nuffnang

Monday, December 22, 2014

Vitamin E Bukan Sekadar Untuk Kesihatan

Meh..kita kenalan dulu dengan Vitamin E. Apa itu Vitamin  E...

Vitamin E adalah vitamin larut lemak yang disimpan di dalam organ tubuh seperti hati, jantung, kelenjar pituitari, testis, uterus, darah dan otot. Namun, yang menariknya vitamin E ini ialah, 60-70% darinya akan disingkirkan dari tubuh setiap hari (tidak semua disimpan dalam badan) dan ia tidak menjadi toksik seperti vitamin A.

Ni pula antara khasiat Vitamin  E  dalam badan:
  • -Menjadikan anda tampak lebih muda dengan membantutkan penuaan sel-sel badan yang disebabkan oleh radikal bebas.
  • -Mencantikkan dan menampakkan wajah lebih muda dari usia. pengambilan yang berterusan akan mampu menghilangkan kedut, parut dan jeragat.
  • -Melindungi paru2 dari pencemaran udara.
  • -Meningkatkan kuasa sel-T untuk melawan penyakit.
  • -Bersifat anti oksidan.
  • -Membekalkan oksigen ke sel-sel badan.
  • -Mengurangkan risiko Alzheimer (nyanyuk).
  • -Mengurangkan risiko keguguran bagi wanita hamil.
  • -Menyelesaikan masalah kelesuan.
  • -Mengurangkan risiko parut yang besar.
  • -Merendahkan kadar kolesterol.
  • -Membantu mencegah kanser.
  • -Merendahkan risiko katarak.
-Vitamin E juga dikenali sebagai ‘vitamin cinta’ kerana ia boleh membantu dalam perhubungan suami isteri. Malah wanita hamil, menyusukan anak, mengambil sebarang pil hormon dan melalui fasa menopous memerlukan vitamin E.

Bagi saya pula..Vitamin  E  ini bukan sahaja untuk ditelan..malahan lebih dari itu. Pengalaman  saya baru-baru  ini..pergi bercuti bersama keluarga di kawasan pantai. Saya dapati bibir anak-anak  saya kering dan merekah akibat cuaca yang panas dan juga  kurang minum air. Apa yang saya buat, saya pecahkan vitamin E  itu dan sapu pada bibir anak-anak  saya. Keesokan  harinya, bibir mereka tidak lagi kering dan merekah. 

Sebab  itu, saya sentiasa  memastikan sebotol Vitamin  E  saya bawa bersama setiap hari.


No comments:

Post a Comment