nuffnang

Tuesday, August 25, 2015

Tips Hadapi Flu dan Asma Tanpa Ubat

Bagi saya, apabila dijangkiti demam selsema baru-baru ni sudah cukup membuat saya sengsara. Tidak dapat saya gambarkan kesengsaraan Encik Akmal Azmi yang menghidap asma yang kronik ini. Setelah bertahun menghidap asma dan bergantung pada inhaler, akhirnya beliau berjaya melawan asma dengan mengamalkan Vivix, Omega Guard, Garlic, Vitamin C dan Nutriferon. Jom kita tonton kisah beliau.


Rawatan Asma Kronik? Inhaler Bukan Kawan Baik Dia Lagi from iReach HD on Vimeo.

Tips Hadapi Flu Tanpa Ubat


pengedar shaklee sri aman

Hujung minggu lepas, saya mengalami flu yang agak teruk. Hidung berair, mata pun rasa perit serta berair dan badan berasa seram sejuk. Ini semua gara-gara jerebu tebal yang melanda daerah Sri Aman. Bacaan IPU yang mencecah paras tidak sihat telah memburukkan keadaan saya.

Seperti biasa, saya seboleh-bolehnya mengelak untuk tidak mendapatkan rawatan di klinik. Jadi, saya cari di internet tentang tips-tips hadapi flu tanpa ubat. Saya kongsikan di sini tips-tips yang saya jumpa. Semoga memberi manfaat kepada anda semua. Selamat mencuba! 

pengedar shaklee sri aman

1. Pastikan anda berada di dalam keadaan yang hangat dan selesa. Jauhkan minuman dan makanan sejuk. Minum teh panas dan sup ayam panas boleh membantu anda berasa lebih selesa. Malahan, boleh membantu menyingkirkan kahak dengan lebih cepat melalui batuk. Selain itu, berdiri dengan rileks di bawah hot shower juga boleh melegakan hidung tersumbat dan meringankan kepala yang berat.

pengedar shaklee sri aman

2. Pastikan anda minum air yang secukupnya. Apabila kita selsema, badan kita akan mengeluarkan banyak mukus. Dan, penghasilan mukus ini menggunakan banyak cecair dalam badan. Minum air yang secukupnya juga boleh menjadikan mukus lebih cair dan senang untuk dihembus. Elakkan minum minuman berkafein dan beralkohol kerana minuman jenis ini boleh menyebabkan badan dehydration.

pengedar shaklee sri aman

3. Selsema menyebabkan anda selalu menghembus hidung yang tersumbat. Ini boleh menyebabkan kulit di bahagian bawah hidung menjadi merah, kering dan mengelupas. Sapu sedikit petroleum jelly di kawasan tersebut atau boleh gunakan tisu yang berpelembap ketika menghembus hingus.

pengedar shaklee sri aman

4. Berkumur dengan menggunakan air suam yang dicampur dengan sedikit garam juga boleh melegakan sore throat. Berkumur dua kali sehari pada awal pagi dan sebelum tidur boleh menyembuhkan  sore throat dengan lebih cepat.

pengedar shaklee sri aman

5. Anda boleh mengambil supplement untuk mempercepatkan penyembuhan selsema. Jika anda membuat keputusan untuk berjumpa doktor, pastikan anda memberitahu doktor tentang supplement yang anda ambil. Ini untuk mengelakkan sebarang reaksi ubat yang doktor bagi dengan supplement yang anda ambil. Bagi saya, supplement yang saya ambil adalah Vitamin C, Nutriferon dan Vivix daripada Shaklee. Saya berasa lebih sihat apabila mengamalkan 3 jenis supplement dari Shaklee ni. Walaupun saya tidak sembuh dalam masa yang singkat, tetapi sekurang-kurangnya saya dapat memastikan tiada bahan kimia yang masuk ke dalam badan saya.

Apabila anda mengalami selsema, cuba elakkan daripada merebak. Tutuplah muka dengan menggunakan bawah siku apabila bersin untuk mengelakkan tangan anda dicemari kuman. Sebaik-baiknya gunakan tisu untuk menutup mulut dan hidung anda dan pastikan tisu yang telah digunakan dibuang ke dalam tong sampah. Basuh tangan anda selepas itu. Elakkan berinteraksi terlalu dekat dengan orang lain. Selsema selalunya akan sembuh dengan sendirinya dalam seminggu. Jadi,bersabar lah..ambil lah langkah-langkah yang sepatutnya sehingga itu.


Jika anda memerlukan vitamin untuk anda dan keluarga boleh hubungi saya :
Pengedar Shaklee Sri  Aman
 FB Personal: Emy Lea
♥ www.emyhealthandbeautyshop.blogspot.com
 FB Page: https://www.facebook.com/HealthyEden
 Email : evanona75@yahoo.com
 Call/SMS/WhatsApp :019-4675097
 COD Area: Sri Aman/Lubok Antu




3 comments:

  1. Owh, camtu rupanya. Kalau saya selesema biasanya cuma banyakkan minum air masak je..

    ReplyDelete
  2. Yep arpiz..natural remedy is better than med

    ReplyDelete