nuffnang

Showing posts with label KEHAMILAN. Show all posts
Showing posts with label KEHAMILAN. Show all posts

Sunday, February 19, 2017

Set Berpantang Shaklee

Setiap pasangan yang berkahwin pastinya mengimpikan untuk memiliki zuriat. Dan, kehadiran zuriat pertama pastinya amat ditunggu-tunggu oleh setiap pasangan yang berkahwin. Insan yang paling teruja serta nervous menerima berita gembira tersebut pastinya si bakal ibu kerana bakal menempuh pengalaman baru iaitu proses kehamilan, bersalin dan juga berpantang. Maka, bermulalah pencarian bakal ibu untuk mencari set berpantang terbaik untuk dirinya sendiri.

Disini saya ingin berkongsi kisah seorang ibu yang baru menimang cahayamata pertamanya dan berpantang dengan Set Berpantang Shaklee. Ikutilah kisah Puan Nadimah Muhammad yang berpantang menggunakan Set Berpantang Shaklee. Antara vitamin yang Puan Nadimah amalkan semasa berpantang adalah vitamin B Complex, Zinc Complex, Vitalea, Ostematrix, Vitamin C, Omega Guard dan Vivix.

=============================
[SIHAT, BERTENAGA DAN SUSU BANYAK DENGAN SHAKLEE MEMENUHI IMPIAN SEMUA IBU BERPANTANG]

Hai semua. Assalamualaikum!

Nadim nak share sikit pengalaman berpantang anak yang pertama ni dengan set berpantang Shaklee.

Sebenarnya set yang Nadim ada untuk berpantang ni adalah set vitamin yang memang Nadim dah makan sejak 3 tahun lepas lagi.

Tapi sebab baru first time mengandung kan, so lagi konsisten la Nadim ambik setiap vitamin tu. Tak nak la pulak jadi apa-apa kat anak.

Lagi-lagi sejarah keturunan keluarga belah arwah mak Nadim memang banyak and hampir semuanya GDM masa mengandung yang terus lekat diebetes sampai akhir hayat dan keguguran banyak-banyak kali. And Nadim BEBAS GDM!

Masa berpantang Nadim ada vitamin B complex, zinc complex, vitalea, oste, vitamin C dan Omega guard. Tambah 1 lagi vivix yang memang Nadim beli khas untuk berpantang. Masa ni belum lagi minda terbukak untuk minum ESP yang super famous tu.

Alhamdulillah berkat konsisten makan setiap hari vitamin-vitamin ni, hasilnya luka Nadim cepat baik. Cepat bercantum elok cumanya benang jahitan tu je lah rasa tak selesa.

Daripada dalam ward lepas bersalin lagi Nadim dah ada susu yang warnanya sangat kuning dan pekat. Zayyad dah menyusu daripada minit-minit pertama dia lahir lagi dan masa tu dia sangat bersih walaupon belum dimandikan.  Menjadi ibu kepada anak yang pertama ni jadi igauan ramai ibu-ibu, TAKUT TAKDE SUSU!

Tapi alhamdulillah,  sejak daripada awal lagi memang dah follow bab penyusuan susu ibu. Segala ilmu dah dikorek dan hanya tinggal apply je. Dan alhamdulillah juga, berkat kerajinan dapatlah 2 tong nasi besar bawak balik EBM frozen stock selepas 2 bulan berpantang kat kampung. Zayyad takde jaundis yer walaupon Nadim darah O.

Nadim berpantang dengan inlaw yang mana tak bagi makan buah pon masa pantang. Bayangkan nutrisi apa je yang ada. Karbohidrat dari nasi dan protein dari ikan, dan sayur yang dah dibuat tumis air. Sayur kompem takde nutrisi sebab dah layu gila lepas dimasak.
Kurang nutrisi menyebabkan luka lambat sembuh dan ibu kekurangan tenaga!

Tapi semua berjalan lancar. Sepanjang berpantang, semua orang cakap macam tak pantang pon. Bertenaga! Mandikan anak sendiri, mandi sendiri, drive sendiri ke klinik untuk checkup sebulan, makan memang la sendiri. Hihi.

Muka Nadim pon tak pucat. Rambut masa tu pon tak gugur. Darah nifas sangat lancar. Kalau darah yang tak lancar ni bahaya yang boleh sebabkan ibu rasa sakit gila dalam perut macam nak bersalin lagi!

Owh lupa! Lepas 2 minggu berat dah kembali 55kg dan habis pantang berat dah 54kg!

Tu lah pengalaman nadim dengan set berpantang shaklee. Sembelit pon takde bila konsisten makan ostematriks. Jangan tak taw, sembelit adalah salah satu mimpi ngeri yang amat bagi ibu berpantang.

Yang bestnya, set tu lah daripada dulu 3 tahun lepas hingga lah sekarang menyusukan anak yang dah berumur 10 bulan. Stretchmark Nadim yang macam harimau belang dah hilang masa Zayyad umur 6-7 bulan lagi!

Vitamin Shaklee memang awesome! InsyaAllah takkan cari set lain dah untuk seterusnya pon!

Cadangan Nadim, kalau korang takut nak makan jamu-jamu yang akan menyebabkan anak terkena jaundis dan dalam masa yang sama nak kembali sihat, langsing dan bertenaga serta susu banyak, Shaklee PILIHAN PERTAMA!

Terima kasih kerana sudi singgah ye. Salam sayang dan jumpa lagi.💓💓💓
=============================
Sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee boleh menghubungi saya terus melalui mana-mana cara di bawah:

HUBUNGI SAYA :

FB : EMY LEA
Fan Page : Tips Keluarga Sihat
Email : evanona75@yahoo.com
Call/Sms/Wassap/Telegram : 019-4675097
ID Shaklee : 994434

Wednesday, February 17, 2016

BAGAIMANA VIVIX MEMBANTU masalah lelaki yang mati pucuk?

Vivix vs mati pucuk???
=================================
VIVIX bukan sahaja alternatif terbaik untuk melawan penyakit Diabetis, Tekanan Darah Tinggi dn lain-lain penyakit mahal, VIVIX juga adalah alternatif untuk memperbaiki masalah yang paling ditakuti oleh kaum Adam. BAGAIMANA VIVIX MEMBANTU masalah lelaki yg mati pucuk? Resveretrol yang terdapat di dalam cecair pekat VIVIX adalah antioksidan yang paling power.

Viagra vs VIVIX ????
===================
Cara VIVIX bertindak berbeza daripada cara Viagra bertindak. Viagra bertindak dengan meluaskan salur darah area penis. Manakala resveretrol di dalam VIVIX pula meningkatkan pengeluaran nitrik oksida. Nitrik oksida ni pula adalah bahan yang membantu salur darah untuk mengembang dan memudahkan aliran darah di seluruh badan (bukan pada satu bahagian tu je). Kalau Viagra ni expand salur darah yang kecik je, resveretrol pula boleh buat lebih daripada itu iaitu sehingga ke arteri utama. Bila takde masalah tersumbat bahagian salur darah kat situ, maka masalah mati pucuk boleh dibantu dengan VIVIX. Bonusnya pula, salur darah kat jantung apa semua tu pun ikut lancar sama. Jadi, bolehlah nikmati hidup yang lebih berkualiti dan sihat tanpa segala macam jenis penyakit mahal.

Sekian berita baik untuk kaum Adam di luar sana.




 Anda juga boleh sms atau wassap terus ke nombor 

0194675097

Saturday, November 8, 2014

Set Kehamilan Shaklee @ Set Mengandung Shaklee

Kali ini saya nak kongsikan pula tentang Set Kehamilan Shaklee atau Set Mengandung Shaklee. Tetapi sebelum itu, saya ingin mengucapkan tahniah terlebih dahulu kerana anda telah dipilih olehNya untuk menerima anugerah yang tidak ternilai harganya di muka bumi ini. Saya tahu saat yang paling membahagiakan suami isteri adalah apabila berjaya mendapat cahaya mata. Semoga kehadiran cahaya mata ini akan menambahkan lagi kebahagiaan rumah tangga anda.

pengedar shaklee sri aman

Saya tahu, seorang wanita apabila mengetahui diri telah hamil akan mempunyai banyak persoalan yang berkisar di dalam pemikiran mereka. Antara persoalan-persoalan tersebut adalah :

1. Apakah tanda atau simptom wanita hamil?
2. Apakah makanan yang mengandungi nutrien penting untuk perkembangan bayi secara fizikal dan mental serta untuk kesihatan ibu?
3. Apakah jenis makanan yang sepatutnya diamalkan oleh ibu hamil?
4. Apakah makanan yang wanita hamil perlu elakkan?
5. Apakah sebab doktor membekalkan ibu hamil dengan beberapa jenis vitamin?
6. Bagaimana ibu hamil yang bekerja mendapatkan nuritisi perlu semasa hamil?
7. Apakah jenis supplement yang selamat untuk ibu hamil?

Saya berharap agar artikel ini nanti akan dapat menolong anda menjawab persoalan-persoalan tersebut.

Apakah tanda atau simptom wanita hamil?

1. Morning Sickness - rasa mual, loya dan pening yang selalunya berlaku pada waktu pagi.
2. Allergik(gatal)  pada bahagian-bahagian tertentu badan.
3. Selera makan makin berkurangan daripada biasa.
4. Muntah atau loya yang berlanjutan akan menyebabkan badan menjadi tidak bermaya.
5. Kekurangan sel darah merah atau lebih dikenli sebagai anemia.
6. Pucat dan sentiasa hilang selera makan.
7. Cepat berasa letih dan malas.
8. Sensitif dan mudah menangis.


Apakah makanan yang mengandungi nutrien penting untuk perkembangan bayi secara fizikal dan mental serta untuk kesihatan ibu?

pengedar shaklee sri aman

Secara amnya, keperluan nutrisi wanita hamil adalah berbeza dengan wanita yng tidak hamil. Kenapa? Kerana wanita hamil perlu makan untuk dua orang. Keperluan ini juga akan berbeza-beza mengikut pekerjaan ibu hamil tersebut dan juga mengikut bilangan bayi yang berada di dalam kandungannya. Memenuhi keperluan nutrisi penting ini sangat penting untuk wanita-wanita yang hamil kerana ia boleh memastikan kesihatan dan mood ceria di sepanjang masa kehamilan.

Suami yang penyayang seperti anda yang sedang membaca artikel ini juga juga wajib memastikan si isteri yang dikasihi untuk mendapatkan nutrisi yang sepatutnyaa supaya si dia yang sedang mengadungkan zuriat anda akan sentiasa berasa sihat dan ceria. Berikut adalah piramid makanan yang boleh anda jadikan panduan.

pengedar shaklee sri aman


Apakah jenis makanan yang sepatutnya diamalkan oleh ibu hamil?

pengedar shaklee sri aman


Apakah makanan yang perlu dielakkan semasa hamil?

pengedar shaklee sri aman

 Apakah sebab doktor membekalkan ibu hamil dengan beberapa jenis vitamin?
Selepas anda menjalani pemeriksaan buat pertama kalinya di klinik-klinik kerajaan ataupun swasta, doktor akan membekalkan anda dengan beberapa jenis vitamin. Ini adalah untuk memastikan anda mendapat vitamin yang cukup di sepanjang masa kehamilan. Wanita yang hamil cenderung kehilangan selera makan kerana berlaku perubahan mood akibat ketidakseimbangan hormon. Keadaan akan menjadi lebih teruk jika kerap muntah dan loya. Oleh sebab itu, dokor akan bekalkan wanita hamil ini dengan beberapa jenis vitamin yang perlu sahaja. Ibu hamil yang bekerja juga akan menghadapi kesukaran untuk makan makanan berkhasiat dengan sempurna dengan kesibukan yang ada di tempat kerja.

Bagaimana ibu hamil yang bekerja mendapatkan nuritisi perlu semasa hamil?
Zaman sekarang, amat sukar untuk kita makan makanan yang benar-benar berkhasiat dan selamat untuk ibu dan bayi. Ini kerana, kebanyakan sumber makanan yang kita ada dicemari oleh bahan kimia seperti baja-baja kimia dan pesticide pada sayur-sayuran. Gaya hidup yang sibuk juga menyebabkan kita cenderng untuk memilih fast food. Jadi, cara yang paling selamat untuk mendapatkan nutrisi lengkap harian yang diperlukan oleh badan adalah dengan mengamalkan supplement. Walau bagaimanapun, ibu hamil perlu bijak memilih supplement yang selamat dan sesuai untuk si ibu dan juga bayi.


Apakah jenis supplement yang selamat untuk ibu hamil?
Ada beberapa perkara yang perlu anda perhatikan sebelum membeli sebarang produk supplement:
1. Tidak memberi kesan sampingan kepada si ibu dan juga bayi.
2. Harga yang berpatutan dengan kualitinya.
3. Boleh juga dikongsi untuk seluruh seisi keluarga.
4. Bebas daripada bahan kimia.
5. Boleh juga digunakan selepas bersalin iaitu semasa berpantang dan juga sepanjang tempoh menyusukan bayi.
6. Ada sijil halal daripada pihak berwajib.

Kenapa anda perlu memilih Shaklee?
1. Tidak memberi kesan sampingan kepada si ibu dan juga bayi - Produk Shaklee adalah selamat untuk si ibu dan juga bayi yang di dalam kandungan.
2. Harga yang berpatutan dengan kualitinya - Contohnya sebotol Vitalea yang berharga RM88.75 mengandungi 120 biji tablet dan cukup untuk bekalan selama 4 bulan. Vitalea yang merupakan multivitamin juga lengkap dengan iron formula dan anda tidak perlu tablet tambahan iron untuk mengekalkan bacaan hb yang cantik.
3. Boleh juga dikongsi untuk seluruh seisi keluarga - Supplement Shaklee juga boleh dikongsi bersama seisi keluarga. Contohnya, Vitalea sebagai multivitamin juga boleh diambil oleh si suami untuk memastikan kesihatan sentiasa dalam tip top.
4. Bebas daripada bahan kimia - Supplement Shaklee sentiasa mengamalkan konsep mesra dengan alam semulajadi. Shaklee sentiasa memastikan setiap produknya bebas dari bahan kimia. Setiap produk Shaklee adalah berasasan bahan semuajadi.
5. Boleh juga digunakan selepas bersalin iaitu semasa berpantang dan juga sepanjang tempoh menyusukan bayi - Produk Shaklee boleh digunakan dari awal kehamilan sehinggalah selepas bersalin, dalam masa berpantang dan juga sepanjang masa meyusukan bayi.
6. Ada sijil halal daripada pihak berwajib - Oleh kerana produk Shaklee adalah produk USA, ia mendapat sijil halal daripada ISA (Islamic Service of America). Badan antarabangsa ini mendapat pengikitirafan oleh negara-negara Islam lain di dunia termasuk Malaysia. Baca lagi...

Set Kehamilan Shaklee @ Set Mengandung Shaklee.

pengedar shaklee sri aman

Ostematrix - membekalkan kalsium yang cukup kepada wanita hamil.
Omega Guard - membekalkan EPA dan DHA yang penting untuk perkembangan otak bayi.
B Complex - mengandungi juga folik asid yang penting untuk perkembangan bayi yang sempurna.
Vita C Plus - membekalkan vitamin C yang diperlukan oleh badan sepanjang hari.
ESP - menjadi sumber protein sihat kepada ibu dan bayi serta memberikan tenaga harian kepada ibu hamil.
Vitalea - multivitamin yang lengkap dengan iron formula. Iron penting di dalam membina sel-sel darah merah kepada ibu hamil.

Jika anda ingin membeli Set Kehamilan Shaklee secara online, sila klik


Atau jika ada sebarang pertanyaan, sila hubungi :

pengedar shaklee sri aman

Pengedar Shaklee Sri  Aman
♥ FB Personal: Emy Lea
♥ FB Page: https://www.facebook.com/HealthyEden
♥ Email : evanona75@yahoo.com
♥ Call/SMS/WhatsApp :019-4675097
♥ COD Area: Sri Aman/Lubok Antu
♥ Pengeposan ke seluruh negara juga disediakan.

Wednesday, November 5, 2014

Kekurangan Nutrien Semasa Hamil : Kesan Dan Risiko

Risiko kesihatan yang berkait rapat dengan kekurangan mikronutrien semasa hamil.

Terdapat beberapa risiko kesihatan semasa hamil dan terhadap bayi yang berkaitan dengan kekurangan mikronutrien semasa hamil. Ini terutamanya yang berkaitan dengan kekurangan mikronutrien seperti folate dan vitamin B12.

Risiko kesihatan terhadap si ibu.


kekurangan nutrient semasa hamil

Risiko kesihatan semasa hamil yang timbul akibat kekurangan nutrien mengikut jenis.
  • Vitamin B12 : kekurangan Vitamin B boleh menyebabkan anemia dan komplikasi neurological.
  • Vitamin K : kekurangan Vitamin K boleh menyebabkan darah beku. Ia juga boleh meningkatkan jarak masa pembekuan darah semasa bersalin. Ini merbahaya kerana boleh menyebabkan pendarahan yang banyak semasa bersalin. 
  • Iron : Kekurangan iron semasa hamil juga boleh menyebabkan anemia.
  • Iodine : Kekurangan iodin semasa hamil boleh menyebabkan keguguran dan kelahiran bayi pra-matang. 
  • Zinc : Kekurangan Zinc pula berkait rapat dengan pre-eklampsia dan kelahiran pra-matang.
  • Magnesium : Kekurangan magnesium pula meningkatkan risiko pre-eklampsia dan kelahiran pra-matang.
Risiko terhadap kesihatan bayi.
Wanita hamil yang kekurangan mikronutrien akan memberikan kesan terhadap perkembangan bayi yang didalam kandungan.



kekurangan nutrient semasa hamil

Feotus akan berhadapan dengan beberapa risiko kesihatan jika kekurangan mikronutrien berikut :
  • Vitamin D : Kekurangan Vitamin D berkait rapat dengan rikets ( keadaan di mana tulang-tulang bayi menjadi lembut ) 
  • Folate : Kekurangan folate meningkatkan risiko kecacatan pada tiub neural bayi. 
  • Iodine : Kekurangan iodine dikaitkan dengan beberapa jenis komplikasi berikut pada bayi.
    • Congenital abnormalities;
    • Risiko kematian bayi.
    • Neurological cretinism (mempengaruhi perkembangan kognitif)
    • Mental deficiency;
    • Spastic diplegia (spastic paralysis ) dan squint;
    • Myxoedymateous cretinism (mempengaruhi perkembangan fizikal) dan dwarfism ( kerdil )
    • Psychomotor. (mempengaruhi kemahiran pergerakan)
  • Zinc : Kekurangan Zinc boleh menyebabkan perkembangan fetos terbantut dan kecacatan kongenital boleh berlaku. 
Kesimpulan
Wanita yang hamil wajib memastikan yang diri mereka mengambil nutrien-nutrien yang cukup di sepanjang masa kehamilan. Ini sangat penting untuk menjaga kesihatan semasa hamil sehingga bersalin dan juga perkembangan bayi yang di dalam kandungan. Oleh itu, wanita yang hamil harus berhati-hati dengan makanan yang mereka ambil dan adalah lebih baik jika mereka mengambil supplemen semasa hamil.

Shaklee ada menawarkan set kehamilan yang sesuai untuk semua golongan umur wanita-wanita yang hamil di luar sana.

Set Kehamilan Shaklee



Pengedar Shaklee Sri Aman

Jika ada sebarang pertanyaan produk Shaklee atau keahlian sila hubungi :
Pengedar Shaklee Sri  Aman
♥ FB Personal: Emy Lea
♥ FB Page: https://www.facebook.com/HealthyEden
♥ Email : evanona75@yahoo.com
♥ Call/SMS/WhatsApp :019-4675097
♥ COD Area: Sri Aman/Lubok Antu
♥ Pengeposan ke seluruh negara juga disediakan.

Tuesday, October 21, 2014

Set Atasi Masalah Kesuburan Suami Isteri


pengedar shaklee sri aman

 Setiap pasangan yang mendirikan rumah tangga pasti akan mengimpikan untuk menimang cahaya mata. Namun begitu, tidak semua pasangan diberikan rezeki untuk menimang cahaya mata sebaik sahaja mendirikan rumah tangga. Mungkin ini disebabkan oleh masalah hormon yang dihadapi oleh si isteri atau pun masalah nutrisi yang dihadapi oleh si suami. Justeru, amat penting untuk pasangan baru berkahwin untuk memastikan diri mereka mendapat nutrisi yang sepatutnya. Shaklee ada menyediakan beberapa rangkaian makanan tambahan yang sesuai untuk menambah baik tahap kesuburan suami isteri.


pengedar shaklee sri aman
1. Zinc
Zinc sangat sesuai untuk memperbaiki hormon lelaki terutamanya dari segi hormon seksual,mencegah masalah prostat dan tiriod. Kemandulan dikatakan berkait rapat dengan kekurangan Zinc di dalam badan. Jumlah Zinc di dalam badan mempengaruhi bilangan sperma dan juga kelajuan pergerakan sperma. Justeru, Zinc memang penting untuk kesuburan lelaki dan rahsia lelaki perkasa. Read more...


pengedar shaklee sri aman
2. Vita-Lea Iron Formula
Pengambilan multivitamin amat penting untuk kesihatan badan secara menyeluruh. Vita-Lea Iron Formula Shaklee membekalkan 12 vitamin dan 7 mineral yang badan kita perlukan. Uniknya Vitalea adalah kerana ia juga membekalkan iron formula yang amat penting untuk tahap kesihatan badan yang optimum. Kebiasaanya kita tidak akan mendapat vitamin dan mineral yang sepatutnya hanya melalui makanan yang kita makan setiap hari. Justeru, penting kita mengamalkan pengambilan supplement untuk membekalkan nutrient lengkap kepada badan.
pengedar shaklee sri aman
3. Vitamin B Complex
Folic acid amat penting untuk perkembangan fetus yang sihat. Oleh itu, wanita yang mengandung dan merancang untuk mengandung dinasihatkan memastikan badan mereka mendapat folic acid yang cukup. Kekurangan pengambilan folic acid semasa hamil boleh menyebabkan keguguran dan kematian prenatal serta boleh menyebabkan bayi lahir tidak cukup sifat. Vitamin B-Complex Shaklee lengkap dengan folic acid dan Biotin yang penting untuk kesihatan badan wanita yang hamil dan juga wanita yang merancang untuk hamil.


pengedar shaklee sri aman
4. Vitamin E
Vitamin E dipercayai boleh meningkatkan hormon seksual samada untuk lelaki atau wanita. Vitamin E Shaklee istimewa kerana mengandungi selenium yang selalunya tiada terdapat di dalam Vitamin E yang dikeluarkan oleh jenama lain. Selenium ini pula sangat penting untuk kesihatan jantung dan meningkatkan pengeluaran hormon testosterone.


pengedar shaklee sri aman
5. GLA Complex
GLA Complex Shaklee, boleh menstabilkan hormon dan seterusnya menstabilkan kitaran haid. Tidak dapat dinafikan bahawa kitaran haid yang stabil juga mempengaruhi tahap kesuburan seseorang wanita. GLA COMPLEX boleh meningkatkan pengeluaran hormon kesuburan seseorang wanita. GLA COMPLEX yang menggunakan sumber borage oil adalah lebih selamat berbanding primrose oil.

pengedar shaklee sri aman
6. Alfalfa Complex
Alfalfa Complex juga berfungsi seperti daun kacip Fatimah. Alfalfa boleh membantu mengurangkan masalah kesakitan ketika"bersama". Berfungsi juga untuk mengurangkan senggugut dan masalah keputihan. Alfalfa juga sangat sesuai untuk memperbaiki hubungan suami isteri kerana fungsinya seperti kacip Fatimah.


pengedar shaklee sri aman
7. Energising Soy Protein (ESP)
Sumber protein yang sihat menolong menghasilkan sel-sel badan yang sihat. Pembentukan sel-sel baru yang sihat menolong menyediakan rahim yang sihat dan kuat untuk persediaan hamil. Protein yang mencukupi juga penting untuk memastikan pasangan suami isteri mempunyai tenaga yang cukup untuk menjalankan urusan harian.

*Setiap produk di dalam set ini tahan selama 3 hingga 6 bulan. Set Kesuburan Shaklee ini juga boleh diambil semasa hamil.

Jika anda ingin membeli produk ini secara online, sila klik :


Atau jika ada sebarang pertanyaan berkenaan produk atau jika anda berminat untuk menjadi ahli, sila hubungi
Pengedar Shaklee Sri  Aman
♥ FB Personal: Emy Lea
♥ FB Page: https://www.facebook.com/HealthyEden
♥ Email : evanona75@yahoo.com
♥ Call/SMS/WhatsApp :019-4675097
♥ COD Area: Sri Aman/Lubok Antu
♥ Pengeposan ke seluruh negara juga disediakan.

pengedar shaklee sri aman

Wednesday, October 15, 2014

Protein dan Kehamilan

Hello semua...terima kasih kerana sudi singgah lagi di blog kesayanganku ini. Kali ini saya ingin berkongsi tentang kepentingan protein semasa kehamilan.
Pengedar Shaklee Sri Aman

Perkembangan bayi semasa di dalam kandungan adalah bergantung sepenuhnya kepada sumber dan cara pemakanan si ibu. Justeru, ibu hamil haruslah memastikan diet hariannya berkhasiat dan memenuhi segala keperluan nutrient harian untuk memastikan bayi di dalam kandungan tersebut membesar dengan sihat dan sempurna. Protein adalah salah satu nutrisi asas yang paling penting semasa hamil. Protein bertindak membekalkan asid amino yang diperlukan untuk perkembangan tulang dan otot yang sihat bagi si bayi. Mengambil kadar protein yang cukup semasa hamil sangat penting untuk pembinaan sel-sel baru di dalam plasenta dan tisu maternal serta menggalakkan penghasilan darah yang sihat. Pengambilan protein yang mencukupi juga boleh mengelakkan atau mengurangkan risiko kematian bayi di dalam kandungan dan kelahiran bayi yang tidak sempurna.
Pengedar Shaklee Sri Aman

Kesan Kekurangan Protein Semasa Kehamilan
Kekurangan protein pada ibu hamil boleh membawa kepada beberapa masalah kesihatan kepada kedua-dua si ibu dan bayi. Kekurangan protein pada ibu hamil boleh menyebabkan pening kepala dan keletihan melampau apabila melakukan tugas-tugas harian. Bagi bayi pula, kekurangan protein boleh menganggu perkembangan otot-otot dan sendi-sendi bayi. Selain itu, ia juga boleh menganggu perkembangan tulang, kecacatan pada tulang dan otot, risiko keguguran, kerosakan pada otak dan risiko yang tinggi menghadapi kelahiran yang tidak sempurna.
Pengedar Shaklee Sri Aman

Sumber Protein Yang Sihat Semasa Hamil
Pakar kesihatan mencadangkan supaya ibu hamil mengambil minima 70 grams protein setiap hari dan sumber protein ini boleh dipelbagaikan. Makanan yang mengandungi protein yang tinggi adalah seperti ikan salmon, ayam, telur, mentega kacang, susu soya, kekacang dan juga daging. Supplement seperti minuman protein dan juga snack protein juga boleh membantu wanita hamil mendapat kadar protein yang mereka perlukan. Sumber makanan-makanan seperti ini boleh didapati daripada hasil tenusu atau produk soya.
Pengedar Shaklee Sri Aman

Sumber Protein Yang Merbahaya Kepada Bayi
Beberapa jenis makanan sumber protein juga perlu dielakkan semasa hamil kerana ia boleh mendedahkan ibu hamil kepada risiko keguguran dan kelahiran bayi yang tidak sempurna. Seboleh-bolehnya, elakkan makanan ini di sepanjang masa kehamilan dan sepanjang masa bayi masih breastfeeding. Makanan tersebut adalah ikan mentah, swordfish, jerung dan ikan-ikan lain yang mengandungi kandungan merkuri yang tinggi, susu mentah, keju mentah dan daging proses seperti daging deli-style. Walaupun makanan ini mengandungi protein yang tinggi, ia juga berisiko tinggi menjadi tempat pembiakan bakteria yang boleh menyebabkan keracunan makanan. Jenis-jenis makanan ini adalah lebih baik dielakkan di sepanjang masa kehamilan, berpantang dan breastfeeding.

Kepada ibu-ibu yang hamil, semoga aritikel ini memberi manfaat kepada anda ya.. Dan sudi-sudikanlah meninggalkan komen anda ya.
Sebarang pertanyaan boleh hubungi saya :
Pengedar Shaklee Sri  Aman
♥ FB Personal: Emy Lea
♥ http://www.emyhealthandbeautyshop.blogspot.com
♥ FB Page: https://www.facebook.com/HealthyEden
♥ Email : evanona75@yahoo.com
♥ Call/SMS/WhatsApp :019-4675097
♥ COD Area: Sri Aman/Lubok Antu

Kekurangan Protein Semasa Hamil

Kenapa Kita Memerlukan Lebih Protein Semasa Hamil?
Protein merupakan bahan utama dalam sel-sel badan manusia. Sebab itu penting untuk badan mendapat protein yang cukup sepanjang masa kehamilan terutamanya pada trimester kedua dan ketiga kerana pada masa ini bayi membesar dengan cepat manakala organ-organ si ibu juga membesar lebih daripada biasa untuk menampung penambahan saiz bayi.
Pengedar Shaklee Sri Aman

Berapa Banyak Protein Yang Diperlukan Oleh Badan Kita Setiap Hari?

Ibu hamil : kira-kira 70 grams protein setiap hari
Ibu tidak hamil : kira-kira 45 grams sudah memadai

*Angka ini tidaklah mandatori, itu hanya cadangan sahaja. Anda  tidak perlu mencapai jumlah yang dicadangkan setiap hari. Angka ini merupakan purata kadar protein yang diperlukan dalam sehari.

Kebanyakan wanita mengambil protein lebih daripada yang diperlukan setiap hari. Jadi, tidak timbul masalah tidak cukup protein semasa hamil. Jika anda seorang vegetarian, anda boleh mendapatkan sumber protein daripada sumber-sumber yang lain seperti hasil tenusu, kekacang dan produk soya.
Pengedar Shaklee Sri Aman

Apakah Kesan Kekurangan Protein Kepada Ibu Hamil?
Kekurangan protein di kalangan ibu hamil boleh membawa kepada pelbagai masalah kesihatan kepada si ibu dan juga bayi. Kekurangan protein semasa hamil boleh menyebabkan ibu hamil berasa letih atau pening kepala dan ini akan menyebabkan si ibu sukar untuk menguruskan kerja-kerja harian tanpa berasa letih yang amat sangat. Kekurangan protein juga menganggu perkembangan otot dan sendi bayi, perkembangan tulang yang tidak sekata, risiko keguguran, kecacatan otot atau tulang, kerosakan otak dan menghadapi risiko yan tinggi bayi yang kekurangan protein dilahirkan tidak sempurna.

Makanan Sumber Protein
Kekacang merupakan sumber protein yang sangat baik, sama seperti daging, ayam, ikan, telur, susu, keju, tofu dan yogurt. Walaupun, daging dan ayam mengandungi amino asid yang lengkap manakala sumber protein yang lain tidak, mengambil pelbagai jenis makanan di dalam  kategori ini sudah cukup membekalkan kita dengan kadar amino asid yang sepatutnya.

Jika anda makan 3 atau 4 hidangan protein setiap hari, anda sebenarnya berada pada landasan yang betul di dalam mengamalkan pemakanan sihat untuk kehamilan yang lebih sihat. (Keperluan 70 grams protein ibu hamil setiap hari bersamaan dengan 2 gelas susu, 5 aun dada ayam dan 2 cawan yogurt ).

Berikut adalah senarai sumber protein :
Pengedar Shaklee Sri Aman

Dairy Product
·         1/2 cawan 1% cottage cheese: 14 g
·         1/2 cawan part-skim ricotta cheese: 14 g
·         8 oz container low-fat yogurt: 9 to 12 g
·         1 oz Parmesan cheese: 11 g
·         1 oz Swiss cheese: 8 g
·         1 oz susu skim : 8 g
·         1 oz separuh skim mozzarella cheese: 7 g
·         1 oz cheddar cheese: 7 g
·         1 telur segar gred A egg: 6 g
Pengedar Shaklee Sri Aman

Soya dan kekacang
·         1/2 cawan tofu mentah: 20 g
·         1 cawan kacang dal: 18 g
·         1 cawan kacang hitam: 15 g
·         1 cawan kidney beans: 13 g
·         1cawan garbanzos: 12 g
·         1 cawan kacang pinto : 12 g
·         2 sudu makanmentega kacang: 8 g
·         2 oz kacang panggang: 7 g
·         1 cawan susu soya: 6 g
Pengedar Shaklee Sri Aman

Daging dan Ikan
* 3oz daging atau ikan adalah lebih kurang sebesar sekotak kad

·         1/2 dad ayam panggang (tiada kulit): 27 g
·         3 oz ikan salmon: 23 g
·         3 oz ikan trout: 23 g
Awas : tidak semua ikan adalah selamat dimakan semasa hamil. Ikan pemangsa seperti jerung, swordfish, mackerel king dan tilefish seboleh-bolehnya dielakkan kerana dipercayai mengndungi merkuri. Merkuri sangat merbahaya kepada fetus. FDA mencadangkan ibu hamil menghadkan mengambilan ikan yang lain sehingga  oz seminggu.

Kehilangan berat badan, keletihan otot dan  kerap mendapat jangkitan mungkin tanda-tanda awal anda tidak mendapat protein yang cukup didalam diet harian anda.
Pengedar Shaklee Sri Aman

ESP Shaklee Sebagai Sumber Protein
ESP adalah makanan utama dalam program Shaklee.  Ia merupakan minuman berkhasiat yang berasaskan sumber lengkap protein secara biologi yang bermutu paling tinggi yang pernah dihasilkan dari kacang soya. Ia memberi tenaga yang berpanjangan dan membaikpulih sel-sel dan tisu-tisu yang rosak. Energising Soy Protein Shaklee mengandungi 14 gram protein soya semulajadi yang baik pada setiap hidangan. Diproses dengan air (bukan dengan bahan kimia) bagi mengekalkan sumber semula jadi isoflavones seperti genistein dan daidzein. Energising Soy Protein tidak mengandungi kolesterol dan laktosa. Ia mengandungi semua asid-asid amino yang diperlukan oleh tubuh anda bagi mengekalkan isu-tisu yang sihat, termasuk 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh dengan sendirinya. Produk Energising Soy Protein ini adalah sumber-sumber kalsium dan zat besi yang baik. Selain itu ia tidak mengandungi perisa tiruan, pemanis, pewarna dan bahan pengawet. Yang paling penting, PROTEIN SOYA SHAKLEE IALAH NON-GMO SOY! Shaklee hanya menggunakan protein soya yang tidak diubahsuai genetiknya, iaitu Non-GMO (Non-Genetically Modified Organism), dimana ia disahkan melalui Identity Preservation Program. Program ini memastikan soya yang digunakan oleh Shaklee adalah dipantau dengan ketat dan dikawal sejak mula ditanam, dituai hinggalah diproses.

Jika anda ingin membeli Energising Soy Protein Shaklee, sila klik

Sebarang pertanyaan boleh hubungi saya :
Pengedar Shaklee Sri  Aman
♥ FB Personal: Emy Lea
♥ http://www.emyhealthandbeautyshop.blogspot.com
♥ FB Page: https://www.facebook.com/HealthyEden
♥ Email : evanona75@yahoo.com
♥ Call/SMS/WhatsApp :019-4675097
♥ COD Area: Sri Aman/Lubok Antu


Pengedar Shaklee Sri Aman