nuffnang

Sunday, August 16, 2015

Tips Memilih Kasut Futsal

Pada minggu depan, anak lelaki sulung saya akan menghadapi perlawanan futsal pertama beliau. Perlawanan tersebut diadakan bersempena dengan hari potensi sekolah TABIKA Kemas di Sri Aman. Jadi, minggu lepas anak saya ni telah membuat permintaan untuk membelikan beliau sepasang kasut futsal. Untuk mendapatkan kasut futsal di Sri Aman adalah agak sukar kerana hanya pilihan yang terhad saja ada. Jadi, petang Jumaat lepas, sebaik habis waktu sekolah, kami sekeluarga pun memulakan perjalanan ke Bandaraya Kuching. Dan, semalam, sebaik berjaya mendapat sepasang kasut futsal, kami kembali semula ke Sri Aman.

Okay, apa yang saya nak kongsikan di sini adalah cara-cara untuk memilih kasut futsal yang sesuai. Bukan jenama yang kita perlu kejar, tetapi keselesaan si pemakai semasa bermain nanti itu yang paling utama. Walau jenama apa yang kita pilih, yang pentingnya mesti STYLO..ngeh..ngeh..ngeh..


1. Keselesaan
Perkara paling utama yang perlu dititikberatkan ketika memilih kasut adalah keselesaan. Tak kira berapa pun harga dan apapun jenama kasut yang anda pilih, yang penting mesti rasa selesa ketika dipakai. Sebab kasut tersebut dipakai untuk bermain bola dan bukannya untuk buat fesyen show. Jadi, untuk memastikan kasut yang anda pilih benar-benar selesa dipakai, jangan malu-malu untuk mencuba kasut berkenaan. Cuba sepasang terus, jangan hanya mencuba sebelah kaki sahaja. Berjalan di sekitar dalam kedai kasut jika perlu. Malahan boleh cuba untuk berlari anak dengan kasut berkenaan. Jadi, pandai-pandailah cari kedai yang owner nya sporting la yer...hehehe.

2. Jenis padang
Perkara seterusnya yang perlu diambilkira ketika memilih kasut adalah jenis padang untuk bermain. Jika anda bermain di padang turf sintetik grass (padang tiruan yang berwarna hijau), maka lebih baik memilih kasut yang tapaknya ada spike. Ini kerana padang sintetik grass tu agak licin dan tidak sesuai untuk kasut yang bertapak getah. Kebarangkalian anda jatuh tergolek di tengah padang adalah agak tinggi kerana tapak kasut getah adalah licin untuk digunakan di atas padang sintetik grass. Jika anda bermain di atas flat field, atau padang yang tidak berumput, maka tapak kasut bergetah pula yang paling sesuai untuk anda. Jangan pakai kasut yang ada tapak spike untuk bermain di atas padang yang jenis ini kerana spike pada tapak akan menyebabkan anda tidak dapat bergerak dengan pantas.

3. Harga
Bagi saya, pilihan harga kasut adalah terpulang kepada kemampuan anda sendiri. Jika anda mampu, tidak salah untuk memilih kasut futsal yang berjenama seperti PUMA, NIKE dan ADIDAS. Jika tidak, pilihlah jenama apapun yang ada...yang penting keselesaan kasut yang anda pilih itu akan membawa kemenangan pada pasukan anda!


So, kesimpulannya di sini, walau apapun jenama kasut atau harga yang anda pilih, pastikan keselesaan dan kemahiran itu ada. Tak guna juga kalau ada kasut stylo warna merah menyala tetapi rembat bola pun sampai..ngeh..ngeh...ngeh..

Perlukan minuman tenaga? Sila klik di sini

Jika anda tercari-cari Vitamin yang sesuai untuk anda dan keluarga, boleh hubungi saya :
Pengedar Shaklee Sri  Aman
 FB Personal: Emy Lea
 FB Page: https://www.facebook.com/HealthyEden
 Email : evanona75@yahoo.com
 Call/SMS/WhatsApp :019-4675097
 COD Area: Sri Aman/Lubok Antu
 Pengeposan ke seluruh negara juga disediakan.


No comments:

Post a Comment