Sembelit juga boleh menimbulkan beberapa simptom seperti bau mulut dan bau badan yang tidak menyenangkan. Ia juga boleh menyebabkan sukar menumpukan perhatian, mengantuk, rasa malas, lesu yang kronik, artritis, hilang selera makan, sakit kepala dan juga masalah kulit.


Bahan bertoksin


Masalah sembelit ini jika tidak diatasi dengan segera boleh menyebabkan pengambilan makanan berkhasiat akan menjadi kurang bernilai. Ini kerana toksin dalam aliran darah akibat sembelit akan menimbulkan beban kepada organ hati untuk menjalankan detoksifikasi semulajadi secara berkesan. Akibatnya, nutrien tidak akan dapat sampai kepada sel yang memerlukannya. 

Sembelit juga boleh menyebabkan bahan bertoksik gagal dinyahkan daripada tubuh secara semulajadi. Inilah yang akan menyebabkan peningkatan paras molekul radikal bebas. Ini kerana najis yang mengeras akibat sering mengalami sembelit menyebabkan ia melekat pada dinding usus besar dan boleh menyebabkan usus tersumbat.

Sembelit juga didapati mampu menyebabkan pembentukan kanser usus besar. Ia dikaitkan juga dengan pembentukan diverticulosis (kantung terbentuk pada dinding kolon tanpa berlaku keradangan) dan apendiks mengalami keradangan. Malahan, ada yang percaya bahawa sembelit bukan sahaja boleh menyebabkan kanser kolon malahan juga boleh menyebabkan kanser pada bahagian tubuh yang lain.

Apabila sering sembelit dan mengalaminya secara berpanjangan akan menyebabkan bahan bertoksin mengitari seluruh tubuh. Ini akan menyebabkan DNA tidak dapat berfungsi secara sempurna. Ia juga akan menyebabkan gangguan pembentukan pelbagai jenis enzim termasuk enzim detoksifikasi. Detoksifkasi yang tidak cekap boleh menyebabkan sel bersifat asid. Ia seterusnya akan menyebabkan berlaku kekurangan oksigen di dalam sel di mana keadaan ini amat kondusif untuk pertumbuhan sel-sel kanser.

Punca-punca sembelit.


1. Apabila kita sering mengabaikan isyarat untuk membuang air besar kerana terlalu sibuk melakukan sesuatu kerja atau memang sudah menjadi kebiasaan.

2. Kurang minum air.

3. Kurang mengambil makanan yang kaya fiber. 

4. Mereka yang mengalami hipotiroidism juga mudah mengalami sembelit.

5. Apabila terlalu bergantung kepada laksatif sama ada laksatif moden atau berasaskan herba juga boleh menyebabkan seseorang mudah mengalami sembelit.

* Baru-baru ini, Jabatan Pengawalan Dadah Kebangsaan (FDA) mengeluarkan amaran terhadap penggunaan laksatif berasaskan natrium fosfat (Sodium phosphate) yang mudah dibeli dari kedai farmasi tanpa preskripsi doktor berikutan 13 kematian (12 dewasa dan seorang kanak-kanak).
(Sumber: Internet)

6. Selain itu perokok tegar dan mereka yang mengalami tekanan emosi berpanjangan juga mudah mengalami sembelit.

7. Pengambilan ubat-ubatan moden atau herba tertentu juga boleh menyebabkan sembelit.


Langkah Mengatasi


Jika anda sering mengalami sembelit, langkah yang paling bijak adalah belajar untuk mencari puncanya. Sesetengah puncanya mudah dielakkan sama ada bagi mencegah pembentukan sembelit atau untuk merawatnya.

1. Penggunaan laksatif sama ada laksatif moden atau berasaskan herba tidak seharusnya dijadikan kebiasaan. Pengambilan laksatif (apabila keadaan amat memerlukan) seharusnya tidak lebih dari seminggu. Sesi buang air besar dengan cara duduk mencangkung adalah lebih membantu mengeluarkan najis berbanding kaedah duduk.

2. Teh atau rebusan keseluruhan pokok semalu bertindak merehatkan salur darah, saraf dan usus. Begitu juga dengan daun selasih dan ruku-ruku. Ruku-ruku bertindak sebagai adaptogen iaitu untuk mengharmonikan perembesan hormon stres dan membantu tubuh menghadapi stres dengan lebih cekap.

3. Amalan mengambil cuka epal/tamar, minyak kelapa dara atau minyak zaitun perahan sejuk juga membantu meredakan dan mencegah sembelit.

4. Pada jangka panjang, pengambilan berkala herba seperti jenis halia dan kunyit bersifat mentona dan menguatkan fungsi hati, membantu mencegah sembelit. Herba ini terdapat dalam pelbagai jenis makjun atau jamu.

5. Pengambilan bahan aktif natrium berfungsi untuk memaksa air masuk ke dalam usus besar bagi melembutkan najis. Bagaimanapun, jika seseorang itu mengambilnya secara berlebihan daripada dos yang dicadangkan, ia akan menyebabkan dehidrasi (kekurangan air) dan paras elektrolit yang tidak normal. Keadaan ini seterusnya boleh menyebabkan kerosakan buah pinggang, masalah jantung dan serta kematian.

6. Laksatif berasaskan herba contohnya aloe vera, atau peria bertindak menggunakan mekanisme berbeza daripada laksatif moden berasaskan natrium fosfat. Ia tidak menarik air masuk ke dalam usus untuk melembutkan najis. Sebaliknya ia bertindak dengan melancarkan pengeluaran cecair hempedu. Walau bagaimanapun, bergantung kepada laksatif berasaskan herba juga membawa keburukan iaitu ia mudah menyebabkan seseorang mengalami sembelit.

Apa jua cara yang anda pilih untuk mengatasi sembelit, dapatkan nasihat terlebih dahulu daripada mereka yang arif seperti kepada doktor atau ahli farmasi setiap kali anda dibekalkan laksatif oleh doktor atau membeli laksatif dari kedai farmasi tentang kesan bahan aktifnya kepada tubuh dan dos pengambilan yang selamat. Ia adalah langkah bijak walaupun kebanyakan pengguna mampu untuk memahami arahan yang terkandung pada label.

Atasi Sembelit Dengan Herblax

pengedar shaklee sri aman


pengedar shaklee sri aman

Pengedar Shaklee Sri  Aman
 FB Personal: Emy Lea
 FB Page: Healthy Eden
 Email : evanona75@yahoo.com
 Call/SMS/WhatsApp :019-4675097
 COD Area: Sri Aman/Lubok Antu
 Pengeposan ke seluruh negara juga disediakan.