nuffnang

Thursday, August 13, 2015

7 Sebab Saya Amalkan Vitamin C Setiap Hari

Hari ini saya nak kongsikan tentang satu jenis vitamin yang saya tidak pernah miss makan setiap hari. Vitamin tersebut adalah Sustained Released VITAMIN C Shaklee 500mg  
Fungsi vitamin C yang biasa kita sedia maklum adalah untuk :

1. Meningkatkan respons imun sistem badan. 
    Ya, sejak makan vitamin ni..saya jarang dah jatuh sakit. Kalau sakit pun kejap ja akan sihat balik. Paling saya suka sekarang saya dah jarang telan pil-pil antibiotik! Sebelum saya amalkan vitamin C ni, hampir setiap bulan saya jatuh sakit dan terpaksa ambik mc. Sekarang ni, less mc, bos pun suka...hehe.

2. Stres meningkatkan keperluan vitamin C saya. 
    Kerjaya saya..dan kehidupan peribadi saya kadang-kadang begitu mudah menyebabkan saya stress. Jadi, vitamin  C  yang saya perolehi daripada sumber makanan harian saya akan hilang dengan mudah. Untuk menampung keperluan harian Vitamin  C saya...sebiji Vitamin  C 500mg  sehari sudah mencukupi. Dan yang paling best, sebotol Vitamin C Shaklee tu cukup untuk menampung stok yang saya perlukan sehingga 6 bulan!

3. Perokok dan mereka di sekelilingnya memerlukan lebih vitamin C. 
    Suami saya seorang perokok. Walaupun beliau akan menjarakkan diri daripada saya dan anak-anak ketika merokok, kadang-kadang tiupan arah angin akan membawa masuk asap rokok tersebut kembali ke dalam rumah. Betapa mudahnya Vitamin C hilang daripada badan kita kan...

4. Membantu penyerapan iron. 
    Badan kita menyerap pelbagai jenis mineral yang kita perolehi daripada sumber makanan. Antaranya adalah iron. Iron ini sangat penting untuk pembentukan sel darah merah. Pengambilan  Vitamin  C  akan membantu penyerapan iron yang lebih baik di dalam badan. Untuk membekalkan keperluan iron yang cukup dalam badan, saya juga mengamalkan Vitalea Shaklee.

5. Membina kolagen, sejenis "glu" yang melekatkan sel-sel, penting bagi mencegah penyakit gusi. 
    Vitamin  C ini sangat penting untuk  pembinaan collagen dalam badan. Jika badan mendapat collagen  yang cukup, maka kulit akan menjadi lebih anjal dan tegang. Sendi-sendi kita juga akan menjadi lebih sihat! Selain kekal cantik, badan pun menjadi lebih sihat. Siapa yang tak nak cantik dan sihat kan...?

6. Membantu memulihkan luka-luka yang disebabkan oleh jerawat. 
    Dulu, kulit muka saya selalu dihinggapi jerawat-jerawat halus. Tangan saya pula jenis yang suka memicit jerawat. Jadi, selalulah kulit saya terluka disebabkan oleh kuku. Bila saya amalkan Vitamin  C  Shaklee  ni..luka-luka tersebut cepat sembuh..dan paling best sekali...jerawat itu pun dah hilang! Sekarang ni, nak cari sebutir jerawat pun susah...ngeh...ngeh...ngeh...

7. Memerangi kimia toksik (nitrat dan nitrit). 
    Zaman sekarang  ni susah untuk kita elakkan daripada bahan kimia toksik. Ianya ada di mana-mana..di dalam udara yang kita sedut, di dalam  makanan serta minuman yang kita telan dan juga pada benda-benda yang kita sentuh. Oleh kerana kita tak mampu nak elak, maka cara yang paling baik adalah  dengan memerangi bahan kimia toksik tersebut dari dalam badan kita. Mengamalkan pemakanan kesihatan adalah cara yang paling senang untuk memastikan badan kita mendapat bekalan vitamin yang cukup untuk keperluan harian kita.

Panduan memilih

Vitamin C yang baik harus bersifat pelepasan masa (Sustained Release).Sumber yang terbaik juga haruslah berdasarkan sumber-sumber asli seperti gam dan lilin tumbuhan untuk membolehkan pelepasan sepanjang hari. Selain itu, ia harus mengandungi kompleks bioflavonoid. Latar belakang syarikat pengeluar juga amat penting untuk memastikan kualiti Vitamin C pilihan kita itu adalah yang terbaik.

Untuk anak-anak saya pula, saya beri mereka Chewable Vita-C Plus kerana kanak-kanak lebih sukakan vitamin C dalam bentuk boleh kunyah. Dan, anak-anak saya sangat suka Chewable Vitamin C Shaklee!

Jika anda nak dapatkan  Vitamin  C yang berkualiti  tinggi..feel free to contact me!


Jika anda mencari vitamin untuk diri dan keluarga..boleh hubungi saya di talian 019-4675097 (Pn. Emy). Saya adalah pengedar aktif Shaklee di bandar Sri Aman dan kawasan sekitarnya.

No comments:

Post a Comment