nuffnang

Sunday, December 15, 2013

Day 9 - Pencapaian dalam hidup yang sedang saya usahakan

Saya join shaklee bulan July dengan tujuan untuk makan sendiri sahaja. Tetapi bulan berikutnya saya rasa tertarik pula untuk berbisnes..dalam hati saya..tak rugi kalau mencuba..lagipun sudah jadi member..bukan perlu tambah duit lagi tu pun.. So, pendek cerita..setelah saya lihat bonus saya pada bulan September..saya mulai jelas dengan apa yang saya nak.. :

1. Menjana pendapatan lumayan untuk keluarga supaya tak terbeban oleh hutang sana sini

2. Melakukan perkara yang tidak stressfull pada diri saya.

3. Ingin menjadi seorang WHAM yang berpendapatan tinggi..6 angka pendapatan..itu yang saya impikan

4. Ingin meletakkan jawatan saya sebagai seorang guru jika pendapatan saya bersama shaklee mencecah RM50,000.00 sebulan. Bukan kerana saya dah tak minat mengajar..tetapi saya dah tak minat lagi melakukan kerja-kerja yang di luar bilik kelas..terutamanya tugasan pengkeranian.

No comments:

Post a Comment