nuffnang

Saturday, February 20, 2016

Masalah Hypertiroid : Simptom-simptom Dan Cara Mengatasinya.

Tiroid adalah satu kalenjar kecil yang terletak di bahagian leher yang berfungsi untuk menghasilkan hormon Tiroid. Hormon Tiroid ini pula berfungsi untuk mengawal pelbagai aktiviti metabolik dalam badan seperti kadar pembakaran kalori dan juga kadar denyutan jantung. Oleh itu, masalah pada kalenjar tiroid ini akan menyebabkan gangguan pada kadar perembesan hormon Tiroid iaitu akan menjadi sama ada terlalu sedikit (Hypotiroid) atau terlalu banyak (Hypertirod).


Hypertiroid adalah keadaan di mana pengeluaran hormon Tiroid secara berlebihan daripada kadar yang diperlukan oleh tubuh. Kesan daripada rembesan hormon Tiroid yang berlebihan ini akan meningkatkan aktiviti tubuh seperti peningkatan kadar metabolisme. Hypertiroid juga meningkatkan risiko untuk mengalami Osteoporosis atau masalah tulang rapuh. Masalah Hypertiroid ini juga jika dibiarkan boleh menjadi penyebab kepada masalah jantung .

Antara Simptom-simptom Hypertiroid adalah :

  1. Kekurangan berat badan kerana kadar metabolisme yang tinggi
  2. Kadar denyutan jantung menjadi laju
  3. Rasa cemas
  4. Sukar tidur
  5. Berpeluh dengan banyak
  6. Selalu berasa panas walaupun orang di seliling berasa sejuk
  7. Haid yang sedikit
  8. Cirit-birit
  9. Mata menjadi besar (bulging eyes)
  10. Bengkak pada leher

Antara cadangan Suplement Shaklee untuk Hypertiroid adalah:
  1. Vivix - Melindungi serta memperbaiki sel DNA manusia
  2. SR Vitamin C 500mg - Menyokong sistem imun pengidap Hypertiroid
  3. Vitalea - Membekalkan vitamin dan mineral yang seimbang pada baan
  4. Ostematrix - Membekalkan sumber kalsium untuk pengidap Hypertiroid yang mudah kehilangan kalsium dari badan.
  5. Omega Guard - memperbaiki fungsi kalenjar yang betul dan mengurangkan pembengkakkan pada kalenjar.


Sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee boleh menghubungi saya terus melalui mana-mana cara di bawah:

HUBUNGI SAYA :

FB : EMY LEA
Fan Page : Tips Keluarga Sihat
Email : evanona75@yahoo.com
Call/Sms/Wassap/Telegram : 019-4675097
ID Shaklee : 994434

Friday, February 19, 2016

Simptom-simptom Awal Pengidap Hypotiroid

Hypotiroid adalah keadaan di mana badan tidak mendapat hormon tiroid yang mencukupi. Oleh kerana fungsi utama hormon tiroid ini adalah untuk memastikan sistem metabolisme badan "bekerja" dengan sempurna maka orang yang mengalami masalah "slow" sistem metabolisme berkemungkinan menghadapi masalah hypotiroid.

Di peringkat awal, penghidap hypotiroid mungkin tidak menyedari diri menghadapi masalah hypotiroid kerana simptom-simptom awal penyakit ini adalah seperti keletihan biasa yang mungkin disalahertikan sebagai tanda-tanda biasa stress atau penuaan. Simptom-simptom ini terjadi kerana kalenjar tiroid mulai tidak dapat mengeluarkan hormon tiroid yang mencukupi.

Antara Tanda-tanda Badan Kekurangan Hormon Tiroid
  • Keletihan
  • Mudah berasa sejuk
  • Berat badan mudah bertambah
  • Depression
  • Lemah daya ingatan
  • Tidak dapat berfikir dengan jelas
  • Kuat tidur
  • Sakit kepala pada waktu pagi yang biasanya akan hilang sendiri apabila hari makin lewat
  • Masalah sakit, bengkak dan kejang pada sendi dan otot.
  • Bengkak pada muka terutamanya di sekitar mata.
  • Bengkak pada lidah
  • Suara bertambah garau, masalah pertuturan dan masalah pendengaran
  • Mengalami pendarahan yang banyak semasa haid.
  • Perubahan pada kulit seperti sejuk dan pucat, kering dan gatal, kasar serta bersisik, kedutan di muka (laugh lines)
  • Hujung kuku mudah pecah dan lambat panjang
  • Rambut menjadi rapuh, kasar serta mudah gugur
  • Bulu kening menjadi nipis dan mudah gugur
  • Denyutan jantung menjadi perlahan
  • Mudah sesak nafas apabila bersenam
  • Lemah tubuh badan
  • Tekanan darah tinggi
  • Bacaan kolesterol menjadi tinggi
Hypotiroid juga boleh terjadi di kalangan kanak-kanak dan juga remaja. Jika anak-anak anda mengalami simptom-simptom seperti di bawah, anda boleh membawa anak-anak anda ke hospital yang berhampiran untuk mendapatkan pemeriksaan yang selanjutnya.
  • Masalah tumbesaran yang terhenti lebih awal (bantut)
  • Lambat mengalami akil baligh
  • Pendarahan yang teruk semasa haid
  • Mengalami masalah pembelajaran kerana daya ingatan mereka yang lemah
  • Mengalami keletihan yang melampau
Antara Cadangan suplement Shaklee bagi Hypotiroid adalah :
  1. Vivix - perbaiki sebarang kekurangan pada sel.
  2. Alfalfa Complex - kaya dengan iodin yang merupakan bahan asas pada hormon tiroid
  3. Vitalea Iron Formula - Sumber lengkap vitamin dan mineral yang diperlukan oleh badan
  4. SR Vita C 500mg - Hanya dos yang diperlukan
  5. Ostematrix - mengurangkan PMS dan sakit otot
  6. Omega Guard - memperbaiki fungsi kalenjar tiroid
  7. B Complex - mengurangkan stress dan membekalkan tenaga


Sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee boleh menghubungi saya terus melalui mana-mana cara di bawah:

HUBUNGI SAYA :

FB : EMY LEA
Email : evanona75@yahoo.com
Call/Sms/Wassap/Telegram : 019-4675097
ID Shaklee : 994434

Thursday, February 18, 2016

Masalah Buasir dan Cadangan Supplement Untuk Atasi Masalah Buasir

Masalah buasir adalah masalah yang biasa didengari. Buasir adalah satu keadaan di mana urat yang terdapat pada saluran dubur membengkak dan menyakitkan. Namun begitu, ia bukanlah suatu perkara yang serius cuma menyebabkan ketidakselesaan kepada penghidapnya.

Terdapat 2 jenis buasir...

1. Internal hemorrhoid (Buasir Dalaman) - terjadi apabila urat membengkak di dalam dubur.
2. External hemorrhoid (Buasir Luaran) - urat membengkak berhampiran dengan permukaan dubur.

Punca-punca Buasir

* Terlalu banyak tekanan di kawasan pelvis dan rektum (sewaktu membuang)
*Cirit-birit atau sembelit akan menyebabkan anda meneran terlalu kuat dan meningkatkan tekanan urat di dalam kawasan dubur.
* Wanita hamil berisiko mendapat buasir apabila usia kandungan mencecah 6 bulan ke atas.
* Meneran sewaktu bersalin juga boleh menyebabkan buasir menjadi lebih teruk.
* Berat badan berlebihan boleh membawa kepada buasir.

Simptom-simptom buasir

* Pendarahan semasa pergerakan usus
* Gatal-gatal
* Sakit di bahagian dubur (terasa sakit ketika ingin membersihkan)

Cadangan supplement yang boleh membantu mengurangkan masalah buasir.

Omega Guard
* Untuk membantu pengecutan otot dan urat yang bengkak.
* Baik untuk sendi dan otot.

Zinc Complex
* Membantu menyembuhkan luka di dlam bahagian dubur dengan lebih cepat.

Ostematrix
* Membantu mengurangkan sembelit
*Melancarkan pembuangan air besar
* Memberi keselesaan kepada anda apabila mengalami luka di bahagian dubur.

Jangan biarkan kesengsaraan anda berlarutan. Dapatkan suplement yang anda perlukan hari ini juga. Salam Sayang.





 Anda juga boleh sms atau wassap terus ke nombor 

0194675097



Wednesday, February 17, 2016

BAGAIMANA VIVIX MEMBANTU masalah lelaki yang mati pucuk?

Vivix vs mati pucuk???
=================================
VIVIX bukan sahaja alternatif terbaik untuk melawan penyakit Diabetis, Tekanan Darah Tinggi dn lain-lain penyakit mahal, VIVIX juga adalah alternatif untuk memperbaiki masalah yang paling ditakuti oleh kaum Adam. BAGAIMANA VIVIX MEMBANTU masalah lelaki yg mati pucuk? Resveretrol yang terdapat di dalam cecair pekat VIVIX adalah antioksidan yang paling power.

Viagra vs VIVIX ????
===================
Cara VIVIX bertindak berbeza daripada cara Viagra bertindak. Viagra bertindak dengan meluaskan salur darah area penis. Manakala resveretrol di dalam VIVIX pula meningkatkan pengeluaran nitrik oksida. Nitrik oksida ni pula adalah bahan yang membantu salur darah untuk mengembang dan memudahkan aliran darah di seluruh badan (bukan pada satu bahagian tu je). Kalau Viagra ni expand salur darah yang kecik je, resveretrol pula boleh buat lebih daripada itu iaitu sehingga ke arteri utama. Bila takde masalah tersumbat bahagian salur darah kat situ, maka masalah mati pucuk boleh dibantu dengan VIVIX. Bonusnya pula, salur darah kat jantung apa semua tu pun ikut lancar sama. Jadi, bolehlah nikmati hidup yang lebih berkualiti dan sihat tanpa segala macam jenis penyakit mahal.

Sekian berita baik untuk kaum Adam di luar sana.




 Anda juga boleh sms atau wassap terus ke nombor 

0194675097

Saturday, February 13, 2016

Tiada Masalah Sakit Sendi Di Usia Senja

Tiada istilah terlewat jika kita benar-benar ingin menjaga kesihatan. Penjagaan kesihatan seawal umur belasan tahun adalah amat baik sekali tetapi berapa ramai yang punya kesedaran untuk menjaga kesihatan ketika usia masih muda. Jom kita baca kisah tentang Puan Sabariah ni yang mulai mengamalkan supplement sejak dari umur belasan lagi. Apa aktiviti yang beliau lakukan ketika usia menginjak 73 tahun amatlah mengagumkan.
=============================================================================================

NOVEMBER 2015
TESTIMONI 42 : SABARIAH BINTI ABDUL RAHMAN
Assalamualaikum w.b.t.
Saya Sabariah binti Abdul Rahman, baru berusia 73 tahun dan mempunyai 4 orang anak (4 lagi telah tiada akibat keguguran ) serta 10 orang cucu.

Sejak remaja, saya sangat mementingkan aspek kesihatan dan apabila memasuki alam pekerjaan saya sangat berdisiplin dalam pengambilan suplemen dari pelbagai jenama. Alhamdulillah, sehingga kini saya tiada masalah kesihatan yang teruk melainkan sakit tulang belakang serta sedikit darah tinggi yang baru sahaja dikesan 3 minggu yang lepas.

Saya mengenali Shaklee di Malaysia semenjak saya masih bekerja di awal umur 30-an, kira-kira pada tahun 1980an. Sehiggalah saya menjadi pengguna tegar semenjak tahun 2012 apabila anak saya Azlinda Ismail mula berdaftar sebagai pengedar Shaklee. Saya bermula dengan Vivix, diikuti dengan SR Vita C, Collagen Powder, Ostematrix, Omega Guard, Advanced Joint Health Tablet, Carotomax, GLA Complex, Garlic Complex dan beberapa jenis suplemen yang lain.

Sakit sendi yang saya alami semakin berkurang. Rasa berpasir dalam mata turut hilang dengan pengambilan suplemen ini secara konsisten. Saya juga tak menyangka, ramai kawan-kawan menegur jeragat di pipi semakin pudar dan sering berkongsi rahsianya.

Pada tahun 2014, saya berangkat sendirian ke Glasgow untuk melawat anak ketiga dan keluarga yang menyambung pengajian di sana. Penerbangan di awal pagi Hari Raya Aidilfitri membolehkan saya menyambut Aidilfitri di Malaysia, Dubai dan seterusnya di Glasgow! Saya tak lupa membawa Vivix sebagai keperluan utama, SR Vita C dan Omega Guard sebagai pelindung dari selesema memandangkan cuaca yang terlalu sejuk sepanjang masa di Scotland. Tambahan pula saya berada di sana selama hampir 6 bulan, dan saya sentiasa berharap diberikan kesihatan sepanjang pemergian saya.

Awal tahun 2015, Allah berikan saya kesihatan dan peluang untuk saya bercuti dengan anak-anak di Glenshee, bermain salji dan sledge walaupun pada usia begini. Vivix menjadikan saya muda dari dalaman dan itulah usaha saya supaya sentiasa sihat selain berdoa kepada Allah s.w.t.. Vivix mudah dibawa kemana sahaja, ringan dan kecil tetapi padat dengan semua keperluan!

Saya sayang Vivix.
Saya bersyukur diperkenalkan dengan Vivix dan suplemen lain.
Di usia begini, saya pastinya mahu meniti saki baki usia saya dengan sihat, supaya saya mudah beribadat dan tidak perlu hanya terlantar kesakitan. Pesanan saya, anda yang masih muda, jangan lupa menjaga kesihatan dan konsisten dalam pengambilan suplemen yang berkualiti. Tak lupa pada yang masih ada ibu bapa, elakkan mereka menderita kesakitan di hari-hari emas mereka.
Sekian wink emotico
=============================================================================================




 Anda juga boleh sms atau wassap terus ke nombor 

0194675097

Sunday, February 7, 2016

Cara Atasi Masalah Anak-anak Selalu Demam

Kesihatan Anak-anak Adalah Kebahagiaan Seorang Ibu

Dalam keadaan cuaca yang sangat tidak menentu seperti sekarang ini, anak-anak kita amat mudah terdedah kepada masalah kesihatan. Batuk, demam dan selsema sangat mudah merebak dalam keadaan cuaca panas dan hujan yang sentiasa bersilih ganti dalam satu hari. Selain memastikan anak-anak sentiasa dalam keadaan bersih, sebagai ibu adalah menjadi tanggungjawab kita untuk menyediakan badan mereka agar dapat menghalang penyakit daripada mudah menjangkiti mereka.

Tiada yang lebih merisaukan hati seorang ibu selain daripada tahap kesihatan anak-anaknya. Apabila anak-anak jatuh sakit, sebagai seorang ibu, saya akan merasa risau yang teramat sangat. Adakalanya saya akan menangis apabila melihat keadaan mereka yang lemah dan tidak cergas seperti selalu. Anak-anak saya jenis yang sangat aktif dan kuat berpeluh. Apabila mereka jadi pasif dan tidak berpeluh, saya tahu itu adalah tanda-tanda awal yang mereka sebenarnya tidak sihat. Pengalaman sebagai seorang ibu dari 9 tahun yang lepas mengajar saya tidak menunggu sehingga mereka benar-benar jatuh sakit. 


Sebaik saya sedar akan keadaan mereka, saya akan memberikan mereka Nutriferon. Walaupun jika hanya seorang pun daripada anak-anak saya yang menunjukkan tanda-tanda tidak sihat tersebut, saya akan memberikan semua anak-anak saya Nutriferon. Caranya, dua sachet Nutriferon akan saya bancuh dengan kira-kira 4 sudu makan. Kemudian saya akan bahagi kepada 4 bahagian anak-anak akan mendapat kira-kira sesudu makan seorang. Senangkan...?



RM181.25

Dan, setakat ini, saya hanya perlu berikan mereka Nutriferon ini selama 4 hari berturut-turut untuk mereka kembali seperti sediakala.



  RM181.25


***jika anda berminat menjadi ahli shaklee atau inginkan penerangan lebih lanjut, atau ingin membeli anda boleh hubungi saya melalui :_  

EMELIA ANAK JUMOI SID 994434 call/sms/whatsapp : 019-4675097 atau, jika anda berminat untuk berjumpa atau mendapatkan produk shaklee ini, saya adalah pengedar aktif shaklee di SRI AMAN, SARAWAK….POS SELURUH MALAYSIA, BRUNEI, SINGAPORE….

Wednesday, January 6, 2016

17 KELEBIHAN ZINC

17 KELEBIHAN ZINC

Zinc ni biasanya dikaitkan dengan kesuburan lelaki & keguguran rambut... tapi Zinc sebenarnya sangat banyak khasiat dan faedahnya utk kesihatan kita.

Jom kita semak khasiat2 dan kelebihan Zinc.

1. MASALAH JERAWAT: Kajian telah menunjukkan zink berkesan untuk menyembuhkan jerawat. Ia lebih baik dari penggunaan antibiotik.

2. EKZEMA: Ekzema atau ectopic dermatitis antaranya disebabkan oleh kekurangan zink dalam badan.

3. MENYEIMBANGKAN HORMON : Zinc mengawal selia jumlah testosteron di dalam badan.

4. KESIHATAN KULIT : zink berkait rapat dengan sintesis kolagen yang membantu dalam menormalkan jumlah minyak kulit dan mengekalkan kulit yang sihat.

5. PENYEMBUHAN LUKA: Kekurangan zinc menyebabkan lambat penyembuhan luka. Badan manusia mempunyai beberapa enzim yang bergantung pada zink, yang menggalakkan sintesis kolagen yang seterusnya membantu dalam penyembuhan luka.

6. GANGGUAN PROSTAT: Zink sangat penting dalam menangani gangguan prostat. Kekurangan zink menyebabkan pembesaran kelenjar prostat dan menjadikannya terdedah kepada kanser . Ia adalah dinasihatkan untuk mengambil 15mg zink setiap hari, di bawah pemerhatian rapi perubatan, apabila mengalami masalah prostat.

7. MENURUNKAN BERAT BADAN: Zink memainkan peranan utama dalam penurunan berat badan dan mengawal selera makan.

8. KEHAMILAN: Ia adalah penting untuk pembaikan dan fungsi DNA. Ia diperlukan untuk pertumbuhan cepat sel-sel dan membangunkan unsur-unsur utama sel semasa kehamilan.
   
9. KESUBURAN & PEMBIAKAN: Bagi lelaki, zink membantu dalam spermatogenesis dan pembangunan organ-organ seks. Sementara di kalangan wanita, ia membantu dalam semua fasa pembiakan, termasuk peringkat kelahiran dan penyusuan.

10. FUNGSI BIOLOGI: Zink memainkan peranan penting dalam banyak fungsi biologi seperti pembiakan, kawalan penyakit kencing manis, tahap stres, rintangan imun, bau dan rasa, pertumbuhan fizikal, selera makan dan penghadaman.

11. MENGAWAL JANGKITAN : Zink membantu dalam melindungi daripada gangguan berjangkit dan jangkitan kulat termasuk paru-paru dan konjunktivitis.

12. ANTIOKSIDAN: Zink bertindak sebagai antioksidan dan pada dasarnya terlibat dalam beberapa tindak balas biokimia yang tegas, yang termasuk sintesis protein, fungsi enzim dan metabolisme karbohidrat .

13. ENZIM: Zink merupakan komponen beberapa enzim yang membantu dalam pertumbuhan sel, sintesis protein, tahap hormon, DNA, mengawal selia transkripsi gen, metabolisme tenaga dan lain-lain faedah kesihatan yang berkaitan dengan zink.

14. KELESUAN KRONIK: Orang yang mengalami keletihan yang kronik dicadangkan untuk mengambil makanan yg kaya dengan zink.

15. BOTAK: Botak menyebabkan kehilangan rambut bagi kanak-kanak dan orang dewasa. Pemulihan yang disyorkan oleh doktor kepada orang yang mengidapinya ialah dengan pengambilan diet yang kaya dengan kandungan zink. Terdapat pelbagai kapsul yang kaya dengan zink, jadi ubat-ubatan yang kaya dengan zink akan membantu mencegah keguguran rambut

16. KEMEROSOTAN TULANG: Ia adalah penyakit apabila tulang menjadi lemah dan rapuh. Zink adalah komponen hydroxyapatite iaitu garam dan membuat matriks tulang yang kuat dan keras. Oleh sebab ini, kandungan zink perlu ditambah dalam pelan diet anda untuk mengelakkan kehilangan tulang.

17. RABUN MALAM: Pengambilan kira-kira 150-450 mg Zink akan memperbaiki penglihatan. Jadi, adalah sentiasa dicadangkan untuk mengambil makanan seperti daging lembu, kambing, tiram, ketam kerana ia kaya dengan kandungan zink dan akan memperbaiki penglihatan mata.

Haaa sesiapa yang ada masalah di atas, sila lah ye... Zinc bulan ni beli 4 dengan harga 3 botol.

Untuk oder sila hubungi 0194675097 


Sunday, January 3, 2016

Vivix Membantu Pertuturan Pesakit Stroke Kembali Sempurna

Selamat Tahun Baru 2016 kepada semua yang sudi singgah di teratak comel saya ni. Sebagai memulakan kembali penulisan saya ni...saya mulai dengan kisah-kisah magic yang berkaitan dengan Vivix.

Kisah yang pertama ni adalah tentang seorang isteri yang mana suaminya telah mengalami stroke hingga mengganggu pertuturan beliau. Jom kita baca kisah Puan Hafza Aein ni.

=================================

Assalammualaikum..

Saya Hafza Aein.. yang berkongsi cerita mengenai suami saya yang mengalami stroke dan juga masalah percakapan. Stroke yang dia alami boleh saya kategori sebagai stroke pendarahan. Tapi setelah menggunakan produk Shaklee iaitu VIVIX, Alhamdulillah suami semakin pulih.
.

Tanggal 28 April 2014...suami mengalami masalah stroke dimana doktor mengesahkan pembengkakan otak kiri yang menjadi bengkak dengan cepat. Ya Allah...hanya Allah je yang tahu macam mana perasaan saya time tu.
.

Doktor membuat keputusan hanya pembedahan pembukaan tempurung kepala sahaja yang dapat menyelamatkan nyawa suami. Tanpa berfikir panjang, saya bersetuju untuk suami dibedah kerana tiada pilihan lain. Kalau ada pun, besar kemungkinan boleh menjadi risiko yang paling besar.
.

1 MEI 2014.. Jam 4 pagi suami masuk ke dewan pembedahan dan pakar memberitahu saya pembedahan ni merupakan major operation. Saya redha dengan segala kemungkinan yang berlaku.

Jam 8pg.. berita yang ditunggu telah tiba. Alhamdulillah..suami selamat menjalani pembedahan dan ditempatkan di Unit Rawatan Rapi untuk pemantauan doktor.
.

4 MEI 2014..keadaan suami masih lagi tidak sedar dan doktor telah memberitahu saya yang sel-sel otak di bahagian otak kiri telah mati dan ada 3 kemungkinan yang terjadi pada suami..

1- tidak dapat mengingat sape dia dan ahli keluarga...
2- boleh mengingat tapi cepat lupa..
3- masalah pertuturan..
.

Saya menjadi bimbang selepas itu. Apa yang saya harapkan lepas suami sedar dia akan mengingat semua ahli keluarga sendiri dan Alhamdulilah.. Allah Maha Besar.. bila dia dah sedar dia masih lagi ingat akan kami sekeluarga.
.

Cuma yang menjadi masalah bila setiap pertuturan dia menjadikan kami tidak faham. Tapi tak apa.. saya ingat lagi dengan produk VIVIX. Saya baca setiap testimoni pasal stroke ni.. apakah kesan dia bile dia makan dan apakah boleh pulih dengan minumnya.
.

Saya cuba bagi dia setiap malam dengan 1 sudu kecil dan berdoa setiap kali saya bagi pada dia untuk pulihkan sel-sel yang dah mati di otak dia sebab otak kiri merupakan otak untuk bertutur dan mengira.

Alhamdulillah setelah hampir setahun saya berikan VIVIX pertuturan suami semakin pulih dan doktor pun puji suami nampak semakin berseri-seri dan makin banyak cakap.. Hahaha.. suka saya mendengarnya bila doktor cakap macam tu.
.

Terima kasih Shaklee telah membantu menyembuhkan suami saya dan keluarga. Terima kasih juga pada upline saya yang memahami keadaan saya dan memberi cadangan ambil VIVIX untuk bantu pulihkan suami saya.

I love Shaklee...

(BEFORE) Keadaan suami pada bulan MEI 2014
(AFTER) Keadaan suami selepas setahun menggunakan Vivix.

Sila share cerita saya ni supaya dapat membantu pada mereka yang mengalami masalah yang sama.


Saturday, October 31, 2015

Kesan Kekurangan Protein


RISIKO KEKURANGAN PROTEIN (SECARA UMUM):

1. Anemia (kurang darah atau kurang oksigen dalam darah)
2. Kidney disease (penyakit buah pinggang)
3. Liver (penyakit hati)
4. High Cholesterol (kolesterol tinggi)
5. Low blood pressure (tekanan darah rendah)
6. Low blood sugar (kandungan gula darah rendah)
7. Nerve instability (Fungsi saraf tak stabil)
8. Peptic ulcer (Ulser perut + usus)
9. Poor wound healing (Luka ambat sembuh)
10. Poor blood circulation (Pengaliran darah yang tidak lancar)
11. Poor vision (Penglihatan kurang baik)
12. Irritability (Badan menggeletar)
13. Fatigue (Letih lesu)
14. Weakness (Lemah)
15. Water retention (Tinggi kandungan air dalam tisu badan)
16. Prolonged period of time mental retardation (Terancat akal)
17. Lack of resistance to infection (Ketahanan badan rendah terhadap jangkitan)

**Protein hakikatnya boleh didapati dalam makanan harian kita seperti ikan, ayam, daging, kekacang dan banyak lagi. Namun protein ini mudah musnah apabila berada dalam suhu masakan yang tinggi.

**Apabila ini berlaku, tubuh kita akan menyerap saki baki protein yang ada dan selebihnya badan kita menyerap minyak hasil masakan seperti ikan goreng, ayam goreng atau apa jua masakan terutama yang bergoreng.

**Untuk itu $haklee ada SOLUSI  dan insya Allah boleh membantu anda dan keluarga

DI INGATKAN YA....
Shaklee hanya menggunakan protein soya yang tidak diubahsuai genetiknya, iaitu Non-GMO (Non-Genetically Modified Organism), dimana ia disahkan melalui Identity Preservation Program. Program ini memastikan soya yang digunakan oleh Shaklee adalah dipantau dengan ketat dan dikawal sejak mula ditanam, dituai hinggalah diproses.

APA-APA PERTANYAAN BOLEH HUBUNGI
PENGEDAR AKTIF $SHAKLEE SRI AMAN
PUAN EMY
ID 994434
0194675097 


Friday, October 30, 2015

Kebaikan Omega Guard Shaklee


Saya memang maklum anak-anak yang membesar perlukan Omega yang cukup. Jadi inilah sebab saya memilih Omega Guard Shaklee.

Kelebihan omega guard shaklee:

🍀di ekstrak dari ikan laut air sejuk (sardin,mackerel,herring,anchovies) di perairan negara Jepun

🌿ia bukan dari hati minyak ikan

🌻minyak ikan paling tulen di dunia yg mengandungi spektrum penuh 7 asid lmak omega 3 semulajadi termasuk EPA,DHA,ALA dan pelbagai lagi

🌸menggunakan kaedah ultratulen bergred farmaseutikal teknologi terkini utk hasilkannya

🌷 ia di hasilkan melalui proses penyulingan proprietari tiga molekul utk mengekstrak asid lemak omega 3 yang paling tulen dan semulajadi sementra menyingkirkan plumbum, karnon, merkuri, arsenik dan bahan merbahaya lain.

Hubungi saya Pengedar Shaklee Sri Aman, Puan Emy :  0194675097 


Thursday, October 8, 2015

Koleksi Testimoni Vivix





Salah satu sebab saya sangat suka Vivix kerana ianya selalu memberikan saya satu perasaan sentimental value dengan kisah-kisah magic penggunanya.

Koleksi Testimoni Vivix
***********************
1. Tinie Badri: Suami saya ambik Vivix lepas didiagnose Penapis Buah Pinggang Bocor(Nephrotic Syndrom) pada Oktober 2014. Selepas sebulan konsisten minum Vivix, bacaan protein turun sedikit. Selepas 3bulan bacaan dah negatif. Dan doktor pakar Nefro pun dah stop semua ubat dan appointmen. Alhamdulillah. Ada seorang kawan suaminya  2 tahun bergantung ubat doktor Nephrotic nya masih lagi ada protein dan simptom2 dan tiada perubahan. Selepas saya cadangkan Vivix, alhamdulillah sihat dah dia.Vivix memang terbaik!!

2. Hafza Aein : Suami sy stroke pendarahan..dan ada mslh injap jntung..lepas 6bulan sy bg vivix..bulan 1 2015..sy bwk dia g IJN..alhamdulillah..jantung dia tak bengkak...dan yang paling best bg sy...percakapan sudah mula menampakkan positif...sbb doktor bgtahu..sel2 otak dia dh mati...

Terbaik lah VIVIX nie..

3. Hendrawati Arifin : Saya ada kastemer yg pernah mngalami patah tulang belakang disebab terjatuh di bilik mndi.puasa tahun lalu. Dan saya orderkan vivix ostematrix zink dan garlic
Sebab mcik tue mmg ada DM dan highblood. Alhamdulillah masa hari  raya macik tue dah boleh bgun dan buat kerja seminggu lebih di ward boleh balik.

Makcik tu sendiri bagitahu syukur ada vivix sangat2 mmbntu kalu tdk mesti raya di ward.

4. Saya Lindai : Mak makan ni rasa cergas. Mak umur 72tahun. Pengguna Shaklee sejak umur dia 30an (order dgn bos dia dari US). Waktu mak gi Scotland last year, suhu mmg sangat sejuk tp mak kekal energetic main snow. Ramai tegur mak lebih muda dari umur sebenar.

2 Bulan lepas, mak rasa lesu sangat2. Sampai merasa la naik ambulan dgn mak. Mak perasan, 2 minggu dia skip vivix so sambung balik makan lepas keluar hospital.

Alhamdulillah, mak memang tak nak skip vivix dah, tambahan mak ada masalah usus melekat, vivix bantu dari segi pembuangan juga.

6. Saya Lindai : Customer saya merangkap bff, seorang surgeon. Dia makan vivix, husband kata nampak lain. Paling penting, dia stay energetic bila nak attend long surgery (lebih 10 jam berdiri).

Dia juga amik vit c dan vit e, kulit cantik dan tak kusam. Yang penting, dia konsisten makan selama 5 bulan.

Nasihat dia kat customer lain, jgn makan hari ni dan expect effect esok. Makan secara konsisten baru nampak kesan yang berpanjangan.

7. Saya Lindai : Customer ada sakit buah pinggang yang kritikal, pakej dgn kencing manis. Umur 20an, dah sampai tahap hilang penglihatan. Bulan lepas hati dan jantung dah kena jangkitan kuman dan doktor kata mungkin tak ada harapan.

Dia ambil vivix dan DTX, now in recovery process. Dah boleh berjalan, kalau tak hari tu mmg terbaring je. Doakan dia ya. Anak tunggal, ayah pula meninggal 3 bulan lepas. Alhamdulillah ada sepupu yang sanggup biaya dia.

♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡

Emy : 0194675097



Wednesday, October 7, 2015

Vivix Story From Around the World

Vivix story from the world.

" Saya pengidap Diabetes sejak dulu lagi. Dan yang paling saya takuti adalah jika terpaksa kehilangan kaki akibat diabetes seperti yang terjadi pada datuk saya. Malam2 saya tidak nyenyak tidur kerana saya mengalami kejang otot kaki.
Sejak saya minum Vivix, saya tidak lagi terbangun malam2 kerana kejang otot kaki. Kaki saya pun tidak lagi terasa kebas dan saya amat berterima kasih kerana dipertemukan dengan Vivix yang membuatkan saya boleh menikmati tidur malam saya seperti dulu2."

Cathi S. Lindall. CPA


Vivix story from the world.

" Saya pengidap Diabetes sejak dulu lagi. Dan yang paling saya takuti adalah jika terpaksa kehilangan kaki akibat diabetes seperti yang terjadi pada datuk saya. Malam2 saya tidak nyenyak tidur kerana saya mengalami kejang otot kaki.
Sejak saya minum Vivix, saya tidak lagi terbangun malam2 kerana kejang otot kaki. Kaki saya pun tidak lagi terasa kebas dan saya amat berterima kasih kerana dipertemukan dengan Vivix yang membuatkan saya boleh menikmati tidur malam saya seperti dulu2."

Cathi S. Lindall. CPA


Saturday, September 26, 2015

Atasi Masalah Batuk Dan Flu Disebabkan Alahan Pada Cuaca Sejuk.

Masa balik kpg hari tu..terpaksa mandi di sungai sebab bekalan air paip di rumah terputus gara-gara salur paip yang pecah. Tau-tau je la bila anak-anak bertemu air sungai..memang berendam sampai menggigil. Risau gak hati saya..sebab anak-anak ni amat jarang berendam air sejuk.. Selepas makan malam..saya bagi anak-anak Omega Guard sorang sebiji..sebab saya tau minyak ikan ni boleh menolong memanaskan badan dari dalam...Syukur..dorang masih okay....tidak batuk-batuk mahupun berhingus selsema walaupun setelah berendam sampai lebam!

Emy
0194675097

Tuesday, August 25, 2015

Tips Hadapi Flu dan Asma Tanpa Ubat

Bagi saya, apabila dijangkiti demam selsema baru-baru ni sudah cukup membuat saya sengsara. Tidak dapat saya gambarkan kesengsaraan Encik Akmal Azmi yang menghidap asma yang kronik ini. Setelah bertahun menghidap asma dan bergantung pada inhaler, akhirnya beliau berjaya melawan asma dengan mengamalkan Vivix, Omega Guard, Garlic, Vitamin C dan Nutriferon. Jom kita tonton kisah beliau.


Rawatan Asma Kronik? Inhaler Bukan Kawan Baik Dia Lagi from iReach HD on Vimeo.

Tips Hadapi Flu Tanpa Ubat


pengedar shaklee sri aman

Hujung minggu lepas, saya mengalami flu yang agak teruk. Hidung berair, mata pun rasa perit serta berair dan badan berasa seram sejuk. Ini semua gara-gara jerebu tebal yang melanda daerah Sri Aman. Bacaan IPU yang mencecah paras tidak sihat telah memburukkan keadaan saya.

Seperti biasa, saya seboleh-bolehnya mengelak untuk tidak mendapatkan rawatan di klinik. Jadi, saya cari di internet tentang tips-tips hadapi flu tanpa ubat. Saya kongsikan di sini tips-tips yang saya jumpa. Semoga memberi manfaat kepada anda semua. Selamat mencuba! 

pengedar shaklee sri aman

1. Pastikan anda berada di dalam keadaan yang hangat dan selesa. Jauhkan minuman dan makanan sejuk. Minum teh panas dan sup ayam panas boleh membantu anda berasa lebih selesa. Malahan, boleh membantu menyingkirkan kahak dengan lebih cepat melalui batuk. Selain itu, berdiri dengan rileks di bawah hot shower juga boleh melegakan hidung tersumbat dan meringankan kepala yang berat.

pengedar shaklee sri aman

2. Pastikan anda minum air yang secukupnya. Apabila kita selsema, badan kita akan mengeluarkan banyak mukus. Dan, penghasilan mukus ini menggunakan banyak cecair dalam badan. Minum air yang secukupnya juga boleh menjadikan mukus lebih cair dan senang untuk dihembus. Elakkan minum minuman berkafein dan beralkohol kerana minuman jenis ini boleh menyebabkan badan dehydration.

pengedar shaklee sri aman

3. Selsema menyebabkan anda selalu menghembus hidung yang tersumbat. Ini boleh menyebabkan kulit di bahagian bawah hidung menjadi merah, kering dan mengelupas. Sapu sedikit petroleum jelly di kawasan tersebut atau boleh gunakan tisu yang berpelembap ketika menghembus hingus.

pengedar shaklee sri aman

4. Berkumur dengan menggunakan air suam yang dicampur dengan sedikit garam juga boleh melegakan sore throat. Berkumur dua kali sehari pada awal pagi dan sebelum tidur boleh menyembuhkan  sore throat dengan lebih cepat.

pengedar shaklee sri aman

5. Anda boleh mengambil supplement untuk mempercepatkan penyembuhan selsema. Jika anda membuat keputusan untuk berjumpa doktor, pastikan anda memberitahu doktor tentang supplement yang anda ambil. Ini untuk mengelakkan sebarang reaksi ubat yang doktor bagi dengan supplement yang anda ambil. Bagi saya, supplement yang saya ambil adalah Vitamin C, Nutriferon dan Vivix daripada Shaklee. Saya berasa lebih sihat apabila mengamalkan 3 jenis supplement dari Shaklee ni. Walaupun saya tidak sembuh dalam masa yang singkat, tetapi sekurang-kurangnya saya dapat memastikan tiada bahan kimia yang masuk ke dalam badan saya.

Apabila anda mengalami selsema, cuba elakkan daripada merebak. Tutuplah muka dengan menggunakan bawah siku apabila bersin untuk mengelakkan tangan anda dicemari kuman. Sebaik-baiknya gunakan tisu untuk menutup mulut dan hidung anda dan pastikan tisu yang telah digunakan dibuang ke dalam tong sampah. Basuh tangan anda selepas itu. Elakkan berinteraksi terlalu dekat dengan orang lain. Selsema selalunya akan sembuh dengan sendirinya dalam seminggu. Jadi,bersabar lah..ambil lah langkah-langkah yang sepatutnya sehingga itu.


Jika anda memerlukan vitamin untuk anda dan keluarga boleh hubungi saya :
Pengedar Shaklee Sri  Aman
 FB Personal: Emy Lea
♥ www.emyhealthandbeautyshop.blogspot.com
 FB Page: https://www.facebook.com/HealthyEden
 Email : evanona75@yahoo.com
 Call/SMS/WhatsApp :019-4675097
 COD Area: Sri Aman/Lubok Antu




Monday, August 24, 2015

Jerebu Di Sri Aman

Hari ini berlalu dengan amat pantas sekali. Tak sempat nak update blog pagi tadi..jadi tangguh ke waktu petang camni. Selepas menjadi pasukan sorak untuk pasukan futsal si Evan tempoh hari, saya mendapat flu yang agak teruk. Mata berair dan terasa biji mata macam nak terkeluar dan bersin pun memanjang jer. Kepala pun terasa berat dan berpinar. Tekak pula terasa panas.

Sepanjang hari Sabtu saya menahan seksa flu tersebut dan bertahan hanya dengan menelan vitamin je. Kalo dahulu saya hanya bergantung pada ubat demam dan panadol bila jatuh sakit macam ni...huhuhu. Entah berapa banyak ubat demam dan panadol yang saya telan sepanjang hidup saya. Hanya selepas kenal Shaklee 2 tahun ni saya tidak lagi bergantung pada ubat semata-mata.

Berbalik pada cerita hari ni...flu saya sudah beransur baik pada hari Ahad lepas dan saya putuskan untuk berehat di rumah saja bersama keluarga. Dan, hari ni apabila saya melangkah keluar dari rumah saya dapat rasakan jerebu menjadi semakin tebal pula. Argghh..ini adalah amat tidak sesuai pada tekak saya yang sudah semakin baik. Dan, menjelang tengahari, bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Sri Aman adalah 128 iaitu yang tertinggi di seluruh negara..! Bacaan tersebut sudah menunjukkan tahap pencemaran uadara yang berbahaya pada kesihatan.


Berikut adalah skala bacaan Indeks Pencemaran Udara

Nilai IPU              Kualiti udara
    0 - 50                        Baik
  51 - 100                  Sederhana
101 - 200                Tidak sihat
201 - 300            Sangat tidak sihat
301 - 400                Berbahaya
401 - 500           Sangat berbahaya
Lebih 501          Kecemasan, (perintah berkurung dan Darurat boleh diumumkan oleh kerajaan)

 So, stay indoor as much as possible yer..!


Jika anda memerlukan vitamin untuk anda dan keluarga boleh hubungi saya :
Pengedar Shaklee Sri  Aman
 FB Personal: Emy Lea
♥ www.emyhealthandbeautyshop.blogspot.com
 FB Page: https://www.facebook.com/HealthyEden
 Email : evanona75@yahoo.com
 Call/SMS/WhatsApp :019-4675097
 COD Area: Sri Aman/Lubok Antu

Sunday, August 23, 2015

Hari Potensi Tabika Kemas Sri Aman

Pada hari Khamis lepas Evan telah menyertai perlawanan futsal yang diadakan sempena Hari Potensi Tabika Kemas Sri Aman.
Bersedia untuk memenangi perlawanan 
Pasukan anak saya telah menentang pasukan dari Sarikei. Dan, keputusan permainan kedua-dua pasukan gagal menjaringkan sebarang gol.
Aksi pembukaan perlawanan

Gaya pemain fitsal kidal
Setelah kesemua ahli pasukan gagal mendapatkan gol melalui sepakan penalti, akhirya keputusan telah dibuat melalui lambungan syiling. Dan hasilnya, pasukan anak saya telah kalah. Akhirnya, pasukan anak saya hanya bermain satu perlawanan sahaja. Untuk sepanjang hari itu, mereka hanya duduk di tepi padang sebagai penonton sahaja. Rasa kesian pula tengok muka mereka yang masih ada semangat untuk bermain futsal.
Bakal pemain futsal 2016
Penyokong kuat pasukan Evan
Takpelah anakku, mama bangga dengan semangat juangmu di dalam perlawanan futsal hari tu. Semoga berpeluang lagi untuk bermain pada tahun akan datang.

Jika anda memerlukan vitamin untuk anda dan keluarga boleh hubungi saya :
Pengedar Shaklee Sri  Aman
 FB Personal: Emy Lea
♥ www.emyhealthandbeautyshop.blogspot.com
 FB Page: https://www.facebook.com/HealthyEden
 Email : evanona75@yahoo.com
 Call/SMS/WhatsApp :019-4675097
 COD Area: Sri Aman/Lubok Antu

Friday, August 21, 2015

6 Langkah Mudah Atasi Masalah Jerawat

Jerawat

Jerawat..??? Arrgghhhh...! Itu adalah reaksi normal seorang wanita apabila menjumpai sebutir dua jerawat yang tumbuh di kulit muka apabila bangun pagi-pagi tengok cermin. Itu baru sebutir dua, bagaimana pula perasaan mereka yang mengalami masalah jerawat pada keseluruhan kulit muka..? Huhuhu...saya bersyukur kerana tidak mengalami masalah jerawat yang teruk. Walau bagaimanapun, tidak kira banyak atau sedikit, jerawat adalah perkara yang amat tidak disukai oleh golongan wanita khasnya.

Masalah Jerawat Teruk

Masalah Jerawat Sederhana
Kulit mempunyai pora-pora kecil dan boleh tersumbat. Pora-pora yang tersumbat ini selalunya disebabkan oleh minyak, bakteria dan debu. Jerawat akan brlaku berlaku jika sekiranya pora-pora ini tersumbat.


Punca

Kulit muka mempunyai kelenjar minyak dan pengeluarannya dikawal oleh hormon seks yang dikenali sebagai androgen. Saluran kelenjar minyak yang tersumbat boleh menyebabkan “blackheads” atau “whiteheads”. Bilangan bakteria akan meningkat di kawasan yang tersumbat dan boleh masuk ke dalam kulit. Keradangan pula akan berlaku sekiranya bakteria mula mengeluarkan enzim untuk memecahkan minyak kulit.


Cara Mengatasi:

1. Jaga kebersihan muka

2. Lap muka menggunakan kain atau tisu yang bersih

3. Elakkan menyentuh muka kerana bakteria selalu melekat di tangan

4. Cuci muka dengan cara yang lembut

5. Gunakan “facial scrub” 2 atau 3 kali seminggu untuk membuang sel kulit mati

6. Guna produk muka yang tidak mempunyai minyak atau “oil-free”.

Atasi Masalah Jerawat Dengan Menggunakan  Supplement Shaklee
Untuk mengatasi masalah jerawat, saya cadangkan anda memilih supplement selain menukar skincare produk yang sedia ada. Penting nya supplement ini adalah kerana selalu nya masalah jerawat adalah bermula dari dalam. Menukar product penjagaan kulit wajah sahaja tidak akan mengatasi masalah jerawat yang dialami.

Berikut adalah supplement cadangan saya untuk mengatasi masalah jerawat :

✅ Zinc
✅ Vitamin C
✅ Vitamin E
✅ ESP



Sebarang pertanyaan boleh hubungi saya :
Pengedar Shaklee Sri  Aman
 FB Personal: Emy Lea
♥ www.emyhealthandbeautyshop.blogspot.com
 FB Page: https://www.facebook.com/HealthyEden
 Email : evanona75@yahoo.com
 Call/SMS/WhatsApp :019-4675097
 COD Area: Sri Aman/Lubok Antu

Cara Mudah Kurangkan Risiko Katarak

Ada di antara rakan-rakan yang tidak mahu amalkan vitamin kerana takut nanti badan terlalu bergantung kepada vitamin. Maksudnya, bila tak telan vitamin nanti terus jatuh sakit. Bagi saya, samada kita suka atau tidak, badan kita memang memerlukan makanan tambahan untuk membekalkan badan kita dengan vitamin yang badan kita perlukan dengan secukupnya. Semakin umur kita bertambah, semakin badan kita memerlukan bantuan untuk kekal sesihat mungkin. Malahan juga, amalan makanan tambahan boleh menjauhkan penyakit.

Kajian terbaru dari Brigham dan Women's Hospital dan Harvard Medical School mendapati, penggunaan harian makanan tambahan atau multivitamin boleh mengurangkan risiko katarak di kalangan lelaki.
Pengedar Shaklee Sri Aman

Penemuan kajian baru-baru ini diterbitkan dalam jurnal Opthalmology.  Menurut pasukan penyelidik yang diketuai oleh Dr. William Christen, kajian sebelum ini telah menunjukkan perkaitan antara penggunaan supplement nutrient dan kesihatan mata.

Mengulas mengenai perkara ini, beliau mengesahkan individu yang kerap mengambil multivitamin mempunyai risiko 13 peratus dikurangkan untuk katarak nuklear.

VITALEA IRON FORMULA SHAKLEE

VITALEA IRON FORMULA SHAKLEE dirumus khas bagi memenuhi keperluan 28 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh badan kita. Ia juga membantu di dalam mengekalkan kesihatan yang baik. Multivitamin Shaklee ini juga bersifat mudah larut. Justeru, ia membenarkan penyerapan maksima oleh badan.

Pengedar Shaklee Sri Aman

                                                       KLIK DI SINI UNTUK MEMBELI

Sebarang pertanyaan boleh hubungi saya :
Pengedar Shaklee Sri  Aman
 FB Personal: Emy Lea
♥ www.emyhealthandbeautyshop.blogspot.com
 FB Page: https://www.facebook.com/HealthyEden
 Email : evanona75@yahoo.com
 Call/SMS/WhatsApp :019-4675097
 COD Area: Sri Aman/Lubok Antu

Sunday, August 16, 2015

Tips Memilih Kasut Futsal

Pada minggu depan, anak lelaki sulung saya akan menghadapi perlawanan futsal pertama beliau. Perlawanan tersebut diadakan bersempena dengan hari potensi sekolah TABIKA Kemas di Sri Aman. Jadi, minggu lepas anak saya ni telah membuat permintaan untuk membelikan beliau sepasang kasut futsal. Untuk mendapatkan kasut futsal di Sri Aman adalah agak sukar kerana hanya pilihan yang terhad saja ada. Jadi, petang Jumaat lepas, sebaik habis waktu sekolah, kami sekeluarga pun memulakan perjalanan ke Bandaraya Kuching. Dan, semalam, sebaik berjaya mendapat sepasang kasut futsal, kami kembali semula ke Sri Aman.

Okay, apa yang saya nak kongsikan di sini adalah cara-cara untuk memilih kasut futsal yang sesuai. Bukan jenama yang kita perlu kejar, tetapi keselesaan si pemakai semasa bermain nanti itu yang paling utama. Walau jenama apa yang kita pilih, yang pentingnya mesti STYLO..ngeh..ngeh..ngeh..


1. Keselesaan
Perkara paling utama yang perlu dititikberatkan ketika memilih kasut adalah keselesaan. Tak kira berapa pun harga dan apapun jenama kasut yang anda pilih, yang penting mesti rasa selesa ketika dipakai. Sebab kasut tersebut dipakai untuk bermain bola dan bukannya untuk buat fesyen show. Jadi, untuk memastikan kasut yang anda pilih benar-benar selesa dipakai, jangan malu-malu untuk mencuba kasut berkenaan. Cuba sepasang terus, jangan hanya mencuba sebelah kaki sahaja. Berjalan di sekitar dalam kedai kasut jika perlu. Malahan boleh cuba untuk berlari anak dengan kasut berkenaan. Jadi, pandai-pandailah cari kedai yang owner nya sporting la yer...hehehe.

2. Jenis padang
Perkara seterusnya yang perlu diambilkira ketika memilih kasut adalah jenis padang untuk bermain. Jika anda bermain di padang turf sintetik grass (padang tiruan yang berwarna hijau), maka lebih baik memilih kasut yang tapaknya ada spike. Ini kerana padang sintetik grass tu agak licin dan tidak sesuai untuk kasut yang bertapak getah. Kebarangkalian anda jatuh tergolek di tengah padang adalah agak tinggi kerana tapak kasut getah adalah licin untuk digunakan di atas padang sintetik grass. Jika anda bermain di atas flat field, atau padang yang tidak berumput, maka tapak kasut bergetah pula yang paling sesuai untuk anda. Jangan pakai kasut yang ada tapak spike untuk bermain di atas padang yang jenis ini kerana spike pada tapak akan menyebabkan anda tidak dapat bergerak dengan pantas.

3. Harga
Bagi saya, pilihan harga kasut adalah terpulang kepada kemampuan anda sendiri. Jika anda mampu, tidak salah untuk memilih kasut futsal yang berjenama seperti PUMA, NIKE dan ADIDAS. Jika tidak, pilihlah jenama apapun yang ada...yang penting keselesaan kasut yang anda pilih itu akan membawa kemenangan pada pasukan anda!


So, kesimpulannya di sini, walau apapun jenama kasut atau harga yang anda pilih, pastikan keselesaan dan kemahiran itu ada. Tak guna juga kalau ada kasut stylo warna merah menyala tetapi rembat bola pun sampai..ngeh..ngeh...ngeh..

Perlukan minuman tenaga? Sila klik di sini

Jika anda tercari-cari Vitamin yang sesuai untuk anda dan keluarga, boleh hubungi saya :
Pengedar Shaklee Sri  Aman
 FB Personal: Emy Lea
 FB Page: https://www.facebook.com/HealthyEden
 Email : evanona75@yahoo.com
 Call/SMS/WhatsApp :019-4675097
 COD Area: Sri Aman/Lubok Antu
 Pengeposan ke seluruh negara juga disediakan.


Saturday, August 15, 2015

3 Langkah Mudah Untuk Kurus

pengeddar shaklee sri aman

Bentuk badan yang cantik dan langsing menjadi impian setiap wanita. Dan, sebagai wanita, bentuk badan akan mudah berubah terutamanya selepas kahwin dan melahirkan anak.  Berat badan yang bertambah berkilo-kilo semasa hamil biasanya sangat susah untuk diturunkan angkanya walaupun selepas melahirkan anak. Ini akan menyebabkan wanita mudah merasa rendah diri dan hilang keyakinan. Mana tidaknya, sewaktu anak dara, pakai baju jenis apapun akan nampak cantik. Bila dah kahwin dan beranak-pinak, fesyen pakaian akan mula terhad. Pakai ini salah, pakai itu nampak pelik.

pengedar shaklee sri aman

Saya bernasib baik kerana mempunyai kadar metabolisme yang sangat tinggi. Jadi, berat badan yang naik berkilo-kilo semasa hamil akan dapat turun dengan cepat selepas bersalin.  Walau bagaimanapun, tidak semua wanita di luar sana yang bernasib baik macam saya. Justeru, saya inginkan kongsikan di sini satu product yang terbukti berkesan ke atas kawan-kawan saya yang lain yang punya masalah berat badan.

pengeddar shaklee sri aman

Bagi saya, tiada produk diet di luar sana yang lebih selamat daripada produk Shaklee. Produk ini sudah berada di pasaran selama lebih 50 tahun. Jadi, oleh kerana yakin dengan kualiti dan keselamatan produk ini, saya ingin memperkenalkan Set Diet Shaklee. Set Diet Shaklee bertindak dalam 3 langkah mudah iaitu, bakar, buang dan bina.

pengedar shaklee sri aman

Langkah 1 : Bakar
Langkah yang pertama untuk kurus pula adalah membakar atau memecah lemak yang sedia ada di dalam badan. Untuk membakar atau memecah lemak ini pula saya cadangkan anda memilih di antara Lecitin atau pun Omega Guard. Lecitin ini juga dikenali sebagai pengemulsi semulajadi kerana sifatnya yang melekat pada lemak. Dalam erti kata lain, ia menyebabkan lemak terapung pada darah dan seterusnya mencegah lemak daripada melekat pada dinding membrane. Lecitin tidak boleh dihasilkan secara semulajadi oleh badan  tetapi ianya sangat diperlukan oleh badan.

pengeddar shaklee sri amanpengedar shaklee sri aman
 Langkah 2 : Buang
Pada asasnya, setiap  orang perlu detoks. Kenapa detoks? Detoks adalah proses membersihkan usus di mana segala toksin, lemak dan lendir yang melekat di dinding usus dikeluarkan melalui pembuangan air besar. Selepas dinding usus kita bersih, baru badan kita dapat menyerap nutrient pada tahap yang optimum. Dinding usus yang bersih mengurangkan risiko kanser usus. Dan, untuk pengetahuan anda, kunci asas untuk kurus adalah detoks terlebih dahulu. Jadi, selain kelihatan langsing, hidup anda juga akan menjadi lebih sihat. Untuk detoks, saya cadangkan anda memilih samada untuk mengambil Alfalfa atau pun Herblax.

 pengedar shaklee ri aman
 pengedar shaklee sri aman
Langkah 3 : Bina
Seterusnya pula adalah, bina semula otot dengan protein. Ini penting supaya badan yang sudah mulai turun beratnya supaya tidak menggeleber. Lagi satu, protein ini akan buatkan anda rasa kenyang dan meningkatkan kadar metabolisme. Untuk ini saya cadangkan anda memilih di antara Energising Soy Protein atau pun Cinch Shake. Pengambilan salah satu daripada dua ini akan menyebabkan anda berasa kenyang untuk jangkamasa yang lama. Malahan, ia juga boleh anda ambil untuk gantikan makan malam anda.

pengedar shaklee sri aman
pengedar shaklee sri aman


pengedar shaklee sri aman

Produk tambahan yang saya cadangkan untuk anda ambil untuk diet adalah Cinch Tea Mix. Cinch Tea Mix adalah campuran beberapa jenis daun teh yang sangat berkualiti dan menjadikannya minuman yang mengandungi antioksidan yang sangat tinggi. Justeru, minuman ini boleh anda minum jika anda lapar dan mengelakkan anda daripada mengantuk. Cinch Tea Mix juga boleh meningkatkan kadar metabolisme anda dan sangat sesuai dijadikan minuman di pejabat kerana ia boleh menjadikan kita kembali bertenaga dan segar. Secara tidak langsung anda tidak akan berasa ingin mengunyah makanan.
pengedar shaklee sri aman

pengedar shaklee sri aman

Jika anda ingin membeli secara online, sila klik


Sebarang pertanyaan boleh hubungi 

pengedar shaklee sri aman

Pengedar Shaklee Sri  Aman
 FB Personal: Emy Lea
 FB Page: https://www.facebook.com/HealthyEden
 Email : evanona75@yahoo.com
 Call/SMS/WhatsApp :019-4675097
 COD Area: Sri Aman/Lubok Antu
 Pengeposan ke seluruh negara juga disediakan.