nuffnang

Tuesday, December 2, 2014

Benarkah Soya Menyebabkan Kanser Payudara?

Saya pernah terbaca artikel di dalam beberapa buah blog malahan heboh juga di dalam laman Facebook tentang satu isu yang begitu hangat diperkatakan iaitu isu yang mengatakan soya boleh menyebabkan kanser. Dan selalunya, isu itu akan timbul semakin hangat apabila produk ESP Energizing Soy Protein Shaklee sedang dalam promosi. Samada itu satu kebetulan atau pun disengajakan saya pun tak tahu...
pengedar shaklee sri aman
Okay....isu yang paling kerap timbul adalah minuman atau makanan yang berasaskan soya seperti tofu dan tempe dikatakan boleh menyebabkan kanser payudara. Isu ini timbul kerana soya mengandungi phytoestrogens iaitu bahan biokimia semulajadi yang menyerupai estrogen. Manakala hormon estrogen ini pula mampu menggalakkan pertumbuhan sel kanser payudara. Inilah titik pertama yang menyebabkan isu ini timbul.

Berdasarkan kajian-kajian klinikal yang telah dibuat oleh para saintis, tiada bukti yang benar-benar kukuh untuk membuktikan dakwaan tersebut. Malahan, terdapat hasil kajian klinikal yang menunjukkan soya boleh merendahkan risiko kanser pula. Walaupun di dalam kajian makmal terbukti bahawa phytoestrogens boleh merangsang pertumbuhan sel-sel kanser payudara tetapi ini gagal dibuktikan oleh para saintis di dalam kajian klinikal mereka. 

Mengikut peraturan kajian klinikal, satu kajian yang sahih haruslah mendapat keputusan yang sama apabila diuji berulang kali menerusi kaedah yang sama. Jika sesuatu penemuan baru, apabila dikaji semula oleh saintis yang lain menggunakan kaedah yang sama tetapi memberikan keputusan yang berbeza, maka hasil yang dikatakan penemuan terbaru ini boleh diragui dan boleh dikatakan tidak sahih. 

Menurut laporan di dalam The Journal of the American Medical Association pada tahun 2009, para saintis telah mengkaji semula data yang diperolehi daripada seramai 5,042 wanita Cina yang dikaji dalam kajian Shanghai Breast Cancer Survival Study mendapati bahawa soya merendahkan risiko mendapat semula kanser payudara yang telah dirawat. Walau bagaimanapun, kajian ini hanya telah dilakukan di negara China sahaja dan belum lagi dilakukan di negara-negara lain, maka penemuan terebut tidak boleh disahkan.

Hasil daripada bacaan saya daripada mereka yang bergelar doktor, boleh saya simpulkan di sini  bahawa ramai saintis yang berpendapat bahawa amalan meminum air soya atau memakan hasil soya seperti tempe dan tofu tidak memberikan kesan kepada kanser payudara. Masih banyak lagi kajian yang perlu dibuat untuk membuktikan kesan samada negatif atau positif soya terhadap kanser payudara.


Untuk Senarai Harga Produk Shaklee, sila klik
 Sebarang pertanyaan sila hubungi
pengedar shaklee ari aman
Pengedar Shaklee Sri  Aman
 FB Personal: Emy Lea
 FB Page: Healthy Eden
 Email : evanona75@yahoo.com
 Call/SMS/WhatsApp :019-4675097
 COD Area: Sri Aman/Lubok Antu
 Pengeposan ke seluruh negara juga disediakan.



No comments:

Post a Comment