Tips Untuk Menghadapi Cuaca Panas
Sejak
kebelakangan ini, cuaca terasa amat panas. Pada waktu ini suhu mencecah
sehingga 36 darjah Celcius. Dan, tahukah anda yang keadaan cuaca yang panas
melampau ini boleh menganggu tahap kesihatan kita? Di sini saya kongsikan
beberapa tips untuk menghdapi cuaca yang begini panas.
1.
Minum banyak air terutamanya air putih.
Minumlah dengan kerap untuk mengelakkan rasa haus. Elakkan mengambil makanan atau minuman yang
manis.
2.
Pakai pakaian yang sesuai. Pilihan
pakaian yang nipis, tidak berwarna gelap atau terang dan longgar.
3.
Apabila suhu sudah mencecah hingga 90
darjah F, kipas elektrik tidak lagi berkesan untuk menyejukkan badan berbanding
jika anda mandi.
4.
Hadkan aktiviti di luar rumah. Jika
perlu untuk keluar rumah, lakukn pada awal pagi atau lewat petang.
5.
Jika berada di luar rumah, pastikan
anda berlindung di tempat redup.
Beberapa jenis penyakit yang disebabkan oleh cuaca
panas:
1.
Heat Stroke
– berlaku apabila badan kita tidak mampu lagi menstabilkan suhu badan. Jika
tidak berupaya untuk berpeluh bagi menyejukkan semula badan, suhu bada boleh
mencapai ke 106 darajah F dalam masa 15 minit. Antara simtom yang boleh kita
lihat adalah kulit menjadi panas, kering dan merah, nadi akan menjadi bertambah
laju, kepala yang berdenyut-denyut, pening, loya dan menjadi keliru. Apabila
simtom ini dah timbul, mangsa harus disejukkan dengan segera dengan memandikn
mangsa dengan air sejuk, basahi mereka dengan hos atau balut dengan tuala yang
sejuk tetapi jangan diberi mereka minum. Dapatkan bantuan perubatan dengan
segera kerana heat stroke boleh menyebabkan kematian atau kecacatan kekal.
2.
Heat Exhaustion
– boleh berlaku beberapa hari selepas terdedah kepada suhu yang tinggi dan
kekurangan minum air. Golongan warga emas yang menghidap tekanan darah tinggi
dan bekerja di luar rumah adalah golongan yang tinggi risiko untuk menghadapi
Heat Exhaustion. Simtom-simtom nya pula berpeluh dengan banyak, pucat,
kekejangan otot, keletihan, pening, sakit kepala, loya, muntah dan boleh
menyebabkan pesakit tidak sedarkan diri. Kulit menjadi sejuk dan lembab,
denyutan ndi menjadi cepat dan lemah dan pernafasan menjadi cepat dan pendek.
Bantulah mangsa engan menyejukkannya, dapatkan bantuan perubatan jika
simtom-simtom tersebut berlarutan.
3.
Heat Cramps
– biasa berlaku apabila badan sudah terlalu berpeluh akibat daripada aktiviti
yang lasak dan boleh membawa kepada simtom Heat Exhaustion. Simtom-simtom nya
termasuk sakit otot atau kekejangan otot, selalunya pada otot perut, lenan dan
kaki. Jika anda dapat mengesan tanda-tanda awal Heat Cramps ini, hentikan
aktiviti dengan serta merta, minum air dengan banyak dan berteduh di tempat
terlindung daripada cahaya matahari. Kalau tanda-tanda Heat Cramp tidak
berhenti dalam masa sejam, dapatkan rawatan doctor dengan serta merta.
Jagailah kesihatan anda dan kurangkan aktiviti di luar.
****jika anda BERMINAT :
# untuk menjadi ahli
# untuk penerangan lebih lanjut
# untuk membeli
****boleh hubungi saya EMELIA ANAK JUMOI ( SID : 994434 )
****CALL/SMS/WASSAP : 019-467 5097
****COD : SRI AMAN DAN SEKITARNYA
****POS KE SELURUH MALAYSIA, INDONESIA, BRUNEI DAN SINGAPORE
No comments:
Post a Comment