nuffnang

Showing posts with label CINCH ENERGY TEA MIX. Show all posts
Showing posts with label CINCH ENERGY TEA MIX. Show all posts

Sunday, August 16, 2015

Tips Memilih Kasut Futsal

Pada minggu depan, anak lelaki sulung saya akan menghadapi perlawanan futsal pertama beliau. Perlawanan tersebut diadakan bersempena dengan hari potensi sekolah TABIKA Kemas di Sri Aman. Jadi, minggu lepas anak saya ni telah membuat permintaan untuk membelikan beliau sepasang kasut futsal. Untuk mendapatkan kasut futsal di Sri Aman adalah agak sukar kerana hanya pilihan yang terhad saja ada. Jadi, petang Jumaat lepas, sebaik habis waktu sekolah, kami sekeluarga pun memulakan perjalanan ke Bandaraya Kuching. Dan, semalam, sebaik berjaya mendapat sepasang kasut futsal, kami kembali semula ke Sri Aman.

Okay, apa yang saya nak kongsikan di sini adalah cara-cara untuk memilih kasut futsal yang sesuai. Bukan jenama yang kita perlu kejar, tetapi keselesaan si pemakai semasa bermain nanti itu yang paling utama. Walau jenama apa yang kita pilih, yang pentingnya mesti STYLO..ngeh..ngeh..ngeh..


1. Keselesaan
Perkara paling utama yang perlu dititikberatkan ketika memilih kasut adalah keselesaan. Tak kira berapa pun harga dan apapun jenama kasut yang anda pilih, yang penting mesti rasa selesa ketika dipakai. Sebab kasut tersebut dipakai untuk bermain bola dan bukannya untuk buat fesyen show. Jadi, untuk memastikan kasut yang anda pilih benar-benar selesa dipakai, jangan malu-malu untuk mencuba kasut berkenaan. Cuba sepasang terus, jangan hanya mencuba sebelah kaki sahaja. Berjalan di sekitar dalam kedai kasut jika perlu. Malahan boleh cuba untuk berlari anak dengan kasut berkenaan. Jadi, pandai-pandailah cari kedai yang owner nya sporting la yer...hehehe.

2. Jenis padang
Perkara seterusnya yang perlu diambilkira ketika memilih kasut adalah jenis padang untuk bermain. Jika anda bermain di padang turf sintetik grass (padang tiruan yang berwarna hijau), maka lebih baik memilih kasut yang tapaknya ada spike. Ini kerana padang sintetik grass tu agak licin dan tidak sesuai untuk kasut yang bertapak getah. Kebarangkalian anda jatuh tergolek di tengah padang adalah agak tinggi kerana tapak kasut getah adalah licin untuk digunakan di atas padang sintetik grass. Jika anda bermain di atas flat field, atau padang yang tidak berumput, maka tapak kasut bergetah pula yang paling sesuai untuk anda. Jangan pakai kasut yang ada tapak spike untuk bermain di atas padang yang jenis ini kerana spike pada tapak akan menyebabkan anda tidak dapat bergerak dengan pantas.

3. Harga
Bagi saya, pilihan harga kasut adalah terpulang kepada kemampuan anda sendiri. Jika anda mampu, tidak salah untuk memilih kasut futsal yang berjenama seperti PUMA, NIKE dan ADIDAS. Jika tidak, pilihlah jenama apapun yang ada...yang penting keselesaan kasut yang anda pilih itu akan membawa kemenangan pada pasukan anda!


So, kesimpulannya di sini, walau apapun jenama kasut atau harga yang anda pilih, pastikan keselesaan dan kemahiran itu ada. Tak guna juga kalau ada kasut stylo warna merah menyala tetapi rembat bola pun sampai..ngeh..ngeh...ngeh..

Perlukan minuman tenaga? Sila klik di sini

Jika anda tercari-cari Vitamin yang sesuai untuk anda dan keluarga, boleh hubungi saya :
Pengedar Shaklee Sri  Aman
 FB Personal: Emy Lea
 FB Page: https://www.facebook.com/HealthyEden
 Email : evanona75@yahoo.com
 Call/SMS/WhatsApp :019-4675097
 COD Area: Sri Aman/Lubok Antu
 Pengeposan ke seluruh negara juga disediakan.


Saturday, October 11, 2014

RESEPI ESP : ICE BLENDED ESP MINI ABC

RESEPI MINUMAN KESUKAAN SAYA

Sejak saya mula kenal ESP kira-kira setahun yang lepas, saya terus jatuh cinta dengan rasanya. Lama kemudian baru saya menyedari khasiatnya. Sejak itu, ESP menjadi minuman yang wajib saya ambil setiap hari. Selain dari ESP, saya juga menyukai Cinch Energy Tea Mix, Performance Drink dan Mealshake.

Pengedar Shaklee Sri Aman

Kebiasaanya, saya campurkan ESP dan Mealshake dan juga Collagen Powder untuk saya minum sebagai breakfast awal pagi. Kerjaya sebagai seorang guru memerlukan saya minum awal pagi kerana selalunya saya hanya ada masa free selepas jam 8.30 pagi.

Bagi Performance Drink dan Cinch Energy Tea Mix saya suka bancuh pada waktu petang dan masukkan ke dalam freezer dan minum selepas makan malam. Ini menolong saya berasa cergas untuk berjaga sehingga jam 2 hingga 3 pagi. Dan, yang paling bestnya, walaupun bangun awal pada keesokan harinya, saya tidak berasa mengantuk di tempat kerja..jangankan mengantuk, menguap pun tidak!
Pengedar Shaklee Sri Aman

Jadi, hari ini saya teringin nak campur kesemua minuman kegemaran saya tu di dalam satu cawan. Dan, saya namakan resepi ni sebagai Ice Blended ESP Mini ABC. OK..bahan-bahan yang kita perlukan adalah :
  • 1 scoop ESP
  • 1 scoop Mealshake
  • 2 scoop Performance Drink
  • 1 sachet Cinch Energy Tea Mix
Cara-cara membuatnya :
  1. Bancuh Performance Drink bersama dengan Cinch Tea Mix dengan air suhu biasa di dalam satu bekas. Tuangkan ke dalam bekas ice cube maker. Masukkan ke dalam freezer dan biarkan semalaman.
  2. Bancuh ESP dengan Mealshake di dalam shaker dengan kira 3oz air suam kuku. Goncang hinga sebati.
Pengedar Shaklee Sri Aman

3.  Masukkan ke dalam blender. Masukkan ice cube yang dibuat daripada bancuhan Performance Drink dan Cinch Enegry Tea Mix. Blender hingga sebati. 
Pengedar Shaklee Sri Aman

4. Minuman Ice Blended ESP Mini ABC siap sedia untuk di minum.
Pengedar Shaklee Sri Aman

Walaupun baru pertama kali mencuba, rasanya memang cukup sedap dan sangat sesuai untuk diminum ketika cuaca panas.
Pengedar Shaklee Sri Aman

Kalau nak pelbagaikan rasanya, boleh campurkan cincau dan kacang merah. Jadi ala-ala ABC gitu..hehe. OK..selamat mencuba ya..! Rugi tak cuba resepi yang simple lagi sedap macam ni tahu..
 KLIK DI SINI UNTUK MEMBELI
Sebarang pertanyaan boleh hubungi saya :
Pengedar Shaklee Sri  Aman
 FB Personal: Emy Lea
♥ http://www.emyhealthandbeautyshop.blogspot.com
 FB Page: https://www.facebook.com/HealthyEden
 Email : evanona75@yahoo.com
 Call/SMS/WhatsApp :019-4675097
 COD Area: Sri Aman/Lubok Antu

Sunday, August 3, 2014

PENGEDAR SAH SHAKLEE SRI AMAN - CINCH ENERGY TEA MIX SHAKLEE : MATCHA GREEN TEAS

Matcha Green Tea
Saya memang peminat teh. Saya rasa kalau tak minum teh dalam sehari rasa tak lengkap hidup saya. Apatah lagi sekarang ni saya telah berkenalan dengan Cinch Energy Tea Mix Shaklee. Saya sangat suka rasa teh ini. Dan, apabila saya perhatikan bahan-bahan untuk membuat teh ini, baru saya tersedar, begitu banyak khasiat yang disediakan untuk peminum teh ini. 

Cinch Energy Tea Mix

Mula-mula saya bancuh teh ini, saya terpana dengan tekstur teh ini yang sangat halus. Berdebu, itu ungkapan yang boleh saya guna di sini. Sebab itu, teh ini sesuai dibancuh samada dengan air sejuk atau air panas. Baunya pun sangat harum semerbak. Tidak seperti teh lain, teh ini sesuai sangat diminum ketika perut kosong. Ianya tidak akan menimbulkan rasa tidak selesa di dalam perut. 

Jom kita lihat apa istimewanya bahan-bahan dalam Cinch Energy Tea Mix Shaklee ni. Salah satu bahan tersebut adalah Matcha Green Tea. Di negara Jepun, minuman Matcha Green Tea sudah dijadikan budaya sejak dari dulu lagi. Malahan, Matcha Green Tea di negara Jepun dianggap sebagai green tea yang sangat tinggi kualitinya. Dipetik daripada pucuk muda tumbuhan Camelia Sinensis yang ditanam di kawasan yang agak terlindung daripada cahaya matahari, Matcha Green Tea ini diwapkan, diproses untuk memisahkan urat daun daripada daun nya, kemudian ditumbuk halus sehalusnya. Matcha Green Tea ini kemudian disimpan di tempat yang terlindung daripada cahaya dan udara supaya nilai antioksidan dan warna hijau nya terjaga dengan sempurna. Minuman Matcha Green Tea ini sudah dinikmati berabad lamanya dan sekarang sangat meluas pasarannya di seluruh dunia.
Matcha Green Tea Mix
10 KHASIAT MATCHA GREEN TEAS

1. Antioksidan Yang Sangat Tinggi
Seperti yang kita selalu baca, antioksidan merupakan keajaiban nutrient dan enzim yang mana mampu melawan kesan negatif daripada radiasi UV, menyebabkan kulit kita  tampak lebih muda dan mampu mengurangkan risiko pelbagai jenis penyakit yang disebabkan oleh radikal bebas. Antioksidan merupakan bahan yang dicari oleh individu yang prihatin dengan tahap nutrient makanan yang mereka makan seperti buah-buahan, sayuran hijau dan juga dark chocolate. Keistimewaan Matcha Green Tea ini adalah, secawan teh ini mampu menyediakan lima kali ganda antioksidan berbanding makanan lain (rated by ORAC).


2. Mengandungi Catechin, EGCg

Mungkin anda pernah dengar, tidak semua antioksidant ini sama. Teh hijau mempunyai bahan organic yang dipanggil Catechin. Antara antioksidan-antioksidan yang lain, Catechin merupakan yang sangat tinggi kualiti antioksidan nya. Antara spesifik Catechin nya dikenali sebagai epigallocatechin (EGCg) merupakan 60% catechin di dalam Matcha Green Tea. Di kalangan antioksidan-antioksidan yang lain, EGCg sangat dikenali sebagai cancer fighting properties. Para saintis mendapati bahawa Matcha Green Tea mengandungi 100 kali lebih EGCg berbanding teh-teh lain di pasaran. 

3. Menenangkan
Sejak berabad lamanya, Mactha Green Tea telah digunakan oleh sami-sami Chinese Daoists dan Japanese Zen Buddhist sebagai bahan penenang dan bermeditasi. Matcha Green Tea ini yang mengandungi asid amino l-Theanine boleh menyebabkan pembentukan gelombang alpha di dalam otak yang mana ini akan menenangkan otak tanpa rasa pening sepertimana bahan penenang yang lain.

4. Meningatkan Tahap Konsentrasi dan Menguatkan Daya Ingatan
Satu lagi kesan L-Theanine adalah pembentukan dopamine dan serotonin. Dua bahan ini boleh meningkatkan mood, menguatkan daya ingatan dan meningkatkan tahap konsentrasi yang mana sangat bermanfaat untuk semua orang.

5. Meningkatkan Tenaga dan Endurance.
Para Panglima Jepun yang juga dikenali sebagai Samurai pada zaman dahulu, akan meminum Matcha Green Tea pergi berperang untuk menguatkan tenaga mereka. Tenaga yang dihasilkan oleh Matcha Green Tea adalah kerana kombinasi unik nutrient nya. Secawan Matcha Green Tea mampu membekalkan tenaga selama 6 jam dan peminum teh ini tidak akan merasakan kesan sampingan seperti kegelisahan dan hypertension seperti minuman peransang tenaga yang lain. Ia adalah tenaga yang sihat dan selamat.

6. Membakar Kalori
Minuman Matcha Green Teea ini juga boleh meningkatkan metabolisme dan menolong membakar lemak 4 kali lebih cepat. Dan, tidak seperti produk diet yang lain di pasaran, Matcha Green Tea tidak mendatangkan kesan sampingan yang negatif seperti meningkatkan degupan jantung dan tekanan darah tinggi. Ia adalah cara yang sihat untuk menurunkan berat badan.

7. Agen Detox
Dalam masa tiga minggu sebelum dipetik dan diproses menjadi Matcha Green Tea, pokok teh ini ditutup untuk melindunginya daripada sinaran matahari. Ini menyebabkan peningkatan klorofil yang tinggi di dalam pertumbuhan pokok teh tersebut. Tahap klorofil yang tinggi bukan sahaja memberikan warna hijau pekat, malahan menjadikannya agen detox yang sangat kuat dan mampu menyingkirkan bahan kimia berat dan toxin dari badan peminum teh ini.

8. Meguatkan Sistem Imun Badan
Catechin di dalam Matcha Green Tea juga mengandungi bahan antibiotik semulajadi yang mana akan menguatkan sistem imun badan secara keseluruhan. Secawan Matcha Green Tea ini mengandungi Potassium, Vitamin A & C, Iron, Protin dan Kalsium. Hasil kajian juga menunjukkan bahawa nutrients di dalam Matcha Green Tea mungkin mempunyai kebolehan untuk melawan virus HIV.

9. Mengawal Paras Kolesterol Di Dalam Bdan.
Para pengkaji, walau bagaimanapun, tidak begitu pasti bagaimana Matcha Green Tea ini mampu memberi kesan positif terhadap tahap kolesterol di dalam badan. Ini kerana, kajian mereka terhadap peminum-peminum teh ini mendapati bahawa mereka mempunyai tahap kolesterol jahat (LDL) yang amat rendah dan mempunyai tahap kolesterol baik (HDL) yang amat tinggi. Lelaki yang minum Matcha Green Tea ini dikatakan 11% adalah lebih rendah menghadapi risiko untuk menghidapi penyakit jantung berbanding orang yang tidak minum Matcha Green Tea.

10. Rasa Yang Sangat Sedap
Selalunya minuman yang berkhasiat atau yang sangat baik untuk kesihatan mempunyai rasa yang tidak sedap. Seolah-olah kita sedang minum ubat apabila kita minum atau makan sesuatu yang berkhasiat. Tetapi tidak dengan Matcha Green Tea ini. Rasanya sangat sedap dan sangat banyak khasiat nya untuk badan kita. Jadi, kita boleh menikmati minuman teh tanpa rasa bersalah. Tidak seperti teh lain yang memerlukan gula atau susu atau lemon untuk menjdikannya lebih sedap, Matcha Green Tea tidak memerlukan sebarang perisa tambahan. Rasanya sangat asli dan unik untuk dinikmati begitu sahaja. Jadi, sekarang duduk tenang, bukakan musik yang anda suka, dan nikmatilah secawan Matcha Green Tea panas.


****jika anda BERMINAT :
# untuk menjadi ahli
# untuk penerangan lebih lanjut
# untuk membeli
****boleh hubungi saya EMELIA ANAK JUMOI ( SID : 994434 )
****CALL/SMS/WASSAP : 019-467 5097
****COD : SRI AMAN DAN SEKITARNYA
****POS KE SELURUH MALAYSIA, INDONESIA, BRUNEI DAN SINGAPORE