nuffnang

Friday, September 26, 2014

Tips Diet

Di dalam merancng diet anda, pastikan anda sentiasa menyemak diet plan anda dengan yang pakar. Ini kerana, anda akan cenderung melakukan kesilapan di dalam merancang diet anda. Jika ini berlaku, maka diet plan anda tidak berkesan malahan menjadikan berat anda akan bertambah!

Antara Kesilapan yang sering dilakukan semasa diet :
1. Skip hidangan. Jangan skip mana-mana hidangan. Lagi-lagi sarapan pagi. Rugi! Sarapan tu penting untuk mencetus metabolism harian anda. Jangan tunggu sampai di ofis baru nak makan. Makan sarapan first thing in the morning. 

2. Cuma makan 3 hidangan sehari. Ini kesilapan paling besar.  3 Hidangan TAK cukup untuk  mengawal nafsu makan dan untuk tingkatkan metabolism. Paling kurang makanlah 5x sehari. Ini tak kira samada anda ingin kurang, maintain or tambah berat badan. Makan malam pun boleh as long as you budget dalam keperluan kalori seharian anda dan asalkan tiak makan terlalu lewat malam.


3. Makan tak cukup. Jangan jangan jangan tak makan. Nanti metabolism anda jatuh dan anda bukan sahaja melapar diri dan rugi pembakaran kalori. Kalau DCR anda 2,000 kalori sehari, paling kurang makan dalam 1,200 kalori. Yang penting makan kerap untuk kawal nafsu.Makan kerap dengan kuantiti yang sedikit.

4. Elak nasi.  Nasi adalah sumber karbohidrat yang baik. YES memang boleh menggemukkan kalau berlebihan tapi oats, buah atau roti pun boleh menggemukkan kalau berlebihan. Nak makan nasi, jangan lebih segenggam tangan untuk satu hidangan. 

5. Ikut diet membuta. Ramai yang suka ikut trend-trend diet terkini seperti blood type diet, aktins, high protein dan lain-lain. Bagi saya, tiada masalah mencuba tapi jangan ikut membuta. Pastikan anda faham dan mempersoalkan fakta sains di sebalik setiap diet. Macam dalam agama juga. Kita tidak ikut membuta, setiap seruan ada hikmahnya. Itu yang aya katakan awal tadi..pastikan anda sentiasa merujuk kepada yang pakar.

6. Harapkan makanan tambahan. Tiada masalah jika mengambil supplement untuk diet, TAPI jangan bergantung kepada produk-produk tersebut untuk menjadi pembela kesihatan anda. Pastikan diet keseluruhan dah baik, kehidupan yang cergas (tak semestinya bersenam) dan gabungkan dengan makanan tambahan. Barulah berkesan. 

Selamat mencuba!!

Jika anda mencari supplement untuk diet, boleh hubungi saya melalui Facebook Emy Lea atau sms/wassap ke 019-4675097

No comments:

Post a Comment