nuffnang

Thursday, November 27, 2014

Bila Cikgu Emmet menulis : Lisyana, Si Gadis Kecil Yang Selalu Bertanya " Kemaia Hari Lima Cikgu?"

Hari ini saya terpanggil untuk berkongsi hasil tulisan dari page seorang cikgu yang bertugas di sebuah sekolah rendah di pedalaman Sarawak. Tulisan beliau ini adalah tentang seorang pelajar sekolah Tahun 1 di tempat beliau bertugas. Saya tak mengedit hasil tulisan beliau kerana tidak mahu merosakkan keindahan bahasa yang telah beliau garapkan. Secara peribadinya, saya mengenali beliau tetapi hanya sekadar kenalan sahaja (sekolah tempat beliau mengajar dekat dengan sekolah saya). Namun kini, hasil tulisan beliau telah membuka hati dan minda saya tentang kehidupan sebenar yang berlaku di sekitar saya. Ada banyak kisah terpinggir seperti ini di sekitar kita yang kita tidak sedari kerana kita sengaja membutakan hati dan perasaan kita terhadap kisah-kisah sebegini. Ikutilah kisah  Lisyana, Si Gadis Kecil Yang Selalu Bertanya " Kemaia Hari Lima Cikgu?"
Pengedar shaklee sri aman

Posted by Cikgu Emmet Faizal  (11 November 2014)

Kepada adik adik yang masih bersekolah. Malam ini adik berada dimana? Mungkin adik berada di rumah sedang menonton cerita korea bersama ibu dan bapa. Mungkin adik sedang ketawa melihat telatah kwangsoo dan gary yang lucu. Mungkin juga adik sedang bermain permainan video atau bermain gadjet tablet. Setiap malam adik yang berada di tahun 1 hingga tingkatan 5 akan berada dirumah bersama ibubapa dan keluarga setiap hari.

Namun adik yang berada didalam gambar ini. Pada saat ini sedang nyenyak tidur beralaskan bantal sambil memeluk anak patung setelah menghitung hari untuk pulang pada hujung minggu ini. Adik didalam gambar ini amat merindui ibu dan bapanya. Ini benar dik. Ini betul betul kejadian. Namanya Lysiana. Seorang kanak kanak iban berumur 7 tahun. Seawal usia itu Lysiana sudah tinggal di asrama sekolah semata mata utk 1 tujuan. BELAJAR. Itulah tujuannya. Bagi adik adik dibandar usia yg sama juga ke sekolah namun perginya berhantar pulangnya disambut. Namun Lysiana ini hanya dihantar oleh ibunya ditepi jalan rumah panjang di sebuah tempat bernama nyelam (sebelum ini saya tulis klauh maaf atas kesilapan). Jarak dari rumah ke sekolah hampir 60km mustahil bagi ibubapanya menghantar dan mengambil setiap hari. Kerana itu kepergian Lysiana ke sekolah hanya menggunakan van pada petang ahad dan kembali ke rumah ibubapanya pada ptg jumaat. Cikgu masih ingat dik semasa cikgu mengajar kelasnya pada awal januari...airmata Lysiana tidak kering dari bertakung dikelopak matanya. Namun dia tidak pernah meraung berguling minta balik. Bila Cikgu lalu disebelah mejanya dia akan menarik tangan cikgu dan bertanya..."cikgu..bila ari lima?" (cikgu, bila hari jumaat?) cikgu akan pegang kepalanya dan berkata...lagi 3 hari. Maka mulutnya akan mencebik dan terus mewarnakan gambar aktiviti yang diberi. Sesekali dia mengesat airmata dengan lengan baju.
Tersentuh hati cikgu dik.


Anak sekecil ini sudah diajar berdikari. Anak sekecil ini sudah jauh berpisah dengan ibubapa demi mencari ilmu. Anak sekecil Lysiana ini sudah mula belajar mengemas tempat tidur sendiri di asrama. Anak sekecil ini sudah mula mencuci baju didalam baldi dibilik mandi. Anak sekecil ini sudah mula menyidai dan melipat kain bajunya sendiri. Anak sekecil ini diajar erti pengorbanan. Sedangkan anak seusia Lysiana ini di kuala lumpur mungkin bajunya dicuci bibik. Anak orang JB seusia Lysiana ini mungkin tidurnya diatas tilam spring. Anak orang Georgetown seusianya mungkin makannya bersuap tidak makan bertalam (Tray).


Jelas disini dik, bahawa kesenangan kadang kala membuat kita jadi manja dan sombong. Kesusahan hidup pula mengajar kita jadi tabah dan berani keluar dari kepompong kemiskinan.
Lysiana adalah contoh yg jelas mewakili anak anak tahun 1 yang berjauhan dgn keluarga demi mencari Ilmu untuk mengubah nasib keluarga pada masa akan datang. Oleh yang demikan dik, janganlah malas kesekolah. Janganlah degil didalam kelas. Janganlah melawan kata kata guru. Jangan jadi enggang sedangkan kita sebenarnya sekecil pipit.



Posted by Cikgu Emmet Faizal  (23 November 2014)

Sahabat yang dikasihi
Kelmarin tentang Lisyana
Semalam tentang Lisyana
Hari ini juga saya akan ceritakan tentang Lisyana.
Sejak beritanya menjadi viral dimedia sosial. Hampir semua memberikan respon positif terhadap anak kecil ini.

Dalam kegembiraan saya membaca satu persatu respon yang diberikan. Tiba tiba seorang hamba Allah menghantar mesej peribadi kepada saya.
Mesejnya berbunyi
(tanpa edit)
A'kum cikgu..sebak sy baca kisah anak murid lisyana..berpuluh kali bc tetap rasa sebak..adakah cikgu masih dpt berjumpa dgn anak tersebut? Saya nk sampaikan sedikit bantuan pada lisyana utk sesi persekolahan akan dtg..mgkin cikgu blh maklumkan pada saya cara dan bagaimana..
Jasa baik cikgu amat saya hargai..wassalam..

Terharu saya menerima mesej tersebut. Ya Allah terima kasih kerana membuka ruang buat anak kecil ini untuk dibantu. Lantas saya menjawab mesej tersebut dan mencadangkan agar lisyana dibantu dengan memberikan peralatan persekolahan. Setelah memberikan alamat ,saya sekadar menanti dan selepas 2 hari, pada jam 11 pagi semalam sebuah van poslaju menjengah menghantar bungkusan kerumah saya.

Saya menghubungi penderma terbabit untuk memaklumkan bahawa barangan telahpun sampai.
Pada jam 3 ptg saya bersedia untuk kerumah Lisyana. Kami bertolak dari Sri Aman menuju Nyelam. Dalam perjalanan hari hujan lebat. Saya terpaksa memandu agak perlahan kerana ini kali pertama saya kesana. Sampai di simpang Engkeramut hujan mula teduh. Kereta kami mula masuk ke jalan yang menuju ke kampung Nyelam. Mula mula kami melalui ladang kelapa sawit. Kondisi jalan agak baik iaitu bertar. Tak lama kemudian kami mula melalui jalan berbatu (gravel) dan jalan tanah merah berbukit bukau. Terdapat lori balak juga kami temui. Tiada lagi ladang sawit sebaliknya hutan belukar dikaki banjaran kelingkang yang memisahkan Sarawak dengan Kalimantan Indonesia. Setelah bertanya di 3 buah rumah panjang barulah kami menemui rumah Lisyana.
Jangkaan saya Rumah Panjang TR Kincin yg agak lama menjadi kediaman Lisyana. Namun jangkaan saya meleset bilamana saya melihat bapa Lisyana keluar menyambut saya dari 'istananya' yang sebenar. Kelihatan Lisyana juga berlari memanggil saya 'chegu paizal chegu paizal' saya tersenyum dan bersalaman dgn nya. Ibunya juga turut keluar menyambut kami. Saya menyatakan hajat saya kesini untuk menyampaikan sumbangan dari seorang penderma dari Selangor. Seorang yang saya kira golongan profesional dan berada tapi berhati mulia sanggup membantu org yg lain yang hanya dikenali melalui cerita dan tulisan saya. Nama penderma tersebut Puan Azlina Che Hassan.
Setelah kotak sumbangan dibuka, wajah Lisyana terpancar kegembiraan. Tangan kanannya mencapai anak patung beruang manakala tangan kirinya memegang baju Frozen yang digilai kanak kanak masakini.Terdapat banyak alat tulis, buku, kelengkapan sekolah, makanan didalam kotak tersebut.
Bapa mana yang tidak gembira. Merah mata Encik Maoh yang melihat barangan yg diterima dia tak putus putus mengucapkan terima kasih. Saya memeluknya dan menambah sebak yang ada.
Akhirnya berjaya misi saya menyampaikan pemberian Puan Azlina Che Hassan, Allah telah menunaikan hajatnya membantu Lisyana. Bantuan Puan Azlina seorang melayu dari Selangor kepada keluarga Iban di Sri Aman ini menunjukan tiada batas perkauman dan keagamaan yang memisahkan kita dalam melaksanakan tugas untuk menolong orang lain. Inilah indahnya kehidupan. Kami meninggalkan 'istana indah' Lisyana dengan hati yang senang. Semoga selepas ini banyak lagi bantuan boleh diberikan pada kanak kanak ini. Manakala bagi saya inilah jihad (perjuangan) saya sebagai murabbi (guru).
Alhamdulillah.
-Cikgu Emmet-
 (4 photos)


Posted by Cikgu Emmet Faizal  (25 November 2014)

 Sahabat yang dikasihi,

Sejak seminggu ini ramai yg teruja dengan kisah Lisyiana. Ramai yang kagum pada semangatnya. Ramai yang gembira melihat wajahnya yg sentiasa ceria walaupun kita tidak tahu siapa dia sebenarnya. Kaya kah? Biasa biasa sahaja kah? Miskin tegar kah? Kita tak tahu sebenarnya.
Saya pun hanya mengenali lysiana ini sebagai anak murid saya yg comel. Anak murid yang sering diawal tahun persekolahannya bertanya 'cikgu kemaia ari lima?' dan ' cikgu maia kemisi? ' Saya tahu dia tinggal di Nyelam. Tapi saya tak pernah pun ambil peduli perihal itu. Saya pun punya kehidupan sendiri. Tugas saya mengajarnya. Noktah.


Namun Allah yang maha berkuasa mengerakkan naluri saya menulis tentang insan comel ini. Azamnya jadi kata kunci dalam penulisan saya. Saya tidak pernah menyatakan kesusahan hidupnya dalam video slide saya. Sehinggalah bila saya menyampaikan sumbangan Puan Azlina Che Hassan barulah saya tahu siapakah Lyysiana yang sebenar.

Patutlah ibu dan bapanya menghantar dia ke asrama dalam usia yg muda. Bagi kita rumahku syurgaku. Namun kadangkala kita sering rasa 'syurga' kita dah ketinggalan zaman TV 32 inci dah tak mampu melayan nafsu menonton lalu kita berkira kira untuk menukar tv 50 inci. Sofa di 'syurga' kita dah tidak sesuai dgn warna dinding maka kita memasang impian menukar sofa kulit anak lembu import dari itali (walaupun sekadar impian) Dapur kita jenis 2 penunu oh susahnya nak memasak maka kita berkeras hati mahu menukar dapur flatbed. 4 penunu siap dengan hud penyedut asap. Bilik tidur kita pula sentiasa dinaik taraf kononnya menambahkan romantika. Ruang tamu dan ruang makan sentiasa menjadi topik penting untuk 'make over' setiapkali tiba musim perayaan.

Sahabat yg saya kasihi
Saya sudah pergi ke istana Lysiana. Saya tak mampu mengeluarkan sepatah kata pun.Tuan tuan ambil lah masa untuk melihat gambar gambar ruang tamunya. Bilik dapurnya, tandas yg tiada berpintu dan dinding serta berkongsi ruang dengan ruang tamu. Ruang tamu itulah tempat makan,tempat tidur tempat bermain tempat belajar. Saya tak nampak satu kerusi dan meja apatah lagi katil. Tiada dapur yang sempurna. Dinding rumah ditampal zink karat. Atap yang berlubang. 



Kepada dato dan datin samada menteri atau tidak, apakah dato dan datin sudi mencemarkan secarik kemuliaan tuan untuk berkunjung ke istana Lysiana ini? Jangan lah kita terlepas pandang lagi. Bukan satu orang sepertinya tapi ramai lagi diseluruh sarawak ini. Saya hanya sekadar membantu yang termampu. Selebihnya kita fikirkan apa yang patut kita lakukan.


Sebelum saya menutup bicara ingin saya lontarkan soalan. Malam ini tuan puan makan apa? (jawab dalam hati)
Tuan puan fikirkan apa yg Lysiana makan bersama keluarganya malam ini
Sekian
Cikgu Emmet.
 (8 photos)

Posted by Cikgu Emmet Faizal  (26 November 2014)

pengedar shaklee sri aman
Encik Maoh sekeluarga bersama Cikgu Joni dan Pengerusi PIBG Encik Majeng bergambar bersama

pengedar shaklee sri aman
Lawatan guru guru SK Melugu ke rumah Lysiana. Keihatan dari kanan Encik Majeng (PIBG),CikguPatrict Peter, Cikgu Wilhelmina Wong,Cikgu Averlette George dan Cikgu Katerin Siang

 Hari ini saya berkunjung lagi ke teratak ini ( dah macam pegawai kebajikan masyarakat pulak rasanya  ) Kali ini saya membawa pengerusi PIBG SK MELUGU iaitu Encik Majeng bagi meninjau keadaan keluarga Lysiana. Encik Majeng merupakan pengerusi yang amat perihatin dalam perkembangan murid murid SK Melugu bersama sama guru guru SK Melugu melawat keluarga Lysiana sejurus selepas majlis pengumuman UPSR tamat. Dalam pertemuan itu bantuan kepada adik lysiana juga disampaikan hasil sumbangan cikgu wilhelmina dan guru lain. Sumbangan berupa alatulis, baju sekolah,beg dan lain lain diharap dapat meringankan beban keluarga lysiana. Ternyata rumah ini memang kediaman bapanya Encik Maoh anak Gendau sendiri. Menurut beliau rumah ini dibina secara berperingkat peringkat bergantung kepada kemampuan kewangan. Setakat ini beliau mampu mendirikan dinding dan atap sahaja mana selainnya masih terbengkalai kerana kekangan kewangan. Sesiapa yang sudi membantu beliau oleh hubungi nombor telefonnya iaitu 0111-5872575 . Maka saya yakin bahawa beliau memang orang yang perlu dibantu. Bagi sesiapa yang ingin membantu boleh terus menelefon beliau sendiri.

Sedikit pembetulan keluarga Encik Maoh hanya mempunyai 2 orang anak sahaja iaitu Rownado Kalus dan Lysiana

Posted by Cikgu Emmet Faizal  (26 November 2014)

pengedar shaklee sri aman
Sahabat yang saya kasihi
Saya mohon jangan lah dipolitikkan isu ini. Sebagai guru saya neutral. Lysiana mmg miskin tapi bukan mewakili kemiskinan mana mana kaum. Lysiana mmg susah tapi bukan alat utk kita menyalahkan sesiapa. Ibubapanya bukan pengemis atau gelandangan. Mereka mmg susah kais pagi makan pagi tapi mereka tak menyerahkan Lisyana pada orang lain atas alasan tak mampu menyara. Sayangnya lisyana atau dipanggil umang kepada ibubapa sangat kuat. Bayangkan setelah berbulan berpisah demi ilmu..maka dalam masa sebulan lebih inilah masa dia menagih kasih sayang. Lisyana tidak mahu jauh dari bapanya hatta untuk berposing mengambil gambar. Malah dia akan ikut ibubapanya bekerja diladang sawit. Rindunya anak ini pada bapanya. Dalam keadaan serba daif ada cinta dan kasih sayang diteratak buruk itu. Itulah istana mereka itulah baiti jannati mereka (rumahku syurgaku) itulah kekuatan mereka yang sebenarnya kelemahan bagi kita.

Saya selalu merungut bila tuntutan kenaikan gaji cuepacs tidak dilayan dan membebel menyatakan susahnya nak hidup dalam keadaan serba mahal. Anak saya mungkin marah jika keinginan untuk memiliki iphone 6 saya tukarkan dgn asus zenfon yang jauh lebih murah. Saya mungkin marahkan isteri hanya kerana dia tak menyedia lauk kegemaran saya sebaliknya membuat lauk lain.
Sahabat yang baik hati, melihat semangat lisyana ke sekolah berpisah jauh dgn ibubapanya adalah MOTIVASI bagi kita supaya jangan malas. Melihat jiwa encik Maoh yang mampan menghadapi kesempitan hidup yang serba meningkat kosnya adalah CERMIN untuk kita muhasabah diri.
Saya tidak minta tuan puan mahu pun diri saya supaya memiskinkan diri. Tapi kita sememangnya 'miskin' apabila kita rasa hidup ini sempit bila keinginan material kita tidak dapat dipenuhi.
Oleh itu tuan puan adik kakak, tak perlu kita kata orang itu zalim. Yb itu pemalas. Parti itu pembohong. Kerajaan itu tak perihatin. Tapi kita renungkan apa peranan kita sebagai ahli masyarakat. Lisyana bukan hanya di Nyelam. Lisyana ada di sekitar anda. Lisyana ada di Miri. Lisyana ada di Arau Perlis. Lisyana ada di Segamat Johor. Lisyana ada dimana mana. Pandulah mata hati kita dengan niat yang ikhlas dan cari 'Lisyana' yang boleh kita bantu. Dan disitu kita telah memenuhi tuntutan agama iaitu menjadi Hamba Allah yang baik. Dan itulah ganjaran utama yang harus kita impikan iaitu pahala dan keredhaanNya.

Kesimpulannya. Berhentilah menyalahkan orang lain. Carilah Lisyana anda.

Terima Kasih - Bila Cikgu Emmet Menulis

Anda mencari supplemen yang sesuai untuk seisi keluarga? Hubungi saya,



No comments:

Post a Comment