MASALAH GASTRIK SEBAB ALERGIK UDANG KINI TIADA LAGI
Saya seorang ibu kepada 4 orang anak yg berumur daripada 10 hingga 4 tahun. Saya juga seorang guru yang berumur 42 tahun. Dan ini adalah kisah testimoni saya yang konsisten amalkan ESP, Vitamin B Complex, Vitamin C dan juga Alfalfa.
.
Saya mula-mula kena gastric semasa saya mengandung anak sulung (2007). Dan, gastrik saya hanya menyerang jika saya ada makan udang. Sebelum kahwin saya takde masalah pun jika makan udang. Malahan, udang adalah makanan favorite saya, terutamanya udang sungai. Mungkin perubahan hormon semasa mengandung menyebabkan badan saya tak boleh nak terima udang. So, dipendekkan cerita, saya terpaksa berpantang makan udang sepanjang masa mengandung tu.
Selepas melahirkan anak sulung, kira-kira umur anak sudah lebih 6 bulan, saya cuba lagi makan udang. Sekali lagi saya diserang gastrik yang teruk. Yang mana jika saya telan Trisilox pun tak jalan.
Mengerekot la saya kat tilam sepanjang hari. Last-last saya telan 2 biji panadol dan 2 biji Trisilox, barulah lega sikit sakit perut tu. Tetapi, dalam masa 2 hingga ke 3 hari tu, memang saya langsung tak boleh silap makan.
Contohnya, saya kena makan bubur..tak boleh makan nasi biasa. Itupun dlm kuantiti yg sedikit. Tak boleh juga makan makanan yg pedas dan juga berminyak. Kalau over makan atau tersalah makan, maka gastrik akan kembali datang menyerang dan saya akan terlantar menahan sakit yang hanya Tuhan saja yang tahu sakitnya macamana.
Oleh kerana sudah berasa serik dengan kesakitan gastrik, maka saya lebih rela untuk berpantang daripada makan udang sampai bila-bila.
Semasa hamil anak ke 4 (2012), saya mula mengamalkan vitamin Shaklee. Antara yg saya amalkan masa tu adalah ESP, Vitamin C dan Vitamin B. Selepas bersalin hingga tamat berpantang, saya amalkan Alfalfa selain daripada vitamin-vitamin yg saya amalkan sebelum ini.
Apabila anak saya berumur 2 tahun, sekali lagi saya cuba untuk makan balik makanan kegemaran saya sejak dari zaman anak dara lagi. Dan, saya terkejut bila selepas makan udang tu perut saya okey je. Takde tanda-tanda akan diserang gastrik.
Selang seminggu kemudian, saya cuba lagi makan udang, pun masih sama, tiada lagi diserang gastrik. So, dari situlah saya sedar yang vitamin Shaklee yang saya amalkan itu telah menyebabkan gastrik saya sembuh walaupun pada awalnya niat saya untuk amalkan Shaklee adalah untuk breastfeeding.
Jadi, sampai hari ini, setelah anak no. 4 saya berumur 4 tahun, saya masih amalkan Shaklee. Dan, kepelbagaian vitamin yg saya dah cuba pun makin bertambah. Hampir semua vitamin Shaklee sudah saya cuba.
Malahan, anak-anak dan suami pun saya suruh dorang amalkan vitamin Shaklee setiap hari. Dan, sehingga ke hari ini saya amat yakin dengan kualiti vitamin Shaklee. Terima kasih Shaklee.
Untuk lebih banyak lagi Shaklee Story, sila klik sini
No comments:
Post a Comment