Hari ini berlalu dengan amat pantas sekali. Tak sempat nak update blog pagi tadi..jadi tangguh ke waktu petang camni. Selepas menjadi pasukan sorak untuk pasukan futsal si Evan tempoh hari, saya mendapat flu yang agak teruk. Mata berair dan terasa biji mata macam nak terkeluar dan bersin pun memanjang jer. Kepala pun terasa berat dan berpinar. Tekak pula terasa panas.
Sepanjang hari Sabtu saya menahan seksa flu tersebut dan bertahan hanya dengan menelan vitamin je. Kalo dahulu saya hanya bergantung pada ubat demam dan panadol bila jatuh sakit macam ni...huhuhu. Entah berapa banyak ubat demam dan panadol yang saya telan sepanjang hidup saya. Hanya selepas kenal Shaklee 2 tahun ni saya tidak lagi bergantung pada ubat semata-mata.
Berbalik pada cerita hari ni...flu saya sudah beransur baik pada hari Ahad lepas dan saya putuskan untuk berehat di rumah saja bersama keluarga. Dan, hari ni apabila saya melangkah keluar dari rumah saya dapat rasakan jerebu menjadi semakin tebal pula. Argghh..ini adalah amat tidak sesuai pada tekak saya yang sudah semakin baik. Dan, menjelang tengahari, bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Sri Aman adalah 128 iaitu yang tertinggi di seluruh negara..! Bacaan tersebut sudah menunjukkan tahap pencemaran uadara yang berbahaya pada kesihatan.
Berikut adalah skala bacaan Indeks Pencemaran Udara
Nilai IPU Kualiti udara
0 - 50 Baik
51 - 100 Sederhana
101 - 200 Tidak sihat
201 - 300 Sangat tidak sihat
301 - 400 Berbahaya
401 - 500 Sangat berbahaya
Lebih 501 Kecemasan, (perintah berkurung dan
Darurat boleh diumumkan oleh kerajaan)
So, stay indoor as much as possible yer..!
Jika anda memerlukan vitamin untuk anda dan keluarga boleh hubungi saya :
Pengedar Shaklee Sri Aman
♥ FB Personal: Emy Lea
♥ www.emyhealthandbeautyshop.blogspot.com
♥ FB Page: https://www.facebook.com/HealthyEden
♥ Email : evanona75@yahoo.com
♥ Call/SMS/WhatsApp :019-4675097
♥ COD Area: Sri Aman/Lubok Antu
Ambik banyak vitC. Kalau kak zai bila selsema telan satu dan satu lg gigit/kunyah.
ReplyDeleteAmbik banyak vitC. Kalau kak zai bila selsema telan satu dan satu lg gigit/kunyah.
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
DeleteYe zai..saya telan vit c selang 3 - 4 jam sekali..huhu..sebelum tido telan vit. C, B comp, vitalea dan zinc
DeleteOwh, patut lah kat tempat saya pun macam berjerebu je..
ReplyDeletebahaya jerebu ni. kawan aku kena asthma start keluar waktu jerebu tak pakai mask.
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteYep. Yg ada asma memang kena hati2 bila time jerebu ni
ReplyDeletekena lbh jaga diri..
ReplyDelete