Jeragat dan parut hitam adalah masalah yang sering dialami oleh kebanyakan wanita Asia. Masalah ini nampak remeh, namun jika tidak dirawat, boleh menyebabkan kawasan tompok-tompok hitam ini akan menjadi semakin bertambah luas. Punca jeragat ialah daripada sel melanosit yang terlampau aktif dan mengeluarkan melanin yang berlebihan serta menyebabkan kulit bertompok-tompok hitam.
Antara sebab berlakunya tompok-tompok hitam ini adalah:
1) Radang kulit semasa mengalami masalah jerawat. Dan, apabila jerawat ini kering, ia akan meninggalkan kesan hitam yang juga dikenali sebagai "post-inflammatory hyperpigmentation" (PIH)
2) Perubahan hormon semasa mengandung dan menyusukan anak juga boleh menyebabkan tompok-tompok hitam yang dikenali sebagai "melasma". Addison's disease yang disebabkan oleh kalenjar adrenal yang tidak berfungsi (mengeluarkan hormon steroid dalam badan) juga akan mengakibatkan jeragat. Selain itu, penggunaan pil perancang dan tabiat merokok juga boleh menjadi punca jeragat.
3) Pendedahan kulit kepada cahaya matahari untuk jangkamasa yang lama akan memberi kesan tompok-tompok hitam dan akan bertambah yang dikenali sebagai "age spots", "freckles" dan"lentigenes". Perbezaan antara age-spots, freckles dan lentigenes ialah saiznya.
Jeragat terbahagi kepada 2 jenis:
- Epidermal : jeragat berada pada lapisan atas kulit (epidermis)
- Dermal : jeragat berada pada lapisan dalam kulit (dermis)
Kebiasaannya, PIH dan melasma berada pada paras dermal dan lebih sukar dirawat. Age spots, freckles dan lentigenes pula berada pada paras epidermal dan lebih senang dirawat.
4) Reaksi alahan kepada ubat-ubatan tertentu.
Reaksi alahan kepada ubat-ubatan tertentu merupakan punca utama hyperpigmentation. Antibiotik tertentu seperti minocycline, tetracycline dan doxycycline digunakan secara meluas oleh ramai orang. Malah, minocycline biasanya digunakan untuk merawat jerawat. Tetapi senarai bahan-bahan yang menyumbang kepada melasme tidak berhenti di situ. Terdapat beberapa antidepresan yang juga boleh menyebabkan pigmentasi muka. Imipramine adalah salah salah satu daripadanya. Chlorpromazine adalah dadah, biasanya digunakan sebagai anti-psikotik. Ia juga bleh menyebabkan jeragat, selepas digunakan dalam jangka masa yang lama. Phenytoin (yang digunakan untuk merawat epilepsi) merupakan satu lagi contoh bahan yang mendorong kepada terjadi jeragat dalam jangka masa panjang. Ia adalah ciri-ciri dadah-induced.
Oleh itu di dalam memilih produk kecantikan dan ubat-ubat antibiotik dan sebagainya hendaklah berbalik kepada asas kejadian alam. Oleh itu, penggunaan ubat homeopati,biochemic dan cream yang bebas bahan kimia telah menjadi trend dan serta satu perkembangan sihat di Barat. Mereka sekarang ini terus menghindari ubat-ubat kimia yang akan menyebabkan kesan sampingan dalam jangka masa panjang.
CARA UNTUK HILANGKAN JERAGAT
1. Melalui Penjagaan Kulit Wajah - Salah satu rahsia kulit yang cantik ialah dari amalan membasuh muka yang kerap, paling minimum 2 kali sehari. Juga pastikan memakai toner dan pelembap sejurus selepas mencuci muka. Namun perlu dipastikan pembersih wajah, toner dan pelembap yang digunakan haruslah sesuai dengan kulit. Elakkan daripada menggunakan produk yang boleh menyebabkan kulit wajah menjadi kering. Juga pastikan produk penjagaan wajah anda juga bebas daripada bahan kimia berbahaya seperti Hydroquinone dan Mercury. Pemakaian krim pelindung kulit yang mempunyai SPF yang tinggi amatlah perlu sekiranya selalu terdedah dengan matahari. Di sini saya cadangkan Set Penjagaan Wajah Nutriwhite. Bukan sahaja berkesan, malahan sangat menjimatkan wang anda..
2. Melalui Pemakanan Harian - Kulit yang sihat memerlukan pemakanan sihat. Banyakkan mengambil sayur dan buah-buahan segar setiap hari bagi memastikan kulit mendapatkan vitamin C dari sumber yang segar walau sedikit. Selain itu, pengambilan air kosong sekurang-kurangnya 2-3 liter sehari juga penting kerana membantu melancarkan darah dan menyingkirkan toksin dari tubuh.
3. Melalui Suplemen/Vitamin. Pilihlah yang berasas kejadian alam seperti tumbuhan. Kerana supplemen begini tidak mengandungi bahan kimia yang boleh menyebabkan alahan bertambah teruk dan mudarat. Jauhi ubat-ubat kimia yang akan menyebabkan kesan sampingan dalam jangka masa panjang.
Untuk mendapatkan kesan yang terbaik, pengambilan supplemen yang KONSISTEN selama 90-120hari adalah sangat penting. Ini untuk memastikan sel lama yang dah mati akan digantikan dengan sel baru yang lebih sihat dan bermaya. Kulit dan tona warna kulit juga akan kelihatan lebih sekata.
Sekiranya anda berminat dan ingin dapatkan konsultasi percuma, bolehlah hubungi saya dengan menghantar email ke evanona75@yahoo.com ...terima kasih. Harga istimewa akan menanti anda dan semestinya FREE DELIVERY!!!!!
Sebarang pertanyaan boleh hubungi saya :
Pengedar Shaklee Sri Aman
No comments:
Post a Comment