nuffnang

Wednesday, November 19, 2014

Lisyana Oh Lisyana...!

pengedar shaklee sri aman
Credit picture to Cikgu Emmet Faizal
Kisah Lisyana, seorang gadis Iban yang baru berumur 7 tahun telah menjadi satu fenomena di media internet. Kisah salah seorang pelajar muda yang tinggal di asrama di salah sebuah sekolah di Sarawak. Kisah Lisyana ini juga menjadi lambang kekentalan jiwa seorang insan yang mengenepikan semua alasan demi menimba ilmu buat bekalan di hari muka.

Si comel Lisyana ini tidak berseorangan sebenarnya. Ada ribuan lagi Lisyana di seluruh Sarawak ini khasnya dan di seluruh negara amnya. Adik Lisyana ini saya anggap masih bernasib baik kerana masih dapat bersama ibu bapa tercinta pada setiap hujung minggu. Sebenarnya, kanak-kanak asrama di tempat lain ada yang berpeluang untuk balik kampung bersama keluarga hanya pada cuti sekolah sahaja, iaitu dua kali setahun. Tidak terbayang oleh saya perasaan rindu mereka terhadap keluarga tercinta.

Jika dahulu saya mungkin tidak begitu peka akan perasan mereka, namun kini, setelah punya zuriat sendiri, saya sangat-sangat sedih dan terharu dengan situasi yang setiap keluarga ini terpaksa lalui. Bukan mudah bagi seorang ibu melepaskan anak-anak yang semuda 7 tahun untuk berjauhan dari keluarga dalam jangkamasa yang begitu lama. Anak-anak yang semuda 7 tahun terpaksa belajar menguruskan diri sendiri dari segi makan, pakai dan tidur. Hanya ibu-ibu yang berjiwa kental sahaja yang mampu berbuat begini. Saya sendiri tidak mampu melepaskan anak-anak saya berjauhan dari saya walaupun sehari.

Anak-anak ini wajar diberi penghormatan di atas kecekalan mereka untuk belajar hidup sendiri. Sanggup berpisah dengan keluarga tercinta demi mencari ilmu. Dan, guru-gurulah yang memainkan peranan sebagai ibu bapa kepada mereka. Saya teringat, suatu masa dahulu, setiap pagi sebelum kelas bermula, rutin harian saya adalah membetulkan pakaian seragam anak-anak ini. Kancing baju tak padan, zip seluar tak ditarik, kolar baju tak berlipat, seluar tak sama panjang lipatannya (gara-gara seluar terlalu panjang), butang baju dah tanggal dan segala macam jenis masalah yang berlaku pada pakaian sekolah mereka. Ada yang rambut tak bersikat, rambut panjang tidak diikat dan malahan rambut yang masih ada sabun pun saya pernah jumpa. Apa sangatlah yang kanak-kanak berumur 7 tahun ni tahu tentang kekemasan diri.

Ada kalanya kanak-kanak ini terkencing atau terberak di dalam kelas gara-gara takut memohon kebenaran dari guru untuk keluar ke tandas. Takde jawatan cleaner di sekolah waktu ini, jadi gurulah yang juga menjadi tukang cuci najis kanak-kanak tersebut. Oleh sebab itu, saya berasa amat tidak setuju  semasa timbul ura-ura kerajaan hendak menurunkan umur wajib bersekolah bagi kanak-kanak adalah 5 atau 6 tahun. Mungkin bersekolah pada usia semuda ini sudah menjadi kebiasaan kepada anak-anak di bandar, tetapi tidak di kawasan pedalaman Sarawak. Saya tidak dapat membayangkan kanak-kanak berumur 5 atau 6 tahun terpaksa tinggal di asrama dan berjauhan dari keluarga. Bagi saya, kanak-kanak pada usia ini masih boleh dianggap bayi lagi.

Bagi saya, kisah Liyana wajar diberi perhatian oleh pihak berkenaan. Ini kerana, bukan Lisyana seorang yang terpaksa berdepan situasi demikian. Pihak-pihak berkaitan haruslah mencari cara supaya kanak-kanak seperti Lisyana ini tidak perlu hidup jauh dari keluarga untuk satu jangkamasa yang sungguh lama. Mereka masih terlalu muda untuk memikul tanggungjawab untuk menjaga diri sendiri. Dan, dalam usia semuda ini, keselamatan mereka amat rapuh sekali.

Jika anda mencari supplemen yang sesuai untuk seisi keluarga, sila hubungi :
pengedar shaklee sri aman

Pengedar Shaklee Sri  Aman
 FB Personal: Emy Lea
 FB Page: https://www.facebook.com/HealthyEden
 Email : evanona75@yahoo.com
 Call/SMS/WhatsApp :019-4675097
 COD Area: Sri Aman/Lubok Antu


No comments:

Post a Comment