Salam
sejahtera semua…terima kasih kerana sudi singgah di blog saya ini sekali lagi.
Pada artikel-artikel saya sebelum ini, saya banyak menulis tentang ESP Shaklee.
Ada beberapa sebab saya memilih ESP sebagai salah satu favourite item di antara
produk-produk Shaklee yang lain.
Jika
pada awal perkenalan saya dengan ESP setahun yang lalu, sebab utama saya minum
ESP adalah kerana rasanya yang sedap. Kedua, sebab saya tahu soya sangat sesuai
diminum oleh ibu yang hamil kerana khasiat nya yang dikatakan boleh menyebabkan bayi
yang lahir nanti putih melepak. Siapa yang tak mahu bayi yang comel lagi putih
melepak kan..? Ketiga, sebab saya terpaksa mengawal selera makan dan untuk
mengelakkan saya mengambil terlalu banyak karbohidrat.
Selepas
bersalin, saya tetap meneruskan pengambilan ESP kerana saya mulai sedar bahawa
saya memerlukan sumber protein yang tetap. Ini kerana, saya tidak cenderung
memilih daging di dalam diet harian saya. Saya bukan juga seorang vegetarian,
tetapi daging sentiasa berada di tempat paling bawah di dalam menu harian saya.
Tambahan pula, saya tidak menggemari daging lain selain ayam. Sejak saya minum
ESP ini, saya tidak lagi risau samada diet harian saya cukup protein atau tidak
kerana setiap hari saya mendapat bekalan protein yang secukupnya daripada ESP.
Hanya tiga sudu sehari, saya memastikan badan saya mendapat sumber protein
secukupnya.
Apakah Kepentingan Protien?
Protein
adalah macronutrient yang paling asas dan penting di dalam pembinaan, penjagaan
dan memperbaiki sel-sel badan. Badan tidak boleh bertahan jika kekurangan
nutrient ini. Kegagalan mendapatkan protein yang secukupnya boleh meninggalkan
pelbagai kesan negative dan seterusnya boleh membawa kepada kematian.
Apakah Kesan Kekurangan Protein?
Kekurangan protein ini selalunya
terjadi di kalangan masyarakat di negara-negara membangun yang menghadapi
masalah kebuluran. Ia juga boleh berlaku di negara-negara maju yang mana in terhasil
daripada pemilihan diet yang tidak seimbang. Vegetarian dan vegan selalunya sangat terdedah kepada masalah kekurangan
protein kerana kecenderungan mereka memilih diet yang bukan daging dan
hasil-hasil tenusu.
7 Kesan Kekurangan Pengambilan Protein
1) KWASHIORKOR:-
Kwashiorkor adalah
kesan kekurangan protein di kalangan kanak-kanak. Ia juga diirigi oleh beberapa
symptom yang lain seperti liver membesar, bengkak pada abdomen dan kaki, perubahan
warna kulit, keradangan pada kulit, rambut semakin menipis dan gigi menjadi
mudah tanggal. Kwashiorkor juga boleh member kesan pada imun system badan dan
mempengaruhi penghasilan antibody dalam badan dan seterusnya mempengaruhi
perkembangan mental dan fizikal kanak-kanak.
2) MARASMUS:- Marasmus adalah salah satu daripada
kesan kekurangan protein yang membawa kepada keletihan dan kelesuan, otot
menjadi semakin susut, mengurangkan paras lemak di dalam badan. Mengurangkan tahap
tenaga dan kehilangan berat badan secara mendadak. Ia juga menpengaruhi system imun
badan dan menjadikan badan terdedah kepada kepada risiko jangkitan penyakit
lain.
3)
GANGGUAN KESIHATAN MENTAL:-
Kekurangan protein dalam jangkamasa yang panjang boleh mempengaruhi kesihatan
mental seterusnya menyebabkan kecacatan mental dan tekanan perasaan serta ketidakstabilan
mood.
4)
EDEMA:- Kekurangan
protein juga boleh menyebabkan edema (fluid retention). Ini boleh menyebabkan bengkak di bebrapa bahagiaan bdan seperti
kaki, tangan dan perut. Selain daripada itu, edema juga boleh menyebabkan
kesakitan pada bahagian lengan dan kaki, perubahan warna pada kulit (discoloured
skin), tekanan darah tinggi dan juga kekejangan pada sendi.
5)
KEGAGALAN FUNGSI ORGAN:-
Seperti yang dinyatakan pada awal article, pengambilan protein yang cukup
penting untuk pembinaan, penjagaan dan memperbaiki sel-sel badan. Jika badan
tidak mendapat protein yang secukupnya, maka proses pembinaan dan memperbaiki
sel-sel di alam organ-organ badan tidak dapat dijalankan. Jika ini berlarutan
dalam jangka masa yang panjang, organ-organ badan tidak dapat berfungsi dengan
baik dan seterusnya akan menyebabkan kegagalan organ-organ badan berfungsi.
6) Kesusutan dan pengecutan tisu-tisu
otot :- Apabila
badan tidak mendapat sumber protein yang
secukupnya daripada makanan, maka badan dengan sendirinya akan mencari sumber
protein dari dalam badan itu sendiri. Salah satu sumber protein yang badan kita
akan jumpa adalah otot-otot badan. Dan, jika badan mulai menggunakan sumber
protein daripada otot, ini akan menyebabkan otot-otot badan mulai susut dan
mengecut.
7)
Imun Sistem Badan Menjadi Lemah:- Protein
mempunyai peranan amat penting di dalam penghasilan antibody badan. Jika badan
kekurangan protein maka badan tidak mampu menghasilkan antibody yang sangat
penting untuk system imun badan. Ini akan menyebabkan badan kita terdedah
kepada jangkitan.
Kesimpulannya
Kekurangan protein di dalam badan
sebenarnya satu masalah yang serius. Dalam jangkamasa yang singkat, ia akan
menyebabkan pelbagai kesan seperti yang tersenarai di atas. Dan, jika
berlarutan untuk suatu jangkamasa yang panjang, ia juga boleh menyebabkan
kematian. Untuk mengelakkan badan kita kekurangan protein, kita boleh memilih
untuk mengamalkan diet daripada hasil tenusu, daging, kekacang, buah-buahan
dan juga sayur-sayuran. Pastikan 15% daripada kalori harian anda adalah dari
sumber protein. Menyedari hakikat inilah saya mengamalkan minum ESP setiap hari.
Jadi sekarang, berdasarkan kepada
tanda-tanda dan symptom di atas, adakah anda mengambil protein yang cukup? Atau
adakah anda menghadapi masalah kekurangan protein? Jika anda rasa anda memerlukan sumber protein yang tetap, saya cadangkan anda juga mengambil ESP. Sumber protein harian anda yang amat mudah, hanya tiga sudu sehari, badan anda mendapat bekalan protein yang secukupnya. Boleh tinggalkan jawapan
anda di ruangan komen atau jika anda ingin terus membeli secara online, BOLEH KLIK DI SINI
Sebarang pertanyaan boleh hubungi saya :Pengedar Shaklee Sri Aman
http://www.emyhealthandbeautyshop.blogspot.com
No comments:
Post a Comment