nuffnang

Monday, February 16, 2015

10 Kegunaan Basic H Shaklee

Kali ini saya nak bercerita mengenai 10 Kegunaan Basic H Shaklee secara terperinci supaya rakan pembaca semua tahu apa lagi manfaat dan kegunaan Basic H Shaklee.  Pada sesiapa yang pernah mencuba Basic H Shaklee ni pasti sudah jatuh cinta dengannya.. manakan tidak kerja-kerja harian di rumah menjadi mudah, kesan kotoran degil  di dapur, lantai, cermin tingkap, baju menjadi sangat mudah untuk dibersihkan....bukan itu sahaja malahan bermacam-macam lagi kerja yang Basic H boleh bantu anda...nak tahu apa dia???...ok Jom saya huraikan satu persatu..
Pengedar Shaklee Sri Aman : 10 Kegunaan Basic H Shaklee

1. Mencuci dan membersihkan sayur-sayuran dan buah-buahan daripada racun dan bahan kimia.             Caranya: Isikan air ke dalam besen dan masukkan 5 titik Basic H. Biarkan selama 5-10 minit.


2. Mencuci dan membersihkan ikan, ayam, daging dan makanan laut daripada bahan awet. 
    Caranya : Isikan air ke dalam besen dan masukkan 2-3 titik Basic H. Biarkan selama 5-10 minit.

3. Mencuci dan membersihkan makanan basah seperti Mee Kuning, kuetiow dan sebagainya daripada bahan awet. 
   Caranya : Isikan air ke dalam besen dan masukkan 2-3 titik Basic H. Biarkan selama 5-10 minit.

4. Mencuci dan membersihkan tempat dan peralatan memasak terutamanya yang berminyak.
    Caranya : Masukkan air ke dalam baldi dan masukkan satu sudu teh basic H dan gunakan untuk mencuci peralatan memasak yang berminyak.

5. Mencuci dan membersih bilik air, tandas, tangki, sinki,cermin tingkap, rak buku, almari dan sebagainya.
   Caranya: Isikan air ke dalam baldi dan masukkan satu sudu teh Basic H kemudian mopkan atau lapkan tempat yang hendak di bersihkan kecuali tandas dan bilik air perlulah di berus.

6.Mencuci badan,tangan dan kaki daripada kotoran ,pijar lada, dakwat marker pen , minyak dan sebagainya.
  Caranya: Basuhkan tangan dengan air, kemudian tuangkan 2-3 titik kemudian di gosok-gosokkan kemudian di bilas.

7. Mencuci dan membersihkan lantai dan alatan permainan.
    Caranya: Isikan air ke dalam baldi dan masukkan satu sudu teh Basic H kemudian cuci alat mainan, manakala bagi lantai pula tidak perlu di bilas selepas lantai di mop kerana ia mudah kering dan ia tidak melicinkan lantai.

8. Menanggalkan gula-gula getah pada baju dan sebagainya.
    Caranya : Titikkan 5 titik di sebelah belakang baju yang terkena gula getah kemudian di gosok-gosok hingga tertanggal.

9. Mengasah Pisau
   Caranya: Titikkan 4-5 titik pada pisau  dan asah pisau seperti biasa.

10. Membersih dakwat pen pada tangan, baju dan sebagainya
     Caranya: Titikkan 4-5 titik di tempat terkena dakwat, digosok dan kemudian  di bilas.

Ini Details berkenaan kandungan yang terdapat dalam setiap produk Get Clean Shaklee, semestinya 
·                     Tidak Bertoksik, 
·                     Tanpa Gas Beracun, 
·                     Tanpa Bahan Kimia Berbahaya, 
·                     Tanpa bahan pewangi, 
·                     Sangat lembut pada tangan,
·                      pH yang seimbang 
·                     Tanpa klorin.


Testimoni Basic H





 Sebarang pertanyaan boleh hubungi saya :
Pengedar Shaklee Sri  Aman
♥ FB Personal: Emy Lea
♥ FB Page:Healthy Eden
♥ Email : evanona75@yahoo.com
♥ Call/SMS/WhatsApp :019-4675097
♥ COD Area: Sri Aman/Lubok Antu

Basic H Cecair Pencuci Semulajadi Tanpa Racun


Basic H2™ Organic Super Cleaning Concentrate
Basic H2™ Organic Super Cleaning Concentrate
Kaedah Mencuci Secara Semula Jadi Tanpa Racun
Setiap botol Basic H2 Organic Super Cleaning Concentrate dengan kepekatan berganda ini sungguh selamat digunakan dan dilengkapi kuasa pembersihan yang tinggi untuk menanggalkan kotoran dan minyak dalam sekelip mata. Basic H² berkesan untuk membersihkan tumpahan susu, mengelap tingkap, menyental kotoran pada gril, dan1001 kegunaan lagi. Cubalah sendiri dan lihat betapa kagumnya anda!
Hanya Satu Pencuci Untuk Ribuan Kerja Rumah
  • Ultra-pekat: 16 auns boleh dicairkan menjadi 48 gelen pencuci berkuasa tinggi.
  • Pencuci serba guna: menanggalkan kotoran, gris dan minyak daripada sebarang permukaan yang boleh dicuci, di dalam dan di luar rumah.
  • Mencuci kotoran berminyak dan gris yang paling degil, tanpa meninggalkan kesan comot.
  • Dua kali lebih pekat berbanding rumusan Basic H² asal – hanya gunakan separuh sahaja.
  • Tidak perlu dibilas, tidak meninggalkan sebarang sisa sabun atau kesan palitan.
Gunakan Pada Sebarang Permukaan Yang Boleh Dicuci – Di Dalam atau Di Luar Rumah
  • Dinding, tingkap dan cermin
  • Kaunter dapur, jubin dan lantai
  • Peralatan
  • Dapur
  • Hiasan kayu
  • Periuk belanga
  • Perabot (Jangan gunakan dalam akuarium atau tangki air pengelap cermin kereta)
Cara Penggunaan Untuk Hasil Terbaik
Dapur, peralatan, perabot, hiasan kayu, dinding, keluli tahan karat, granit, marmar dan bilik mandi
  • 1⁄4 sudu teh + 16 oz. air dalam Penyembur Get Clean
Periuk belanga
  • 1⁄2 sudu teh + 1 gelen air suam
Tingkap dan cermin
  • 1-2 titis + 16 oz. air dalam Penyembur Get Clean
Lantai
  • 1 sudu besar + 1 gelen air
Kain benang biri-biri, nilon, fabrik berkualiti tinggi
  • 1⁄2 sudu teh dalam satu besen air suam
Tahukah Anda?
  • Kebanyakan pencuci serba guna mengandungi toksin yang boleh disedut atau diserap melalui kulit.
  • Pelarut sintetik boleh mengganggu keseimbangan hormon.
  • Pelarut organik seperti butyl cellosolve merupakan toksin saraf dan boleh merengsakan hidung.
  • Morpholine, sejenis toksin berbahaya, boleh mengakibatkan kerosakan hati atau buah pinggang.
  • Pencuci kaca mengandungi ammonia, sejenis racun yang boleh merengsakan kulit, mata dan sistem pernafasan.
Basic H2 Tidak Mengandungi Bahan-Bahan Ini Mahupun Bahan Berbahaya Yang LainKeunikan Shaklee
Selamat
  • Tidak toksik
  • Tiada gas beracun
  • Tiada bahan kimia berbahaya
  • Tanpa pewangi
  • Lembut pada tangan anda
  • pH seimbang
  • Tanpa klorin
Berkesan
  • Amat berkesan menanggalkan minyak. Ultra-pekat: 16 oz. Boleh dicairkan menjadi 48 gelen.
Mesra Alam
  • Rumusan semula jadi daripada sumber yang mapan (diekstrak daripada jagung dan kelapa)
  • Mudah biorosot
  • Tanpa fosfat
  • Bungkusan yang boleh dikitar semula
  • Tanpa bahan pewarna
  • Selamat untuk sistem septik dan pembetungan
Ini adalah salah satu produk penjagaan rumah Shaklee yang mesti ada di rumah saya. Bagi saya, pencuci semulajadi tanpa racun ini sangat banyak kegunaannya..bukan hanya untuk kebersihan rumah, malahan untuk kegunaan kesihatan yang lain juga. Next entry saya akan share lain-lain kegunaan Basic H Cecair Pencuci Semulajadi Tanpa Racun.




Sebarang pertanyaan boleh hubungi saya :
Pengedar Shaklee Sri  Aman
♥ FB Personal: Emy Lea
♥ FB Page:Healthy Eden
♥ Email : evanona75@yahoo.com
♥ Call/SMS/WhatsApp :019-4675097
♥ COD Area: Sri Aman/Lubok Antu

Sunday, February 15, 2015

Petua Menghilangkan Tahi Lalat Atau Kulat Pada Pakaian

Petua Menghilangkan Tahi Lalat Atau Kulat Pada Pakaian 

Petua Menghilangkan Tahi Lalat Atau Kulat Pada Pakaian

Apabila baju kesayangan kita terdapat tahi lalat atau kulat, pasti kita akan merasa kecewa kerana kesan tersebut tidak dapat hilang. Saya kongsikan petua yang dapat menghilangkan tahi lalat atau kulat ini pada pakaian anda.

Tahi lalat pada baju merupakan bintik-bintik kecil berwarna hitam, jika sudah terkena tahi lalat ini maka baju kita tetap akan kelihatan kotor walaupun sudah dicuci dengan bersih. Tahi lalat pada baju biasanya disebabkan oleh kulat yang tumbuh pada baju akibat tidak kering atau lembap.
Tahi lalat akan muncul jika kita peruk baju yang basah, ataupun ketika kita merendam baju dengan air yang sedikit, kemudian menunda-nunda untuk di bilas sampai beberapa hari maka kemungkinan besar baju anda akan muncul tahi lalat.

Petua Menghilangkan Tahi Lalat Atau Kulat Pada Pakaian

1. Campurlah cuka kedalam setengah liter air.
2. Rendamlah pakaian anda yang memiliki tahi lalat tersebut kedalam air campuran cuka tadi. Rendam selama semalaman.
3. Keesokan harinya cucilah dengan sabun atau detergen seperti biasa.
4. Siapkan air hangat yang telah dicampur dengan perasan jeruk nipis.
5. Bilaslah pakaian anda tadi dengan air hangat campuran jeruk nipis.
6. Biarkan pakaian beberapa saat di dalam air hangat campuran jeruk nipis.
7. Kemudian cuci kembali menggunakan sabun atau detergen.
8. Bilaslah menggunakan air bersih.
9. Jika tahi lalatnya masih ada silahkan ulangi langkah no 5-8 berulang-ulang sampai semua tahi lalatnya hilang.
10. Kemudian jemurlah hingga kering.
P/S: Zat asam pada cuka dan jeruk nipis dipercaya dapat menghilangkan tahi lalat yang ada pada pakaian.
Agar kejadian di atas tidak terulang kembali, ada baiknya sobat baca tips mencegah tahi lalat muncul pada baju berikut ini.
Cara Mencegah Tahi Lalat Muncul Pada Baju
1. Jika sehabis melakukan aktiviti yang mengeluarkan banyak peluh sebaiknya rendam atau terus cuci baju anda, Jangan peruk baju tu ya..
2. Jika anda merendam baju, jangan menunda-nunda untuk membilasnya, apa lagi sampai berhari-hari.
3. Jika baju hari ini ingin dipakai kembali pada besok hari, sebaiknya jemur terlebih dahulu bajunya sebelum digantung pada gantungan baju.

4. Gunakan Basic H untuk mencuci pakaian anda. Bukan sahaja boleh mengelakkan pakaian daripada terkena tahi lalat, tetapi malahan juga untuk mengelakkan kulit sensitif daripada bahan kimia yang terdapat pada bahan pencuci pakaian kita.
Sumber: Petua Menghilangkan Tahi Lalat Atau Kulat Pada Pakaian - Fuh.My 








Sebarang pertanyaan boleh hubungi saya :
Pengedar Shaklee Sri  Aman
♥ FB Personal: Emy Lea
♥ FB Page:Healthy Eden
♥ Email : evanona75@yahoo.com
♥ Call/SMS/WhatsApp :019-4675097
♥ COD Area: Sri Aman/Lubok Antu

Sunday, February 8, 2015

5 Cara Mudah Untuk Membersihkan Rumah!

Membersihkan atau mengemas rumah dengan pantas biasanya hanya akan dilakukan jika rumah kita bakal menerima kunjungan tetamu. Masa itulah kita akan jadi kelam kabut untuk mengemasnya dengan cepat. Jika tidak, tentu sahaja kita akan berasa malu kalau tetamu yang datang melihat keadaan rumah kita yang kotor serta berselerakkan.
Berikut ada beberapa tips mudah untuk membersihkan rumah dengan pantas atau cepat.  Semak!
1. Basuh pakaian setiap hari
Jangan tunggu hujung minggu dengan pakaian penuh dan berselerak barulah hendak dibasuh. Jadikan tabiat basuh satu ‘load’/mesin setiap hari.
Sebaik saja bangun tidur masukkan pakaian dalam mesin basuh. Selepas siap, jemur . Jikalau ada mesin pengering kain lagi bagus. Selepas pakaian sudah kering , segeralah melipatnya. Usah ditangguh!
2. Jadikan  kerja mengemop lantai
Salah satu tugasan yang penting adalah mengemop lantai. Mengemop lantai tidak perlu dilakukan setiap hari. Seminggu sekali sudah memadai. Sebelum mengemop lantai, perkara pertama yang perlu dilakukan adalah vakum lantai, supaya habuk dan sampah sarap dapat kita singkirkan.
Oleh itu kerja-kerja mengemop senang dilakukan dan sebaiknya dibuat pada ketika cuaca panas. Jika dilakukan pada waktu hujan atau tidak berapa panas, lantai akan jadi lambat kering.
3. Pengurusan memasak yang mudah
Kadang-kadang memasak memang memenatkan sebab apabila sebut memasak, banyak kerja-kerja yang terlibat seperti proses menyediakan bahan, membasuh pinggan mangkuk, menggelap meja, dapur dan lain-lain.
Tips yang paling mudah adalah sediakan bahan-bahan masak terlebih dahulu. Kalau rancang apa yang hendak kita masak selama seminggu, lagi bagus. Bolehlah bahan-bahan tersebut kita sediakan pda hujung minggu. Jadi, apabila bahan-bahan masakan sudah sedia,proses memasak pun akan jadi lebih mudah, cepat dan menyeronokkan.
4. Pengurusan kain baju yang mudah
Bila sebut kain baju, ada tiga langkah yang memang akan kita buat iaitu basuh, lipat dan susun. Tapi bahagian yang paling malas hendak buat adalah melipat baju!
Tips paling mudah dilakukan adalah sewaktu menyidai pakaian tersebut, gantung atau disangkutkan sahaja. Contohnya seperti kemeja. Ketika mengangkat pakaian, ambil kemeja tersebut dan terus sangkut dalam almari. Siap satu kerja!
5. Gunakan bantuan mesin
Masa kini begitu banyak mesin atau gajet yang ada ditawarkan di pasaran. Seharusnya penggunaan mesin atau gajet dalam tugas membersihkan rumah harus digunakan sepenuhnya untuk membantu meringankan dan mempercepatkan tugasan di rumah.
Contohnya penggunaan penyedut hampagas, penggunaannya lebih mudah untuk membersihkan habuk berbanding jika anda menggunakan cara tradisi iaitu penyapu.

Tips Extra!

Sebagai seorang ibu, saya amat menitikberatkan soal kebersihan di dalam rumah. Maksud saya, tiada sisa makanan yang bertaburan di lantai. Dengan adanya 4 orang anak kecil, memang selalu ada tumpahan makanan dan minuman di atas lantai. Sebelum ini, saya terpaksa lap dulu dengan air sabun (sebab kalau tak lap dengan air sabun nanti lantai jadi melekit), bilas, dan lap sekali lagi dengan kain lap yang kering. Memang leceh. Sekarang ni, kerja saya lebih mudah dengan Basic H. Saya hanya spray sahaja kesan tumpahan tersebut dan lap sehingga kering. Tiada lagi kesan kotoran dan lantai pun terasa bersih dan tidak melekit.


Sebarang pertanyaan boleh hubungi saya :
Pengedar Shaklee Sri  Aman
♥ FB Personal: Emy Lea
♥ FB Page:Healthy Eden
♥ Email : evanona75@yahoo.com
♥ Call/SMS/WhatsApp :019-4675097
♥ COD Area: Sri Aman/Lubok Antu

Petua Untuk Jutawan Muda oleh Irfan Khairi.

Saya terbaca ini di nternet dan merasakan ianya sangat menarik untuk dikongsikan bersama anda semua. Semoga ianya memberi manfaat kepada anda dan juga diri saya sendiri.

Petua untuk Jutawan Muda
Oleh Irfan Khairi (Ekstrak artikel Harian Metro)

Ramai yang mengimpikan menjadi usahawan. Pastinya dikalangan itu juga ramai yang ingin menjadi usahawan jutawan muda. Apa taknya, bila dilihat dikaca TV memang gah digambarkan dalam filem usahawan muda berkereta sport dan rumah di tepi pantai dan bersuka ria setiap hari. Namun mungkin bukan seperti itu niat kita ingin menjadi berjaya dalam perniagaan ketika muda, mungkin pula dengan wang tambahan boleh memberi sedikit kemewahan kepada diri sendiri dan keluarga, dapat membawa ibu bapa kesayangan menunaikan haji, membawa keluarga melancong, serta memperbaiki gaya hidup diri dan keluarga seandainya menjadi jutawan.

Tidak kira apa sahaja niatnya, kini, menjadi jutawan pada usia yang mudah bukan lagi mustahil. Semakin ramai usahawan-usahawan muda yang berjaya dilahirkan tidak kira, di dada akhbar dan juga di TV, sering dikongsikan kisah-kisah kejayaan usahawan jutawan ini. Yang menariknya juga, tidak kira bidang apa, dari bidang pertanian, ke perindustrian, atau bidang fotografi, hinggalah bidang percetakan, pastinya ada usahwan jutawan muda yang mengorakkan nama di dalam industri masing-masing.

Diri saya sendiri juga menjadi sebutan sejak tahun 2006 lagi dengan gelaran “Jutawan Internet Muda”. Lapan tahun dahulu, mungkin masih muda lagi. Tetapi sekarang, saya pun tidak boleh mengaku muda sudah! 

Namun, soalan yang sering ditanya ramai adalah, bagaimana hendak menjadi usahawan jutawan muda? Artikel kali ini saya ingin kongsikan 3 petua dari pengalaman saya sendiri, khas untuk usahawan-usahawan muda apakah caranya untuk menjadi jutawan muda…

1.    Lakukan perniagaan yang anda minat sangat-sangat
Amat penting untuk memulakan perniagaan yang menarik minat anda. Minat ini pula, bukanlah minat yang dikatakan “saja cuba-cuba” atau “cuba test try” tengok macam mana, ok ke tidak menjalankan perniagaan ini!

Minat yang saya maksudkan adalah minat yang amat sangat dalam sesuatu bidang itu. Mungkin sehingga menjadi hobi. Contohnya, sekiranya minat dalam fotografi, jadikan itu sebagai perniagaan anda. Sekiranya minat dalam muzik, jadikan bidang muzik sebagai perniagaan anda. 

Jangan memulakan sesuatu perniagaan yang anda tidak minat oleh kerana minat adalah umpama gasolin yang menyalakan api dengan lebih hebat lagi. Dalam perniagaan pastinya ada turun naik perniagaan. Ada juga akan kedengaran suara-suara negatif yang menganggu kita, dari kawan dan juga lawan. 

Namun, dengan minat yang sungguh mendalam dalam sesuatu bidang itu, kita tidak akan mudah goyang dengan kegagalan atau anasir-anasir negative yang mungkin datang menganggu. Sebabnya, kita lakukan kerana minat!

2.    Banyak membaca dan belajar
Ketahui bahawa untuk berjaya, memerlukan ilmu. Tidak semestinya mendapat kelulusan dari university. Ramai usahawan jutawan yang saya kenali tidak mempunyai segulung ijazah pun.Tetapi, yang pasti ilmu mereka adalah tinggi dalam bidang perniagaan. 

Ilmu boleh diperolehi dari buku-buku perniagaan di pasaran. Zaman kini, ilmu di hujung jari membolehkan kita membaca pelbagai teknik, dan strategi kejayaan di Internet juga. Sekiraya malas membaca seperti ramai antara kita, YouTube itu sendiri mengandungi pelbagai ilmu perniagaan yang boleh didalami.

Pendek kata, zaman ini, tiada alasan untuk tidak mencari ilmu oleh kerana ianya terdapat di mana-mana sahaja. Untuk berjaya, tidak semestinya kita melakukan sesuatu yang baru yang tidak pernah dilakukan oleh orang lain. Mencapai kejayaan usahawan jutawan telah dicapai oleh ramai usahawan. Tugas anda adalah melihat dan belajar daripada kisah-kisah kejayaan ini dan aplikasi kepada diri anda sendiri.

3.    Cari sokongan sekeliling
Jauhkan daripada mereka yang sering berfikir dan bercakap negatif. Mereka akan menghilangkan keyakinan diri dan semangat anda. Dekatkan diri dengan mereka yang berfikir positif dan bercakap postif. Mereka akan meningkatkan keyakinan dan semangat anda untuk mencapai sesuatu yang lebih baik.

Sememangnya benar, sokongan sekeliling adalah amat penting. Sekiranya kenalan kita sekeliling di kategorikan sebagai kaki lepak, lambat laun, kita sendiri pun akan turut sama jadi kaki lepak. Tetapi sekiranya kenalan kita sekeliling terdiri daripada usahawan-usahawan, pastinya aura keusahawanan itu juga dapat pada diri kita sendiri.

Bayangkan keadaan di mana anda mempunyai masalah perniagaan dan kongsikan masalah tersebut pada kenalan kaki lepak. Pastinya jawapannya adalah “Tu lah engkau ni, aku dah kata dah. Susah buat bisnes. Baik lepak je”. Tetapi, sekiranya masalah yang sama dikongsikan dengan kenalan usahawan pula, pastinya jawapan adalah “Eh, biasa lah tu dalam perniagaan. Jangan risau kalau tak dapat sale, aku dulu pun tak dapat sale juga… jom kita pergi sama-sama buat sale”.

Mempunyai sokongan yang padu dari kenalan dan keluarga sekeliling pastinya akan dapat membantu anda dalam mencapai kejayaan.

3 petua ini adalah petua yang saya sendiri amalkan sejak dulu lagi ketika mula memulakan perniagaan tika umur saya di awal 20-an sehingga hari ini. Saya akan pastikan sekiranya saya memulakan sesuatu perniagaan, saya akan lakukan perniagaan yang menurut minat saya, saya akan selalu mencari ilmu di mana-mana sahaja, saya tidak mudah putus asa dan berusaha secara konsisten serta akan mencari jaringan kenalan usahawan dalam menyokong usaha saya.

Mudahan petua ini dapat membantu anda, mana tahu anda pula yang akan menjadi usahawan jutawan muda seterusnya!

Sebarang pertanyaan boleh hubungi saya :
Pengedar Shaklee Sri  Aman
♥ FB Personal: Emy Lea
♥ FB Page:Healthy Eden
♥ Email : evanona75@yahoo.com
♥ Call/SMS/WhatsApp :019-4675097
♥ COD Area: Sri Aman/Lubok Antu

Friday, February 6, 2015

Promosi Bulan Februari Kembali Lagi!



Promosi hebat bulanan Shaklee kali ini pula menawarkan 4 produk.

Advanced Joint Health Tablet

Mengaktifkan pergerakan dan kelancaran sendi

Shaklee Joint Health Tablet:
  • Ialah formula proprietari yang menampilkan gabungan bahan-bahan yang sangat efektif dan terbukti berkesan untuk menyokong pergerakan, fleksibiliti dan fungsi sendi yang sihat
  • Diperbuat daripada bahan yang bertindak pantas untuk membekalkan khasiat pemakanan kepada sendi
  • Mengandungi rumusan berpaten yang terdiri daripada ekstrak Boswellia dan Ekstrak Jagung serta nutrien penting lain termasuk Zink, Kuprum, Mangan dan Vitamin C untuk memberikan keselesaan dan melancarkan semula pergerakan sendi
  • Shaklee Joint Health Tablet adalah 100% rumusan vegetarian yang hanya berasaskan tumbuhan dan mineral.

Vita-Lea® with Iron Formula

Multivitamin & Multimineral (120 tablet)

Kepelbagaian yang Menakjubkan
Sains terbaik Shaklee menghasilkan salah satu suplemen yang paling komprehensif dan seimbang yang mampu anda miliki. Vita-Lea dirumus khas bagi memenuhi keperluan terhadap 28 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh orang dewasa.
Apabila Diambil Setiap Hari, Vita-Lea:
  • Membantu mengekalkan kesihatan yang sempurna*
  • Mengandungi beta karotena yang bermanfaat untuk menggalakkan pertumbuhan, memelihara penglihatan dan menjanakan semula tisu.
  • Membekalkan kalsium, fosforus serta vitamin C dan D untuk kesihatan tulang dan gigi
  • Biotin dan asid pantotenik menyokong metabolisme lemak dan karbohidrat
  • Vitamin B12 merangsang pembentukan sel-sel darah merah*
Produk ini mengandungi alfalfa (Medicago sativa). Individu yang berisiko menghidap lupus eritematosussistemik hendaklah berbincang dengan doktor mereka sebelum mengambil produk ini.
Tidak mengandungi perisa atau pewarna tiruan, pemanis atau pengawet.

OsteMatrix™

Tulang adalah struktur penting dalam tubuh manusia. Ia membina kerangka tubuh, menyokong berat badan serta melindungi organ-organ utama seperti paru-paru, jantung, hati dan buah pinggang; selain membolehkan kita menggerakkan otot dan tubuh dengan bebas. Mengekalkan kesihatan tulang yang optimum adalah amat penting untuk mengecapi kesihatan keseluruhan yang sempurna.
Bukan Sekadar Kalsium
OsteMatrix™ membekalkan nutrien harian, termasuk kalsium yang penting dalam pembentukan dan pertumbuhan tulang dan gigi. Ia juga mengandungi magnesium, vitamin D dan mineral iaitu zink, kuprum dan mangan untuk mengekalkan kelancaran fungsi tubuh. Ditampilkan dalam bentuk kaplet kecil bersalut yang mudah ditelan.
Tidak mengandungi perisa atau pewarna tiruan, pemanis atau pengawet.

Vita-lea For Children™

Multivitamin khas untuk anak-anak anda!


Call/SMS/WhatsApp :019-4675097

Pengedar Shaklee Sri  Aman
♥ FB Personal: Emy Lea
♥ FB Page: Healthy Eden
♥ Email : evanona75@yahoo.com
♥ Call/SMS/WhatsApp :019-4675097
♥ COD Area: Sri Aman/Lubok Antu
♥ Pengeposan ke seluruh negara juga disediakan.


Healing Crisis

I was searching for some info on Healing Crisis. So, this is basically what I've found. Hopefully can provide some info that you all have been looking for.

What is a Healing Crisis?

Environmental toxins accumulate in tissue throughout the body, especially fat tissue. Additionally, the human body has bacterial colonies. When you cleanse your body, the toxins dislodge and the bacteria die off and release endotoxins. When the toxins and waste are dislodged, the body begins to flush them into the bloodstream to be filtered and eliminated. This sudden circulation of toxins can temporarily impact your well being and symptoms of illness (sweating, fever, discomfort, etc.) may occur.

What are the Indications of a Healing Crisis?

The indications that you’re experiencing a healing crisis can include headache, nausea, and fever — symptoms typically experienced during illness. During the crisis, a recurrence of symptoms from long-forgotten illnesses may also occur. Symptoms of a healing crisis vary from one person to another and may include:
  • Fatigue
  • Diarrhea
  • Aches and soreness
  • Low-grade fever
  • Anxiety
  • Mood swings
  • Nausea
  • Skin irritations
  • Stuffy nose
  • Congestion
  • Low blood pressure

How Long Does a Healing Crisis Last?

A healing crisis generally lasts around three days, depending on the individual and the severity of their situation. The more severe the toxicity, the more intense the healing crisis can be. As your body begins to expel toxins, your energy may decrease and you may begin to feel ill. If it happens, take it as a sign that your body is working to flush out toxins and waste.

What Else Can Cause a Healing Crisis?

Sometimes you don’t even need to begin a cleansing protocol to experience a healing crisis. Women who’ve participated in reflexology have reported experiencing the effects.  Massage, sauna bathing, and other therapies may also dislodge toxins and encourage a healing crisis (and healing!).
Conventional medicine has indicated that treatment protocols for many diseases can include a healing crisis. For example, syphilis treatments often initiate a Jarisch-Herxheimer response (healing crisis), with headache, fever, chills, worsening of lesions, and malaise.  Case studies suggest antibiotics for leptospirosis, a potentially fatal bacterial infection, may prompt a healing crisis, too.

How to Handle a Healing Crisis?
For a cleanse- or detox-induced healing crisis, it’s important to stay hydrated with purified water to encourage your body to flush and expel the toxins. Depending on the detox program, lemon juice and herbal teas may also help flush out toxins and provide nutrients and antioxidants. Massage, acupuncture, EFT (emotional freedom technique), and meditation may be helpful for relieving the indications of a healing crisis, especially anxiety and stress.

Have You Experienced a Healing Crisis?

While a healing crisis may be difficult to endure, rest assured it will pass and you will be better because of it. What are your experiences before, during, and after a cleanse? Have you ever experienced a healing crisis? What was it like? Share your experience in the comments!
-Dr. Edward F. Group III, DC, ND, DACBN, DCBCN, DABFM

Sebarang pertanyaan boleh hubungi saya :
Pengedar Shaklee Sri  Aman
♥ FB Personal: Emy Lea
♥ FB Page:Healthy Eden
♥ Email : evanona75@yahoo.com
♥ Call/SMS/WhatsApp :019-4675097


♥ COD Area: Sri Aman/Lubok Antu

Thursday, February 5, 2015

Atasi Masalah Sembelit

Jika anda mengalami masalah sembelit, usah dibiarkan. Ia mungkin penunjuk kepada sesuatu yang lebih serius tentang keadaan kesihatan anda. 

Antara Punca-punca Sembelit

Polyp dan kanser

Usus kecil/besar yang mengalami keradangan atau halangan contohnya berpunca dari kewujudan polyp bersifat malignan (kanser) juga boleh menyebabkan sembelit.

Najis mungkin akan didapati berbeza daripada satu sesi pembuangan air besar ke sesi lain dengan sifat keras, lembut atau cair.

Sila dapatkan pemeriksaan doktor jika anda sering mengalami sembelit jenis ini.

Ketahuilah terdapat kanser yang dihidapi seseorang pada tempoh yang lama contohnya selama 20 tahun tetapi tidak menerbitkan simptom yang menggusarkan hati penghidapnya.

Contohnya, sakit perut dan sembelit dianggap sakit biasa. Mereka tidak tahu mereka menghidap kanser sehingga mereka mendapatkan pemeriksaan doktor pakar kanser.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi saya :
Pengedar Shaklee Sri  Aman
♥ FB Personal: Emy Lea
♥ FB Page:Healthy Eden
♥ Email : evanona75@yahoo.com
♥ Call/SMS/WhatsApp :019-4675097
♥ COD Area: Sri Aman/Lubok Antu

60 Tip Untuk Hidup Luar Biasa Hebat

 Saya terpanggil untuk berkongsikan ini dengan anda semua. Selamat mencuba!


Sebarang pertanyaan boleh hubungi saya :
Pengedar Shaklee Sri  Aman
♥ FB Personal: Emy Lea
♥ FB Page:Healthy Eden
♥ Email : evanona75@yahoo.com
♥ Call/SMS/WhatsApp :019-4675097


♥ COD Area: Sri Aman/Lubok Antu

Wednesday, February 4, 2015

Resolusi 2015

Salam sejahtera semua! Bertemu kembali kita di laman blog saya setelah lebih sebulan blog saya ni sunyi. Bukannya merajuk dan minta dipujuk, tetapi saya memerlukan masa untuk menyesuaikan diri ke kehidupan normal saya setelah percutian yang amat panjang...hehe. Hari ini saya ingin berkongsi apa yang telah saya resolusikan pada awal January ini tadi. Dan, saya rasa belum terlambat untuk saya kongsikan di sini, di awal Februari ini.

Resolusi 2015
1. Pergi church setiap ahad
2. Bagi derma not less than rm10 every mass service
3. Follow  master checklist rapat-rapat
4. Update  blog setiap hari
5. Kawal temper
6. Buat cabaran rm1 every week
7. Baca buku sebulan  sebuah buku
8. Siapkan tugasan hakiki on time
9. Effective  setiap  bulan
10. Naik rank  Coordinator by September 2015

Bagi saya, penting untuk saya menulis resolusi jika saya ingin hidup saya berubah ke arah yang lebih baik. Anda bagaimana pula?


Sebarang pertanyaan boleh hubungi saya :
Pengedar Shaklee Sri  Aman
♥ FB Personal: Emy Lea
♥ FB Page:Healthy Eden
♥ Email : evanona75@yahoo.com
♥ Call/SMS/WhatsApp :019-4675097
♥ COD Area: Sri Aman/Lubok Antu

Pengedar Shaklee Sri Aman : Apa Itu Asid Amino?

Apa itu amino asid?

Amino asid adalah seperti blok pembinaan bagi protein. Badan manusia memerlukan 20 amino asid yang berbeza yang bertindak sebagai blok-blok pembinaan protein ini. Amino asid yang kurang sikit kepentingannya boleh disintesiskan oleh badan kita sendiri selagi badan kita mendapat cukup nitrogen, karbon, hidrogen dan andoksigen. Amino asid yang utama pula dibekalkan kepada badan daripada sumber makanan yang betul. Amino asid yang penting ini tidak dapat dihasilkan sendiri oleh badan manusia. Biasanya, hanya 9 asid amino yang penting dan 11 asid amino yang kurang penting.

Energising Soy Protein (ESP) Sebagai Salah Satu Sumber Protein

Saya memilih ESP sebagai salah satu sumber protein harian saya kerana saya jenis yang memilih makanan terutamanya sumber protein saya. Bagi saya, ESP adalah pilihan terbaik saya untuk memastikan badan saya menerima sumber protein yang mencukupi. 





Sebarang pertanyaan boleh hubungi saya :
Pengedar Shaklee Sri  Aman
♥ FB Personal: Emy Lea
♥ FB Page:Healthy Eden
♥ Email : evanona75@yahoo.com
♥ Call/SMS/WhatsApp :019-4675097
♥ COD Area: Sri Aman/Lubok Antu