nuffnang

Tuesday, August 25, 2015

Tips Hadapi Flu dan Asma Tanpa Ubat

Bagi saya, apabila dijangkiti demam selsema baru-baru ni sudah cukup membuat saya sengsara. Tidak dapat saya gambarkan kesengsaraan Encik Akmal Azmi yang menghidap asma yang kronik ini. Setelah bertahun menghidap asma dan bergantung pada inhaler, akhirnya beliau berjaya melawan asma dengan mengamalkan Vivix, Omega Guard, Garlic, Vitamin C dan Nutriferon. Jom kita tonton kisah beliau.


Rawatan Asma Kronik? Inhaler Bukan Kawan Baik Dia Lagi from iReach HD on Vimeo.

Tips Hadapi Flu Tanpa Ubat


pengedar shaklee sri aman

Hujung minggu lepas, saya mengalami flu yang agak teruk. Hidung berair, mata pun rasa perit serta berair dan badan berasa seram sejuk. Ini semua gara-gara jerebu tebal yang melanda daerah Sri Aman. Bacaan IPU yang mencecah paras tidak sihat telah memburukkan keadaan saya.

Seperti biasa, saya seboleh-bolehnya mengelak untuk tidak mendapatkan rawatan di klinik. Jadi, saya cari di internet tentang tips-tips hadapi flu tanpa ubat. Saya kongsikan di sini tips-tips yang saya jumpa. Semoga memberi manfaat kepada anda semua. Selamat mencuba! 

pengedar shaklee sri aman

1. Pastikan anda berada di dalam keadaan yang hangat dan selesa. Jauhkan minuman dan makanan sejuk. Minum teh panas dan sup ayam panas boleh membantu anda berasa lebih selesa. Malahan, boleh membantu menyingkirkan kahak dengan lebih cepat melalui batuk. Selain itu, berdiri dengan rileks di bawah hot shower juga boleh melegakan hidung tersumbat dan meringankan kepala yang berat.

pengedar shaklee sri aman

2. Pastikan anda minum air yang secukupnya. Apabila kita selsema, badan kita akan mengeluarkan banyak mukus. Dan, penghasilan mukus ini menggunakan banyak cecair dalam badan. Minum air yang secukupnya juga boleh menjadikan mukus lebih cair dan senang untuk dihembus. Elakkan minum minuman berkafein dan beralkohol kerana minuman jenis ini boleh menyebabkan badan dehydration.

pengedar shaklee sri aman

3. Selsema menyebabkan anda selalu menghembus hidung yang tersumbat. Ini boleh menyebabkan kulit di bahagian bawah hidung menjadi merah, kering dan mengelupas. Sapu sedikit petroleum jelly di kawasan tersebut atau boleh gunakan tisu yang berpelembap ketika menghembus hingus.

pengedar shaklee sri aman

4. Berkumur dengan menggunakan air suam yang dicampur dengan sedikit garam juga boleh melegakan sore throat. Berkumur dua kali sehari pada awal pagi dan sebelum tidur boleh menyembuhkan  sore throat dengan lebih cepat.

pengedar shaklee sri aman

5. Anda boleh mengambil supplement untuk mempercepatkan penyembuhan selsema. Jika anda membuat keputusan untuk berjumpa doktor, pastikan anda memberitahu doktor tentang supplement yang anda ambil. Ini untuk mengelakkan sebarang reaksi ubat yang doktor bagi dengan supplement yang anda ambil. Bagi saya, supplement yang saya ambil adalah Vitamin C, Nutriferon dan Vivix daripada Shaklee. Saya berasa lebih sihat apabila mengamalkan 3 jenis supplement dari Shaklee ni. Walaupun saya tidak sembuh dalam masa yang singkat, tetapi sekurang-kurangnya saya dapat memastikan tiada bahan kimia yang masuk ke dalam badan saya.

Apabila anda mengalami selsema, cuba elakkan daripada merebak. Tutuplah muka dengan menggunakan bawah siku apabila bersin untuk mengelakkan tangan anda dicemari kuman. Sebaik-baiknya gunakan tisu untuk menutup mulut dan hidung anda dan pastikan tisu yang telah digunakan dibuang ke dalam tong sampah. Basuh tangan anda selepas itu. Elakkan berinteraksi terlalu dekat dengan orang lain. Selsema selalunya akan sembuh dengan sendirinya dalam seminggu. Jadi,bersabar lah..ambil lah langkah-langkah yang sepatutnya sehingga itu.


Jika anda memerlukan vitamin untuk anda dan keluarga boleh hubungi saya :
Pengedar Shaklee Sri  Aman
 FB Personal: Emy Lea
♥ www.emyhealthandbeautyshop.blogspot.com
 FB Page: https://www.facebook.com/HealthyEden
 Email : evanona75@yahoo.com
 Call/SMS/WhatsApp :019-4675097
 COD Area: Sri Aman/Lubok Antu




Monday, August 24, 2015

Jerebu Di Sri Aman

Hari ini berlalu dengan amat pantas sekali. Tak sempat nak update blog pagi tadi..jadi tangguh ke waktu petang camni. Selepas menjadi pasukan sorak untuk pasukan futsal si Evan tempoh hari, saya mendapat flu yang agak teruk. Mata berair dan terasa biji mata macam nak terkeluar dan bersin pun memanjang jer. Kepala pun terasa berat dan berpinar. Tekak pula terasa panas.

Sepanjang hari Sabtu saya menahan seksa flu tersebut dan bertahan hanya dengan menelan vitamin je. Kalo dahulu saya hanya bergantung pada ubat demam dan panadol bila jatuh sakit macam ni...huhuhu. Entah berapa banyak ubat demam dan panadol yang saya telan sepanjang hidup saya. Hanya selepas kenal Shaklee 2 tahun ni saya tidak lagi bergantung pada ubat semata-mata.

Berbalik pada cerita hari ni...flu saya sudah beransur baik pada hari Ahad lepas dan saya putuskan untuk berehat di rumah saja bersama keluarga. Dan, hari ni apabila saya melangkah keluar dari rumah saya dapat rasakan jerebu menjadi semakin tebal pula. Argghh..ini adalah amat tidak sesuai pada tekak saya yang sudah semakin baik. Dan, menjelang tengahari, bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Sri Aman adalah 128 iaitu yang tertinggi di seluruh negara..! Bacaan tersebut sudah menunjukkan tahap pencemaran uadara yang berbahaya pada kesihatan.


Berikut adalah skala bacaan Indeks Pencemaran Udara

Nilai IPU              Kualiti udara
    0 - 50                        Baik
  51 - 100                  Sederhana
101 - 200                Tidak sihat
201 - 300            Sangat tidak sihat
301 - 400                Berbahaya
401 - 500           Sangat berbahaya
Lebih 501          Kecemasan, (perintah berkurung dan Darurat boleh diumumkan oleh kerajaan)

 So, stay indoor as much as possible yer..!


Jika anda memerlukan vitamin untuk anda dan keluarga boleh hubungi saya :
Pengedar Shaklee Sri  Aman
 FB Personal: Emy Lea
♥ www.emyhealthandbeautyshop.blogspot.com
 FB Page: https://www.facebook.com/HealthyEden
 Email : evanona75@yahoo.com
 Call/SMS/WhatsApp :019-4675097
 COD Area: Sri Aman/Lubok Antu

Sunday, August 23, 2015

Hari Potensi Tabika Kemas Sri Aman

Pada hari Khamis lepas Evan telah menyertai perlawanan futsal yang diadakan sempena Hari Potensi Tabika Kemas Sri Aman.
Bersedia untuk memenangi perlawanan 
Pasukan anak saya telah menentang pasukan dari Sarikei. Dan, keputusan permainan kedua-dua pasukan gagal menjaringkan sebarang gol.
Aksi pembukaan perlawanan

Gaya pemain fitsal kidal
Setelah kesemua ahli pasukan gagal mendapatkan gol melalui sepakan penalti, akhirya keputusan telah dibuat melalui lambungan syiling. Dan hasilnya, pasukan anak saya telah kalah. Akhirnya, pasukan anak saya hanya bermain satu perlawanan sahaja. Untuk sepanjang hari itu, mereka hanya duduk di tepi padang sebagai penonton sahaja. Rasa kesian pula tengok muka mereka yang masih ada semangat untuk bermain futsal.
Bakal pemain futsal 2016
Penyokong kuat pasukan Evan
Takpelah anakku, mama bangga dengan semangat juangmu di dalam perlawanan futsal hari tu. Semoga berpeluang lagi untuk bermain pada tahun akan datang.

Jika anda memerlukan vitamin untuk anda dan keluarga boleh hubungi saya :
Pengedar Shaklee Sri  Aman
 FB Personal: Emy Lea
♥ www.emyhealthandbeautyshop.blogspot.com
 FB Page: https://www.facebook.com/HealthyEden
 Email : evanona75@yahoo.com
 Call/SMS/WhatsApp :019-4675097
 COD Area: Sri Aman/Lubok Antu

Friday, August 21, 2015

6 Langkah Mudah Atasi Masalah Jerawat

Jerawat

Jerawat..??? Arrgghhhh...! Itu adalah reaksi normal seorang wanita apabila menjumpai sebutir dua jerawat yang tumbuh di kulit muka apabila bangun pagi-pagi tengok cermin. Itu baru sebutir dua, bagaimana pula perasaan mereka yang mengalami masalah jerawat pada keseluruhan kulit muka..? Huhuhu...saya bersyukur kerana tidak mengalami masalah jerawat yang teruk. Walau bagaimanapun, tidak kira banyak atau sedikit, jerawat adalah perkara yang amat tidak disukai oleh golongan wanita khasnya.

Masalah Jerawat Teruk

Masalah Jerawat Sederhana
Kulit mempunyai pora-pora kecil dan boleh tersumbat. Pora-pora yang tersumbat ini selalunya disebabkan oleh minyak, bakteria dan debu. Jerawat akan brlaku berlaku jika sekiranya pora-pora ini tersumbat.


Punca

Kulit muka mempunyai kelenjar minyak dan pengeluarannya dikawal oleh hormon seks yang dikenali sebagai androgen. Saluran kelenjar minyak yang tersumbat boleh menyebabkan “blackheads” atau “whiteheads”. Bilangan bakteria akan meningkat di kawasan yang tersumbat dan boleh masuk ke dalam kulit. Keradangan pula akan berlaku sekiranya bakteria mula mengeluarkan enzim untuk memecahkan minyak kulit.


Cara Mengatasi:

1. Jaga kebersihan muka

2. Lap muka menggunakan kain atau tisu yang bersih

3. Elakkan menyentuh muka kerana bakteria selalu melekat di tangan

4. Cuci muka dengan cara yang lembut

5. Gunakan “facial scrub” 2 atau 3 kali seminggu untuk membuang sel kulit mati

6. Guna produk muka yang tidak mempunyai minyak atau “oil-free”.

Atasi Masalah Jerawat Dengan Menggunakan  Supplement Shaklee
Untuk mengatasi masalah jerawat, saya cadangkan anda memilih supplement selain menukar skincare produk yang sedia ada. Penting nya supplement ini adalah kerana selalu nya masalah jerawat adalah bermula dari dalam. Menukar product penjagaan kulit wajah sahaja tidak akan mengatasi masalah jerawat yang dialami.

Berikut adalah supplement cadangan saya untuk mengatasi masalah jerawat :

✅ Zinc
✅ Vitamin C
✅ Vitamin E
✅ ESP



Sebarang pertanyaan boleh hubungi saya :
Pengedar Shaklee Sri  Aman
 FB Personal: Emy Lea
♥ www.emyhealthandbeautyshop.blogspot.com
 FB Page: https://www.facebook.com/HealthyEden
 Email : evanona75@yahoo.com
 Call/SMS/WhatsApp :019-4675097
 COD Area: Sri Aman/Lubok Antu

Cara Mudah Kurangkan Risiko Katarak

Ada di antara rakan-rakan yang tidak mahu amalkan vitamin kerana takut nanti badan terlalu bergantung kepada vitamin. Maksudnya, bila tak telan vitamin nanti terus jatuh sakit. Bagi saya, samada kita suka atau tidak, badan kita memang memerlukan makanan tambahan untuk membekalkan badan kita dengan vitamin yang badan kita perlukan dengan secukupnya. Semakin umur kita bertambah, semakin badan kita memerlukan bantuan untuk kekal sesihat mungkin. Malahan juga, amalan makanan tambahan boleh menjauhkan penyakit.

Kajian terbaru dari Brigham dan Women's Hospital dan Harvard Medical School mendapati, penggunaan harian makanan tambahan atau multivitamin boleh mengurangkan risiko katarak di kalangan lelaki.
Pengedar Shaklee Sri Aman

Penemuan kajian baru-baru ini diterbitkan dalam jurnal Opthalmology.  Menurut pasukan penyelidik yang diketuai oleh Dr. William Christen, kajian sebelum ini telah menunjukkan perkaitan antara penggunaan supplement nutrient dan kesihatan mata.

Mengulas mengenai perkara ini, beliau mengesahkan individu yang kerap mengambil multivitamin mempunyai risiko 13 peratus dikurangkan untuk katarak nuklear.

VITALEA IRON FORMULA SHAKLEE

VITALEA IRON FORMULA SHAKLEE dirumus khas bagi memenuhi keperluan 28 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh badan kita. Ia juga membantu di dalam mengekalkan kesihatan yang baik. Multivitamin Shaklee ini juga bersifat mudah larut. Justeru, ia membenarkan penyerapan maksima oleh badan.

Pengedar Shaklee Sri Aman

                                                       KLIK DI SINI UNTUK MEMBELI

Sebarang pertanyaan boleh hubungi saya :
Pengedar Shaklee Sri  Aman
 FB Personal: Emy Lea
♥ www.emyhealthandbeautyshop.blogspot.com
 FB Page: https://www.facebook.com/HealthyEden
 Email : evanona75@yahoo.com
 Call/SMS/WhatsApp :019-4675097
 COD Area: Sri Aman/Lubok Antu

Sunday, August 16, 2015

Tips Memilih Kasut Futsal

Pada minggu depan, anak lelaki sulung saya akan menghadapi perlawanan futsal pertama beliau. Perlawanan tersebut diadakan bersempena dengan hari potensi sekolah TABIKA Kemas di Sri Aman. Jadi, minggu lepas anak saya ni telah membuat permintaan untuk membelikan beliau sepasang kasut futsal. Untuk mendapatkan kasut futsal di Sri Aman adalah agak sukar kerana hanya pilihan yang terhad saja ada. Jadi, petang Jumaat lepas, sebaik habis waktu sekolah, kami sekeluarga pun memulakan perjalanan ke Bandaraya Kuching. Dan, semalam, sebaik berjaya mendapat sepasang kasut futsal, kami kembali semula ke Sri Aman.

Okay, apa yang saya nak kongsikan di sini adalah cara-cara untuk memilih kasut futsal yang sesuai. Bukan jenama yang kita perlu kejar, tetapi keselesaan si pemakai semasa bermain nanti itu yang paling utama. Walau jenama apa yang kita pilih, yang pentingnya mesti STYLO..ngeh..ngeh..ngeh..


1. Keselesaan
Perkara paling utama yang perlu dititikberatkan ketika memilih kasut adalah keselesaan. Tak kira berapa pun harga dan apapun jenama kasut yang anda pilih, yang penting mesti rasa selesa ketika dipakai. Sebab kasut tersebut dipakai untuk bermain bola dan bukannya untuk buat fesyen show. Jadi, untuk memastikan kasut yang anda pilih benar-benar selesa dipakai, jangan malu-malu untuk mencuba kasut berkenaan. Cuba sepasang terus, jangan hanya mencuba sebelah kaki sahaja. Berjalan di sekitar dalam kedai kasut jika perlu. Malahan boleh cuba untuk berlari anak dengan kasut berkenaan. Jadi, pandai-pandailah cari kedai yang owner nya sporting la yer...hehehe.

2. Jenis padang
Perkara seterusnya yang perlu diambilkira ketika memilih kasut adalah jenis padang untuk bermain. Jika anda bermain di padang turf sintetik grass (padang tiruan yang berwarna hijau), maka lebih baik memilih kasut yang tapaknya ada spike. Ini kerana padang sintetik grass tu agak licin dan tidak sesuai untuk kasut yang bertapak getah. Kebarangkalian anda jatuh tergolek di tengah padang adalah agak tinggi kerana tapak kasut getah adalah licin untuk digunakan di atas padang sintetik grass. Jika anda bermain di atas flat field, atau padang yang tidak berumput, maka tapak kasut bergetah pula yang paling sesuai untuk anda. Jangan pakai kasut yang ada tapak spike untuk bermain di atas padang yang jenis ini kerana spike pada tapak akan menyebabkan anda tidak dapat bergerak dengan pantas.

3. Harga
Bagi saya, pilihan harga kasut adalah terpulang kepada kemampuan anda sendiri. Jika anda mampu, tidak salah untuk memilih kasut futsal yang berjenama seperti PUMA, NIKE dan ADIDAS. Jika tidak, pilihlah jenama apapun yang ada...yang penting keselesaan kasut yang anda pilih itu akan membawa kemenangan pada pasukan anda!


So, kesimpulannya di sini, walau apapun jenama kasut atau harga yang anda pilih, pastikan keselesaan dan kemahiran itu ada. Tak guna juga kalau ada kasut stylo warna merah menyala tetapi rembat bola pun sampai..ngeh..ngeh...ngeh..

Perlukan minuman tenaga? Sila klik di sini

Jika anda tercari-cari Vitamin yang sesuai untuk anda dan keluarga, boleh hubungi saya :
Pengedar Shaklee Sri  Aman
 FB Personal: Emy Lea
 FB Page: https://www.facebook.com/HealthyEden
 Email : evanona75@yahoo.com
 Call/SMS/WhatsApp :019-4675097
 COD Area: Sri Aman/Lubok Antu
 Pengeposan ke seluruh negara juga disediakan.


Saturday, August 15, 2015

3 Langkah Mudah Untuk Kurus

pengeddar shaklee sri aman

Bentuk badan yang cantik dan langsing menjadi impian setiap wanita. Dan, sebagai wanita, bentuk badan akan mudah berubah terutamanya selepas kahwin dan melahirkan anak.  Berat badan yang bertambah berkilo-kilo semasa hamil biasanya sangat susah untuk diturunkan angkanya walaupun selepas melahirkan anak. Ini akan menyebabkan wanita mudah merasa rendah diri dan hilang keyakinan. Mana tidaknya, sewaktu anak dara, pakai baju jenis apapun akan nampak cantik. Bila dah kahwin dan beranak-pinak, fesyen pakaian akan mula terhad. Pakai ini salah, pakai itu nampak pelik.

pengedar shaklee sri aman

Saya bernasib baik kerana mempunyai kadar metabolisme yang sangat tinggi. Jadi, berat badan yang naik berkilo-kilo semasa hamil akan dapat turun dengan cepat selepas bersalin.  Walau bagaimanapun, tidak semua wanita di luar sana yang bernasib baik macam saya. Justeru, saya inginkan kongsikan di sini satu product yang terbukti berkesan ke atas kawan-kawan saya yang lain yang punya masalah berat badan.

pengeddar shaklee sri aman

Bagi saya, tiada produk diet di luar sana yang lebih selamat daripada produk Shaklee. Produk ini sudah berada di pasaran selama lebih 50 tahun. Jadi, oleh kerana yakin dengan kualiti dan keselamatan produk ini, saya ingin memperkenalkan Set Diet Shaklee. Set Diet Shaklee bertindak dalam 3 langkah mudah iaitu, bakar, buang dan bina.

pengedar shaklee sri aman

Langkah 1 : Bakar
Langkah yang pertama untuk kurus pula adalah membakar atau memecah lemak yang sedia ada di dalam badan. Untuk membakar atau memecah lemak ini pula saya cadangkan anda memilih di antara Lecitin atau pun Omega Guard. Lecitin ini juga dikenali sebagai pengemulsi semulajadi kerana sifatnya yang melekat pada lemak. Dalam erti kata lain, ia menyebabkan lemak terapung pada darah dan seterusnya mencegah lemak daripada melekat pada dinding membrane. Lecitin tidak boleh dihasilkan secara semulajadi oleh badan  tetapi ianya sangat diperlukan oleh badan.

pengeddar shaklee sri amanpengedar shaklee sri aman
 Langkah 2 : Buang
Pada asasnya, setiap  orang perlu detoks. Kenapa detoks? Detoks adalah proses membersihkan usus di mana segala toksin, lemak dan lendir yang melekat di dinding usus dikeluarkan melalui pembuangan air besar. Selepas dinding usus kita bersih, baru badan kita dapat menyerap nutrient pada tahap yang optimum. Dinding usus yang bersih mengurangkan risiko kanser usus. Dan, untuk pengetahuan anda, kunci asas untuk kurus adalah detoks terlebih dahulu. Jadi, selain kelihatan langsing, hidup anda juga akan menjadi lebih sihat. Untuk detoks, saya cadangkan anda memilih samada untuk mengambil Alfalfa atau pun Herblax.

 pengedar shaklee ri aman
 pengedar shaklee sri aman
Langkah 3 : Bina
Seterusnya pula adalah, bina semula otot dengan protein. Ini penting supaya badan yang sudah mulai turun beratnya supaya tidak menggeleber. Lagi satu, protein ini akan buatkan anda rasa kenyang dan meningkatkan kadar metabolisme. Untuk ini saya cadangkan anda memilih di antara Energising Soy Protein atau pun Cinch Shake. Pengambilan salah satu daripada dua ini akan menyebabkan anda berasa kenyang untuk jangkamasa yang lama. Malahan, ia juga boleh anda ambil untuk gantikan makan malam anda.

pengedar shaklee sri aman
pengedar shaklee sri aman


pengedar shaklee sri aman

Produk tambahan yang saya cadangkan untuk anda ambil untuk diet adalah Cinch Tea Mix. Cinch Tea Mix adalah campuran beberapa jenis daun teh yang sangat berkualiti dan menjadikannya minuman yang mengandungi antioksidan yang sangat tinggi. Justeru, minuman ini boleh anda minum jika anda lapar dan mengelakkan anda daripada mengantuk. Cinch Tea Mix juga boleh meningkatkan kadar metabolisme anda dan sangat sesuai dijadikan minuman di pejabat kerana ia boleh menjadikan kita kembali bertenaga dan segar. Secara tidak langsung anda tidak akan berasa ingin mengunyah makanan.
pengedar shaklee sri aman

pengedar shaklee sri aman

Jika anda ingin membeli secara online, sila klik


Sebarang pertanyaan boleh hubungi 

pengedar shaklee sri aman

Pengedar Shaklee Sri  Aman
 FB Personal: Emy Lea
 FB Page: https://www.facebook.com/HealthyEden
 Email : evanona75@yahoo.com
 Call/SMS/WhatsApp :019-4675097
 COD Area: Sri Aman/Lubok Antu
 Pengeposan ke seluruh negara juga disediakan.


Friday, August 14, 2015

VITAMIN D : RAHSIA LELAKI PERKASA!!!

Rahsia Lelaki Perkasa
Rahsia Lelaki Perkasa

RAJIN BERJEMUR  & LELAKI PERKASA

Menurut kajian, pancaran sinaran matahari dan jumlah vitamin D berkait rapat dengan rahsia lelaki perkasa. Ini kerana, kadar Vitamin D yang cukup akan meningkatkan penghasilan testosteron iaitu hormon yang mempengaruhi libido lelaki. Dalam kajian Journal Clinical Endocrinology mendapati lebih dari 2.299 orang lelaki yang mengambil kadar vitamin D yang tinggi ternyata menjadi rahsia lelaki perkasa kerana memiliki tahap hormon seks yang tinggi.

Testosteron sangat penting kepada lelaki mahupun wanita untuk menjaga kekuatan otot dan kepadatan tulang. Ini bermakna lelaki yang memiliki jumlah vitamin D yang tinggi jauh lebih 'perkasa' dari segi dalaman. Jadi tidak hairanlah lelaki yang banyak berjemur biasanya kelihatan jauh lebih bertenaga berbanding mereka yang hanya bekerja di tempat dingin serta jauh dari pancaran mentari. Sebab itulah lelaki yang kerap melakukan aktiviti outdoor nampak lebih maskulin.

OSTEMATRIX & VITAMIN D

Ostematrix merupakan tablet kalsium yang seimbang dan mempunyai kadar penyerapan 99%. Formulanya yang unik, dibuat dari mineral semulajadi dan garam mineral dari Laut Mati, mengandungi kalsium, magnesium, fosforus dan vitamin D, zinc, kuprum, manganes dan boron. Nutrient-nutrient ini perlu diambil bersama-sama untuk penyerapan oleh tubuh dan menghalang endapan sesetengah material. Kajian telah membuktikan supplement kalsium akan meningkatkan ketumpatan tulang wanita yang telah berumur secara berkesan.

Rahsia Lelaki Perkasa

Rahsia Lelaki Perkasa

Rahsia Lelaki Perkasa

Vitamin D yang terdapat di dalam Ostematrix menolong meningkatkan penyerapan kalsium dan fosforus uutuk meninggikan ketumpatan tulang, menguatkan kerangka serta memperbaiki penyakit periodontal. Sebab itu lah, lelaki yang mendapat vitamin D yang cukup menjadi seorang lelaki yang gagah perkasa berbanding lelaki yang kekurangan kalsium.

BAGAIMANA MEMILIH  KALSIUM  PREMIUM
  • Pilih produk yang ada Vitamin D dan magnesium
  • Elakkan produk yang dibuat dari tulang dan dolomite untuk mengelak keracunan plumbum.
  • Elakkan mineral chelated kerana proses tersebut boleh menyebabkan tubuh menyerap logam berat tercemar dan toksin dalam proses menyerap mineral.
Rahsia Lelaki Perkasa
                

Sebarang pertanyaan boleh hubungi saya :
Pengedar Shaklee Sri  Aman
 FB Personal: Emy Lea
♥ http://www.emyhealthandbeautyshop.blogspot.com
 FB Page: https://www.facebook.com/HealthyEden
 Email : evanona75@yahoo.com
 Call/SMS/WhatsApp :019-4675097
 COD Area: Sri Aman/Lubok Antu


Thursday, August 13, 2015

7 Sebab Saya Amalkan Vitamin C Setiap Hari

Hari ini saya nak kongsikan tentang satu jenis vitamin yang saya tidak pernah miss makan setiap hari. Vitamin tersebut adalah Sustained Released VITAMIN C Shaklee 500mg  
Fungsi vitamin C yang biasa kita sedia maklum adalah untuk :

1. Meningkatkan respons imun sistem badan. 
    Ya, sejak makan vitamin ni..saya jarang dah jatuh sakit. Kalau sakit pun kejap ja akan sihat balik. Paling saya suka sekarang saya dah jarang telan pil-pil antibiotik! Sebelum saya amalkan vitamin C ni, hampir setiap bulan saya jatuh sakit dan terpaksa ambik mc. Sekarang ni, less mc, bos pun suka...hehe.

2. Stres meningkatkan keperluan vitamin C saya. 
    Kerjaya saya..dan kehidupan peribadi saya kadang-kadang begitu mudah menyebabkan saya stress. Jadi, vitamin  C  yang saya perolehi daripada sumber makanan harian saya akan hilang dengan mudah. Untuk menampung keperluan harian Vitamin  C saya...sebiji Vitamin  C 500mg  sehari sudah mencukupi. Dan yang paling best, sebotol Vitamin C Shaklee tu cukup untuk menampung stok yang saya perlukan sehingga 6 bulan!

3. Perokok dan mereka di sekelilingnya memerlukan lebih vitamin C. 
    Suami saya seorang perokok. Walaupun beliau akan menjarakkan diri daripada saya dan anak-anak ketika merokok, kadang-kadang tiupan arah angin akan membawa masuk asap rokok tersebut kembali ke dalam rumah. Betapa mudahnya Vitamin C hilang daripada badan kita kan...

4. Membantu penyerapan iron. 
    Badan kita menyerap pelbagai jenis mineral yang kita perolehi daripada sumber makanan. Antaranya adalah iron. Iron ini sangat penting untuk pembentukan sel darah merah. Pengambilan  Vitamin  C  akan membantu penyerapan iron yang lebih baik di dalam badan. Untuk membekalkan keperluan iron yang cukup dalam badan, saya juga mengamalkan Vitalea Shaklee.

5. Membina kolagen, sejenis "glu" yang melekatkan sel-sel, penting bagi mencegah penyakit gusi. 
    Vitamin  C ini sangat penting untuk  pembinaan collagen dalam badan. Jika badan mendapat collagen  yang cukup, maka kulit akan menjadi lebih anjal dan tegang. Sendi-sendi kita juga akan menjadi lebih sihat! Selain kekal cantik, badan pun menjadi lebih sihat. Siapa yang tak nak cantik dan sihat kan...?

6. Membantu memulihkan luka-luka yang disebabkan oleh jerawat. 
    Dulu, kulit muka saya selalu dihinggapi jerawat-jerawat halus. Tangan saya pula jenis yang suka memicit jerawat. Jadi, selalulah kulit saya terluka disebabkan oleh kuku. Bila saya amalkan Vitamin  C  Shaklee  ni..luka-luka tersebut cepat sembuh..dan paling best sekali...jerawat itu pun dah hilang! Sekarang ni, nak cari sebutir jerawat pun susah...ngeh...ngeh...ngeh...

7. Memerangi kimia toksik (nitrat dan nitrit). 
    Zaman sekarang  ni susah untuk kita elakkan daripada bahan kimia toksik. Ianya ada di mana-mana..di dalam udara yang kita sedut, di dalam  makanan serta minuman yang kita telan dan juga pada benda-benda yang kita sentuh. Oleh kerana kita tak mampu nak elak, maka cara yang paling baik adalah  dengan memerangi bahan kimia toksik tersebut dari dalam badan kita. Mengamalkan pemakanan kesihatan adalah cara yang paling senang untuk memastikan badan kita mendapat bekalan vitamin yang cukup untuk keperluan harian kita.

Panduan memilih

Vitamin C yang baik harus bersifat pelepasan masa (Sustained Release).Sumber yang terbaik juga haruslah berdasarkan sumber-sumber asli seperti gam dan lilin tumbuhan untuk membolehkan pelepasan sepanjang hari. Selain itu, ia harus mengandungi kompleks bioflavonoid. Latar belakang syarikat pengeluar juga amat penting untuk memastikan kualiti Vitamin C pilihan kita itu adalah yang terbaik.

Untuk anak-anak saya pula, saya beri mereka Chewable Vita-C Plus kerana kanak-kanak lebih sukakan vitamin C dalam bentuk boleh kunyah. Dan, anak-anak saya sangat suka Chewable Vitamin C Shaklee!

Jika anda nak dapatkan  Vitamin  C yang berkualiti  tinggi..feel free to contact me!


Jika anda mencari vitamin untuk diri dan keluarga..boleh hubungi saya di talian 019-4675097 (Pn. Emy). Saya adalah pengedar aktif Shaklee di bandar Sri Aman dan kawasan sekitarnya.

Wednesday, August 12, 2015

Cara Mengatasi Masalah Sakit Lutut

Sakit lutut atau  sakit sendi  merupakan masalah  paling  biasa berlaku  kepada  mereka  yang  aktif bersukan, golongan  yang berusia dan mereka yang mengalami  masalah  berat badan berlebihan. 

Punca sakit lutut pula berbeza mengikut golongan pengidap. Contohnya mereka yang aktif dalam sukan cenderung mendapat  sakit lutut disebabkan oleh kecederaan  lampau yang pernah mereka alami. Bagi mereka yang mengalami  masalah  berat  badan pula disebabkan  oleh  lutut mereka yang terpaksa  bekerja keras untuk menampung berat badan keterlaluan.
pengedar shaklee sri aman

Bagi golongan orang yang sudah berusia pula, punca kepada sakit lutut mereka adalah kerana kalsium dan lain-lain mineral pada tulang mereka sudah mulai berkurangan dan menyebabkan kepadatan tulang semakin berkurangan. Sendi-sendi mereka akan menjadi lebih keras dan kurang fleksibel. Bendalir dalam sendi-sendi juga mulai menyusut dan akan menyebabkan tulang rawan bersentuhan antara satu sama lain. Inilah yang menyebabkan sakit lutut berlaku! 

Bagaimanakah cara menghilangkan sakit lutut dan sendi?
Ubat dan suntikan boleh membantu. Tapi ia hanya melegakan kesakitan buat sementara waktu sahaja. Malahan, pemilihan penggunaan ubat yang salah boleh merosakkan organ-organ dalaman. Cara yang paling efektif ialah dengan melakukan pembedahan. Namun begitu, ia memerlukan kos yang tinggi serta akan menyebabkan pergerakan  lutut menjadi terhad. 

Cara yang paling selamat adalah dengan mengamalkan supplemen. Cara ini berkesan cuma ianya akan memakan masa yang agak lama untuk menunjukkan kesan. Oleh itu, saya selalu mencadangkan Set Sendi Sihat pada mereka yang mengalami sakit lutut.
pengedar shaklee sri aman



Set ini mengandungi Advanced Joint Health Tablet (AJHT) dan Omega Guard daripada Shaklee yang sememangnya semulajadi dan 100% berasaskan tumbuh-tumbuhan dan herba. Hasil kajian daripada pihak Shaklee, pengambilan set ini akan dapat merasakan kesan dalam masa 5 hari pengambilan. 
pengedar shaklee sri aman
Ini adalah bahan asas di dalam AJHT.



Boswellia telah digunakan secara tradisional dalam perubatan Ayurvedic ( lebih daripada 5000 tahun dahulu) untuk merawat osteoarthritis dan rheumatoid arthritis. Ekstrak Boswellia  ini didapati daripada gum resin pokok Boswellia serrate. Ia adalah agen anti-radang semulajadi serta menghalang bahan kimia daripada menyerang tulang rawan yang menyebabkan ketidakselesaan sendi.

pengedar shaklee sri aman
Omega Guard Shaklee

Omega Guard Shaklee pula diekstrak dari ikan laut air sejuk seperti mackerel dan herring di perairan negara Jepun. Omega Guard mempunyai ketumpatan 3 kali ganda lebih daripada ketumpatan hati minyak ikan berbanding produk omega lain di pasaran. Omega Guard Shaklee merupakan minyak ikan yang paling tulen di dunia dan mengandungi rangkaian spektrum penuh 7 jenis asid lemak Omega-3 semulajadi termasuk EPADHAALA dan banyak lagi. Hasil kajian juga mendapati Omega Guard Shaklee juga mampu membekalkan 905mg asid-lemak Omega-3 EPA dan DHA.

Jika anda ingin membeli set ini secara online, sila klik


 Jika ada sebarang pertanyaan berkenaan produk dan daftar keahlian, sila hubungi: 



Pengedar Shaklee Sri  Aman
 FB Personal: Emy Lea
 FB Page: https://www.facebook.com/HealthyEden
 Email : evanona75@yahoo.com
 Call/SMS/WhatsApp :019-4675097
 COD Area: Sri Aman/Lubok Antu
 Pengeposan ke seluruh negara juga disediakan