sebulan, tetap tidak pernah berbaki. Jangan nak kata bawa anak-anak melancong ke luar negara, ke luar negeri pun tak mampu nak bawa anak-anak bercuti. Paling jauh kami sekeluarga bercuti adalah ke bandaraya Kuching sahaja...(itupun hanya 3 jam perjalanan kereta dari Sri Aman). Untuk menyedapkan hati sendiri, mula lah memberikan alasan bahawa anak-anak masih kecil dan susah dibawa traveling. Sedangkan dalam hati masing-masing tahu bahawa yang menjadi faktor penghalang adalah masalah kewangan.

Impian saya sebenarnya ialah ingin menyediakan semua keperluan anak-anak. Memberikan mereka masa berkualiti dengan keluarga. Menghadiri perjumpaan ibu bapa di sekolah mereka tanpa pening memikirkan memohon cuti daripada majikan. Saya ingin menjadi orang yang menghantar dan menjemput mereka pergi dan  balik dari sekolah. Saya ingin mereka menuntut ilmu setinggi mungkin tanpa perlu risau akan yuran pengajian. Saya nak mereka menuntut ilmu di tempat yang terbaik untuk mereka. Sebab itu saya perlu menyediakan mereka dengan segala keperluan dan kemudahan..menyediakan wang simpanan yang cukup untuk mereka..andai masanya sudah tiba untuk saya dan suami mengadapNya. Impian saya juga ingin menyediakan anak-anak saya yang empat orang tu rumah sebiji seorang. Saya ingin membawa mereka keluar melancong ke luar dari negeri Sarawak pada setiap cuti sekolah dan melancong ke luar negara sekurang-kurangnya sekali dalam setahun. Saya nak anak-anak saya punya kenangan yang indah sebagai kanak-kanak bila mereka besar nanti. Dan, impian saya yang paling besar adalah menyediakan wang sekurang-kurangnya RM1 juta seorang di dalam akaun mereka apabila umur mereka menjelang 18 tahun nanti.
Impian kami untuk memiliki rumah yang cukup untk anak-anak kami

Sebagai seorang anak kedua dalam keluarga, saya juga punya impian untuk menolong memberi belanja pada orang tua saya...supaya mereka tidak lagi perlu bekerja keras di kebun kelapa sawit milik mereka. Dan, memberi peluang pekerjaan kepada adik saya, agar beliau mampu menyara hidup keluarganya. Alangkah gembiranya saya jika saya boleh membawa seramai 20 orang ahli dalam keluarga saya pergi bersama-sama melancong ke luar negara!
Impian untuk membawa ahli keluarga melancong ke Korea

Saya memang sudah lama berfikir untuk mencari side income bagi menampung keperluan keluarga. Dan, saya bertemu dengan Shaklee. Saya tahu saya boleh pergi jauh dengan Shaklee. Pertama, dalam masa 4 bulan saya berjaya memperolehi pendapatan sampingan tidak pernah kurang dari RM1,000 sebulan. Namun, zaman sekarang, berapa sangat la nilai RM1,000 tu...masih tak cukup untuk menampung kehidupan kami sekeluarga. Setelah saya congak-congak, sekurang-kurang saya mendapat bonus RM15,000 sebulan, barulah saya boleh berkira-kira untuk berhenti kerja. Kedua, saya yakin saya boleh pergi jauh dengan Shaklee setelah saya melihat contoh mentor-mentor saya. Puan Khadijah Abdullah, upline saya, seorang surirumah, mampu membeli kereta hanya dengan pendapatan sebagai pengedar Shaklee. Beliau hanya beberapa bulan lebih awal mendaftar sebagai pengedar Shaklee. Idola saya, Puan Azrin Mohd, juga seorang surirumah (resign sebab nak jaga anak sepenuh masa) sudah melancong keliling dunia dengan pendapatan sebagai pengedar Shaklee. Dan, saya jangkakan pendapatan beliau sudah mencecah ratusan ribu sebulan. Dan beliau mendapat semua ini dalam masa empat tahun sahaja. Jutawan tersohor Shaklee yang kami kenali sebagai PM Cery, menjadi jutawan setelah tiga tahun mendaftar sebagai pengedar Shaklee. Ya, semua itu adalah bukti yang Shaklee boleh menjadi platform untuk saya menggapai impian saya. Impian yang saya bina untuk anak-anak dan keluarga saya. Walaupun pergerakan saya tidak sepantas mereka, saya percaya, lambat laun nanti saya akan capai impian saya itu.
Pengedar Shaklee Sri Aman

Jika anda juga punya impian seperti saya, jangan tunggu lama-lama untuk mengejarnya. There's no the right time to do it. The right time is NOW! Dan, jika anda memilih Shaklee untuk menggapai impian anda, boleh hubungi saya. Kita boleh sama-sama melangkahh ke arah kehidupan yang lebih baik bersama Shaklee. Hidup yang lebih sihat dan bebas hutang adalah impian setiap orang. Saya percaya anda pun sama!

Sebarang pertanyaan boleh hubungi saya :
Pengedar Shaklee Sri  Aman
 FB Personal: Emy Lea
♥ http://www.emyhealthandbeautyshop.blogspot.com
 FB Page: https://www.facebook.com/HealthyEden
 Email : evanona75@yahoo.com
 Call/SMS/WhatsApp :019-4675097
 COD Area: Sri Aman/Lubok Antu

Thursday, October 9, 2014

7 AKIBAT KEKURANGAN PROTEIN

Salam sejahtera semua…terima kasih kerana sudi singgah di blog saya ini sekali lagi. Pada artikel-artikel saya sebelum ini, saya banyak menulis tentang ESP Shaklee. Ada beberapa sebab saya memilih ESP sebagai salah satu favourite item di antara produk-produk Shaklee yang lain.
Pengedar Shaklee Sri Aman
Jika pada awal perkenalan saya dengan ESP setahun yang lalu, sebab utama saya minum ESP adalah kerana rasanya yang sedap. Kedua, sebab saya tahu soya sangat sesuai diminum oleh ibu yang hamil kerana khasiat nya yang dikatakan boleh menyebabkan bayi yang lahir nanti putih melepak. Siapa yang tak mahu bayi yang comel lagi putih melepak kan..? Ketiga, sebab saya terpaksa mengawal selera makan dan untuk mengelakkan saya mengambil terlalu banyak karbohidrat.


Pengedar Shaklee Sri Aman
Selepas bersalin, saya tetap meneruskan pengambilan ESP kerana saya mulai sedar bahawa saya memerlukan sumber protein yang tetap. Ini kerana, saya tidak cenderung memilih daging di dalam diet harian saya. Saya bukan juga seorang vegetarian, tetapi daging sentiasa berada di tempat paling bawah di dalam menu harian saya. Tambahan pula, saya tidak menggemari daging lain selain ayam. Sejak saya minum ESP ini, saya tidak lagi risau samada diet harian saya cukup protein atau tidak kerana setiap hari saya mendapat bekalan protein yang secukupnya daripada ESP. Hanya tiga sudu sehari, saya memastikan badan saya mendapat sumber protein secukupnya.
Apakah Kepentingan Protien?                                          
Protein adalah macronutrient yang paling asas dan penting di dalam pembinaan, penjagaan dan memperbaiki sel-sel badan. Badan tidak boleh bertahan jika kekurangan nutrient ini. Kegagalan mendapatkan protein yang secukupnya boleh meninggalkan pelbagai kesan negative dan seterusnya boleh membawa kepada kematian.
Apakah Kesan Kekurangan Protein?
Kekurangan protein ini selalunya terjadi di kalangan masyarakat di negara-negara membangun yang menghadapi masalah kebuluran. Ia juga boleh berlaku di negara-negara maju yang mana in terhasil daripada pemilihan diet yang tidak seimbang. Vegetarian dan vegan selalunya  sangat terdedah kepada masalah kekurangan protein kerana kecenderungan mereka memilih diet yang bukan daging dan hasil-hasil tenusu.
7 Kesan Kekurangan Pengambilan Protein
1)   KWASHIORKOR:-  Kwashiorkor adalah kesan kekurangan protein di kalangan kanak-kanak. Ia juga diirigi oleh beberapa symptom yang lain seperti liver membesar, bengkak pada abdomen dan kaki, perubahan warna kulit, keradangan pada kulit, rambut semakin menipis dan gigi menjadi mudah tanggal. Kwashiorkor juga boleh member kesan pada imun system badan dan mempengaruhi penghasilan antibody dalam badan dan seterusnya mempengaruhi perkembangan mental dan fizikal kanak-kanak. 
Pengedar Shaklee Sri Aman
2)    MARASMUS:- Marasmus adalah salah satu daripada kesan kekurangan protein yang membawa kepada keletihan dan kelesuan, otot menjadi semakin susut, mengurangkan paras lemak di dalam badan. Mengurangkan tahap tenaga dan kehilangan berat badan secara mendadak. Ia juga menpengaruhi system imun badan dan menjadikan badan terdedah kepada kepada risiko jangkitan penyakit lain.


Pengedar Shaklee ri Aman
3)    GANGGUAN KESIHATAN MENTAL:-  Kekurangan protein dalam jangkamasa yang panjang boleh mempengaruhi kesihatan mental seterusnya menyebabkan kecacatan mental dan tekanan perasaan serta ketidakstabilan mood.
Pengedar Shaklee Sri Aman
4)    EDEMA:- Kekurangan protein juga boleh menyebabkan edema (fluid retention). Ini boleh menyebabkan  bengkak di bebrapa bahagiaan bdan seperti kaki, tangan dan perut. Selain daripada itu, edema juga boleh menyebabkan kesakitan pada bahagian lengan dan kaki, perubahan warna pada kulit (discoloured skin), tekanan darah tinggi dan juga kekejangan pada sendi.
Pengedar Shaklee Sri Aman
5)    KEGAGALAN FUNGSI ORGAN:-  Seperti yang dinyatakan pada awal article, pengambilan protein yang cukup penting untuk pembinaan, penjagaan dan memperbaiki sel-sel badan. Jika badan tidak mendapat protein yang secukupnya, maka proses pembinaan dan memperbaiki sel-sel di alam organ-organ badan tidak dapat dijalankan. Jika ini berlarutan dalam jangka masa yang panjang, organ-organ badan tidak dapat berfungsi dengan baik dan seterusnya akan menyebabkan kegagalan organ-organ badan berfungsi.
6)   Kesusutan dan pengecutan tisu-tisu otot :- Apabila badan tidak mendapat sumber  protein yang secukupnya daripada makanan, maka badan dengan sendirinya akan mencari sumber protein dari dalam badan itu sendiri. Salah satu sumber protein yang badan kita akan jumpa adalah otot-otot badan. Dan, jika badan mulai menggunakan sumber protein daripada otot, ini akan menyebabkan otot-otot badan mulai susut dan mengecut.
Pengedar Shaklee Sri Aman
7)    Imun Sistem Badan Menjadi Lemah:- Protein mempunyai peranan amat penting di dalam penghasilan antibody badan. Jika badan kekurangan protein maka badan tidak mampu menghasilkan antibody yang sangat penting untuk system imun badan. Ini akan menyebabkan badan kita terdedah kepada jangkitan.
Kesimpulannya
Kekurangan protein di dalam badan sebenarnya satu masalah yang serius. Dalam jangkamasa yang singkat, ia akan menyebabkan pelbagai kesan seperti yang tersenarai di atas. Dan, jika berlarutan untuk suatu jangkamasa yang panjang, ia juga boleh menyebabkan kematian. Untuk mengelakkan badan kita kekurangan protein, kita boleh memilih untuk mengamalkan diet daripada hasil tenusu, daging, kekacang, buah-buahan dan juga sayur-sayuran. Pastikan 15% daripada kalori harian anda adalah dari sumber protein. Menyedari hakikat inilah saya mengamalkan minum ESP setiap hari.

Jadi sekarang, berdasarkan kepada tanda-tanda dan symptom di atas, adakah anda mengambil protein yang cukup? Atau adakah anda menghadapi masalah kekurangan protein? Jika anda rasa anda memerlukan sumber protein yang tetap, saya cadangkan anda juga mengambil ESP. Sumber protein harian anda yang amat mudah, hanya tiga sudu sehari, badan anda mendapat bekalan protein yang secukupnya. Boleh tinggalkan jawapan anda di ruangan komen atau jika anda ingin terus membeli secara online, BOLEH KLIK DI SINI


 Sebarang pertanyaan boleh hubungi saya :
Pengedar Shaklee Sri  Aman
 FB Personal: Emy Lea
♥ http://www.emyhealthandbeautyshop.blogspot.com
 FB Page: https://www.facebook.com/HealthyEden
 Email : evanona75@yahoo.com
 Call/SMS/WhatsApp :019-4675097
 COD Area: Sri Aman/Lubok Antu

Wednesday, October 8, 2014

Kesan Sampingan Shaklee Yang Tidak Saya Duga

Perkenalan saya dengan seorang surirumah dari Sabah melalui Facebook kira-kira setahun yang lepas, rupa-rupanya meningalkan kesan yang mendalam terhadap diri saya. Beliau lah yang bertanggungjawab memperkenalkan produk Shaklee pada saya. Sebelum ini, saya langsung tidak pernah dengar apa itu Shaklee.

Pengedar Shaklee Sri Aman

Hamil anak ke 4 pada usia lewat 30-an, saya mengalami pelbagai masalah. Paras gula dalam badan naik dengan mendadak, kulit muka menjadi sensitif dan penuh dengan jeragat. Setiap kali pemeriksaan kesihatan, jururawat akan menasihatkan saya supaya mengawal selera makan. Sedangkan, bila kandungan makin membesar, perut pula sentiasa lapar. Jadi, memang payah untuk saya mengurangkan selera makan. Itu antara masalah yang saya hadapi ketika mengandung. 

Ketika inilah saya mula mencari di internet produk-produk supplement yang sesuai dan selamat untuk ibu hamil. Tujuan utama saya adalah untuk menurunkan paras gula di dalam badan. Saat inilah saya berkenalan dengan Shaklee. Saya Google perkataan Shaklee, berlambak info yang saya dapat. Saya layari web Shaklee itu sendiri, dan saya hairan, rupanya produk ini dah lama di pasaran tetapi inilah kali pertama saya dengar tentang produk ini. Saya pun membeli lah satu canister ESP Shaklee.
Pengedar Shaklee Sri Aman

Saya cuba mengurangkan pengambilan karbohidrat dengan bantuan ESP. ESP menjadi minuman yang wajib saya ambil setiap hari. Dan, syukur pada Tuhan, 2 bulan terakhir sebelum bersalin, paras gula dalam badan saya kembali normal. Selepas bersalin, saya meneruskan minum ESP. Dan, apabila kembali bekerja 3 bulan kemudian, rakan-rakan sekerja menegur yang kulit saya kelihatan cerah daripada biasa dan jeragat di muka pun sudah semakin pudar.  Selain itu, gastrik yang saya hidapi selama 7 tahun yang lepas pun hilang dengan sendirinya. Saya perasan saya tidak lagi berasa letih dan mengantuk di tempat kerja. Ini semua adalah kesan sampingan Shaklee yang saya tidak duga.

Pengedar Shaklee Sri Aman

Dan hari ini, saya salah seorang pengedar Shaklee yang aktif di bahagian Sri Aman, Sarawak. Siap saya ada simpan sedikit stok di rumah supaya customer saya tidak perlu menunggu lama untuk mendapatkan barang yang mereka mahu. Dan, sejak setahun yang lalu, bonus Shaklee saya tidak pernah kurang dari RM1000 sebulan. Ini juga kesan sampingn Shaklee yang saya tidak duga.

Kepada rakan-rakan pembaca yang tercari-cari produk yang selamat dimakan semasa hamil, saya syor kan anda memilih Shaklee. Kualitinya setanding dengan harganya.
Pengedar Shaklee Sri Aman

Saya juga boleh poskan untuk anda jika anda berada jauh dari Sri Aman, Sarawak. Jika anda nak cepat, saya boleh tolong pos dengan menggunakan bas.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi saya :
Pengedar Shaklee Sri  Aman
 FB Personal: Emy Lea
♥ http://www.emyhealthandbeautyshop.blogspot.com
 FB Page: https://www.facebook.com/HealthyEden
 Email : evanona75@yahoo.com
 Call/SMS/WhatsApp :019-4675097
 COD Area: Sri Aman/Lubok Antu

Tuesday, October 7, 2014

Siapa Saya : Pengedar Shaklee Sri Aman

Pengedar Shaklee Sri Aman

Salam sejahtera...saya pengedar Shaklee Sri Aman, Sarawak. Saya menjadi pengedar Shaklee ni sebagai kerja sampingan sahaja. Dan, saya ingin menjadi Pengedar Shaklee Sri Aman sepenuh masa pada suatu masa nanti.
Pengedar Shaklee Sri Aman
Pengedar Shaklee Sri Aman

Hari ini saya nak ceritakan serba sedikit tentang diri saya. Saya seorang ibu kepada empat orang cahaya mata yang comel dan bijak..dua orang lelaki dan dua orang perempuan. Satu figure yang cukup sempurna..pemberian Tuhan yang paling mewah buat saya dan suami. Anak-anak saya berumur selang dua tahun...yang sulung berumur tujuh tahun dan yang bongsu berumur setahun 4 bulan. Kerja hakiki saya adalah seorang guru di sebuah sekolah menengah yang terletak kira-kira 16km jauhnya dari rumah. Sementara saya dan suami bekerja, mak sayalah yang menolong menjaga anak-anak saya.
Pengedar Shaklee Sri Aman

Saya mula berkenalan dengan Shaklee kira-kira setahun yang lepas, iaitu semasa mengandung anak saya yang bongsu. Saya sedang mencari supplement sebagai persediaan untuk breastfeeding. Dan saya asyik ternampak produk Shaklee di Facebook. Saya memang agak cerewet orang nya..jadi memakan masa kira-kira tiga bulan untuk saya kumpul info tentang produk Shaklee. Ini kerana saya tidak mahu terambil produk yang merbahaya untuk kesihatan anak saya dan diri saya sendiri. Lagi satu, tidak seorang pun dari kenalan rapat saya yang jual atau amalkan produk ini. Sebab itu saya ambil masa yang panjang untuk membeli kerana mencari penjual yang betul-betul saya boleh percayai. Saya juga bukan jenis orang yang mudah percaya pada orang yang baru saya kenali. Dipendekkan cerita, saya memilih seorang penjual dari Sabah dan membeli ESP. Haa...ESP ni lah cinta pertama saya dengan Shaklee
Pengedar Shaklee Sri Aman

Sebelum ini, semasa hamil anak pertama hingga ke tiga juga saya minum soya dari produk lain. Tetapi, satu tin soya tu sangat susah untuk saya habiskan. Bayangkan sembilan bulan hamil pun tak habis satu tin soya yang tak sampai satu kilo tu...! Jadi saya juga was-was dengan ESP ni. Tetapi, selepas minum buat kali pertama, saya rasa..eh..sedap juga. Tak sampai sebulan, sudah habis tin yang pertama..haaa..kau..! Jadi, saya order tin yang kedua dan seterusnya mendaftar sebagai ahli untuk mendapatkan harga ahli. Tak tahupun Shaklee ni MLM dan tak terfikir pun nak buat bisnes...hehehe. Dan, sejak itulah cinta saya pada ESP dan Shaklee terus mekar. ESP menjadi minuman wajib saya setiap pagi sejak setahun lepas. Dan, yang paling buat saya gembira, gastrik saya pun dah hilang...! Selama tujuh tahun saya menderita gastrik...terutama bila makan udang. Udang menjadi pantang larang saya sejak saya bersalin anak sulung. Dan hilang selepas saya bersalin anak bongsu. Tiada yang lebih mengujakan saya selain dari itu!

Sejak itu, saya nak kongsikan kebaikan Shaklee dengan semua orang. Saya sudah merasai kesannnya. Saya nak orang lain juga merasai perkara yang sama. Dan, bulan ini, bertepatan dengan promosi ESP, saya akan sebarkan kebaikan ESP pada semua. 

Antara kesan lain ESP yang saya rasai:

 kulit jadi makin cerah
 kulit jadi makin anjal
 semakin berasa bertenaga walau pun jadual makan tidak tentu
 tidak lagi berasa mengantuk walau malam tak pernah cukup tidur.


Pengedar Shaklee Sri Aman
Jika anda ingin berkenalan dengan ESP, sila mulakan langkah pertama anda  DI SINI

Sebarang pertanyaan boleh hubungi saya :
Pengedar Shaklee Sri  Aman
 FB Personal: Emy Lea
 http://www.emyhealthandbeautyshop.blogspot.com
 FB Page: https://www.facebook.com/HealthyEden
 Email : evanona75@yahoo.com
 Call/SMS/WhatsApp :019-4675097
 COD Area: Sri Aman/Lubok Antu

Friday, October 3, 2014

KENALI BAHASA BADAN DARI SUAMI ANDA (AWAS 18SX ONLY!!!)

Pengedar Shaklee Sri Aman

Ketahui apakah reaksi-reaksi sang suami untuk memberi tanda bahawa dia mengajak si isteri 'bercinta'. Berikut adalah tanda-tanda yang patut si isteri 'baca' dan 'faham'.
Pengedar Shaklee Sri Aman

1. EREKSI MATA
Pupil matanya mengembang justeru menjadikan bahagian hitam bola mata dari kecil menjadi lebih besar. Ini adalah tanda fizikal ketika terjadinya rasa ghairah.

2. MENARIK ERHATIAN ANDA KE MR. P
Perhatikan signal yang mungkin tidak ketara atau tidak sedari. Lihat sekiranya ibu jarinya mengarah ke bawah di sekitar pinggang untuk menyoroti bahagian Mr. P dan ingin mengajak anda 'bercinta'.
Pengedar Shaklee Sri Aman

3. MENYENTUH HIDUNGNYA
Antara perkara yang biasa dilakukan si suami ketika dia ingin bercinta, dia akan sering menyentuh hidung . Menurut kajian, ini mungkin salah satu tanda menunjukkan saraf hidung seorang lelaki dan jaringan ereksinyaa mempunyai kaitan.

4. LEBIH BANYAK BERCAKAP DARIPADA BIASA
Satu kajian pada 2010 mendapati lelaki yang menurunkan nada suara dan ramah menunjukkan mereka sedang bernafsu.

5. MENGUSAP ANDA
Belaian dan mengusap pasangan sering merupakan rangsangan bawah sedar yang dilakukan oleh lelaki saat ingin berhubungan intim.
Pengedar Shaklee Sri Aman

6. MERANGKUL PINGGANG
Bahasa tubuh ini mungkin tidak semestinya menjurus ke arah seks, tetapi jika ia tetap membiarkan tangannya meraba punggung anda, mungkin dia sedang horny.

7. MENGGIGIT BIBIR BAWAH
Lelaki yang menggigit bibir bawahnya ketika sedang berbicara dengan anda membawa maksud libidonya yang sedang tinggi!

* dipetik dari majalah HARMONI

Thursday, October 2, 2014

MASKER : ESP + VIVIX + COLLAGEN POWDER SHAKLEE

Selamat kembali ke laman blog saya yang simple lagi ceria ini!!  Hari ini saya nak kongsikan tentang masker Shaklee. Okay..istimewanya produk Shaklee ini adalah kerana ianya boleh dimakan dan juga boleh disapu pada kulit badan kita.

Antara produk yang boleh disapu pada badan adalah Vitamin E, Vitamin C, Alfalfa, ESP, Collagen Powder Shaklee dan juga Vivix. Malahan, anda boleh gabungkan lebih daripada satu produk untuk membuat paste masker yang anda ingini. Dan, yang istimewa sekali, masker ini sesuai untuk semua jenis kulit.


Malam ini, saya nak kongsikan tentang membuat masker dari Vivix, Collagen Powder Shaklee dan juga ESP.

1. Tuangkan setengah sudu teh Collagen Powder Shaklee ke dalam satu bekas kering.
2. Tambah sesudu teh ESP.
3. Tuangkan sesudu teh Vivix.
4. Gaul hingga sebati.
5. Sapu rata pada muka.
6. Biarkan sehingga kering.
7. Bilas sehingga bersih dengan air suam.
8. Lapkan muka anda dengan tuala bersih.


Kulit anda akan terasa lebih tegang dan anjal daripada biasa. Jika diamalkan secara kerap dan konsisten, anda akan dapat melihat perubahan yang ketara pada muka anda.

Selamat mencuba!!!!

Jika anda ingin mendapatkan produk Shaklee ini, boleh hubungi saya melalui Facebook Emy Lea atau sms / wassap ke 019-4675097. Saya sedia membantu anda.

PARACETAMOL : MEMUDARATKAN ????


Adakah anda antara individu yang sering mengambil paracetamol apabila berasa kurang sihat?

Jika ya, anda harus berwaspada. Terdapat kajian yang menunjukkan penguna tegar paracetamol mendapat kesan sampingan yang buruk akibat daripada pengambilan yang terlalu kerap. Tetapi, tidak ramai yang mengetahui perihal ini.

Ubat ini juga dikenali sebagai analgesik (ubat penahan sakit) dan antipyretics (pengurang demam). Kebiasaannya, paracetamol diambil untuk melegakan sakit ringan dan sederhana seperti sakit kepala, demam, sakit otot, senggugut, sakit tekak, sakit gigi dan sakit belakang. Selain itu, paracetamol boleh digunakan untuk melegakan kesakitan Osteoartritis (artritis yang disebabkan oleh pecahan laspisan sendi).

Secara kasarnya, paracetamol dilihat sebagai satu ubat yang berkesan untuk melegakan pelbagai kesakitan yang dihadapi oleh seseorang. Oleh itu, ramai individu memilih untuk mengmbil paracetamol apabila diserang sakit ringan dan sederhana. Bahkan terdapat beberapa jenis jenama paracetamol yang cukup popular di negara ini.

KESAN BURUK PARACETAMOL

Penyelidik perubatan menganggap ubat tahan sakit paling popular, paracetamol tidaklah begitu berkesan seperti yang diwar-warkan oleh banyak pihak. Lebih menakutkan lagi, ubat ini didapati mempunyai kesan buruk. Beberapa siri kajian mengaitkan ubat tahan sakit itu dengan kesan sampingan yang serius termasuk asma, gangguan kurang daya tumpuan dan hiperaktif atau lebih dikenali sebagai 'attention deficit hyperactivity disorder' (ADHD) dan mungkin mengakibatkan masalah buah pinggang serta jantung.

Bukti yang ditemui oleh para pengkaji ini sudah cukup membuatkan pemerhati kesihatan Britain dan Amerika Syarikat (AS) mencetuskan amaran terhadap doktor supaya tidak kerap memberikan paracetamol kepada pesakit. Perkara ini dilaporkan oleh Mail Online.

Penyelidik di Universiti Sydney telah menjalankan kajian ke atas lebih 1,650 orang responden yang menderita sakit belakang dan pelbagai penyakit lain dalam tempoh kira-kira 6 minggu. Satu pertiga responden diberikan dos harian paracetamol, satu pertiga lagi diberikan  ubat biasa dan satu pertiga lagi diberikan pil plasebo dengan kesemua mereka secara purata mengambil masa 17 hari untuk pulih. Dr. Christopher Williams yang mengetuai kajian itu menjelaskan keputusan itu mengandaikan bahawa pakar perubatan perlu menimbangkan semula paracetamol sebagai ubat awalan kepada rawatan sakit belakang.

Lebih berbahaya, kajian awal yang dijalankan di University of Washington melaporkan 'ubat mudah dapat' ini mendatangkan penyakit berupa kanser darah sekiranya diambil secara berterusan untuk jangka masa yang panjang. Seterusnya, jurnal JAMA Pediatrics dalam laporannya pada Februari lalu mengeluarkan amaran bahawa bayi yang dilahirkan ibu yang menggunakan ubat tahan sakit semasa mengandung, berisiko mengalami ADHD dan beberapa masalah lain.

Laporan daripada The Medical Journal of Australia pula melaporkan individu yang mengambil paracetamol dengan perut kosong, minum terlalu banyak minuman beralkohol dan sedang mengambil ubatan tertentu yang lain adalah lebih cenderung untuk menerima kesan toksik paracetamol. Malah, mereka yang mengalami sakit buah pinggang, jantung dan paru-paru juga tidak terkecuali berisiko menerima kesan toksik paracetamol.

USAH AMBIL TERLALU KERAP

Kebanyakan ahli farmasi dan para doktor masih merumuskan paracetamol adalah selamat untuk diambil sekiraya dalam dos yang betul dan dalam tempoh tertentu sahaja untuk melegakan kesakitan atau sebagai penahan sakit.

Jangan jadikan paracetamol sebagai ubat yang sering kali anda ambil dan telan walaupun ubat ini mudah didapati dengan harga berpatutan. Hal ini kerana pengambilan paracetamol secara kerap dan dalam kuantiti yang melebihi daripada yang disyorkan akan mengundang bahaya kepada kesihatan badan anda.

Sekiranya anda berasa sakit yang dialami masih belum lega meskipun sudah mengambil paracetamol dalam cara yang ditetapkan, usahlah memandai-mandai menambah dos sesuka hati. Sebaliknya, berjumpa doktor serta dapatkan nasihat daripda mereka yang bergelar pakar dalam perihal kesihatan.

Secara peribadi pula, saya memang seboleh-bolehnya mengelak daripada mengambil paracetamol sebagai ubat penahan sakit. Hanya jika saya mengalami demam panas, saya akan mengambil paracetamol sebagai alternative terakhir.  Jika saya mengalami migrain atau pening kepala, saya lebih suka mengambil Ostematrix dan Vitamin B Shaklee. Selepas berehat seketika, rasa pening kepala itu akan hilang dengan sendiri nya.



Jika anda ingin mendapatkan produk Shaklee ini, boleh hubungi saya melalui Facebook Emy Lea atau sms / wassap ke 019-4675097. Saya sedia membantu anda.