nuffnang

Saturday, May 2, 2015

Atasi Masalah Sakit Perut Akibat Salah Makan

Pernah tak korang rasa tetiba ja sakit perut? Sakit perut yang rasa sakit teramat sangat, disertai rasa mual, loya dan cirit-birit? Bagi yang pernah merasainya tentu paham akan rasa seksanya sakit perut. Orang kata, sakit nak bersalin adalah kesakitan yang paling sakit sekali...tetapi tidak bagi saya. Sakit perut yang tiba-tiba itulah yang paling menyakitkan bagi saya.

Itulah yang saya alami petang tadi. Dipendekkan cerita, tengahari tadi kami sekeluarga makan tengahari berlaukkan udang galah masak tomyam putih. Saya memang suka makan udang dan udang galah masak tomyam putih adalah pertama kali saya rasa. Saya makan lebih kurang 4 ekor udang yang bersaiz sederhana dan kuah tomyam tu pula saya hirup sampai hampir kering. Memang sedaplah udang galah masak tomyam putih. Balik dari makan tengahari tu saya terlelap seketika. Sebaik terbangun dari tidur, saya rasa perut mula memulas-mulas. Saya masuk tandas tiga kali, muntah angin entah berapa kali dan perut saya berasa amat sakit.
Saya fikir kalau saya dihantar ke klinik sekalipun mungkin saya akan terpengsan di dalam perjalanan. Jadi, saya  gagahkan diri untuk menelan 3 biji Peppermint-Ginger Plus. Dalam lima minit macam tu, saya sudah mula berasakan sakit perut sudah mulai berkurangan. Mual pun tidak ada lagi, sebaliknya saya sendawa dua tiga kali. Tetapi saya mula merasakan sakit di hulu hati. Ikut pengalaman saya yang biasa kena gastrik dulu-dulu tu, sakit pada hulu hati adalah petanda awal gastrik menyerang. Jadi, saya gagahkan diri untuk bancuh ESP dan terus minum. Saya berbaring seketika dan merasa lega kerana sakit perut yang saya alami tadi sudah mulai beransur hilang. Cuma saya masih terasa sedikit lemah kerana cirit-birit tadi kot. Takpe, nanti saya minum Perfomance Drink pula untuk dapatkan balik cecair yang hilang dari badan saya.
Apa yang saya nak kongsikan di sini adalah bagaimana hidup saya berubah setelah mengenali Shaklee. Saya tidak lagi terlalu bergantung kepada ubat-ubatan hospital. Saya bukan anti ubat-ubatan yang pihak hospital beri, cuma ada masanya sakit yang kita alami, kita boleh atasi sendiri dengan cara semulajadi. Bak kata Dr. Forrest C Shaklee, alam semulajadi dan manusia adalah saling bergantung. Masalah yang manusia hadapi, alam semulajadi ada jawapan nya dan begitulah sebaliknya.


Jika anda ada sebarang pertanyaan sila hubungi saya, Pn. Emy.

Pengedar Shaklee Sri  Aman
 FB Personal: Emy Lea
 FB Page:Healthy Eden
 Email : evanona75@yahoo.com
 Call/SMS/WhatsApp :019-4675097
 COD Area: Sri Aman/Lubok Antu

No comments:

Post a Comment