nuffnang

Sunday, January 29, 2017

5 Kepentingan Detox

Terima kasih kerana sudi singgah di blog saya hari ini dan semalam. Hari ini saya ingin kongsikan sedikit ilmu yang saya dapat tentang Detox.

Apa itu Detox? Detox adalah proses penyahtoksik badan iaitu proses membersihkan serta menyingkirkan toksik dari dalam badan manusia atau lebih senang diistilahkan sebagai 'buang toksin'.

Apa pula toksin ya? Toksin pula dalam bahasa mudahnya bermaksud benda- benda kotor yang masuk dalam badan kita melalui makanan yang kita makan, minuman kita setiap hari, udara yang kita sedut, bahan kimia yang kita sapu atau gosok pada badan kita setiap hari. Pendek kata, memang kehidupan seharian kita tidak boleh mengelak daripada benda-benda yang bertoksin ni daripada memasuki badan kita. Apatah lagi jika kita memang jenis yang dapurnya di kedai..hehehe. Oleh kerana kita tidak dapat mengelak daripada benda-benda toksin ni, sekurang-kurangnya kita boleh mengurangkan kadar toksin yang ada dalam badan kita. Memang badan kita boleh menyingkirkan toksin secara semulajadi dengan syarat kita minum cukup air setiap hari. Proses penyingkiran toksin inilah juga dikenali sebagai Detox. Kebiasaanya, proses detox berlaku secara semulajadi melalui proses perkumuhan, pembuangan air besar dan perpeluhan. Namun begitu, kemungkinan toksin tu masih lekat kat badan kita sangat tinggi. Contohnya tertinggal kat dinding usus kita, itu yang perlu pertolongan untuk disingkirkan habis dari badan kita.

Jadi kenapa kita perlu Detox? Di sini saya senaraikan kepentingan Detox pada badan kita ya.

1. Beri tenaga dan fokus
Badan yang bebas toksin akan sentiasa sihat dan bertenaga. Apabila tenaga kita tip top, maka makin senang otak dan badan kita fokus pada kerja-kerja yang kita lakukan seharian. Tak lah kita rasa letih lemau memanjang.

2. Berat badan yang sihat
Yep, badan yang sihat adalah badan yang bebas toksin. Bukan sahaja rasa sihat dan cergas, malahan juga berat badan pun kita boleh jaga dengan senang.

3. Kulit yang sihat dan nampak lebih segar.
Ramai yang tidak tahu bahawa masalah kulit muka adalah disebabkan badan yang sangat bertoksin. Jadi, kalau nak kulit muka yang cantik melecun mulus bagai, kena la rajin-rajin detox ya. Beli set jagaan muka yang ribu riban pun tak guna jika toksin tu penuh satu badan.

4, Meningkatkan keadaan emosi kita.
Of course la bila badan bertoksin badan kita jadi lemah dan rasa tidak sihat. Apabila tidak sihat tubuh badan, minda sekali akan jatuh sakit. Waktu inilah kita jadi moody semacam. Apatah lagi jika balik dari kerja kena urus rumahtangga lagi. Jadi, sebagai surirumah memang badan kita perlu sentiasa sihat.

5. Kesihatan bertambah baik.
Detox boleh menolong memperbaiki tahap kesihatan kita. Macamana pula tu ya? Apabila toksin-toksin berjaya disingkirkan dari badan, maka badan boleh menyerap nutrient dengan lebih berkesan dan cepat kerana toksin tidak lagi menjadi halangan. Apabila badan kita mendapat nutrient yang sepatutnya, maka kesihatan kita berada dalam keadaan tip top. Sebab tu kadang-kadang kita lihat ada kawan-kawan kita yang jatuh sakit setiap bulan (macam saya sebelum 3 tahun yang lepas) dan ada yang dalam setahun tu mungkin sekali jatuh sakit. Jadi. Tidak dapat dinafikan bahawa kekerapan Detox boleh menolong meningkatkan sistem imun badan.

Saya DETOX cara Shaklee dengan mengamalkan 5 Jenis produk ni  :

Vivix - Detox Sel & Kulit
Alfalfa Complex - Detox Darah Kotor
Herblax - Detox Usus
DTX Complex - Detox Hati
Peppermint Ginger - Melegakan perut kembung dan senak sepanjang program detox dijalankan (buang angin)

Set Detox yang ini boleh membantu proses Detox secara menyeluruh dari mental hingga fizikal.

Jadi, sama-samalah kita jaga kesihatan kita dengan bukan saja amalkan pemakanan yang sihat, malahan juga kita boleh mula berdetox hari ini.

Salam sayang dan jumpa lagi.💓💓💓
=============================
Sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee boleh menghubungi saya terus melalui mana-mana cara di bawah:

HUBUNGI SAYA :

FB : EMY LEA
Fan Page : Tips Keluarga Sihat
Email : evanona75@yahoo.com
Call/Sms/Wassap/Telegram : 019-4675097
ID Shaklee : 994434

Saturday, January 28, 2017

5 Sebab Saya Pilih Shaklee

Hi...salam semua. Telah agak sekian lama saya tidak menulis di sini, syukur keinginan menulis itu kembali datang di kala mercun berdentam dentum memecah kesunyian malam sambutan Tahun Baru Cina 2017.

Tahun 2017 melakarkan tahun keempat saya amalkan vitamin Shaklee. Bukan hanya saya, malahan semua ahli keluarga saya berkongsi vitamin yang sama. Setelah empat tahun saya masih setia pada jenama yang sama. Jadi, tulisan kali ini saya nak senaraikan 5 Sebab Saya Pilih Shaklee.

1. Saya Pilih Shaklee Kerana Kualitinya.
Selalunya bila saya berbicara tentang Shaklee, akan ada yang menyampuk bahawa vitamin yang sama berlambak dijual difarmasi dengan harga yang lebih murah. Bagi saya, kualiti vitamin Shaklee amat tinggi kerana dibuat daripada sumber asli yang berkualiti tinggi serta tidak dicemari oleh sebarang bahan kimia. Yang pasti, vitamin Shaklee bukan daripada bahan sintetik. Ini dibuktikan lagi daripada landmark study yang pihak Shaklee keluarkan. Lagi satu, setiap produk yang Shaklee keluarkan ada menjalani ujian klinikal. Jadi, tidak ragu lagi vitamin Shaklee sangat tinggi kualitinya serta selamat dan tiada kesan sampingan yang negatif.

2. Saya Pilih Shaklee Kerana Ianya Vitamin Untuk Keluarga.
Shaklee menawarkan pelbagai jenis vitamin yang sesuai untuk semua peringkat umur, dari bayi sehingga la warga emas boleh mengamalkan vitamin Shaklee ni. Contohnya, sebotol vitamin C tu saya berkongsi bukan sahaja dengan suami malahan dengan ibu dan bapa saya juga. Untuk anak-anak saya pun ada vitamin c yang khas untuk mereka juga iaitu Chewable Vitamin C.

3. Saya Pilih Shaklee Kerana Ianya Sentiasa Selamat, Semulajadi Dan Berkesan. Saya memang 100% percaya bahawa SHAKLEE memang selamat, semulajadi dan berkesan. Contohnya, cecair pencuci serbaguna Basic H. Walaupun namanya cecair pencuci serbaguna, kadang-kadang saya guna untuk berkumur jika mulut saya mengalami ulser dan juga jika saya ada tanda awal jangkitan tonsil. Akibatnya, rasanya sudah hampir 2 tahun saya mampu mengelakkan diri daripada menelan antibiotik. Maklumlah, saya ni jenis yang senang sangat alami kembang tonsil. Malahan, anak-anak saya yang dijangkiti virus HFMD baru-baru ini pun saya mandikan mereka dan berkumur dengan Basic H. Haaa...sampai tahap tu saya letakkan kepercayaan saya pada Shaklee.

4. Saya Pilih Shaklee Kerana Senang Nak Order. Sistem online nya yang mesra pengguna sangat memudahkan saya untuk membuat pembelian online. Dan pembayaran juga boleh dibuat menggunakan samada debit kad ataupun kredit kad. Penghantaran barang pula Shaklee guna khidmat kurier service GDEX. Jadi amat senang bagi orang seperti saya, tidak perlu pergi ke stokis untuk angkut sendiri stok. Oh ya, Shaklee juga tidak guna sistem stokis. Shaklee hanya ada beberapa cawangan sahaja di beberapa buah negeri di Malaysia ni. Semua yang bekerja di cawangan tersebut juga adalah staff yang dibayar gaji oleh Shaklee Malaysia. Mereka bukan stokis. Pendek kata, semua di hujung jari saja, order secara online dan barang akan dihantar ke depan pintu rumah. Senangkan?

5. Saya Pilih Shaklee Kerana Peluang Buat Side Income. Sistem yang digunakan didalam MLM Shaklee bagi saya sangat adil dan menguntungkan. Selain untung runcit daripada jualan vitamin, Shaklee juga membayar bonus kepada semua ahli yang layak berdasarkan jumlah jualan pada bulan tersebut. Dan, bonus itu tiada had, lagi banyak jualan lagi banyak la bonus yang kita akan dapat. Selain bonus jualan, ada juga bonus kereta dan juga tajaan percutian lima bintang di dalam dan juga luar negara. Meskipun saya belum ada rezeki untuk pergi melancong bersama Shaklee, saya yakin dan pasti satu hari nanti percutian lima bintang itu akan menjadi milik saya dan keluarga. Malahan, semua ahli keluarga saya termasuk ibu bapa saya akan pergi melancong dibawah tajaan Shaklee.

Sebenarnya saya boleh senaraikan lebih daripada 5 sebab. Tetapi takut nanti terlalu panjang pula untuk dibaca. Lain kali la saya sambung lagi cerita pasal Shaklee ni ye. Salam subuh.


Sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee boleh menghubungi saya terus melalui mana-mana cara di bawah:

HUBUNGI SAYA :

FB : EMY LEA
Fan Page : Tips Keluarga Sihat
Email : evanona75@yahoo.com
Call/Sms/Wassap/Telegram : 019-4675097
ID Shaklee : 994434