nuffnang

Showing posts with label detox. Show all posts
Showing posts with label detox. Show all posts

Sunday, January 29, 2017

5 Kepentingan Detox

Terima kasih kerana sudi singgah di blog saya hari ini dan semalam. Hari ini saya ingin kongsikan sedikit ilmu yang saya dapat tentang Detox.

Apa itu Detox? Detox adalah proses penyahtoksik badan iaitu proses membersihkan serta menyingkirkan toksik dari dalam badan manusia atau lebih senang diistilahkan sebagai 'buang toksin'.

Apa pula toksin ya? Toksin pula dalam bahasa mudahnya bermaksud benda- benda kotor yang masuk dalam badan kita melalui makanan yang kita makan, minuman kita setiap hari, udara yang kita sedut, bahan kimia yang kita sapu atau gosok pada badan kita setiap hari. Pendek kata, memang kehidupan seharian kita tidak boleh mengelak daripada benda-benda yang bertoksin ni daripada memasuki badan kita. Apatah lagi jika kita memang jenis yang dapurnya di kedai..hehehe. Oleh kerana kita tidak dapat mengelak daripada benda-benda toksin ni, sekurang-kurangnya kita boleh mengurangkan kadar toksin yang ada dalam badan kita. Memang badan kita boleh menyingkirkan toksin secara semulajadi dengan syarat kita minum cukup air setiap hari. Proses penyingkiran toksin inilah juga dikenali sebagai Detox. Kebiasaanya, proses detox berlaku secara semulajadi melalui proses perkumuhan, pembuangan air besar dan perpeluhan. Namun begitu, kemungkinan toksin tu masih lekat kat badan kita sangat tinggi. Contohnya tertinggal kat dinding usus kita, itu yang perlu pertolongan untuk disingkirkan habis dari badan kita.

Jadi kenapa kita perlu Detox? Di sini saya senaraikan kepentingan Detox pada badan kita ya.

1. Beri tenaga dan fokus
Badan yang bebas toksin akan sentiasa sihat dan bertenaga. Apabila tenaga kita tip top, maka makin senang otak dan badan kita fokus pada kerja-kerja yang kita lakukan seharian. Tak lah kita rasa letih lemau memanjang.

2. Berat badan yang sihat
Yep, badan yang sihat adalah badan yang bebas toksin. Bukan sahaja rasa sihat dan cergas, malahan juga berat badan pun kita boleh jaga dengan senang.

3. Kulit yang sihat dan nampak lebih segar.
Ramai yang tidak tahu bahawa masalah kulit muka adalah disebabkan badan yang sangat bertoksin. Jadi, kalau nak kulit muka yang cantik melecun mulus bagai, kena la rajin-rajin detox ya. Beli set jagaan muka yang ribu riban pun tak guna jika toksin tu penuh satu badan.

4, Meningkatkan keadaan emosi kita.
Of course la bila badan bertoksin badan kita jadi lemah dan rasa tidak sihat. Apabila tidak sihat tubuh badan, minda sekali akan jatuh sakit. Waktu inilah kita jadi moody semacam. Apatah lagi jika balik dari kerja kena urus rumahtangga lagi. Jadi, sebagai surirumah memang badan kita perlu sentiasa sihat.

5. Kesihatan bertambah baik.
Detox boleh menolong memperbaiki tahap kesihatan kita. Macamana pula tu ya? Apabila toksin-toksin berjaya disingkirkan dari badan, maka badan boleh menyerap nutrient dengan lebih berkesan dan cepat kerana toksin tidak lagi menjadi halangan. Apabila badan kita mendapat nutrient yang sepatutnya, maka kesihatan kita berada dalam keadaan tip top. Sebab tu kadang-kadang kita lihat ada kawan-kawan kita yang jatuh sakit setiap bulan (macam saya sebelum 3 tahun yang lepas) dan ada yang dalam setahun tu mungkin sekali jatuh sakit. Jadi. Tidak dapat dinafikan bahawa kekerapan Detox boleh menolong meningkatkan sistem imun badan.

Saya DETOX cara Shaklee dengan mengamalkan 5 Jenis produk ni  :

Vivix - Detox Sel & Kulit
Alfalfa Complex - Detox Darah Kotor
Herblax - Detox Usus
DTX Complex - Detox Hati
Peppermint Ginger - Melegakan perut kembung dan senak sepanjang program detox dijalankan (buang angin)

Set Detox yang ini boleh membantu proses Detox secara menyeluruh dari mental hingga fizikal.

Jadi, sama-samalah kita jaga kesihatan kita dengan bukan saja amalkan pemakanan yang sihat, malahan juga kita boleh mula berdetox hari ini.

Salam sayang dan jumpa lagi.💓💓💓
=============================
Sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee boleh menghubungi saya terus melalui mana-mana cara di bawah:

HUBUNGI SAYA :

FB : EMY LEA
Fan Page : Tips Keluarga Sihat
Email : evanona75@yahoo.com
Call/Sms/Wassap/Telegram : 019-4675097
ID Shaklee : 994434

Monday, August 10, 2015

Herblax - Manfaat Daun Senna


Daun Senna yang juga dikenali sebagai daun gelanggang adalah sejenis herba tumbuhan pokok renek yang digunakan secara tradisi untuk mengatasi sembelit. Bahan aktif yang terdapat pada daun Senna adalah sennoside. Secara tradisionalnya, daun Senna ini dijadikan sebagai bahan laksatif (julap). Bahan laksatif ini berfungsi untuk melancarkan pembuangan air besar bagi yang menghadapi sembelit. Bahan sennoside ini bertindak di dalam usus manusia dengan meningkatkan pergerakan peristalsis kolon dengan merangsang pengeluaran mukosa kolon. Dengan itu, sembelit dapat dikurangkan.

Daun Senna merupakan bahan utama yang digunakan di dalam Herblax. Dalam satu tablet Herblax ada juga pelbagai bahan lain sebagai campuran tetapi daun Senna merupakan bahan utama. Oleh itu saya sangat mencadangkan Herblax jika anda mengalami sembelit dan juga jika anda ingin mencuci usus anda.



Jika anda mencari vitamin untuk diri dan keluarga..boleh hubungi saya di talian 019-4675097 (Pn. Emy). Saya adalah pengedar aktif Shaklee di bandar Sri Aman dan kawasan sekitarnya.

Thursday, July 9, 2015

Pentingkah Detox Untuk Kesihatan?

Apa itu Detox? Okey, sebelum saya kongsikan dengan lebih lanjut lagi tentang detox, saya telah menyediakan satu siri soalan yang anda perlu jawab dengan sejujurnya jika anda ingin mengetahui samada badan anda memerlukan detox atau pun tidak. Beri nilai 1 untuk YA dan 0 untuk TIDAK.

1. Adakah anda berasa lesu dan letih atau sakit-sakit badan ketika bangun pagi walaupun telah mendapat tidur yang cukup?
2. Adakah anda meminum lebih dari 3 cawan kopi atau teh atau mana-mana softdrink yang lain?
3. Adakah anda sering berasa kembung setiap kali selepas makan?
4. Adakah anda minum alkohol setiap hari?
5. Adakah anda merokok atau tinggal atau bekerja bersama perokok ?
6. Adakah anda tinggal atau bekerja di bandar besar?
7. Adakah anda jarang makan buah-buahan dan sayur-sayuran segar?
8. Adakah anda makan daging merah lebih daripada 2 kali dalam satu minggu?
9. Adakah anda sering makan makanan bergoreng atau fast food?
10. Adakah anda sering mengalami flu atau alergik?
11. Adakah anda sering mengalami perubahan mood yang ketara (mood swing)?
12. Adakah anda sering ketagih untuk memakan makanan yang manis-manis atau roti?
13. Adakah anda sering tidak makan sarapan pagi?
14. Adakah berat badan anda naik dengan cepat?
15. Adakah anda mengalami masalah untuk fokus atau konsentrasi anda mudah terganggu?
16. Adakah anda selalu mengalami masalah sembelit ataupun cirit-birit?
17. Adakah anda sering mengalami kekejangan otot?
18. Adakah anda selalu cepat letih?
19. Adakah anda senang mendapat jangkitan kulat?
20. Adakah anda selalu mendapat ulser mulut?

Jika jumlah skor jawapan anda lebih daripada 5, maka itu menunjukkan badan anda memerlukan detox.



Apakah itu Detox? Detox secara umumnya bermaksud proses menyingkirkan atau mengeluarkan toksin daripada badan kita. Ada pelbagai cara bahan-bahan toksin berbahaya ni masuk ke dalam kita. Toksin boleh samada terhasil secara semulajadi di badan kita atau disebabkan oleh sumber pemakanan kita yang mengandungi pestisida, pewarna, MSG, logam berat daripada air minuman, lebihan ubat-ubatan yang tertinggal di dalam badan, pencemaran udara, stress, habit pemakanan yang buruk dan juga disebabkan oleh radikal bebas.

Proses detox ini adalah untuk membantu memperbaiki fungsi metabolisme badan dan menjaga kemampuan badan di dalam proses hariannya menyingkirkan toksin (racun) daripada badan secara semulajadi. Toksin-toksin ini jika dibiarkan bertimbun di dalam badan (jika kemampuan badan menyingkirkan toksin secara semulajadi semakin berkurangan) boleh meningkatkan risiko penyakit degeneratif, kerosakan sel-sel tubuh dan penyakit kronik seperti kanser, tinggi paras kolesterol dan juga tekanan darah tinggi. Tahap toksin di dalam badan juga boleh mempengaruhi stamina dan kemampuan badan di dalam menjalani aktiviti harian. Selain itu, toksin juga mempercepatkan proses penuaan.

Oleh itu, proses detox ini sangat penting dan jika boleh di lakukan sekerap yang mungkin kerana mengambil kira faktor pencemaran yang berlaku di sekeliling kita setiap hari selain sumber pemakanan kita yang semakin tercemar.  Secara ringkas, manfaat detox adalah seperti berikut:

1. Detoxifikasi boleh membantu mengelakkan penyakit daripada mudah menjangkiti kita.
2. Detox juga menolong mengistirahatkan  tubuh badan kita.
3. Membersihkan bahagian dalam tubuh kita daripada toksin berbahaya.
4. Menghilangkan dan mengelakkan jerawat.
5. Memperlambatkan proses penuaan (anti-aging).
6. Meningkatkan ketahanan dan stamina badan.
7. Meningkatkan kesuburan.

Panduan Proses Detoxifikasi Dengan Produk Shaklee

Produk
Bahagian/Organ Badan
DTX
Detox Hati
Herblax
Detox Usus Besar
Alfalfa
Detox Darah, Usus Kecil, Usus Besar
Vivix
Detox Darah

Adakah perlu kita ambil semua produk detox tersebut? Jawapan nya perlu jika kita inginkan tahap kesihatan badan yang optima kerana setiap satu produk tersebut mempunyai fungsi nya yang tersendiri.

Jika anda mencari vitamin untuk diri dan keluarga, boleh hubungi saya Pn. Emy di talian 019-4675097. Saya adalah pengedar Shaklee yang aktif di bandar Sri Aman dan kawasan sekitarnya.

Sunday, November 23, 2014

Atasi Sembelit Dengan Daun Senna

Khasiat  Daun  Senna
pengedar shaklee sri aman
Secara tradisional, daun Senna atau daun  gelenggang digunakan sebagai bahan laksatif (julap). Bahan laksatif ini bertindak untuk memudahkan pembuangan air besar.
Daun Senna atau daun  gelenggang  ini berfungsi dalam usus besar manusia dengan meningkatkan pergerakan peristalsis kolon dengan merangsang mukosa kolon. Dengan ini, ianya akan dapat mengurangkan sembelit.
Dewasa ini daun gelenggang atau daun senna juga digunakan dalam perubatan moden. Sama seperti kegunaannya secara tradisional, ianya digunakan sebagai laksatif. Bahan aktif di dalam daun senna iaitu sennoside akan diekstrak dan digunakan sebagai ubat.
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mendaftarkan ubat yang mengandungi daun gelenggang dalam kategori ubat tradisional dan dalam kategori ubat farmaseutikal, ianya didaftarkan sebagai Ubat Bukan Preskripsi (OTC: Over The Counter).
pengedar shaklee sri aman
Daun Senna  merupakan  bahan  utama  di dalam  Herblax. Di proses dengan  begitu teliti serta sumbernya yang semulajadi menjadikan Herblax  sebagai  julap moden yang selamat dan tidak menyakitkan. Berikut  adalah testimoni-testimoni pengguna Herblax  
pengedar shaklee sri aman

pengedar shaklee sri aman

pengedar shaklee sri aman

pengedar shaklee sri aman

pengeddar shaklee sri aman

pengedar shaklee sri aman

Sebarang  pertanyaan  berkenaan  produk  dah keahlian, sila hubungi  

Pengedar Shaklee Sri  Aman
 FB Personal: Emy Lea
 FB Page: https://www.facebook.com/HealthyEden
 Email : evanona75@yahoo.com
 Call/SMS/WhatsApp :019-4675097
 COD Area: Sri Aman/Lubok Antu

 Pengeposan ke seluruh negara juga disediakan.