nuffnang

Saturday, February 20, 2016

Masalah Hypertiroid : Simptom-simptom Dan Cara Mengatasinya.

Tiroid adalah satu kalenjar kecil yang terletak di bahagian leher yang berfungsi untuk menghasilkan hormon Tiroid. Hormon Tiroid ini pula berfungsi untuk mengawal pelbagai aktiviti metabolik dalam badan seperti kadar pembakaran kalori dan juga kadar denyutan jantung. Oleh itu, masalah pada kalenjar tiroid ini akan menyebabkan gangguan pada kadar perembesan hormon Tiroid iaitu akan menjadi sama ada terlalu sedikit (Hypotiroid) atau terlalu banyak (Hypertirod).


Hypertiroid adalah keadaan di mana pengeluaran hormon Tiroid secara berlebihan daripada kadar yang diperlukan oleh tubuh. Kesan daripada rembesan hormon Tiroid yang berlebihan ini akan meningkatkan aktiviti tubuh seperti peningkatan kadar metabolisme. Hypertiroid juga meningkatkan risiko untuk mengalami Osteoporosis atau masalah tulang rapuh. Masalah Hypertiroid ini juga jika dibiarkan boleh menjadi penyebab kepada masalah jantung .

Antara Simptom-simptom Hypertiroid adalah :

  1. Kekurangan berat badan kerana kadar metabolisme yang tinggi
  2. Kadar denyutan jantung menjadi laju
  3. Rasa cemas
  4. Sukar tidur
  5. Berpeluh dengan banyak
  6. Selalu berasa panas walaupun orang di seliling berasa sejuk
  7. Haid yang sedikit
  8. Cirit-birit
  9. Mata menjadi besar (bulging eyes)
  10. Bengkak pada leher

Antara cadangan Suplement Shaklee untuk Hypertiroid adalah:
  1. Vivix - Melindungi serta memperbaiki sel DNA manusia
  2. SR Vitamin C 500mg - Menyokong sistem imun pengidap Hypertiroid
  3. Vitalea - Membekalkan vitamin dan mineral yang seimbang pada baan
  4. Ostematrix - Membekalkan sumber kalsium untuk pengidap Hypertiroid yang mudah kehilangan kalsium dari badan.
  5. Omega Guard - memperbaiki fungsi kalenjar yang betul dan mengurangkan pembengkakkan pada kalenjar.


Sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee boleh menghubungi saya terus melalui mana-mana cara di bawah:

HUBUNGI SAYA :

FB : EMY LEA
Fan Page : Tips Keluarga Sihat
Email : evanona75@yahoo.com
Call/Sms/Wassap/Telegram : 019-4675097
ID Shaklee : 994434

Friday, February 19, 2016

Simptom-simptom Awal Pengidap Hypotiroid

Hypotiroid adalah keadaan di mana badan tidak mendapat hormon tiroid yang mencukupi. Oleh kerana fungsi utama hormon tiroid ini adalah untuk memastikan sistem metabolisme badan "bekerja" dengan sempurna maka orang yang mengalami masalah "slow" sistem metabolisme berkemungkinan menghadapi masalah hypotiroid.

Di peringkat awal, penghidap hypotiroid mungkin tidak menyedari diri menghadapi masalah hypotiroid kerana simptom-simptom awal penyakit ini adalah seperti keletihan biasa yang mungkin disalahertikan sebagai tanda-tanda biasa stress atau penuaan. Simptom-simptom ini terjadi kerana kalenjar tiroid mulai tidak dapat mengeluarkan hormon tiroid yang mencukupi.

Antara Tanda-tanda Badan Kekurangan Hormon Tiroid
  • Keletihan
  • Mudah berasa sejuk
  • Berat badan mudah bertambah
  • Depression
  • Lemah daya ingatan
  • Tidak dapat berfikir dengan jelas
  • Kuat tidur
  • Sakit kepala pada waktu pagi yang biasanya akan hilang sendiri apabila hari makin lewat
  • Masalah sakit, bengkak dan kejang pada sendi dan otot.
  • Bengkak pada muka terutamanya di sekitar mata.
  • Bengkak pada lidah
  • Suara bertambah garau, masalah pertuturan dan masalah pendengaran
  • Mengalami pendarahan yang banyak semasa haid.
  • Perubahan pada kulit seperti sejuk dan pucat, kering dan gatal, kasar serta bersisik, kedutan di muka (laugh lines)
  • Hujung kuku mudah pecah dan lambat panjang
  • Rambut menjadi rapuh, kasar serta mudah gugur
  • Bulu kening menjadi nipis dan mudah gugur
  • Denyutan jantung menjadi perlahan
  • Mudah sesak nafas apabila bersenam
  • Lemah tubuh badan
  • Tekanan darah tinggi
  • Bacaan kolesterol menjadi tinggi
Hypotiroid juga boleh terjadi di kalangan kanak-kanak dan juga remaja. Jika anak-anak anda mengalami simptom-simptom seperti di bawah, anda boleh membawa anak-anak anda ke hospital yang berhampiran untuk mendapatkan pemeriksaan yang selanjutnya.
  • Masalah tumbesaran yang terhenti lebih awal (bantut)
  • Lambat mengalami akil baligh
  • Pendarahan yang teruk semasa haid
  • Mengalami masalah pembelajaran kerana daya ingatan mereka yang lemah
  • Mengalami keletihan yang melampau
Antara Cadangan suplement Shaklee bagi Hypotiroid adalah :
  1. Vivix - perbaiki sebarang kekurangan pada sel.
  2. Alfalfa Complex - kaya dengan iodin yang merupakan bahan asas pada hormon tiroid
  3. Vitalea Iron Formula - Sumber lengkap vitamin dan mineral yang diperlukan oleh badan
  4. SR Vita C 500mg - Hanya dos yang diperlukan
  5. Ostematrix - mengurangkan PMS dan sakit otot
  6. Omega Guard - memperbaiki fungsi kalenjar tiroid
  7. B Complex - mengurangkan stress dan membekalkan tenaga


Sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee boleh menghubungi saya terus melalui mana-mana cara di bawah:

HUBUNGI SAYA :

FB : EMY LEA
Email : evanona75@yahoo.com
Call/Sms/Wassap/Telegram : 019-4675097
ID Shaklee : 994434

Thursday, February 18, 2016

Masalah Buasir dan Cadangan Supplement Untuk Atasi Masalah Buasir

Masalah buasir adalah masalah yang biasa didengari. Buasir adalah satu keadaan di mana urat yang terdapat pada saluran dubur membengkak dan menyakitkan. Namun begitu, ia bukanlah suatu perkara yang serius cuma menyebabkan ketidakselesaan kepada penghidapnya.

Terdapat 2 jenis buasir...

1. Internal hemorrhoid (Buasir Dalaman) - terjadi apabila urat membengkak di dalam dubur.
2. External hemorrhoid (Buasir Luaran) - urat membengkak berhampiran dengan permukaan dubur.

Punca-punca Buasir

* Terlalu banyak tekanan di kawasan pelvis dan rektum (sewaktu membuang)
*Cirit-birit atau sembelit akan menyebabkan anda meneran terlalu kuat dan meningkatkan tekanan urat di dalam kawasan dubur.
* Wanita hamil berisiko mendapat buasir apabila usia kandungan mencecah 6 bulan ke atas.
* Meneran sewaktu bersalin juga boleh menyebabkan buasir menjadi lebih teruk.
* Berat badan berlebihan boleh membawa kepada buasir.

Simptom-simptom buasir

* Pendarahan semasa pergerakan usus
* Gatal-gatal
* Sakit di bahagian dubur (terasa sakit ketika ingin membersihkan)

Cadangan supplement yang boleh membantu mengurangkan masalah buasir.

Omega Guard
* Untuk membantu pengecutan otot dan urat yang bengkak.
* Baik untuk sendi dan otot.

Zinc Complex
* Membantu menyembuhkan luka di dlam bahagian dubur dengan lebih cepat.

Ostematrix
* Membantu mengurangkan sembelit
*Melancarkan pembuangan air besar
* Memberi keselesaan kepada anda apabila mengalami luka di bahagian dubur.

Jangan biarkan kesengsaraan anda berlarutan. Dapatkan suplement yang anda perlukan hari ini juga. Salam Sayang.





 Anda juga boleh sms atau wassap terus ke nombor 

0194675097



Wednesday, February 17, 2016

BAGAIMANA VIVIX MEMBANTU masalah lelaki yang mati pucuk?

Vivix vs mati pucuk???
=================================
VIVIX bukan sahaja alternatif terbaik untuk melawan penyakit Diabetis, Tekanan Darah Tinggi dn lain-lain penyakit mahal, VIVIX juga adalah alternatif untuk memperbaiki masalah yang paling ditakuti oleh kaum Adam. BAGAIMANA VIVIX MEMBANTU masalah lelaki yg mati pucuk? Resveretrol yang terdapat di dalam cecair pekat VIVIX adalah antioksidan yang paling power.

Viagra vs VIVIX ????
===================
Cara VIVIX bertindak berbeza daripada cara Viagra bertindak. Viagra bertindak dengan meluaskan salur darah area penis. Manakala resveretrol di dalam VIVIX pula meningkatkan pengeluaran nitrik oksida. Nitrik oksida ni pula adalah bahan yang membantu salur darah untuk mengembang dan memudahkan aliran darah di seluruh badan (bukan pada satu bahagian tu je). Kalau Viagra ni expand salur darah yang kecik je, resveretrol pula boleh buat lebih daripada itu iaitu sehingga ke arteri utama. Bila takde masalah tersumbat bahagian salur darah kat situ, maka masalah mati pucuk boleh dibantu dengan VIVIX. Bonusnya pula, salur darah kat jantung apa semua tu pun ikut lancar sama. Jadi, bolehlah nikmati hidup yang lebih berkualiti dan sihat tanpa segala macam jenis penyakit mahal.

Sekian berita baik untuk kaum Adam di luar sana.




 Anda juga boleh sms atau wassap terus ke nombor 

0194675097

Saturday, February 13, 2016

Tiada Masalah Sakit Sendi Di Usia Senja

Tiada istilah terlewat jika kita benar-benar ingin menjaga kesihatan. Penjagaan kesihatan seawal umur belasan tahun adalah amat baik sekali tetapi berapa ramai yang punya kesedaran untuk menjaga kesihatan ketika usia masih muda. Jom kita baca kisah tentang Puan Sabariah ni yang mulai mengamalkan supplement sejak dari umur belasan lagi. Apa aktiviti yang beliau lakukan ketika usia menginjak 73 tahun amatlah mengagumkan.
=============================================================================================

NOVEMBER 2015
TESTIMONI 42 : SABARIAH BINTI ABDUL RAHMAN
Assalamualaikum w.b.t.
Saya Sabariah binti Abdul Rahman, baru berusia 73 tahun dan mempunyai 4 orang anak (4 lagi telah tiada akibat keguguran ) serta 10 orang cucu.

Sejak remaja, saya sangat mementingkan aspek kesihatan dan apabila memasuki alam pekerjaan saya sangat berdisiplin dalam pengambilan suplemen dari pelbagai jenama. Alhamdulillah, sehingga kini saya tiada masalah kesihatan yang teruk melainkan sakit tulang belakang serta sedikit darah tinggi yang baru sahaja dikesan 3 minggu yang lepas.

Saya mengenali Shaklee di Malaysia semenjak saya masih bekerja di awal umur 30-an, kira-kira pada tahun 1980an. Sehiggalah saya menjadi pengguna tegar semenjak tahun 2012 apabila anak saya Azlinda Ismail mula berdaftar sebagai pengedar Shaklee. Saya bermula dengan Vivix, diikuti dengan SR Vita C, Collagen Powder, Ostematrix, Omega Guard, Advanced Joint Health Tablet, Carotomax, GLA Complex, Garlic Complex dan beberapa jenis suplemen yang lain.

Sakit sendi yang saya alami semakin berkurang. Rasa berpasir dalam mata turut hilang dengan pengambilan suplemen ini secara konsisten. Saya juga tak menyangka, ramai kawan-kawan menegur jeragat di pipi semakin pudar dan sering berkongsi rahsianya.

Pada tahun 2014, saya berangkat sendirian ke Glasgow untuk melawat anak ketiga dan keluarga yang menyambung pengajian di sana. Penerbangan di awal pagi Hari Raya Aidilfitri membolehkan saya menyambut Aidilfitri di Malaysia, Dubai dan seterusnya di Glasgow! Saya tak lupa membawa Vivix sebagai keperluan utama, SR Vita C dan Omega Guard sebagai pelindung dari selesema memandangkan cuaca yang terlalu sejuk sepanjang masa di Scotland. Tambahan pula saya berada di sana selama hampir 6 bulan, dan saya sentiasa berharap diberikan kesihatan sepanjang pemergian saya.

Awal tahun 2015, Allah berikan saya kesihatan dan peluang untuk saya bercuti dengan anak-anak di Glenshee, bermain salji dan sledge walaupun pada usia begini. Vivix menjadikan saya muda dari dalaman dan itulah usaha saya supaya sentiasa sihat selain berdoa kepada Allah s.w.t.. Vivix mudah dibawa kemana sahaja, ringan dan kecil tetapi padat dengan semua keperluan!

Saya sayang Vivix.
Saya bersyukur diperkenalkan dengan Vivix dan suplemen lain.
Di usia begini, saya pastinya mahu meniti saki baki usia saya dengan sihat, supaya saya mudah beribadat dan tidak perlu hanya terlantar kesakitan. Pesanan saya, anda yang masih muda, jangan lupa menjaga kesihatan dan konsisten dalam pengambilan suplemen yang berkualiti. Tak lupa pada yang masih ada ibu bapa, elakkan mereka menderita kesakitan di hari-hari emas mereka.
Sekian wink emotico
=============================================================================================




 Anda juga boleh sms atau wassap terus ke nombor 

0194675097

Sunday, February 7, 2016

Cara Atasi Masalah Anak-anak Selalu Demam

Kesihatan Anak-anak Adalah Kebahagiaan Seorang Ibu

Dalam keadaan cuaca yang sangat tidak menentu seperti sekarang ini, anak-anak kita amat mudah terdedah kepada masalah kesihatan. Batuk, demam dan selsema sangat mudah merebak dalam keadaan cuaca panas dan hujan yang sentiasa bersilih ganti dalam satu hari. Selain memastikan anak-anak sentiasa dalam keadaan bersih, sebagai ibu adalah menjadi tanggungjawab kita untuk menyediakan badan mereka agar dapat menghalang penyakit daripada mudah menjangkiti mereka.

Tiada yang lebih merisaukan hati seorang ibu selain daripada tahap kesihatan anak-anaknya. Apabila anak-anak jatuh sakit, sebagai seorang ibu, saya akan merasa risau yang teramat sangat. Adakalanya saya akan menangis apabila melihat keadaan mereka yang lemah dan tidak cergas seperti selalu. Anak-anak saya jenis yang sangat aktif dan kuat berpeluh. Apabila mereka jadi pasif dan tidak berpeluh, saya tahu itu adalah tanda-tanda awal yang mereka sebenarnya tidak sihat. Pengalaman sebagai seorang ibu dari 9 tahun yang lepas mengajar saya tidak menunggu sehingga mereka benar-benar jatuh sakit. 


Sebaik saya sedar akan keadaan mereka, saya akan memberikan mereka Nutriferon. Walaupun jika hanya seorang pun daripada anak-anak saya yang menunjukkan tanda-tanda tidak sihat tersebut, saya akan memberikan semua anak-anak saya Nutriferon. Caranya, dua sachet Nutriferon akan saya bancuh dengan kira-kira 4 sudu makan. Kemudian saya akan bahagi kepada 4 bahagian anak-anak akan mendapat kira-kira sesudu makan seorang. Senangkan...?



RM181.25

Dan, setakat ini, saya hanya perlu berikan mereka Nutriferon ini selama 4 hari berturut-turut untuk mereka kembali seperti sediakala.



  RM181.25


***jika anda berminat menjadi ahli shaklee atau inginkan penerangan lebih lanjut, atau ingin membeli anda boleh hubungi saya melalui :_  

EMELIA ANAK JUMOI SID 994434 call/sms/whatsapp : 019-4675097 atau, jika anda berminat untuk berjumpa atau mendapatkan produk shaklee ini, saya adalah pengedar aktif shaklee di SRI AMAN, SARAWAK….POS SELURUH MALAYSIA, BRUNEI, SINGAPORE….

Wednesday, January 6, 2016

17 KELEBIHAN ZINC

17 KELEBIHAN ZINC

Zinc ni biasanya dikaitkan dengan kesuburan lelaki & keguguran rambut... tapi Zinc sebenarnya sangat banyak khasiat dan faedahnya utk kesihatan kita.

Jom kita semak khasiat2 dan kelebihan Zinc.

1. MASALAH JERAWAT: Kajian telah menunjukkan zink berkesan untuk menyembuhkan jerawat. Ia lebih baik dari penggunaan antibiotik.

2. EKZEMA: Ekzema atau ectopic dermatitis antaranya disebabkan oleh kekurangan zink dalam badan.

3. MENYEIMBANGKAN HORMON : Zinc mengawal selia jumlah testosteron di dalam badan.

4. KESIHATAN KULIT : zink berkait rapat dengan sintesis kolagen yang membantu dalam menormalkan jumlah minyak kulit dan mengekalkan kulit yang sihat.

5. PENYEMBUHAN LUKA: Kekurangan zinc menyebabkan lambat penyembuhan luka. Badan manusia mempunyai beberapa enzim yang bergantung pada zink, yang menggalakkan sintesis kolagen yang seterusnya membantu dalam penyembuhan luka.

6. GANGGUAN PROSTAT: Zink sangat penting dalam menangani gangguan prostat. Kekurangan zink menyebabkan pembesaran kelenjar prostat dan menjadikannya terdedah kepada kanser . Ia adalah dinasihatkan untuk mengambil 15mg zink setiap hari, di bawah pemerhatian rapi perubatan, apabila mengalami masalah prostat.

7. MENURUNKAN BERAT BADAN: Zink memainkan peranan utama dalam penurunan berat badan dan mengawal selera makan.

8. KEHAMILAN: Ia adalah penting untuk pembaikan dan fungsi DNA. Ia diperlukan untuk pertumbuhan cepat sel-sel dan membangunkan unsur-unsur utama sel semasa kehamilan.
   
9. KESUBURAN & PEMBIAKAN: Bagi lelaki, zink membantu dalam spermatogenesis dan pembangunan organ-organ seks. Sementara di kalangan wanita, ia membantu dalam semua fasa pembiakan, termasuk peringkat kelahiran dan penyusuan.

10. FUNGSI BIOLOGI: Zink memainkan peranan penting dalam banyak fungsi biologi seperti pembiakan, kawalan penyakit kencing manis, tahap stres, rintangan imun, bau dan rasa, pertumbuhan fizikal, selera makan dan penghadaman.

11. MENGAWAL JANGKITAN : Zink membantu dalam melindungi daripada gangguan berjangkit dan jangkitan kulat termasuk paru-paru dan konjunktivitis.

12. ANTIOKSIDAN: Zink bertindak sebagai antioksidan dan pada dasarnya terlibat dalam beberapa tindak balas biokimia yang tegas, yang termasuk sintesis protein, fungsi enzim dan metabolisme karbohidrat .

13. ENZIM: Zink merupakan komponen beberapa enzim yang membantu dalam pertumbuhan sel, sintesis protein, tahap hormon, DNA, mengawal selia transkripsi gen, metabolisme tenaga dan lain-lain faedah kesihatan yang berkaitan dengan zink.

14. KELESUAN KRONIK: Orang yang mengalami keletihan yang kronik dicadangkan untuk mengambil makanan yg kaya dengan zink.

15. BOTAK: Botak menyebabkan kehilangan rambut bagi kanak-kanak dan orang dewasa. Pemulihan yang disyorkan oleh doktor kepada orang yang mengidapinya ialah dengan pengambilan diet yang kaya dengan kandungan zink. Terdapat pelbagai kapsul yang kaya dengan zink, jadi ubat-ubatan yang kaya dengan zink akan membantu mencegah keguguran rambut

16. KEMEROSOTAN TULANG: Ia adalah penyakit apabila tulang menjadi lemah dan rapuh. Zink adalah komponen hydroxyapatite iaitu garam dan membuat matriks tulang yang kuat dan keras. Oleh sebab ini, kandungan zink perlu ditambah dalam pelan diet anda untuk mengelakkan kehilangan tulang.

17. RABUN MALAM: Pengambilan kira-kira 150-450 mg Zink akan memperbaiki penglihatan. Jadi, adalah sentiasa dicadangkan untuk mengambil makanan seperti daging lembu, kambing, tiram, ketam kerana ia kaya dengan kandungan zink dan akan memperbaiki penglihatan mata.

Haaa sesiapa yang ada masalah di atas, sila lah ye... Zinc bulan ni beli 4 dengan harga 3 botol.

Untuk oder sila hubungi 0194675097 


Sunday, January 3, 2016

Vivix Membantu Pertuturan Pesakit Stroke Kembali Sempurna

Selamat Tahun Baru 2016 kepada semua yang sudi singgah di teratak comel saya ni. Sebagai memulakan kembali penulisan saya ni...saya mulai dengan kisah-kisah magic yang berkaitan dengan Vivix.

Kisah yang pertama ni adalah tentang seorang isteri yang mana suaminya telah mengalami stroke hingga mengganggu pertuturan beliau. Jom kita baca kisah Puan Hafza Aein ni.

=================================

Assalammualaikum..

Saya Hafza Aein.. yang berkongsi cerita mengenai suami saya yang mengalami stroke dan juga masalah percakapan. Stroke yang dia alami boleh saya kategori sebagai stroke pendarahan. Tapi setelah menggunakan produk Shaklee iaitu VIVIX, Alhamdulillah suami semakin pulih.
.

Tanggal 28 April 2014...suami mengalami masalah stroke dimana doktor mengesahkan pembengkakan otak kiri yang menjadi bengkak dengan cepat. Ya Allah...hanya Allah je yang tahu macam mana perasaan saya time tu.
.

Doktor membuat keputusan hanya pembedahan pembukaan tempurung kepala sahaja yang dapat menyelamatkan nyawa suami. Tanpa berfikir panjang, saya bersetuju untuk suami dibedah kerana tiada pilihan lain. Kalau ada pun, besar kemungkinan boleh menjadi risiko yang paling besar.
.

1 MEI 2014.. Jam 4 pagi suami masuk ke dewan pembedahan dan pakar memberitahu saya pembedahan ni merupakan major operation. Saya redha dengan segala kemungkinan yang berlaku.

Jam 8pg.. berita yang ditunggu telah tiba. Alhamdulillah..suami selamat menjalani pembedahan dan ditempatkan di Unit Rawatan Rapi untuk pemantauan doktor.
.

4 MEI 2014..keadaan suami masih lagi tidak sedar dan doktor telah memberitahu saya yang sel-sel otak di bahagian otak kiri telah mati dan ada 3 kemungkinan yang terjadi pada suami..

1- tidak dapat mengingat sape dia dan ahli keluarga...
2- boleh mengingat tapi cepat lupa..
3- masalah pertuturan..
.

Saya menjadi bimbang selepas itu. Apa yang saya harapkan lepas suami sedar dia akan mengingat semua ahli keluarga sendiri dan Alhamdulilah.. Allah Maha Besar.. bila dia dah sedar dia masih lagi ingat akan kami sekeluarga.
.

Cuma yang menjadi masalah bila setiap pertuturan dia menjadikan kami tidak faham. Tapi tak apa.. saya ingat lagi dengan produk VIVIX. Saya baca setiap testimoni pasal stroke ni.. apakah kesan dia bile dia makan dan apakah boleh pulih dengan minumnya.
.

Saya cuba bagi dia setiap malam dengan 1 sudu kecil dan berdoa setiap kali saya bagi pada dia untuk pulihkan sel-sel yang dah mati di otak dia sebab otak kiri merupakan otak untuk bertutur dan mengira.

Alhamdulillah setelah hampir setahun saya berikan VIVIX pertuturan suami semakin pulih dan doktor pun puji suami nampak semakin berseri-seri dan makin banyak cakap.. Hahaha.. suka saya mendengarnya bila doktor cakap macam tu.
.

Terima kasih Shaklee telah membantu menyembuhkan suami saya dan keluarga. Terima kasih juga pada upline saya yang memahami keadaan saya dan memberi cadangan ambil VIVIX untuk bantu pulihkan suami saya.

I love Shaklee...

(BEFORE) Keadaan suami pada bulan MEI 2014
(AFTER) Keadaan suami selepas setahun menggunakan Vivix.

Sila share cerita saya ni supaya dapat membantu pada mereka yang mengalami masalah yang sama.