nuffnang

Tuesday, December 24, 2013

Day 17 - 3 Things You are Proud of About Your Personality

1) Mudah berkawan
- bagi saya, saya seeorang yang mudah berkawan. Saya cepat menyesuaikan diri di tempat baru. Sebab itu saya punya ramai kenalan. Walau bagaimanapun, senarai orang yang saya anggap sahabat adalah pendek kerana saya betul-betul menapis orang yang saya anggap sahabat.

2) Periang
- tidak mudah bagi orang lain untuk merosakkan mood saya. Selalunya saya ambil sikap tidak ambil peduli pada orang-orang yang cuba membuatkan saya rasa down. Bagi saya, selagi apa yang mereka buat itu tidak mendatangkan bahaya kepada saya dan family..saya tidak ambil peduli langsung apa yang mereka sedang atau rancang hendak buat.

3) Cerewet
- cerewet dalam memilih makanan!! Saya suka makan ikan dan tidak mudah hendak mencuba makanan yang pelik-pelik. Saya tidak suka makan daging kecuali ayam. Paling saya suka adalah ikan dan seafood. Saya rasa disebabkan saya ni cerewet dalam memilih makanan menyebabkan saya mampu mengekalkan saiz badan saya walaupun sudah beranak empat!!

No comments:

Post a Comment