Bagaimana untuk mengenalpasti sesuatu ubat itu adalah ubat yang berdaftar dengan KKM?
Semua produk ubat-ubatan di Malaysia perlu berdaftar dengan Kementerian
Kesihatan Malaysia (KKM) terlebih dahulu sebelum dipasarkan kepada
pengguna termasuklah produk-produk yang dibuat di luar negara. Produk
yang berdaftar mempunyai nombor pendaftaran MAL (contoh MAL20125467T)
dan label Hologram Meditag pada pembungkusannya. Sekiranya sesuatu
produk ubat tidak mempunyai kedua-dua ciri ini, produk tersebut dikhuatiri tidak berdaftar dengan KKM.
Semua ubat berdaftar mesti mempamerkan nombor pendaftarannya pada label
atau pembungkusannya. No. pendaftaran dimulakan dengan huruf ‘MAL’
diikuti dengan 8 digit nombor dan di akhiri dengan huruf-huruf yang
menunjukkan kategori pendaftaran produk tersebut iaitu :
Kategori pendaftaran produk:
A – Ubat mengandungi racun terkawal
X – Ubat yang tidak mengandungi racun terkawal /OTC
T – Ubat tradisional
N – Suplemen kesihatan
****so , semua produk shaklee bermula dengan MALXXXXXNC -N bermaksud suplemen kesihatan dan C bermaksud company berdaftar. So, bagaimana dengan suplement yang anda guna selama ini?
No comments:
Post a Comment