nuffnang

Friday, November 14, 2014

12 Beza Ubat Dan Supplemen Yang Wajip Kita Tahu.

Si A : "Emy, ko jual ubat kah?" 
Saya : "Eh..bukanlah..saya jual vitamin je.."
Si A : "Samalah tu ubat."
Saya : "Tak sama, ubat tu dadah..vitamin ni supplemen."
Si A : "Yalah tu.." 

Itu antara dialog yang paling selalu saya alami. Ramai yang masih tidak tahu beza ubat dengan supplemen. Okay..di sini saya bagi perbezaan di antara ubat dengan supplemen. 

UBAT (Medicine)
MAKANAN TAMBAHAN (FOOD SUPPLEMENT)
1.     Ubat adalah sangat asing di dalam tubuh badan kita dan sama sekali tidak akan menjadi sebahagian daripada tisu-tisu kita serta tidak juga menyumbang sebagai bahan-bahan berkhasiat.Makanan Tambahan pula adalah bahan berkhasiat dan semulajadi serta penting kepada tubuh badan. Jika kekurangan salah satu khasiat tersebut kita mungkin akan mati atau sengsara akibat kelemahan fungsi organ.
2.     Ubat ialah ejen-ejen bahan kimia yang kuat serta boleh mengubah atau menganggu fungsi-fungsi dan tindakan biokimia dan serta proses-proses  enzim dalam badan.Manakala, bahan-bahan berkhasiat pula bertindak membantu tindakan biokimia dan pemprosesan enzim dalam badan.
3.     Ubat juga boleh mengakibatkan kesan sampingan dan kebanyakkan kesan tersebut akan kekal dlm badan. Contohnya, pengambilan aspirin boleh menyebabkan gangguan kekal dalam perut, loya, gangguan penglihatan, gangguan mental, ruam-ruam merah, telinga berdengung, gangguan penghazaman dan akhirnya boleh menyebabkan kematian.Makanan tambahan atau supplemen yang merupakan bahan berkhasiat tidak akan menimbulkan kesan sampingan. Menggunakannya secara berlebihan menyebabkan badan hanya  terganggu untuk sementara waktu sahaja. Oleh kerana badan membina sistem-sistem enzim untuk menghadapi bahan berkhasiat, maka ianya bersedia menghadapi situasi tersebut.
4.     Ubat bertindak baik dengan hanya secara berasingan.Tindakannya boleh terganggu antara satu sama lain dan berkemungkinan meninggalkan kesan-kesan sampingan.Supplemen pula bertindak dengan lebih baik secara bersatu antara satu sama lain. Bahan berkhasiat sedia membantu antara satu sama lain ibarat rantai. Kesemuanya harus bergabung untuk menghasilkan kesan yang lebih baik.
5.     Ubat biasanya dimakan dipertengahan antara waktu makan untuk mengelakkan dipengaruhi oleh kesan daripada makanan.Supplemen pula baik diambil bersama makanan. Ianya lebih berkesan menyerap bersama makanan dan mempertingkatkan keberkesanan penghadaman serta tindakan enzim terhadap makanan yang kita makan.
6.     Ubat berkemugkinan boleh membawa maut. Salah guna atau berlebihan boleh membunuh. (kematian adalah kesan sampingan yang pasti daripada pengambilan dos yang salah)Supplemen pula adalah bahan berkhasiat yang selamat. Tiada suatu pun kenyataaan yang tercatit mengenai merbahayanya  pengambilan vitamin,zat galian dan asid amino.
7.     Pengambilan ubat dalam jangka masa panjang boleh meninggalkan kesan pada setiap orang. Tidak kira apa keadaan seseorang itu, seseorang boleh merasai kesan pengambilannya. Contohnya, pengambilan ubat tinggi darah boleh menyebabkan mata jadi rabun dan telinga jadi pekak.Supplemen sebagai bahan berkhasiat pula tidak menghasilkan tindakbalas kepada seseorang. Ianya hanya memberi kesan sekiranya bahan-bahan berkhasiat tersebut ternyata berkurangan di dalam tubuh badan.
8.     Ubat bertindak dengan cepat dan menakjubkan. Seseorang boleh merasai kesannya dalam masa beberapa minit atau jam sahaja.Supplemen pula bertindak secara beransur-ansur (perlahan-lahan) dan mengambil masa yang agak yang panjang. Kebiasaannya supplemen mengambil masa sehingga berbulan-bulan untuk mencapai kesan dan kejayaannya.
9.     Ubat merawat kesan atau tanda-tanda sakit, tetapi bukannya merawat punca sakit. Ianya hanya menutup kesakitan, disebaliknya ianya tidak memulihkan.Supplemen pula bertindak merawat terhadap PUNCA penyakit sekiranya digunakan untuk menampung kekurangan  sesuatu yang berpunca dari kekurangan sesuatu bahan berkhasiat yang tertentu. Oleh itu menambahkannya ketika mengambil makanan dapat mengatasi masalah serta kerosakan yang telah terjadi tidak akan berulang lagi.
10.           Pengambilan ubat perlu diberi pengawasan yang teliti bagi mengelakkan kelebihan sukatan yang merbahaya kesan sampingannya.Pengambilan bahan berkhasiat tidak memerlukan pengawasan yang sebegitu rapi sebagaimana pengambilan ubat-ubatan. Setiap sel badan hanya menerima bekalan bahan berkhasiat dengan terhad. Apabila keperluannya mencukupi, ia tidak akan menerimanya lagi. Risiko terlebih dose adalah rendah dan keselamatannya amatlah terjamin.
11.           Orang tua dan kanak-kanak  biasanya memerlukan ubat pada dos yang lebih rendah kerana mereka mudah mendapat kesan sampingan yang serius jika dibandingkan dengan orang muda.Orang tua memerlukan lebih banyak  bahan berkhasiat oleh kerana faktor2 kekurangan yang berlarutan begitu lama serta sistem penghadaman yang lemah.
12.           Ubat sebenarnya boleh menimbulkan penyakit lain sebagai kesan sampingan pengambilannya.Supplemen pula sedia memelihara (mengawal) badan daripada penyakit-penyakit dengan cara pertama, menguatkan sel-sel daripada serangan kuman bakteria , virus dan lain-lain. Kedua, melambatkan proses kemunduran (kelemahan organ berfungsi dengan baik) didalam badan.

Jadi secara ringkasnya :
Ubat di ambil ketika kita sakit sahaja..pengambilan ubat pada masa yang tidak perlu sudah dianggap penyalahgunaan dadah. Contohnya pengambilan ubat batuk pada masa yang tidak perlu boleh menyebabkan ketagihan.

Supplemen pula boleh diambil bila-bila masa sahaja..dan yang penting sekali adalah minum air dengan banyak semasa mengamalkan pemakanan tambahan.

Ubat mengandungi dadah yang membolehkannya  bertindak dengan cepat....

Supplement tidak menggunakan dadah tetapi mengandungi banyak vitamin-vitamin yang sihat yang digunakan untuk melawan segala penyakit....

Kesimpulannya..
Anda tahu apa yang anda inginkan..tetapi bagi saya, lebih baik mencegah daripada merawat.

Anda selalu batuk dan selsema ? Ketahui cara merawat batuk dan selsema tanpa ubat. Baca di sini....


Jika anda ada sebarang pertanyaan berkenaan supplemen Shaklee, sila hubungi


pengedar shaklee sri aman

Pengedar Shaklee Sri  Aman
 FB Personal: Emy Lea
 FB Page: https://www.facebook.com/HealthyEden
 Email : evanona75@yahoo.com
 Call/SMS/WhatsApp :019-4675097
 COD Area: Sri Aman/Lubok Antu
 Pengeposan ke seluruh negara juga disediakan


No comments:

Post a Comment