nuffnang

Tuesday, March 7, 2017

Seafood Restaurant Paling Best Di Lawas

Musim cuti sekolah December tahun lepas, sekali lagi kami sekeluarga buat roadtrip menjelajah utara Borneo iaitu Sabah. Dan, tahun lepas merupakan kali kedua kami buat road trip ke Sabah. Pertama kali kami buat road trip ke utara Borneo dan Sabah adalah pada tahun 2015.

Setelah 2 tahun berturut kami sekeluarga buat road trip tu, banyak tempat-tempat makan yang best yang telah kami jumpai di sepanjang perjalanan kami road trip ke Sabah. Tetapi, banyak-banyak tempat makan yang best tu, ada satu tempat yang kami rasa layak untuk dinobatkan sebagai tempat makan terbaik sepanjang road trip ke Sabah tersebut. Hao Wei Seafood Restaurant Lawas adalah sebuah restaurant yang terdapat di bandar Lawas, bahagian yang terletak paling hujung di negeri Sarawak dan bersebelahan dengan negeri Sabah.

Restaurant Hao Wei Seafood Lawas ini bertepatan dengan namanya, menyediakan pelbagai jenis makanan laut yang segar dengan harga yang sangat murah. Bayangkan, sekilo ketam segar yang sudah dimasak(resepi pilihan kita sendiri) dijual dengan harga hanya rm25 sekilo!

Selain menawarkan harga yang berpatutan, restaurant ini juga menawarkan service yang sangat cekap dan cepat. Walaupun dengan keadaan pelanggan yang memenuhi segenap ceruk restaurant, makanan yang kami pesan telah siap dimasak dan dihidangkan dalam jangkamasa kurang dari 10 minit. Restaurant ini juga sangat mesra kanak-kanak yang mana itu adalah salah satu kriteria pemilihan tempat makan yang sangat saya titikberatkan.

Jika dizinkan Tuhan dan dimurahkan rezeki, Lawas akan kami kunjungi sekali lagi pada tahun hadapan.

Terima kasih kerana sudi singgah ye. Salam sayang dan jumpa lagi.💓💓💓=============================
Sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee boleh menghubungi saya terus melalui mana-mana cara di bawah:

HUBUNGI SAYA :

FB : EMY LEA
Fan Page : Tips Keluarga Sihat
Email : evanona75@yahoo.com
Call/Sms/Wassap/Telegram : 019-4675097

No comments:

Post a Comment