nuffnang

Sunday, November 9, 2014

6 Tips Untuk Banyakkan Susu Badan

Tips Untuk Banyakkan Susu Ibu.
Saya percaya ibu-ibu yang menyusu badan sentiasa mencari tips untuk memeriahkan susu badan. Ini kerana, semakin bayi membesar, bekalan susu badan akan semakin menyusut. Ini adalah dipengaruhi oleh beberapa faktor. Antara faktor yang mempengaruhi pengeluaran susu badan adalah apabila si manja sudah mulai mengambil solid food. Jadi, kekerapan penyusuannya akan menjadi semakin kurang. Walau apapun cara yang dipilih oleh ibu-ibu di luar sana, satu yang pasti, jangan lupa kepentingan konsep demand and supply.

pengedar shaklee sri aman

Berikut adalah 6 tips memeriahkan susu badan:

1. Susukan bayi bila-bila masa dia lapar. Lebih kerap dia menyusu, lebih banyak air susu akan terhasil. 

2. Susukan bayi pada kedua-dua belah payudara pada setiap sesi penyusuan. Biarkan bayi menyusu sehingga bayi itu sendiri melepaskan puting (setelah dia kekenyangan). Ini akan merangsang penghasilan susu yang sama rata pada kedua-dua belah payudara.

3. Pastikan jarak setiap sesi penyusuan tidak melebihi 2 jam. Berikan juga peluang pada bayi anda untuk menghisap terus dari payudara untuk merangsang penghasilan susu.

4. Sentiasa berasa tenang ketika menyusukan bayi. Emosi yang tertekan atau terganggu boleh menyebabkan penghasilan susu badan  berkurangan. Dapatkan rehat yang secukupnya untuk membolehkan anda menyusukan bayi selama mana anda mahu.

5. Jangan berikan bayi anda makanan lain selain daripada susu ibu jika bayi anda berumur bawah 6 bulan. Selain daripada faktor usus bayi yang masih belum bersedia untuk menerima solid food, ia juga boleh menyebabkan bayi kurang menyusu kerana tempoh kekenyangan yang lama akibat mengambil solid food. Jika bayi anda berumur atas dari 6 bulan, hadkan kuantiti solid food yang anda bagi pada bayi anda.

6. Pemakanan juga mempengaruhi penghasilan susu ibu. Pemakanan yang tidak seimbang akan menyebabkan penghasilan susu badan akan terjejas. Jadi, ibu yang menyusukan bayi hendaklah memastikan pemakanan mereka sentiasa sihat dan seimbang. Antaranya:

  • mengikut garis panduan piramid makanan
  • banyak minum air kosong
  • mengamalkan supplement

Shaklee ada menyediakan rangkaian produk khas untuk ibu-ibu yang menyusukan bayi. Read more..

Saya berharap artikel ini dapat memberi manfaat kepada ibu-ibu yang menyusukan bayi di luar sana. Bagi saya, perasaan ketika menyusukan bayi adalah pengalaman yang ternilai harganya.
pengedar shaklee sri aman


Jika ada sebarang pertanyaan produk Shaklee atau keahlian sila hubungi :
Pengedar Shaklee Sri  Aman
 FB Personal: Emy Lea
 FB Page: https://www.facebook.com/HealthyEden
 Email : evanona75@yahoo.com
 Call/SMS/WhatsApp :019-4675097
 COD Area: Sri Aman/Lubok Antu
 Pengeposan ke seluruh negara juga disediakan.

2 comments:

  1. Hi emy,

    nice tips. ramai yang salah faham konsep penyusuan sebenar. bnyk yg ambil milk booster bnyk2 tapi tak dapat hasil dan mereka hampa.

    keep sharing ya.

    ReplyDelete
  2. Thanks Puan Azrin. Kesedaran perlu ada jika ingin menyusukan bayi selama mana yang kita mahu.

    ReplyDelete