Bila disebut tentang pemakanan sihat, definisi pemakanan yang sihat mungkin berbeza mengikut pandangan individu masing-masing.
- Mengetahui dengan lebih mendalam tentang kepejalan otot dan penurunan berat badan. Siri senaman anda hendaklah seiring dengan program pemakanan untuk mendapatkan hasil yang ketara. Ada orang berpendapat bahawa jika bekerja kuat maka mereka boleh makan apa sahaja yng mereka mahu, yang mana ini adalah satu pemahaman yang salah. Apa yang kita makan akan menentukan samada program latihan kecergasan yang kita amalkan akan menunjukkan hasil yang kita mahu ataupun sebaliknya. Jadikan diri sendiri gedung ilmu tentang pemakanan sihat dengan mendapatkan khidmat nasihat daripada pakar pemakanan bertauliah.
- Bersedia untuk menghadapi hari-hari pertama latihan, anda akan berasa macam tidak sihat. Penurunan paras gula di dalam badan secara mendadak boleh menyebabkan anda menjadi pening atau pitam. Mulakan diet anda dari awal dengan menggantikan makanan segera dengan makanan yang lebih sihat supaya badan anda lebih bersedia apabila memulakan latihan kecergasan tersebut.
- Belajar untuk memasak. Memasak dan makan di rumah adalah cara diet yang lebih berkesan berbanding dengan jika anda kerap makan di luar. Ini kerana jika anda makan di luar, anda tidak ambil peduli tentang apa yang anda makan kerana anda hanya mementingkan rasa makanan yang sedap sahaja! Anda ingat anda telah memilih makanan yang sihat sedangkan realitinya makanan yang anda pilih itu padat dengan lemak dan kalori!
***jika anda berminat menjadi ahli shaklee atau inginkan penerangan lebih lanjut, atau ingin membeli anda boleh hubungi saya melalui :_ EMELIA ANAK JUMOI SID 994434 call/sms/whatsapp : 019-4675097 atau, jika anda berminat untuk berjumpa atau mendapatkan produk shaklee ini, saya adalah pengedar aktif shaklee di SRI AMAN, SARAWAK….POS SELURUH MALAYSIA, BRUNEI, SINGAPORE….