Salam sayang buat semua pembaca blog My Vita Health Shop.
Moga perkongsian hari ini bermanfaat buat semua..kerana cerita hari ini
mengenai minuman hangat pemberi tenaga. Bukan air milo atau horlicks tapi
minuman tenaga Performance Drink Shaklee. Ia dijual dalam
bentuk serbuk ala ala just tang. Lazat. Kalau dulu dulu saya tak pandang
sangat apa istimewanya kelebihan performance drink shaklee ni...Memang ada
sentiasa setin kat rumah tapi jarang berusik, hanya bila demam atau cuaca panas
terik baru saya minum, tu yang sampai keras2 serbuk tu.. Dan hanya minum ketika
mengerjakan umrah tapi tak tahu terperinci pentingnya minuman tu. Tapi selepas baca
serba sedikit tentang pentingnya minuman elektrolit dan diberi penjelasan
ketika produk workshop, barulah datang kesedaran untuk rajin minum.hihi
Sedikit info tentang elektrolit. Antara elektrolit yang
utama dalam badan adalah Sodium ion, Chloride Ion, Magnesium ion Calcium Ion,
Potassium ion..
Fungsi elektrolit adalah untuk mengawal keseimbangan
air dalam badan dan menghasilkan impuls elektrik yg digunakan oleh saraf
saraf dan otot otot badan.
Jadi jika anda sedang
mencari minuman elektrolit, pastikan pilihan anda adalah yang terbaik untuk
diri sendiri dan keluarga anda. Pilihan saya semestinya Performance Drink Shaklee. Kenapa? kerana ia
berbeza dengan jenama yang lain..bukan sahaja rasanya yang lazat, yg penting ia
tak bergas dan atas sebab sebab dibawah .... Kelebihan Performance Drink
Shaklee:
- Ia terbukti secara klinikal dapat menyokong tahap hidrasi lebih cepat berbanding air.
- Performance Drink juga mempunyai lebih banyak elektrolit dan menyalurkan lebih banyak tenaga berbanding jenama minuman hidrasi lain.
- Campuran Elektrolit OPTI-LTYE™ proprietari dengan campuran unik karbohidrat dapat memberikan tenaga segera dan berkekalan bagi menyokong hidrasi optimum.
- Terbukti secara klinikal:Ujian makmal terhadap atlet dengan pencapaian cemerlang menunjukkan yang Performance Shaklee dapat mengurangkan kehilangan bendalir bagi meningkatkan hidrasi, memelihara tahap gula dalam darah bagi mengekalkan keupayaan tenaga dalam meningkatkan stamina
- Tidak mengandungi perasa tiruan, pemanis atau sebarang bahan pengawet tambahan.
Jadi wahai kawan kawan, jangan pandang
remeh kepentingan minuman elektrolit kerana jika kandungan elektrolit tak
seimbang dalam badan atau terganggu, ia boleh membawa maut. Dan oh ya satu
lagi, kalau anda mengalami haus terlampau, kulit bibir mengelupas atau rasa
mual itu juga tanda2 badan sedang menghadapi tahap dehidrasi yang terlampau.
jadi sila lah bancuh segelas Performance Drink hari ini. Ia memberi tahap
hidrasi lebih baik berbanding air biasa. Pasti berbaloi... pastikan setin
Performance Drink ada dirumah anda..