nuffnang

Thursday, March 2, 2017

Impian Saya

Bila bercakap tentang impian, sudah semestinya impian saya akan berkait rapat dengan keluarga. Ada banyak sebenarnya impian saya ni. 

Impian yang top dalam list saya adalah memastikan kesihatan anak-anak dan ahli keluarga yang lain dalam keadaan tip top. Sebab itulah saya tetap setia bersama Shaklee, sebab saya tahu saya boleh mempercayai kualiti yang Shaklee tawarkan. Dalam banyak-banyak vitamin yang Shaklee tawarkan pada kanak-kanak, saya paling suka Nutriferon. Impian saya adalah untuk memberikan mereka Nutriferon satu peket seorang setiap hari. Setakat ini saya jadikan Nutriferon sebagai stok untuk mereka makan jika hanya waktu mereka tak sihat sahaja. Dengan Nutriferon saya dapati sistem imun mereka menjadi bertambah kuat.

Impian saya yang kedua adalah hidup tanpa hutang. Ya, kehidupan bebas hutang adalah kehidupan yang sangat saya impikan. Bagi saya kemewahan itu tiada ertinya jika kita masih banyak berhutang. Segala perancangan hidup jadi tergendala selagi hutang-hutang itu tidak terlangsai. Tidur malam pun tidak nyenyak dibuatnya....huhuhu.

Impian saya yang seterusnya adalah impian saya selepas melangsaikan hutang-hutang saya. Selepas bebas hutang, saya nak bawa anak-anak melancong ke luar negara sekurang-kurangnya sekali setahun. Tak lupa juga saya nak bawak ahli keluarga yang lain untuk melancong bersama iaitu adik beradik serta kedua ibu bapa saya. Juga saya nak berikan ibu bapa saya duit belanja bulanan sekurang-kurangnya rm1000 seorang. Dan yang terakhir, menyediakan kehidupan yang bebas hutang pada anak-anak saya sehingga mereka beranak pinak nanti.

Terima kasih kerana sudi singgah ye. Salam sayang dan jumpa lagi.💓💓💓=============================
Sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee boleh menghubungi saya terus melalui mana-mana cara di bawah:

HUBUNGI SAYA :

FB : EMY LEA
Email : evanona75@yahoo.com
Call/Sms/Wassap/Telegram : 019-4675097

No comments:

Post a Comment